You are on page 1of 14

Pengenalan Menurut Slamon, J.

(1999) di dalam buku Economics (Edisi Keempat), definasi penganggur ialah mereka yang tidak bekerja walau pun berusia di dalam lingkungan umur orang bekerja tetapi mereka sedia ada untuk bekerja mengikut kadar gaji semasa. Di England, definasi ini ditambah dengan mereka yang sedia bekerja dalam masa 2 minggu dan sedang aktif mencari pekerjaan atau menunggu temujanji kerja. Secara global, isu pengangguran mengikut satu kitaran (cyclical) turun-naik persis seperti ekonomi dunia dan kedua-duanya saling berhubung kait di antara satu sama lain.Pada awal 80-an, kadar pengangguran meningkat akibat resesi (recession) yang melanda dunia ketika itu. Tetapi pada pertengahan 80-an, kadar pengangguran kembali turun, hasil daripada perkembangan (expansion) ekonomi dunia. Kitaran ini berulang lagi apabila dunia mengalami resesi pada awal tahun 90-an dan disusuli dengan perkembangan ekonomi dunia pada pertengahan 90-an. Tentunya kita masih teringat dengan krisis matawang Asia pada akhir tahun 90-an yang mengakibatkan ekonomi Asia jatuh dengan teruknya. Kini, pada awal abad ke-20 ini, kita kembali pula kepada fasa perkembangan ekonomi yang pesat. Dalam konteks domestik pula, halaman web Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri iaitu www.epu.jpm.my , telah menerangkan dengan secara terperinci mengenai perubahan bentuk serta fasa-fasa perkembangan ekonomi negara Malaysia sejak tahun 1957. Seperti turun naiknya ekonomi global, pertumbuhan ekonomi negara turut terjejas akibat krisis minyak dunia pada tahun 1979. Kejatuhan kodomiti utama negara seperti getah dan bijih timah, telah memburukkan lagi keadaan. Beberapa pendekatan serta pengubahsuaian besar di dalam dasar-dasar ekonomi negara telah dijalankan oleh kerajaan untuk menangani krisis tersebut. Ekonomi negara pulih pada tahun 1987 dan kembali berkembang. Pada sekitar 1988 1990, ekonomi negara mencatitkan pertumbuhan sebanyak 9.3 %, yang tertinggi sejak kemerdekaan. Pendapatan per kapita negara turut bertambah, kewangan negara menjadi stabil, beban hutang luar negara dapat dikurangkan, tahap kemiskinan juga berkurang dan peluang pekerjaan bertambah.

Negara membangun dengan pesat di sekitar 1991 hingga 1997 dengan GDP sebanyak 8.5 % sehinggalah berlakunya krisis matawang Asia pada tahun 1997 yang turut menjejaskan prestasi keseluruhan ekonomi negara. GDP jatuh kepada 7.4% pada tahun 1998, inflasi bertambah, nilai matawang ringgit berkurang dan kadar pengangguran meningkat. Tetapi, seperti krisis ekonomi tahun-tahun sebelumnya, Malaysia bangun kembali dan berjaya mengatasinya. Penubuhan NEAC pada 7hb Januari 1998 dan perlaksanaan 6 dasar pemulihan yang terkandung di dalam plan NERP yang dilancarkan pada 23hb Julai 1998 telah berjaya mengongkong kesan negatif akibat Krisis tersebut. Malah, kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada tahun 2000. Jika kita perhatikan, pendekatan serta pengubahsuaian dalam dasar-dasar ekonomi negara telah berjaya mengharungi resesi dunia dalam tahun 80-an, krisis matawang Asia dalam tahun 90-an, isu SARS dan juga peperangan di Iraq pada awal abad ke-20. Dalam erti kata yang lain, kadar pengangguran dapat diminimakan, tidak timbul rasa tidak puas hati serta pemberontakan rakyat terhadap kerajaan yang mentadbir negara dan kita dapat mengembeleng tenaga serta usaha dalam atmosfera yang kondusif dan tenteram. Di Malaysia isu pengganguran yang selalu diketengahkan di media cetak dan elektronik ialah isu pengangguran dalam kalangan graduan. Meskipun telah mempunyai kelayakan ijazah ramai graduan di Malaysia belum mempunyai pekerjaan. Di mana silapnya? Adakah silap graduan kerana terlalu memilih pekerjaan? Kursus yang ditawarkan di universiti banyak yang tidak relevan dengan pekerjaan? Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan. Lebih memburukkan lagi apabila lebih banyak IPT swasta diluluskan untuk menawarkan pelbagai program. Jumlah graduan hasil daripada IPT swasta saban tahun meningkat dengan banyak dan ramai beranggapan universiti-universiti dan kolej-kolej swasta dalam tempoh 10 tahun ini laksana industri kilang menghasilkan tenaga kerja yang melebihi daripada permintaan oleh industri pekerjaan. Bagi mereka yang berhenti kerja dan cuba mendapat pekerjaan baru juga turut mengalami masalah ini. Ada penganggur yang berhenti kerja pada 3 tahun lepas tetapi masih gagal sehingga hari ini mendapat pekerjaan tetap meskipun mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas dalam bekerja. Malah ada yang mempunyai ijazah Sarjana atau Master.

