You are on page 1of 9

ISL MINGGU 1

Pentaksiran Pengujian Penilaian


Disediakan oleh: Noor Mazlina Binti Sumaa PISMP Pendidikan Khas Ambilan Januari 2010 IPG Kampus Tawau

PENTAKSIRAN
Pentaksiran: satu proses mendapatkan maklumat & seterusnya membuat penghakiman ttg produk sesuatu proses pddkn. Maklumat meliputi hal-hal: - pertimbangan & pencapaian Produk: - pengetahuan, kemahiran & nilai Proses pendidikan: - operasi, dapatan & hasil.

Aspek2 yg utama dalam pentaksiran: Instrumen; Kumpulan yg ditaksir; Respons; Kumpulan yg menaksir; dan skor.

Kaedah lisan

Kaedah penulisan

Kaedah Pentaksiran

Kaedah portfolio

Kaedah pemerhatian

PENGUJIAN
Pengujian: 1 teknik utk mendapatkan mklumat ttg TL seseorang individu. Ujian terdiri drpd satu set soalan / atau tugasan atau respons. Tujuan utama pentaksiran: - mengesan hasil pembelajaran yg telah dicapai. - Mengesan kemajuan yg telah diperoleh, - Ujian petempatan akn menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada murid sblm P&P . - Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan membantu guru menentukan teknik pemulihan yg perlu digunakan.

Jenis-Jenis Ujian
Ujian Pencapaian
Mengukur sejauh mana seseorang pelajar dapat menguasai tajuk2 yg telah diajar oleh guru, meliputi pengetahuan, kefahaman, dan aplikasi. Terbahagi kpd 2 iaitu ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria.

Ujian Kecerdasan
Mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan antara individu.

Ujian Prestasi
Mengukur keupayaan /kecekapan murid melakukan sesuatu tugas yg melibatkan manipulasi objek yg konkrit (radas, gambar) dan memerlukan murid melakukan beberapa tugasan lain sbg ukuran tambahan.

Ujian Diagnostik
Mengenalpasti masalah yg dihadapi oleh murid dlm proses P&P , menentukan punca2 masalah dan seterusnya membuat tindakan.

Ujian Personaliti
Mengukur personaliti murid seperti sikap, pendirian, minat, nilai dan motivasi.

PENILAIAN
Penilaian: 1 proses / aktiviti yg bersistemtik bg memperoleh maklumat yg bguna dlm menentukan sesuatu prestasi. Berdasarkan KBSR semakan (2003) dan KSSR (mulai 2011), penilaian merupakan 1 proses utk menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan ttg kebolehan / kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif P&P. Dlm KSSR, pentaksiran P&P dijalankan secara berterusan utk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dlm pembelajaran.

Dalam KBSR, terdapat 3 jenis aktiviti penilaian iaitu:


JENIS Penilaian Mengesan Penguasaan HURAIAN Dijalankan ketika guru berada di bilik darjah untuk mengesan kelemahan penguasaan murid dlm sesuatu kemahiran yg sedang diajarkan, agar kelemahan itu dapat dibetulkan serta merta.

Penilaian Mengesan Kemajuan

Dilakukan selepas beberapa kemahiran dlm sesuatu topik telah selesai diajarkan, utk mengesan kemajuan murid ttg kemahiran2 yg telah dipelajari agar dapat menentukan siapa yg memerlukan aktiviti pengayaan dan pemulihan.
Dijalankan selepasa guru telah mengajar beberapa topik pelajaran, biasanya dlm tempoh 1 penggal, utk mengesan pencapaian murid dlm beberapa topik pelajaran utk menentukan kedudukan murid2 dlm kumpulan masing-masing.

Penilaian Mengesan Pencapaian

Rujukan
Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir, (2012). Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

You might also like