You are on page 1of 15

JENIS-JENIS SUMBER

PENGERTIAN SUMBER
Sumber mengikut Oxford English OIC adalah merujuk kepada sebuah karya dan lain-lain yang menyediakan maklumat atau bukti khusus yang bersifat tulen atau asli berkenaan sesuatu fakta, peristiwa atau siri hal-hal tersebut Muhd. Yusof Ibrahim pula, sumber ialah sesuatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan, tetapi sumber juga berbeza dengan ilham yang bersifat abstrak mahupun spontan serta sumber juga membolehkan kita merujuk kembali apabila diperlukan

Beneditto Croce yang mengatakan bahawa sejarah yang tidak dikaitkan dengan dokumen adalah tidak dapat disahkan kebenarannya malah tidak boleh dianggap sebagai sejarah Profesor Sartono Kartodirdjo pula adalah membawa maksud dokumen, monumen, artifak, foto, tape dan lain-lain lagi selain data verbal yang berbentuk tulisan

Menurut Louis Gottschalk, sumber primer ialah keterangan dari saksi iaitu seseorang atau sesuatu yang hadir dalam kejadian yang dia ceritakan itu manakala sumber sekunder pula ialah keterangan daripada seseorang yang tidak hadir di dalam kejadian yang dia ceritakan tersebut Louis Gottschalk ini dipersoalkan pula oleh Aurthur Marwick. Aurthur Marwick menyatakan bahawa sumber primer ialah bahan-bahan yang wujud dalam keadaan asal, mentah dan dikatakan tidak sempurna manakala sumber sekunder pula ialah tulisan sejarah seperti karya sejarah yang tersusun, rencana, dissertasi atau buku Berdasarkan huraian di atas, dapatlah difahami sumber memainkan peranan yang sangat besar dan penting dalam penyelidikan sesuatu kajian sejarah.

Berdasarkan definisi ini, ternyata sumber merupakan suatu unsur yang penting dalam bidang pengkajian sejarah. Hal ini kerana, tanpa sumber maka agak mustahil untuk melahirkan hasil penulisan sejarah sama ada yang bercorak politik, ekonomi mahupun sosial.

JENIS-JENIS SUMBER

SUMBER PRIMER
Sumber pertama atau sumber primer ialah bahan yang belum diolah atau dicetak iaitu sumber atau bahan yang masih dalam keadaan asal seperti dalam bentuk kertas, fosil, manuskrip yang belum dicetak, surat rasmi kerajaan, batu bersurat dan keterangan lisan. Sumber-sumber tersebut bersifat asli dan belum ditafsir. Sumbersumber tersebut biasanya dihasilkan pada masa yang hampir sama dengan maklumat yang dicatatkan dan oleh pihak yang berwibawa.

Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.

Isi teks batu bersurat ini mengenai undangundang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.

SUMBER SEKUNDER
Sumber kedua atau sumber sekunder terdiri daripada bahan atau dokumen yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis maklumat yang telah dicatatkan di tempat lain. Sumber ini merangkumi majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah, laporan tahunan jabatan dan blog. Sumber kedua melibatkan pengitlakan, analisis, sintesis, tafsiran atau penilaian maklumat asal. Sumber kedua merupakan bahan yang telah diolah, dicetak dan disebarkan kepada umum.

KESAHIHAN SUMBER
kesahihan sumber perlu dijalankan ialah bertujuan mengelakakan pemalsuan sumber berlaku. Pemalsuan sumber disini bukan sahaja bermaksud mengadakan apa yang tiada dalam sumber yang asli bahkan pemalsuan juga merujuk kepada sebarang penambahan atau pengurangan serta kesilapan dalam menterjemah isi kandungan sesuatu sumber Kesahihan sumber dalam erti kata lain adalah bertujuan untuk memastikan fakta yang diaplikasikan dalam sesuatu penulisan itu sentiasa benar dan layak untuk berdiri sebagai sumber sejarah

SUMBER ORAL
Herodotus dan Thucydides juga menggunakan kaedah temuduga. Herodotus dan Thucydides mengatakan bahawa temuduga bukan sahaja merupakan cara yang paling berkesan untuk memperoleh bukti yang asli dan benar tetapi juga dapat memeras ingatan saksi Herodotus memperoleh sumber oral dengan menghubungi saksisaksi tanpa mengira latar belakang politik mahupun sosial. Disamping itu, beliau juga menemui ketua politik dan tentera serta paderi di pusat keagamaan yang terkenal seperti di Dephi, Olympia, Delos dan Apollo. Di Mesir dan Babylonia, Herodotus telah mendapat maklumat tentang adat resam, kepercayaan, sejarah dan perayaan penduduk tempatan Manakala Thucydides pula telah menemui para pemimpin Athens yang berpengaruh seperti Pericles, Cleon dan Alcibiades. Thucydides juga telah menemui rakan-rakan dalam angkatan tentera Athens untuk mendapatkan maklumat tentang startegi dan taktik peperangan Liga Delos

Herodotus dan Thucydides juga telah menggunakan bahan-bahan bertulis dan kesan-kesan peninggalan lama seperti babad, puisi, epik, karya geografi, etnografi dan perubatan, dokumen kerajaan, inskripsi, batu bersurat, bangunan dan rumah berhala dalam penulisan karya mereka

You might also like