You are on page 1of 2

SAJAK : KIAN KITA LUPA.

Maksud RANGKAP Kian kita lupa Pada usul jerih bangsa Bila mewah harta di birai mata. Kian kita lupa Pada derita moyang dahulukala Bila asyik riak dan berbangga. Kian kita lupa Pada azab dan seksa di sana Bila Tuhan melimpahkan kurnia. Tetapi Kita hanya tak lupa Bila terlewat masa Untuk menyesali segala Terlanjur laku dan bicara Bahagia bertukar derita Gembira menjadi duka. MAKNA Manusia semakin melupakan asal usulnya dan kesusahan bangsanya sendiri apabila hidup dalam kemewahan. Manusia semakin lupa akan menderitaan dan kesusahan generasi terdahulu apabila perasaan sombong dan bangga memenuhi dada pada zaman moden ini. Kita menjadi semakin lupa seksaan di akhirat apabila Tuhan banyak memberikan rezeki. Manusia hanya akan beringat-ingat apabila sudah menyesal atau sudah terlanjur kata mahupun keterlaluan dari segi sikap. Pada waktu itu, kegembiraan sudah menjadi kesedihan dan kebahagiaan sudah menjadi penderitaan.

2. Sinkof (penggunaan singkatan kata) - Bukti: kita hanya tak lupa 3. Pengulangan kata - Bukti: Kian kita lupa (diulang pada rangkap 1 hingga rangkap 3) 4. Paradoks (penggunaan unsur positif dan negatif dalam satu baris puisi) - Bukti: bahagia bertukar derita gembira menjadi duka. * bahagia dan gembira ialah unsur positif *derita dan duka ialah unsur negatif 5. Simbol (unsur perlambangan) - Bukti: pada azab dan seksa di sana *di sana bermaksud di neraka atau alam selepas kematian 6. Penggunaan bahasa Arab - Bukti: Azab, kurnia 7. Asonansi ( pengulangan huruf vokal) - Bukti: bila Tuhan melimpahkan kurnia *dalam baris sajak di atas, vokal a diulang sebanyak 5 kali 8. Aliterasi - Bukti: pada derita moyang dahulu kala *dalam baris sajak di atas, konsonan d diulang sebanyak 3 kali Nilai Murni 1. Mengenang jasa -Bukti: Manusia semakin lupa bangsa sendiri apabila dirinya kaya harta benda 2. Menghargai budi - Bukti: Manusia diminta menghargai budi generasi terdahulu daripada hanya berperasaan bangga diri 3. Patuh akan ajaran agama - Bukti: Manusia diingatkan supaya menjada kelakuan diri daripada terlanjur dan menyesal. 4. Hemah tinggi - Bukti: Pengarang meminta manusia menjada maruah diri supaya tidak menjadi lupa daratan. 5. Kesederhanaan -Bukti: Pengarang menasihati manusia supaya hidup dalam kesederhanaan walaupun kaya kerana merendah diri adalah lebih baik daripada bangga diri. 6. Keinsafan -Bukti: Penyajak meminta manusia insaf akan kesalahan sebelum terlewat supaya tidak mengalami kesediha dan penderitaan. Pengajaran 1. Kita mestilah mengingati kaum keluarga dan bangsa serta asal usul. 2. Kita haruslah mengenang jasa generasi terdahulu kerana tanpa mereka siapalah kita. 3. Kita wajarlah mengingati setiap ajaran agama supaya tidak merasai bahang api neraka. 4. Kita patutlah menjaga tingkah laku kita supaya maruah diri terpelihara. 5. Kita mestilah insaf akan kesalahan sebelum terlambat. 6. Janganlah kita bangga akan kemewahan diri sehingga bersikap lupa diri. 7. Janganlah kita menyalahgunakan nikmat yang diberikan-Nya. 8. Janganlah kita lupa bahawa masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.

