You are on page 1of 2

q huruf ke-17 abjad Rumi. qada I; ~ hajat (besar) buang air (besar).

qada II Ar menggantikan (mencukupkan, membayar) fardu yg ketinggalan; ~ puasa berpuasa utk mencukupkan (membayar) puasa yg tertinggal; ~ sembahyang bersembahyang utk mengganti (membayar) sembahyang yg tertinggal; mengqada melakukan qada: kalau sakit dibolehkan tidak berpuasa, tetapi mesti ~nya pd hari yg lain. qadak Ar hukum atau takdir Allah: ~ dan qadar. qadar Ar keputusan (ketentuan) Tuhan, takdir, untung: orang Islam mesti percaya akan ~ baik dan jahat. qadim I Ar tiada permulaan dan tiada pengakhirannya: Tuhan yg ~; keqadiman keadaan atau perihal qadim: ~ alam. qadim II Ar masa yg akan datang, kemudian hari; mengqadimkan menelah, meramalkan. qaf 1. huruf ke-21 abjad Arab (mempunyai nilai 100); 2. huruf ke-24 abjad Jawi. qalqalah Ar bunyi akhir huruf (qaf, ta (tO), ba, jim, dal) dgn nyata dan melantun ketika wakaf. qanaah Ar sikap berpada-pada, iaitu berpuas hati dgn apa yg ada. qari Ar pembaca Quran (lelaki). qariah Ar pembaca Quran (wanita). qasar Ar kelonggaran yg dibenarkan bagi musafir utk memendekkan solat fardu yg empat rakaat kpd dua rakaat (dgn syarat yg dibolehkan): sembahyang ~;

mengqasarkan memendekkan solat fardu empat rakaat kpd dua rakaat dgn syarat yg dibolehkan. qasidah Ar sj syair Arab yg dilagukan; berqasidah menyanyikan qasidah. qiamullail Ar berjaga pd waktu malam utk beribadat (spt bersembahyang sunat, berzikir, berdoa). qidam Ar tiada permulaan dan tiada pengakhirannya (bkn sifat Allah). qiraah, qiraat Ar bacaan: al-Quran disempurnakan dgn ~ yg berlainan. qiran Ar = haji ~ ibadah haji dan umrah yg dikerjakan serentak dlm bulan haji, dan dikenakan dam. qisas Ar = hukum ~ hukuman bunuh (sbg pembalasan). qunut Ar = doa ~ doa supaya dijauhkan sesuatu bala atau memohon sesuatu pertolongan drpd Allah yg dibaca pd waktu tertentu (pd rakaat kedua sembahyang subuh, bermula pd malam ke-15 bertarawih pd bulan Ramadan, dll). Quraisy Ar suku bangsa Arab. Quran Ar = al-~ kitab suci yg diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad SAW utk menjadi panduan hidup manusia (utk dunia dan akhirat): membaca dan menghafaz ~; ~ buruk ki sesuatu yg tidak boleh diharapkan atau tidak berguna lagi tetapi masih dihormati kerana sebab-sebab tertentu.

You might also like