kabit
penyeluk saku, tukang copet.
kaboi
sj kumbang.
kabriolet
(kabriolét) motokar penumpang yg boleh dibuka bumbungnya.
kabu-kabu
1.
sesuatu yg lembut dan kelihatan spt kapas (biasanyadigunakan sbg pengisi bantal, tilam, dsb), kapuk;
2.
sj tumbuhan(pokok), randu,
Ceiba pentandra; ~ hutan
sj tumbuhan (pokok),cengkering, kekabu jawa, membuluh,
Zanthoxylum myriacanthum.
kabui
Kd kumbang tanduk.
kabuki
(Jepun) drama tradisional Jepun yg berdasarkan legenda popular dan semua wataknya dimainkan oleh pelakon lelaki.
kabul
1.
=
terkabul
terlaksana, tercapai, tertunai:
permintaannya ~;
2.
=
~akan
mempersetujui, setuju dgn, meluluskan:
~lah ia akan kehendak hamba;
3.
=
~ pd
dipersetujui oleh, diluluskan oleh, diperkenankanoleh:
Sultan Mansur Shah mohon kpd Batara Majapahit hendak kembali, maka ~lah pd Batara;
mengabulkan
memperkenankan (permohonan doa, kehendak, dsb),mempersetujui, meluluskan:
moga-moga Tuhan akan ~ permohonanku ini;
pengabulan
perihal mengabulkan (permintaan dll);
pengabul
bersifat sedia mengabulkan sesuatu doa, permintaan dsb(bkn Allah):
Allah yg maha pengasih dan maha ~.
kabuli;
nasi ~
sj nasi yg bercampur dgn berbagai-bagai lauk dan rempah.
kabung I
=
perkabungan
kain putih yg dililitkan pd kepala tanda berdukacita (kerana kemangkatan raja dll);
berkabung
1.
memakai kabung (tanda berdukacita):
setelah bagindadikebumikan, maka mereka itu sekaliannya pun ~lah empat puluhhari;
2.
memperlihatkan tanda-tanda sedang berdukacita (kerana