Oleh kerana pihak majikan tidak mampu membayar permintaan gaji yang tinggi oleh golongan-golongan ini, majikan telah melihat bahawa lebih baik mengambil graduan yang lebih muda dan yang pentingnya dengan gaji yang lebih rendah semata-mata untuk mengurangkan kos operasi. Nasib baiklah situasi berkenaan masih boleh membantu pengangguran di kalangan graduan tetapi golongan pekerja berpengalaman atau mahir terus dipinggirkan semata-mata isu gaji meskipun mereka ini mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada industri dengan pengetahuan dan pengalamannya. Sewajarnya, pihak majikan perlu nampak bahawa mereka tidak memerlukan banyak wang untuk melatih graduan-graduan muda yang diambil bekerja jika mereka mengrekrut pekerja-pekerja mahir ini. Walaubagaimanapun, pihak kerajaan dan sektor swasta perlu menumpukan lebih perhatian untuk mengurangkan kadar pengangguran tidak rasmi yang dihuraikan di atas. Oleh kerana para graduan muda ini adalah antara yang terbabit, pastinya usaha kerajaan untuk mendapatkan mereka pekerjaan adalah satu benda penanda aras atau KPI. Mereka tidak mahu kerajaan terus menyalahkan mereka kerana terlalu memilih pekerjaan. Bagi mereka, mereka tidak memilih tetapi mahukan pekerjaan yang sesuai dengan ilmu yang mereka perolehi. Mereka mahukan kerajaan supaya nampak jika ada graduan muda yang terpaksa memohon pekerjaan di dalam PDRM sebagai konstabel, ini sudah nampak sangat bahawa kerajaan telah gagal. Mereka mungkin lebih suka memohon pekerjaan di dalam PDRM setidak-tidaknya sebagai Cif Inspektor ataupun ASP supaya ilmu yang dipelajari tidak disia-siakan. Mereka juga percaya jika mereka memenuhi kesemua pekerjaan Konstabel di dalam PDRM, bagaimana pula dengan orang muda yang hanya lulus Diploma, STPM dan SPM? Adakah jawatan yang lebih rendah lagi dari Konstabel untuk ditawarkan kepada mereka ini? Inilah kebingungan sosial yang melanda industri sumber manusia.

Isu Pengangguran di Malaysia

Utusan Malaysia-30/06/2010. Seramai 32,000 graduan gagal mendapatkan pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian dari institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, statistik Kementerian Pengajian Tinggi itu menunjukkan graduan wanita lebih ramai gagal mendapat pekerjaan iaitu sebanyak 21,760 berbanding lelaki seramai 10,240 orang. "Antara sebab graduan gagal mendapat pekerjaan adalah kerana bidang kelulusan mereka kurang mendapat permintaan daripada pihak majikan," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) yang mahu kerajaan menyatakan jumlah graduan menganggur, peratusan mereka mengikut jantina, kumpulan pendapatan keluarga rendah dan jumlah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta sebab mereka tidak diambil bekerja serta cadangan untuk mengatasi masalah itu.Subramaniam berkata, Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan pembiayaan untuk pinjaman PTPTN kepada 1.5 juta pelajar dengan jumlah RM32.62 bilion sehingga 30 April lalu. Dalam pada itu katanya, trend pengambilan pekerja masa kini yang tidak menumpukan perhatian kepada kelulusan calon semata-mata boleh membantu mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan di negara ini. Berdasarkan kajian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 2009 dan maklum balas industri, enam perkara dikenal pasti sebagai antara faktor utama graduan terpaksa menganggur berikutan gagal memasuki pasaran pekerjaan selepas menamatkan pengajian. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, sebahagian besar faktor itu membabitkan graduan sendiri seperti kurang permintaan terhadap bidang pengajian dimiliki graduan, kekurangan kemahiran berkomunikasi, kelemahan menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Selain itu ada graduan enggan berhijrah dari kampung halaman dan terlalu memilih tempat bekerja manakala sebahagian lagi mengharapkan gaji tinggi. Pada masa sama, kebanyakan majikan menetapkan pengalaman bekerja sebagai satu syarat pengambilan.

