You are on page 1of 6

MTE 3112 PELAKSANAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DIAGNOSTIK

PENSYARAH : PN. FARIDAH BT. MD DAIM


AHLI KUMPULAN : AKMA NABILAH BT SALEH AMALINA BT ABDULLAH MAISARAH BT MAHUSSAIN NURUL IZZATY BT. ISMAIL

Carta Alir Proses Program Pemulihan

Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir Ujian Diagnostik


Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu dan Matematik.

Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa. Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.
Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam 3 kemahiran berturut-turut.

Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan.


Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut. Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenang dan selesa. Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar. Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di mana kesilapan mereka. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain.

Analisa Ujian Diagnostik


Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam borang analisis.

Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang pengajaran sama ada secara kumpulan atau pun individu.

Tindakan Susulan
Murid yang berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan ke kelas biasa dan sentiasa dipantau oleh guru pemulihan dengan kerjasama guru kelas dan guru mata pelajaran untuk mengetahui perkembangan murid. Guru kelas dan guru mata pelajaran perlu mengenal pasti strategi, kaedah dan pendekatan yang sesuai dengan tahap kebolehan murid yang baru dipulihkan.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like