You are on page 1of 9

KAU 1013 PERSEKITRAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

ULASAN JURNAL TAHAP BACAAN DAN FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHINYA

NAMA NO MATRIK PROGRAM SEMESTER

: NORYUSMANIA BT JUNAIDI (E 20101000826) : E20101000826 : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK. : SEMESTER 3 2011/2012

KUMPULAN KULIAH : KUMPULAN B NAMA PENSYARAH :

TAHAP BACAAN DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA

Jurnal ini telah ditulis oleh Zainiah binti Mohames Isa daripada Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian yang dilakukan memperlihatkan perkaitan antara latarbelakang ibu bapa, bahan bacaan dirumah dan di sekolah, peranan ibu bapa dan guru dalam membacakan buku kepada kanak-kanak dengan tahap pembacaan kanak-kanak prasekolah. Kajian yang beliau lakukan merupakan kajian tinjauan dengan cara menemubual kanak-kanak bagi mengisi boring soal selidik. Sampel kajian ini pula melibatkan 112 orang kanak-kanak prasekolah, berusia di antara enam tahun yang sedang belajar di lima buah sekolah yang terpilih bagi kajian ini.

PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, membaca atau baca adalah satu proses memerhatikan isi sesuatu yang bertulis atau bercetak dengan teliti dan memahami maksud kandungannya dan merupakan satu proses pengucapan apa yang ditulis atau dicetak pada buku, papan tanda dan sebagainya secara lisan dengan kuat.

Harris dan Sipay (1980:8) pula membaca dianggap sebagai suatu kegiatan yang memberikan respon secara tepat terhadap lambang verbal yang tercetak atau bertulis. Lain pula dengan Gibbon (1993:70-71) yang mendefinisikan membaca sebagai proses pemerolehan makna daripada cetakan. Dalam aktiviti membaca terjadi proses pengelolaan informasi yang terdiri daripada informasi visual dan informasi non-visual (Smith, 1985:12). Informasi visual dapat diperolah melalui panca indera penglihatan manakala informasi nonvisual pula diperoleh hasil daripada pengetahuan sedia ada pembaca.

Burns, Griffin dan Snow (1999) dalam Starting Out Right pula melihat membaca sebagai keupayaan mengenal cetakan dalam perkataan dengan menyambung bunyi-bunyi huruf dan juga perkataan-perkataan yang biasa mereka lihat. Pembaca boleh menggunakan pengetahuan lalu, perbendaharaan kata, dan kefahaman untuk membaca bagi mendapatkan permaknaan. Pembaca membaca dengan lancar seperti mereka boleh mengenal perkataan sepintas lalu supaya apa yang dibaca di fahami dan membaca menjadi pengalaman yang menyeronokkan.

Daripada tiga definisi yang telah dikemukakan ini, dapat disimpulkan bahawa membaca adalah satu proses interaksi antara pembaca dengan teks bacaan. Pembaca berusaha memahami isi bacaan berdasarkan latar belakang pengetahuan dan kompetensi kebahasaannya. Dalam proses pemahaman bacaan tersebut, pembaca pada umumnya membuat ramalan-ramalan berdasarkan system semantik, sintaksis, grafologi, dan konteks situasi yang kemudiannya diperkuat atau diubah suai dengan isi bacaan yang diperoleh.

Membaca merupakan satu tumpuan utama dalam komponen kurikulum prasekolah. Oleh kerana membaca merupakan aspek yang terpenting dalam pendidikan awal kanak-kanak kini terdapat banyak kajian dilakukan berkaitan dengan membaca dan perkaedahan membaca tetapi kajian mengenai faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak masih kurang. Oleh yang demikian pengkaji atau penulis jurnal ini telah menjalankan kajian untuk melihat perhubungan di antara peranan ibu bapa dan guru dengan tahap bacaan kanakkanak prasekolah. Antara factor-faktor yang dianalisis adalah latar belakang ibu bapa, bahan bacaan di rumah dan juga di sekolah, peranan ibu bapa membacakan buku di rumah serta peranan guru dalam aktiviti bercerita di bilik darjah.

ULASAN Setelah saya membaca jurnal ini, saya mendapati bahawa jurnal ini berkisar tentang peranan ibu bapa dan guru sebagai faktor yang mempengaruhi tahap pembacaan awal yang memfokuskan kepada proses membaca bagi peringkat usia lima dan enam tahun iaitu peringkat kanak-kanak prasekolah. Namun ulasan saya hanya akan menyetuh mengenai peranan dan latar belakang ibu bapa sebagai faktor yang mempengaruhi tahap pembacaan awal kanak-kanak prasekolah.