Berita Harian 12 Jun 2012 -Dasar baru Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang membenarkan calon yang memiliki ijazah Sarjana Muda memohon jawatan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini menimbulkan pelbagai reaksi banyak pihak. Pada satu sudut, ia mampu meningkatkan keupayaan guna tenaga sektor awam kerana diharapkan tahap akademik yang lebih tinggi ini akan mampu melonjakkan mutu perkhidmatan serta profesionalisme penjawat awam. Pada sudut lain, ia adalah jalan penyelesaian singkat terhadap isu lambakan graduan yang masih tidak mendapat pekerjaan. Anak muda ini harus dimasukkan ke pasaran kerja seberapa awal yang mungkin supaya potensi dimiliki boleh dimanfaat sebaiknya. Kesukaran graduan dapatkan pekerjaan kini dirumitkan lagi dengan suasana ekonomi yang sederhana Khabarnya, dasar baru SPA ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada graduan yang sememangnya berharap dapat menamatkan kemarau kerjaya sejak berkonvokesyen. Namun, beberapa persoalan penting harus kita fikirkan secara mendalam berikutan hal ini. Bercakap soal belia, tumpuan kita

seharusnya meluas kepada kelompok berusia 15 hingga 40 tahun keseluruhannya. Semua pihak harus mengakui bahawa peluang kerja buat belia kita semakin mengecil dan kompetitif. Dalam sektor awam, keputusan kerajaan melanjutkan tempoh persaraan wajib secara langsung mengecilkan jumlah pemegang ijazah sarjana muda untuk memegang jawatan dan mengembangkan kerjayanya. Hal ini amat jelas terjadi dalam bidang pendidikan apabila ada ramai bakal guru tersadai tidak dipanggil untuk penempatan. Antara puncanya ialah kerana tempat yang sepatutnya kosong masih diduduki kerana guru senior tidak jadi bersara. Penulis sejak awal lagi bertegas bahawa melanjutkan tempoh persaraan kakitangan awam bukanlah langkah yang tepat dalam perancangan sumber manusia negara. Sekiranya alasan prestasi dan kemahiran menjadi ukuran, ia seolah-olah satu prejudis terhadap kemahiran dan keupayaan anak muda ini, sekali gus ia seolah-olah memperkecilkan keseluruhan institusi pengajian tinggi serta badan latihan profesional yang kita sendiri kawal dan wujudkan.

Anak muda ini harus dimasukkan ke pasaran kerja seberapa awal yang mungkin supaya potensi dimiliki boleh dimanfaatkan sebaiknya. Kesukaran graduan kita mendapatkan pekerjaan kini dirumitkan lagi dengan suasana ekonomi yang sederhana dengan kebanyakan majikan mengehadkan pengambilan pekerja baru. Kini, apabila peluang pekerjaan peringkat lepasan SPM dibukakan kepada graduan, dengan sendirinya masalah pengangguran ini beralih kepada belia lepasan SPM yang tidak berkemampuan memegang skrol ijazah. Sebenarnya, usaha melayan dan menangani kerenah kumpulan lebih rumit dan menyukarkan. Kumpulan belia lepasan SPM yang tidak berjaya masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi atau kolej pada kebiasaannya disebut sebagai belia tercicir dan jauh daripada arus perdana kehidupan. Memandangkan sistem pendidikan di negara kita berdasarkan merit pencapaian akademik dan kokurikulum, maka sudah pasti kumpulan ini berada pada kelas hujung-hujung, iaitu sejak awal persekolahan mempunyai tahap pencapaian akademik yang agak rendah. Dilihat dari sudut psikologi dan kognitif, berkemungkinan besar mereka memiliki esteem diri yang rendah serta mudah terjebak kepada suasana hidup yang negatif. Data daripada Unit Pusat Universiti (UPU), Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan ada 468,808 orang calon lepasan SPM pada 2011. Daripada jumlah itu hanya 171,590 orang yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), manakala kira-kira 80,000 orang memasuki institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS). Ini bermakna ada kira-kira 217,278 belia lepasan SPM pada 2011 yang kini sama ada berada pada pasaran kerja atau menganggur, berkahwin atau berada dalam pusat serenti atau juga penjara. Sudah pasti peluang pekerjaan untuk sektor awam hampir tertutup rapat kerana kumpulan ini terpaksa bersaing dengan rakan yang lebih berketerampilan dan bergelar graduan. Adalah amat membimbangkan sekiranya kita membiarkan kelompok ini tanpa perhatian yang mendalam. Dalam konteks pergerakan belia, semua pertubuhan belia sedaya upaya mendekati kumpulan belia tercicir dengan memberikan mereka info berkaitan kerjaya serta latihan kemahiran khususnya yang berkonsepkan latihan kemahiran peluang kedua.

