You are on page 1of 3

Ahmad Dur Ihsan Bin Zulkifli Definisi Dan Konsep PJ Suaian Aktiviti yang diubahsuai untuk golongan istimewa

wa tetapi ianya sama impak seperti yang dialami oleh golongan biasa. Pendidikan jasamani suaian adalah merupakan kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Kaedah-kaedah ini meliputi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan jasmani. Kurikulum pendidikan jasmani suaian adalah sebahagian daripada kurikulum biasa yang dimodifikasi (ubahsuai) bagi memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya Aktiviti pendidikan jasmani suaian merupakan satu aktiviti yang sangat penting kepada semua pelajar di sekolah termasuk pelajar berkeperluan khas yang mengalami pelbagai masalah yang melibatkan ketidakupayaan fizikal, sosial dan mental. merupakan aktiviti terapi yang boleh mengurangkan masalah atau tekanan yang dihadapi.

Sejarah PJ Suaian di Malaysia Subjek pendidikan jasmani untuk kanak-kanak normal telah lama diajar di semua sekolah kerajaan dan swasta sejak sebelum Merdeka lagi. Di Malaysia tidak banyak tempat-tempat yang disediakan sesuai untuk memberi peluang kepada golongan khas untuk beriadah terutamanya di luar kawasan sekolah khas. Aktiviti pendidikan jasmani suaian merupakan satu aktiviti yang sangat penting kepada semua pelajar di sekolah termasuk pelajar berkeperluan khas. Pelajar khas mengalami pelbagai masalah yang melibatkan ketidakupayaan fizikal, sosial dan mental. Aktiviti pendidikan jasmani suaian ini penting kepada mereka kerana ia merupakan aktiviti terapi yang boleh mengurangkan masalah atau tekanan yang dihadapi Aktiviti jasmani suaian untuk golongan khas kurang diberikan perhatian pada masa kini. Golongan normal mudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, kemudahan dan peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah tetapi golongan khas pula sukar mendapat peluang untuk turut serta aktiviti yang dijalankan. Begitu juga dengan aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah, aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999). Banyak halangan yang dihadapi oleh golongan khas untuk melibatkan aktiviti pendidikan jasmani di sekolah kerana terdapat pelajar-pelajar berkeperluan khas mengalami masalah fizikal yang melibatkan otot, saraf dan pembentukan postur yang kurang sempurna.

Selain daripada itu aktiviti pendidikan jasmani suaian juga perlu menyediakan situasi ceria yang dapat menggalakkan kesejahteraan emosi kepada golongan istimewa ini. Kepentingan

Dapat meningkatkan aspek kehidupan murid PK :- perkembangan diri yg lebih baik ke arah kedewasaan yang mantap.

Program Pend. Jasmani yg teratur dapat memberi sumbangan kepada kesesuaian pertumbuhan jasmani hinggah akhir hayat.

PJK tempat murid2 ini meluahkan / mengekspresikan emosi. Menggalakkan perasaan harga diri serta menimbulkan imej diri positif.

Perancangan

Penyertaan murid PK dan juga pengubahsuain yang sesuai dengan keperluan murid PK.

Perlaksanaan

Mengikut kebolehan, keperluan dan tahap mana yang bersesuaian dengan persekitaran yg melibatkan aktiviti fizikal.

Faktor2 yg boleh diambil kira dalam membina penyesuaian kanak2 kurang upaya

Hubungkait PJ suaian dan FPN Untuk menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian murid-murid untuk menjadikan mereka insan yang dapt berdikari dan berjaya dalam kehidupan. Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran melibatkan kebolehan kognitif, perkembangan tingkahlaku, sosial, penguasaan bahasa lisan, membaca, matematik, berdikari serta meningkatkan kemahiran fizikal.

You might also like