Menurut penulis jurnal, sesebuah program pendidikan prasekolah kini menjadikan pengajaran bacaan sebagai fokus utama mereka. Ini adalah kerana sejak dari dulu lagi masyarakat telah meletakkan kebolehan membaca sebagai petanda bagi kecerdikan kanakkanak dan kualiti sesebuah prasekolah. Kenyataan penulis jurnal ini turut disokong oleh statistic yang telah dipetik daripada Syarahan Perdana Universiti Kebangsaan Malaysia oleh Prof. Rohaty Mohd Majzub yang bertajuk Pendidikan Prasekolah: Cabaran dan Kualiti. Menurut statistic tersebut, pencapaian prasekolah swasta 507, 282 melebihi pencapaian pendidikan prasekolah agensi kerajaan yang berjumlah 296, 729. Hal ini adalah disebabkan lebih ramai kanak-kanak di tadika swasta yang menerima perkhidmatan prasekolah yang bersifat komersial, memberi penekanan kepada 3M (membaca, menulis dan mengira) dan kesediaan akedemik (Wahid Hashim, 2004).

Penulis jurnal juga turut menyentuh tentang tahap-tahap bacaan kanak-kanak. Kajian yang dilakukan oleh penulis tentang tahap bacaan kanak-kanak mengunakan konsep penampilan literasi Marie Clay dalam Sulzby (1985) yang menyatakan Perlakuan menulis dan membaca kanak-kanak mula timbul dan berkembang kepada kebolehan membaca dan menulis yang biasa sebagai kayu pengukur. Dengan berpegangkan fakta ini, penulis jurnal ini menolak pendapat yang menyatakan bahawa tidak boleh mengajar membaca terlalu awal kerana kanak-kanak belum bersedia. Teori penampilan literasi yang dinyatakan ini mejelaskan bahawa kanak-kanak melalui tiga peringkat pembacaan semasa di peringkat awal persekolahan iaitu : Penampilan pembaca (Emergent reader) Pada tahap ini kanak-kanak mula melakukan perlakuan-perlakuan membaca. Mereka membacakan berulangulang buku yang sama atau meneliti buku yang baru. Mereka mengingati erita dan menggunakan gambar sebagai tanda dan isyarat untuk membantu pembacaan. Kanak-kanak sedar tentang peranan tulisan

sebagai pencerita dan bukannya gambar. Mereka mula menuding kepda perkataan yang biasa mereka lihat dan mencari perkataan yang mereka kenali seterusnya. Apabila kanak-kanak mula memadankan cerita di dalam ingatannya dengan perkataan-perkataan di setiap muka surat, mereka telah mula masuk ke peringkat kedua iaitu peringkat pembaca awal. Pembaca awal (Early reader) Pada peringkat keda ini pula kanak-kanak membaca dengan kuat, tetapi bacaan lambat dan berhati-hati memadankan apa yang dikatakan dengan perkataan di mika surat. Selalunya mereka akan menuding perkataan tersebut sambil menyebut dengan kuat. Mereka masih bergantung kepada daya ingatan mereka terhadap teks tersebut dan gambar masih memainkan peranan penting tetapi mereka sudah menggunakan fonem, makna perkataan, susunan kata dalam ayat dan mengenal tanda dalam teks. Mereka merasa berjaya menjadi pembaca dan mereka sering membuat pembetulan diri semasa membaca. Akhirnya kanak-kanak akan tiba di peringkat pembaca mahir. Pembaca Mahir (Fluent reader) Di peringkat ke tiga ini pula adalah peringkat dimana kanak-kanak telah boleh membaca. Mereka biasanya membaca dengan senyap dan bacaan mereka adalah spontan kecuali apabila mereka terjumpa perkataan yang sukar. Mereka akan menggunakan fonem, makna perkataan, susunan kata dalam ayat untuk meneka perkataan tersebut dan meneruskan pembacaan. Mereka banyak membaca dan jika mereka seronok membaca, tabiat ini aka menjadi minat mereka sepanjang hayat.

Terdapat tiga perkara asas yang mempengaruhi kebolehan membaca iaitu kanak-kanak dan proses dalamannya, suasana sekolah serta rumah tempat kediaman dan persekitaran masyarakat (Sofiah, 1983). Kanak-kanak pada usia ini perlu belajar dalam persekitaran yang baik dan memerlukan sokongan orang dewasa dalam membentuk sifat kendiri yang positif. Oleh itu, peranan orang dewasa amat penting dalam menyediakan persekitaran yang kondusif terhadap pembelajaran dan juga membantu perkembangan bahasa kanak-kanak melalui interaksi yang positif.