Namun, jawapan akhir kepada persoalan belia kita ialah dengan menyediakan mereka peluang kerja yang bersesuaian dengan keupayaan serta mampu menyediakan masa depan. Bernstein (2004) menyatakan ada empat faktor yang menyumbang kepada kegembiraan dan kesejahteraan hidup kebanyakan orang iaitu kesihatan, status ekonomi, pekerjaan dan hubungan kekeluargaan. Justeru, aspek sosioekonomi generasi muda ini perlu kita cari penyelesaian segera untuk mengelakkan mereka terus tertekan dan terjebak kepada sisi negatif kehidupan.

Harian Metro 18 Mei 2012. Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga.Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang medorong isu ini berlaku. Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an. Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangn kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer.

Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat belajar. Datuk Dr. Zainal Aznam dari Majlis Ekonomi Nasional yang ditubuhkan oleh kerajaan baru-baru ini melaporkan bahawa kadar pengangguran di dalam negara akan mencapai tahap 6% yang merupakan kadar tertinggi yang dicapai oleh negara sejak 20 tahun lalu. Meskipun ekonomi berasaskan pembuatan sejak setahun lalu menampakkan sedikit pertumbuhan, namun kadar pengangguran ini masih tidak dapat dielakkan. Dengan pemulihan ekonomi dan peluang pekerjaan buruh kasar yang agak murah, banyak negara pelabur asing mula memandang negaranegara seperti Vietnam, Indonesia, Kemboja dan China untuk dijadikan tempat melabur. Kemasukan pelaburan terus asing atau FDI ke dalam negara-negara ini sejak ekonomi sedunia mulai nampak pulih setahun lepas telah melenyapkan beberapa harapan penggerak dana serantau negara kita di dalam memperolehi modal baru antarabangsa. Para pelabur luar berasa bimbang dengan situasi dan melabelkan Malaysia sebagai negara tidak selamat memandangkan iklim politiknya tidak stabil dan isu-isu seperti hak sosial, hak maklumat dan kelambatan transformasi proses demokrasi di dalam negara. Meskipun begitu, keadaan huru-hara politik di Thailand kurang memberi impak kepada para pelabur asing untuk membuka perdagangan mereka di sana. Ini adalah kerana kos perniagaan dan kos buruh adalah jauh lebih rendah daripada di Malaysia. Sungguhpun demikian, syarikat-syarikat dari Malaysia pula semakin banyak menceburi usahasama perdagangan dengan negara luar. Syarikat-syarikat Malaysia sanggup menghabiskan lebih banyak wang syarikat untuk melabur di luar negara dengan alasan yang sama iaitu kos buruh yang rendah. Mungkin kerajaan perlu berbuat sesuatu supaya mereka ini pulang membuka kilang-kilang di Malaysia dengan insentif tempatan yang lebih baik bagi mengisi kilang-kilang yang ditinggalkan oleh pelabur asing. Walaupun Malaysia memberikan infrastruktur dan