Tema - Sikap lupa diri dalam kalangan manusia pada waktu senang sehingga makan diri pada waktu terlewat nanti. Persoalan 1. Kekayaan yang mengabui mata manusia 2. Kebanggaan diri sehingga melupakan jasa generasi terdahulu 3. Nikmat hidup dilalui sehingga melupakan keseksaan hukuman di neraka 4. Penyesalan yang terlewat 5. Kekesalan hidup akibat perbuatan diri 6. Kesalahan tutur kata da sikap yang menyusahkan diri Bentuk 1. Sajak ini berbentuk bebas, tidak terikat oleh bentuk puisi tradisional. 2. Terdiri daripada empat rangkap dan setiap rangkap mempunyai baris yang berbeza. 3. Satu hingga lima patah perkataan dalam setiap baris NADA Sajak ini bernada sinis Gaya Bahasa 1. Inversi ( pembalikan kata) - Bukti: Kian kita lupa sepatutnya ditulis Kita kian lupa

SAJAK : LEBAH DAN MADU


SAJAK Di pohon sana Pada dahan pohon tualang Lihatlah lebah-lebah Sudah membuat sarang Serangga yang cergas Sentiasa hidup sepakat Sikap yang terpuji. MAKSUD Pada dahan sebatang pokok, lebah sedang membuat sarang. Lebah ialah sejenis serangga yang cergas dan sentiasa hidup bermuafakat. Sikap ini ialah sikap yang terpuji bagi lebah. Dalam keluarga lebah ada ratu atau pekerja. Walaubagaimanapun, semua lebah hidup berkumpul dan bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Madu yang dihasilkan oleh lebah sangat manis dan menjadi penawar kepada penyakit manusia.

2. Terdiri daripada tiga rangkap dan setiap rangkap mempunyai baris yang berbeza. 3. Satu hingga empat patah perkataan dalam setiap baris NADA Sajak ini bernada romantis Gaya Bahasa Gaya Bahasa 1. Pengulangan

2. Ada ratu ada pekerja Berkumpul dan bekerjasama Madu manisnya Penawar penyakit manusia.

Sinkof (penggunaan singkatan kata)

Contoh Pengulangan perkataan ada ada ratu ada pekerja Pengulangan frasa pada dahan pohon tualang Seperti madumu yang istimewa.

Unsur Bunyi Asonansi Ada ratu ada pekerja (pengulangan huruf dalam baris sajak di atas, vokal) vokal a diulang sebanyak 7 kali 2. Aliterasi Serangga yang cergas dalam baris sajak di atas, konsonan g diulang sebanyak 4 kali 1. Nilai Murni

Lebah-lebah Pada dahan pohon tualang Kau membuat aku sedar Harus selalu berusaha Dan meniggalkan jasa Seperti madumu yang istimewa

Penyajak membuat kesimpulan bahawa lebah-lebah yang ada pada dahan pokok memberi kesedaran tentang kepentingan usaha. Selain itu, manusia perlu berbuat jasa dalam hidup seperti lebah yang berjasa melalui madunya yang istimewa.

Bekerjasama Bukti: berkumpul dan bekerjasama Kerajinan Bukti: lihatlah lebah-lebah sudah membuat sarang Bersatu padu Bukti: sentiasa hidup sepakat Berjasa Bukti: penawar penyakit manusia

Tema - Sikap dan jasa lebah dimana lebah mempunyai pelbagai sikap terpuji seperti rajin dan bekerjasama, di samping berjasa kepada manusia. Lantaran itu, kita perlu mencontohi lebah yang mengamalkan kehidupan bermasyarakat dan berjasa kepada hidupan lain. Persoalan 1. Kerajinan sejenis serangga 2. Permuafakatan dalam kehidupan Jasa sejenis serangga 3. Hidup bersatu padu tanpa mengira kedudukan 4. Bentuk 1. Sajak ini berbentuk bebas, tidak terikat oleh bentuk puisi tradisional.

Pengajaran Kita perlu bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. 2. Kita perlu bersikap rajin demi mencapai kesempurnaan dalam hidup. 3. Kita akan menikmati kejayaan jika menjadikan sikap bersatu padu sebgai amalan kehidupan. 4. Sebagai manusia yang berhati murni, kita perlu berjasa kepada pihak-pihak yang memerlukan bantuan. 1.

You might also like