Menurut kajian yang telah dibuat oleh Vukelish et all (1977), ibu bapa yang berpengetahuan luas dan cukup serta menunjukkan minat terhadap pembacaan dapat menolong mengembangkan kemahiran-kemahiran prabacaan yang sangat penting dalam proses pembelajaran seterusnya. Mereka mendapati bahawa faktor-faktor seperti tingkat pendidikan ibu bapa turut mempengaruhi perkembangan kemahiran pembacaan kanak-kanak.

Menurut hasil dapatan kajian yang dilakukan oleh penulis, kebanyakan kanak-kanak yang terlibat dalam kajian beliau terdiri daripada keluarga yang berkelulusan sekolah menengah. Diikuti dengan ibu bapa berkelulusan diploma atau ijazah. Hanya sedikit sahaja ibu bapa yang berkelulusan sekolah rendah. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan signifikan antara tahap bacaan dengan pendidikan ibu bapa. Jadual yang dilampirkan dalam jurnal iaitu Jadual 2 menunjukkan 83.3% daripada golongan emergent reader adalah daripada

ibu bapa bersekolah rendah berbanding hanya 37% daripada ibu bapa yang berkelulusan kolej atau universiti. Bagi golongan pembaca mahir pula didapati tiada yang daripada ibu bapa yang bersekolah rendah tetapi kesemuanya dari ibu bapa sekolah menengah (39.3%) dan kolej atau universiti (20.7%). Ini menunjukkan lebih tingi pendidikan ibu bapa lebih baik pencapaian tahap bacaan kanak-kanak. Statistik hasil dari kajian penulis ini bertepatan dengan kajian yang telah dilakukan oleh Vukelish (1977), Criscuolo (1974) dan Woods (1974) dalam Khadijah Rohani (1989, menyarankan ibu bapa yang berpengetahuan cukup dan menunjukan minat terhadap pembacaan dapat mengembangkan kemahiran-kemahiran prabacaan yang sangat penting dalam proses pembelajaran seterusnya. Oleh itu jelaslah pendidikan ibu bapa turut memberi kesan terhadap tahap pembacaan kanak-kanak kerana lebih tinggi pendidikan ibu bapa lebih tinggilah kesedaran mereka tentang nilai membaca dan akan lebih berminat terhadap buku-buku untuk anak mereka.

Pendapatan ibu bapa juga turut memberi kesan terhadap perkembangan kemahiran pembacaan kanak-kanak. Analisis kajian yang dilakukan oleh penulis juga menunjukkan terdapat perhubungan signifikan antara tahap bacaan kanak-kanak dan jumlah pendapatan ibu bapa. Dalam jadual 3 yang dilampirkan dalam jurnal menunjukkan daripada golongan emergent reader sebanyak 72.7% adalah daripada ibu bapa berpendapatan kurang daripada RM 500 berbanding dengan hanya 33.3% daripada ibu bapa berpendapatan lebih daripada RM 1,500. Bagi golongan pembaca fluent pula didapati kebanyakannya datang daripada ibu bapa berpendapatan RM 1,000 RM 1,500 (10.3%) dan RM 1, 500 ke atas (16.7%), hanya 3.4% daripada ibu bapa berpendapatan RM 500 RM 1,000. Ini menunjukkan tahap bacaan kanak-kanak lebih tinggi pada ibu bapa yang berpendapatan tinggi berbanding dengan ibu bapa yang berpendapatan rendah. Hasil dapatan kajian penulis adalah sama dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Vukelish (197), Criscuolo (1974) dan Woods (1974) dalam Khadijah Rohani (1989) yang menyarankan bahawa pendapatan ibu bapa dapat menolong mengembangkan kemahiran-kemahiran prabacaan yang sangat penting dalam proses pembelajaran seterusnya. Maka berdasarkan kajian yang dilakukan olehtokoh-tokoh yang dinyatakan diatas serta kajian yang dilakukan oleh penulis sendiri, jelaslah bahawa pendapatan ibu bapa boleh mempengaruhi tahap pembacaan kanak-kanak. Ini mungkin disebabkan apabila pendapatan ibu bapa lebih tinggi , mereka mempunyai lebihan wang untuk membeli bahan bacaan untuk anak-anak mereka. Ibu bapa memainkan peranan yang penting menyemaikan minat membaca di kalangan kanak-kanak sejak mereka lahir lagi. Dengan kemampuan wang yang ada akan memberikan mereka lebih peluang untuk mengadakan bahan bacaan yang menarik untuk anak-anak di rumah. Anak-anak yang datang dari rumah yang mempunyai banyak bahan bacaan akan lebih bersedia menerima instruksi literasi apabila mereka melangkah ke sekolah kelak.