pelepasan duti-duti yang agak menarik, namun keadaan sosial dan politik semasa menggerunkan para pelabur. Selain itu, mengapa ramai graduan yang menganggur adalah kerana percambahan pusatpusat pengajian tinggi yang menawarkan program sijil,diploma dan ijazah sama ada kerajaan dan swasta. Dengan pengambilan kemasukan pelajar yang nampak mudah tidak seperti 15 tahun lalu, ramai mereka yang sekadar lulus SPM tidak menghadapi masalah untuk memperolehi diploma atau pun sijil. Yang membezakan mereka hanyalah sama ada mereka adalah graduan universiti awam ataupun swasta. Jika 12 tahun lalu, untuk insitusi pengajian tinggi kerajaan, negara hanya mempunyai 10 universiti awam tetapi hanya dengan sekelip mata dan 3 tahun berikutnya, jumlah itu bertambah lebih sekali ganda. Bukan itu sahaja, jumlah pengambilan setiap tahun semakin bertambah. Kesan daripada kehadiran graduan-graduan ini tidak nampak pada pertengahan tahun 2000. Ini adalah kerana peluang pekerjaan dalam sektor awam dan swasta mampu menerima graduan-graduan ini. Tetapi pada tahun 2007, apabila ekonomi negara dan serantau mengalami kemelesetan, kesan ini mula ternampak dan diakui apabila ramai graduan terbaru sukar mendapat pekerjaan di saat industri sedang memberhentikan pekerja kerana tiada sumber dan peluang perniagaan. Ada yang menganggap segalanya bermula apabila geraf kelulusan pelajar di dalam keputusan SPM dipermudahkan atau direndahkan bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa saban tahun tahap lulus SPM meningkat. Hasilnya lebih ramai pelajar yang diciptakan pintar boleh mengisi ruang kosong kemasukan ke dalam IPT terutamanya IPT-IPT swasta. Berita Harian 9 Mei 2012. Lebih 70,000 siswazah masih menganggur menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata kira-kira 76,200 siswazah masih menganggur kerana tiada kemahiran mencari pekerjaan. Beliau berkata, berdasarkan kajian Jabatan Tenaga Kerja menerusi portal JobStreet Malaysia ke atas 1,994 responden, 77.14 peratus menyatakan mereka perlu mentor atau pembimbing dalam usaha mencari kerja. "Melalui bancian itu juga kita dapati hanya 42.59 peratus bersetuju menyatakan sepatutnya lepasan universiti tidak menghadapi masalah dalam mencari kerja, berbanding 57.41 peratus yang mengakui bermasalah untuk mencari kerja.

"Ini jelas menunjukkan tiada kemahiran untuk mendapat maklumat dan membuat carian pekerjaan menyumbang kepada kegagalan lepasan universiti untuk mendapat pekerjaan," katanya ketika menjawab soalan Senator Khoo Soo Seang di Dewan Negara, di sini, hari ini. Selain itu, sikap siswazah yang terlalu bergantung kepada orang lain untuk menyampaikan maklumat mengenai peluang kerja serta tidak tahu bagaimana untuk memohon juga menyumbang kepada pertambahan kadar pengangguran, katany

Cara- cara mengatasi masalah pengangguran Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di negara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan ekonomi negara berjalan rancak semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singpura dijangka mampu meninggikan petrumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai cukai. Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan atu sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama pelabur asing kelak. Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya kepada golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan.

Bagi mengatasi masalah ini, KPT menganjurkan Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Graduan Menganggur yang dilaksanakan dengan pelbagai agensi manakala Kementerian Sumber Manusia (KSM) melaksanakan pelbagai program termasuk Pendaftaran dan Penempatan Pekerjaan melalui portal JobsMalaysia, mewujudkan JobsMalaysia Center dan Karnival Kerjaya, katanya menjawab soalan Datuk Seri Mohd Zin Mohamed (BN-Sepang) yang ingin penjelasan mengenai peratus graduan tempatan yang belum mendapat pekerjaan selepas satu hingga lima tahun menamatkan pengajian serta punca mereka gagal mendapat pekerjaan. Seramai 40,460 siswazah telah menyertai Program Sangkutan dan Latihan Dikalangan Siswazah Menganggur sehingga 28hb Februari 2005. Pokoknya, segala perancangan serta pengubahsuaian kerangka negara perlu dilakukan agar kadar pengangguran dapat diminimakan pada masa hadapan.

Realitinya, sesebuah negara mempunyai corak kadar pengangguran yang akan bertambah apabila negara tersebut bertambah maju dari sebelumnya. Contohnya ialah negara England di mana kadar pengangguran pada tahun 60-an dan 70-an ialah sekitar 5 %, meningkat kepada 10 % pada tahun 80-an dan 8.4 % pada tahun 90-an (Sloman, J (1999)). Corak peningkatan tersebut turut dialami oleh kebanyakan negara maju di dunia pada hari ini. Kerangka negara yang diubahsuai, perlu dapat merancang bentuk dan keperluan tenaga kerja (labor force) dengan lebih sistematik dan terkawal agar dapat disalurkan ke bidang-bidang yang diperlukan di dalam ekonomi negara, hari ini dan juga masa hadapan. Maka, perancangan hendaklah bermula di tahap persekolahan dan pengajian tinggi. Realitinya, dasar-dasar dan segala program ilmiah di dalam sekolah dan institusi-institusi pengajian adalah program yang sistematik dan terkawal. Apabila kita mempunyai program yang boleh dikawal, manipulasi sepatutnya boleh dilakukan ke atas program-program yang sedia ada supaya tenaga kerja yang bakal dibekalkan oleh pihak institusi tinggi, berguna dan praktikal sepenuhnya selaras dengan keperluan masa tersebut. Justeru itu ianya dapat mengurangkan kesan-kesan sampingan yang wujud seperti pengangguran dan memilih pekerjaan.Sebenarnya, pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi

