Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Konsep Dan Definisi Motivasi

Konsep Dan Definisi Motivasi

Ratings: (0)|Views: 121 |Likes:
Published by ebak

More info:

Published by: ebak on Jul 26, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/15/2013

pdf

text

original

 
PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN1
Konsep dan definisi motivasi
 Terdapat ramai pengkaji yang memiliki pelbagai persepsi yang diutarakan bagimenjelaskan pengertian motivasi itu sendiri. Namun demikian, antara yang palingpopular dan sangat hampir dengan konsep motivasi ini ialah definisi Sage (1977).Beliau menyatakan bahawa motivasi merujuk kepada arah dan intensiti usahaseseorang individu. Secara tuntasnya, arah merujuk kepada tin
 
dakan seseorangindividu untuk menjauhi atau menghampiri sesuatu situasi. Manakala intensiti pula ialahtakat atau kekuatan usaha seseorang individu untuk menghampiri atau menjauhi situasitersebut.Wann (1977) pula berpendapat bahawa motivasi merupakan satu proses kebangkitanyang lahir dari diri individu yang dapat membantunya berusaha ke arah ataumengekalkan perlakuan yang diingini. Manakala Robert (1993), menyatakan bahawamotivasi merujuk kepada faktor-faktor personaliti, sosial dan kognitif yang memainkanperanan ketika seseorang atlet membuat persembahan dan ingin mencapai sesuatumatlamat.Sebagai kesimpulannya, motivasi ialah faktor-faktor yang menggerakkan, mengekalkanatau memberhentikan tingkah laku ke arah sesuatu matlamat yang ingin dituju, dariaspek biologi, sosial dan pembelajaran.Terdapat dua keadaan yang terkandung di dalam motivasi itu sendiri iaitu motivasiintrinsik dan motivasi ekstrinsik.
Motivasi Intrinsik.
Motivasi yang wujud dari dalaman individu dan tidak dipengaruhi oleh sebarangfaktor luaran. Ia terbentuk hasil daripada keyakinan diri yang tinggi tanpamengharapkan dorongan, ganjaran atau sokongan dari persekitaran. Sebagaicontoh adalah minat yang amat mendalam untuk menceburkan diri dan berazamuntuk berjaya, seterusnya meningkatkan prestasi atlet melalui penguasaankemahiran-kemahiran tertentu. Contoh lainnya ialah ingin menjaga kesihatan diri.Kuasa pengekalannya bertahan lebih lama berbanding motivasi ekstrinsik.
 
PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN2
Motivasi Ekstrinsik
Berbeza dengan motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik melibatkan ganjaran ataufaktor luaran yang mendorong individu bertingkah laku dalam sukan, motivasi iniboleh berbentuk fizikal atau pun verbal. Implikasi motivasi ini lebih bersifat motivasisementara. Sumber motivasi ini ialah keinginan untuk memenangi pingat emas,mengharapkan ganjaran dan penghargaan dan takut akan dendaan atau kesansekiranya tewas.
Motivasi dan ganjaran
Ganjaran dan motivasi yang diterima oleh atlet boleh meningkat atau menurunkanmotivasi atlet. Ia bermula pada cara seseorang atlet menerima dan mentafsirmotivasi atau ganjaran yang diterima. Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsikseperti anugerah sukan atau trofi yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan kebolehanatlet boleh meningkatkan motivasi intrinsik. Namun pemberian ganjaran ekstrinsikyang demikian sekiranya ditafsir sebagai mengawal atlet akan mengurangkanmotivasi intrinsik dan keseronokan atlet berkenaan.
Model Motivasi
Motivasi boleh dilihat dan dijelaskan melalui beberapa pendekatan model. Berikut ialahbeberapa model yang amat popular dalam bidang motivasi sukan.
Model McClelland dan Atkinson
Model ini menyatakan bahawa motivasi terbentuk berdasarkan motif untukmencapai kejayaan dan takut akan kegagalan.
Cox (2007) berpendapat bahawa, motifuntuk mencapai kejayaan adalah lahir dari motivasi intrinsik, manakala takut akankegagalan adalah komponen kebimbangan kognitif seketika.
Faktor yang mendorongseseorang atlet untuk mengharapkan kejayaan ialah motivasi berjaya. Manakalafaktor yang mengelakkan seseorang atlet untuk merasa bimbang terhadapkegagalan ialah motivasi untuk mengelakkan kegagalan.Motivasi pencapaian = motivasi intrinsik
 –
kebimbangan kognitif seketika.
 
PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN3
Formula di atas menceritakan bahawa sekiranya seseorang atlet berkeyakinanboleh berjaya, maka beliau akan memilih untuk kekal terlibat dalam aktivitiberkenaan, namun jika atlet tidak berkeyakinan maka atlet tersebut akan memilihuntuk tidak menyertai aktiviti berkenaan. Atkinson sendiri mengakui kesan pengaruhmotivasi ekstrinsik kepada motivasi intrinsik individu.
Teori
Self Efficacy 
oleh Bandura
Pengaruh keyakinan diri sebagai faktor yang membezakan individu bermotivasipencapaian tinggi atau sebaliknya. Teori ini menjelaskan keadaan yang berkaitandengan keyakinan individu tentang kemampuannya untuk melakukan sesuatutugasan dengan berkesan. Mekanisme yang menjadi pengantara motivasi, corakpemikiran dan tingkah laku.
Self-Efficacy 
adalah pertimbangan individu terhadapkemampuannya beraksi dalam apa tahap sekalipun, serta merupakan hasil daripada prosespengaruh kendiri yang kompleks berdasarkan sumber maklumat keupayaan diri sepertiberikut :
Perlakuan prestasi yang berjaya
Pengalaman lalu
Pujukan atau dorongan
Status fisiologi
Teori Motivasi Kecekapan Harter
Teori ini menjelaskan pencapaian berdasarkan aspek kecekapan atlet. Atlet yangmerasakan bahawa mereka mempunyai kecekapan yang mencukupi dalam sesuatutugasan biasanya akan melakukan tugasan tersebut tanpa banyak soal, dan begitu juga sebaliknya. Penilaian kognitif terhadap kejayaan seseorang menguasai sesuatukemahiran akan memberi kesan terhadap motivasi seseorang. Jika atlet berjayadalam kemahiran yang ditunjukkan maka motivasi kecekapannya akan meningkat.Jika sebaliknya berlaku, maka keinginan terus untuk melibatkan diri dalamkemahiran tersebut akan menurun.

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
yenying liked this
ad_din liked this
Aja Azariah liked this
Ibney Mia liked this
Raksan Losong liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->