Dapatan oleh Schaefer (1991) juga menyatakan terdapat hubungan positif yang tinggi antara pengetahuan, keyakinan dan gaya interaksi ibu bapa terhadap pencapaian akademik kanak-kanak. Kajian oleh Rutter et. all (1970) melihat peningkatan hubungan antara factorfaktor yang berkaitan dengan keluarga terhadap pencapaian literasi kanak-kanak. Ini menunjukkan penglibatan ibu bapa dan keluarga amat penting dalam menentukan pencapaian kanak-kanak di sekolah.

Menurut kenyataan oleh IRA dan NAEYC (1998) pula, mereka mencadangkan agar buku yang bermutu pelbagai pilihan, software computer dan bahan multimedia perlulah mencukupi. Bahan-bahan ini diperlukan untuk mengelak masalah kurang pendedahan terhadap bahan tersebut berdasarkan kepelbagaian latar belakang keluarga dan budaya dari mana kanak-kanak itu datang. Bilangan bahan bacaan di rumah turut mempengaruhi pembacaan kanak-kanak. Peranan ibu bapa dalam menyediakan rangsangan fizikal di rumah seperti menyediakan buku, dan ransangan psikologi seperti membaca bersama adalah faktor pengalak membaca yang dicadangkan oleh Miller (1972) dan Worthy (1999) dan lain-lain mencadangkan bahawa persekitaran tertentu boleh menimbulkan minat yang seterusnya membawa kepada aktiviti membaca sukarela. Beliau menyatakan bahawa persekitaran boleh membentuk situasi yang mendatangkan minat yang akan mendorong kea rah motivasi seseorang individu yang seterusnya akan lebih melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.

Penulis telah melakukan kajian sendiri untuk membuktikan sama ada faktor bilangan buku di rumah mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak atau tidak. Berdasarkan kajian yang dilakukan, analisis menunjukkan terdapat perhubungan yang wujud di antara tahap pembacaan dengan bilangan buku. Kebanyakan kanak-kanak iaitu merangkumi 90 hingga 112 orang kanak-kanak memiliki satu hingga sepuluh buku. Ini menunjukkan kanak-kanak ini telah mempunyai buku yang boleh dianggap sebaigai milik peribadi mereka sendiri yang memainkan peranan penting dalam proses pembacaan. Jika dilihat daripada hasil dapatan kajian, kanak-kanak telah pun ada sekurang-kurangnya 1 hingga 10 buku milik peribadinya menepati kajian yang dibuat oleh Morrow & Weinstein (1986) dalam Newman & Roskos (1997) dalam IRI (1998) kajian mendapati bilangan lima buah buku bagi setiap kanak-kanak adalah bilanganpaling minimum bagi mewujudkan persekitaran yang kaya dengan cetakan. Kajian ini juga bersamaan dengan dapatan kajian oleh Halle, Wurzt-Costes dan Mahoney (1997) dalam McQuillan dan Au (2001) terhadap kanak-kanak darjah tiga dari kawasan pinggir Bandar mendapati bilangan buku di rumah menentukan kemajuan dalam pembacaan, walaupun taraf pendidikan ibu bapa dan tahap pembacaan kanak-kanak sebelumnya dikawal bagi tujuan kajian. Jelas ini menunjukkan akses pada buku di rumah adalah factor penyumbang kepada tahap bacaan kanak-kanak.

Jesteru itu penyediaan bahan bacaan bukan sahaja terhad di sekolah malah penyediaan bahan bacaan di rumah juga adalah perlu. Ini di tegaskan lagi melalui analisis kajian yang dibuat oleh McQuillan dan AU (2001) mendapati terdapat tiga factor yang secara tidak langsung mempengaruhi pembacaan iaitu akses bahan di rumah, di dalam komuniti dan juga di sekolah. Dapat disimpulkan berdasarkan kesemua kajian yang dinyatakan oleh penulis jurnal bahawa bilangan bahan bacaan meningkatkan tahap pembacaan serta menambah minat membaca di kalangan kanak-kanak.

Selain itu dalam jurna penulis turut menyatakan bahawa menurut Newman, Caperalli & Kee (1998), program membaca bersama keluarga melibatkan aktiviti yang dilakukan bersama-sama di antara ibu bapa dan anak-anak. Dalam kebanyakan program, aktiviti yang dlakukan bersama-sama keluarga ialah aktiviti membaca dan membincangkan buku bersamasama. Dalam Kajian Gregory & Morrison (1998) menyatakan ibu bapa melaporkan kanakkanak amat menyukai buku yang mereka baca bersama-sama ibu bapa dan ibu bapa menyukai masa yang diluangkan membaca bersama kanak-kanak. Ini menunjukkan membaca

memberikan kesan yang positif terhadap kanak-kanak dan juga ibu bapa mereka yang melibatkan diri. Oleh itu jika kanak-kanak kerap dibacakan buku, mereka akan menyukai buku dan pembacaan.