tidak boleh dianggap sudah matang, berdikari dan pandai membentuk masa depan sendiri. Mereka masih mentah dan tidak dapat untuk menilai evolusi dan corak keperluan dan ekonomi Malaysia pada masa depan. Mereka tidak boleh dibiarkan memilih sendiri kursus-kursus yang diambil kerana titik noktahnya bukan sampai disitu sahaja.Malah pemilihan kursus-kursus tersebut memerlukan setiap bimbingan serta perincian tepat dan kalkulatif, yang perlu berlandaskan pasaran pekerjaan pada 5 hingga 10 tahun ke depan dari masa pembelajaran mereka. Para ekonomis, cendekiawan, penggubal-pengubal dasar, pelabur-pelabur dan ahli-ahli politik boleh memberi input, idea-idea dan maklumbalas yang konkrit kerana merekalah yang bertanggungjawab di dalam menjana dan mencorakkan ekonomi serta keperluan tenaga kerja di Malaysia pada masa hadapan. Maklumbalas itu kemudiannya digunakan sebagai rangkakerja di dalam penyusunan kepentingan bidang-bidang pengajian di dalam institusi tinggi. Di sini institusi pengajian memainkan peranan penting di dalam menjayakan matlamat tersebut. Seperti sedia maklum, wujud bidang-bidang pengajian yang lebih popular daripada yang lain di IPT. Sikap ini bukan kerana prejudis tetapi lebih berpijak di bumi nyata yang berpandukan kepada realiti supply & demand pasaran pekerjaan di negara ini. Tetapi jika pengambilan pelajar di dalam bidang tersebut terlampau ketat dan terhad, maka terjadi fenomena pengambilan bidang ilmu secara tangkap muat oleh pelajar-pelajar yang tidak berjaya serta tidak berlandaskan cita rasa mereka dan keperluan negara pada masa hadapan . Kita perlu sedar bahawa ekonomi adalah sesuatu yang dinamik. Untuk berjaya, ilmu dan tenaga kerja perlu juga dinamik dan boleh dikembangkan sejajar dengan masa sekarang dan hadapan. Ilmu-ilmu di dalam institusi pengajian adalah suatu yang mulia dan perlu pendokongan yang kukuh. Di masa yang sama, ianya tidak boleh rigid dan terlalu konservatif kerana ilmu-ilmu yang dipelajari adalah simbiosis dan saling memanfaatkan di antara satu sama sendiri. Bidangbidang pengajian yang kononnya tidak popular, perlu diberi nafas baru dan perlu menggabungi segala aspek ilmu dan teknologi tinggi di dalamnya agar selari dengan keperluan dan permintaan semasa dan masa hadapan. Dengan cara ini, masa tidak dibazirkan untuk mempelajari sesuatu yang baru selepas tamat pengajian semata-mata kerana tidak secocok dengan alam pekerjaan ketika itu. Jika ilmu

yang dipelajari di dalam institusi tinggi cukup lengkap merangkumi segala keperluan ilmu dan tenaga kerja negara, kadar graduan menganggur dapat dikurangkan lagi.

Kesimpulan Isu pengangguran ini sebenarnya merupakan isu yang tidak pernah selesai kerana setiap tahun akan lahir beribu-ribu graduan yang akan mencari pekerjaan. Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Rujukan Abdul Kadir M.Y . 2003. Ekonomi Makro.Pearson Malaysia Sdn.Bhd. Bernstein (2004). Makroekonomics in Perspective. London Ghazali M. 2002. Politik Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. Jamal A. 2003. Ekonomi Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka KL. Jomo. Ks dan Ishak. 2003. Makroekonomi. Utusan Publication Sdn Bhd. Slamon, J. (1999) Economics (Edisi Keempat),Prentice Hall. www.bharian.com.my www.utusanonline.com www.hmetro.com.my

You might also like