You are on page 1of 3

SULIT

02/2

Arahan Am: Kertas ini mempunyai empat bahagian: Bahagian A, BAhagian B, Bahagian C, dan Bahagian D. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B mesti dijawab. Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda dikehendaki supaya menjawab satu saolan sahaja. Bahagian D mesti dijawab. Bahagian A (i): Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasakan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang tujuan pemberian kerja rumah.. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kerja rumah ialah tugasan yang perlu disiapkan di luar jadual waktu tetapi tidak semestinya dibuat di rumah. Kerja rumah mempunyai unsur pembelajaran kendiri. Oleh itu, kerja rumah diberikan supaya unsur ini dapat dipupuk dalam kalangan diri murid. Kerja rumah juga menjadi aktiviti pengukuhan bagi pembelajaran di dalam kelas. Justeru, kerja rumah perlu disiapkan oleh murid secara individu atau kumpulan. Namun, perkara ini telah menimbulkan rungutan kerana kerja rumah dikatakan telah 'merompak' masa anak-anak untuk berkembang dari segi jasmani. Selain itu, kerja rumah dikatakan menyusahkan ibu bapa kerana mereka terpaksa menghabiskan banyak masa untuk membimbing anak-anak membuat kerja rumah. Namun, perlu diingat bahawa kerja rumah sememangnya diberikan bagi membuka peluang kepada ibu bapa mahupun ahli keluarga yang lain bersama dengan anak-anak semasa mereka belajar. Kerja rumah juga dapat memberikan gambaran kepada ibu bapa tentang perkaraperkara yang dipelajari oleh anak-anak mereka di sekolah. Menurut kajian, antara rahsia kejayaan seseorang murid adalah apabila sentiasa ada tugasan yang dilakukannya tentang sesuatu yang dipelajari di sekolah. Dengan itu, kerja rumah merupakan satu daripada usaha yang boleh menyebabkan murid berjaya kerana mereka sentiasa belajar dan membuat latihan. Di samping itu, guru memberikan latihan tambahan sebagai kerja rumah supaya tumpuan dapat diberikan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Perkembangan multimedia seperti televisyen, komputer, internet dan sumber-sumber maklumat lain seperti buku, majalah dan akhbar pula menjadi sumber sokongan yang penting bagi murid membuat kerja rumah. Oleh itu, kerja rumah yang diberikan, diharapkan dapat membantu murid meneroka perkara-perkara baharu daripada sumber-sumber maklumat yang tidak diperoleh di bilik darjah. Pemberian kerja rumah dibuat dengan mengambil kira faktor masa senggang murid. Kerja rumah diberikan agar mereka dapat mengisi masa senggang mereka dengan aktiviti yang berfaedah yang menjurus ke arah kecemerlangan mereka dalam bidang pelajaram Oleh hal yang demikian, walaupun terdapat pelbagai pandangan tentang kerja rumah, namun hakikatnya kerja rumah banyak memberi kesan positif kepada murid-murid. (Dipetik dan diubah suai daripada 'Pengurusan kerja Rumah yang Elektif oleh Dr. Hj. Mohammed Sani bin Hj. Ibrahim, Pendidik, Bil 14,2005)

Bahagian A(ii): Pemahaman


02/2 1 [Lihat sebelah SULIT

SULIT

02/2

[10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1. Berikan maksud rangkai kata masa senggang.

(2 markah)
2. Jelaskan sebab-sebab mengapa sesetengah pihak kurang bersetuju tentang pemberian kerja rumah kepada

murid-murid. (4 markah)
3. Pada pendapat anda, selain menyiapkan kerja rumah, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh

murid untuk berjaya dalam pelajaran? (4 markah)

Bahagian B [20 markah] Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengatasi kesesakan jalan raya. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Tingkatkan mutu perkhidmatan awam

Baiki sistem lalu lintas

CARA-CARA MENGATASI KESESAKAN JALAN RAYA

Amalan berkongsi kereta

Tambah bilangan jalan raya

Bahagian C
02/2 2 [Lihat sebelah SULIT

SULIT

02/2

[40 markah] Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan. 1. Anda ingin mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan sekolah-sekolah berdekatan. Selaku setiausaha kelab bola sepak, tuliskan sepucuk surat kepada guru penasihat anda memohon mengadakan pertandingan tersebut. 2. Kecelakaan jalan raya yang membabitkan kenderaan awam seperti bas semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan nahas ini terjadi? 3. Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di suatu kawasan kediaman mewah di lereng bukit. Sebagai seorang wartawan sebuah akhbar, anda dikehendaki membuat liputan kejadian berkenan. Sediakan berita tersebut selengkapnya. 4. Anda telah mengalami peristiwa yang menyedihkan yang sukar dilupai. Ceritakan pengalaman anda itu dan nyatakan perasaan yang anda rasai.
5. Tulis cerita berdasarkan peribahasa Sepandai-pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh ke Tanah Juga.

Bahagian D [40 markah] Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1 atau Tingkatan 2.
(i) Sukar Membawa Tuah, karya M.Z. Erlysha (ii) Istana Menanti, karya Abd Latip Talib (iii) Bukan Duniaku, karya Aida Shahira (iv) Hikmah, karya Mohd Faris Ikmal (v) Wira Persona Avatari, karya Ahmad Zaki Abu Bakar (vi) Lestari Bukit Menghijau, karya Syed Mahadzir (vii) Erti Sebuah Pengorbanan, karya Zaihanim Zainal Abidin (viii) Di Sebalik Wajah, karya Abang Saifuddin Abang Bohari

Huraikan tiga nilai berserta contoh peristiwa yang terdapat dalam salah satu novel yang telah anda pelajari. KERTAS SOALAN TAMAT Disediakan oleh: .. Akhma Norasikin Bt Ahmad Penolong KP Bahasa Melayu
02/2

Disemak oleh: Pn. Ambia bt Mat Ketua Panitia Bahasa Melayu


3

Disahkan oleh: ..

SULIT

You might also like