Namun penulis jurnal menolak penyataan tersebut. Analisis yang penulis jurnal lakukan mendapati tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara tahap pembacaan dengan masa membaca bersama dirumah. Dapatan kajian yang beliau lakukan menolak pandangan Gregory & Morrison (1998) yang mendapati kesan yang positif terhadap kanak-kanak yang dibacakan buku di mana kanak-kanak ini akn lebih suka membaca buku pilihannay berbanding dengan televisyen dan meminta dibacakan buku sebelum waktu tidur dan akhirnya menjadi rutin. Kajian mendapati kebanyakan kanak-kanak menyatakan mereka ada masa membaca bersama di rumah namun tidak menyatakankekerapan aktiviti tersebut untuk dianggap sebagai rutin.

Selain daripada itu dapatan kajian Gregory & Morrison (1998) yang lainnya mendapati pembacaan juga boleh mempertingkatkan bahasa pertuturan kanak-kanak. Ini di sokong oleh kajian yang dilakukan oleh Whitehurst & Fishel (1991) yang melaporkan kanak-kanak berusia dua ke tiga tahun yang dibacakan buku mempunyai perkembangan bahasa 8 bulan lebih tinggi dari kanak-kanak perkembanagn bahasa yang sebaya dengannya. Melalui kajiankajian yang lepas serta kajian yang dilakukan oleh penulis jurnal ini sendiri, tidak dapat dibuktikan secara sahih bahawa aktiviti membaca bersama ibu bapa ini merupakan salah satu factor penyumbang dalam meningkatkan tahap pembacaan kanak-kanak.

KESIMPULAN Kesimpulannya, ibu bapa merupakan pendidik pertama bagi kanak-kanak semenjak mereka dilahirkan ke dunia. Mereka mempunyai pengaruh yang cukup besar terhadap pembentukan masa depan kanak-kanak iaitu dari segi perkembangan kanak-kanak. Sudah dapat dibuktikan menerusi beberapa kajian lepas yang dikemukan oleh penukis melalui jurnal yang kanak-kanak yang didedahkan dengan pembacaan sejak dari rumah akan lebih bersedia untuk menerima instruksi pengajaran di sekolah kelak dan mereka mempunyai minat yang tinggi terhadap pembacaan. Oleh itu amat penting bagi ibu bapa membacakan buku kepada kanak-kanak sebagai rutin harian, sebelum tidur semenjak kanak-kanak lahir.

Ibu bapa juga harus peka terhadap minat kanak-kanak dan menggunakan minat kanakkanak sebagai satu panduan memilih bahan bacaan untuk kanak-kanak. Selain itu semasa memilih bahan bacaan haruslah berpengetahuan dan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak. Di samping itu, ibu bapa harus menyediakan sudut mini bacaan di rumah yang selesa dan lengkap agar menjadi tumpuan kanak-kanak. Rak buku dan segala bahan yang melengkapi sudut bacaan tersebut haruslah mudah untuk di akses oleh kanak-kanak dimana bersesuaian dengan saiz bagi memudahkan kanak-kanak mencapai buku dan membaca buku dengan selesa dan dalam suasana yang menyeronokkan. Jika ibu bapa memainkan peranan mereka seperti yang telah saya nyatakan dalam kesimpulan ini dan seperti yang telah dinyatakan oleh penulis, sudah pasti anak-anak mereka akan mendapat pendedahan awal terhadap bacaan dan bahan bacaan sebagai bekalan melangkah ke sekolah.

RUJUKAN Adam (1990) dalam (pnytn) Gregory, L. P. & Morrison, T.G. (1998). Lap reading of young at-risk children : Introduction families to book. Early childhood education, 26 (2). 67-77 Frank Small and Associated, penterjemah Rahimah Ahmad (1998). Profil membaca rakyat Malaysia, 1996 : Laporan kajian yang dijalankan bagi pihak perpustakaan negara Malaysia. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia. Halle et all (1997) dalam (pnytn) Mcquillan, J. & Au, J. (2001). The effect of print acces on reading frequency. Reading psychology, 22. 225-248. International Reading Association & National Association of Young Children (1998), Overview of Learning to Read and Write: Developmentally Appropriate Practices for Young Children. Diperolehi pada 1 Ogos 2011 daripada http://www.naeyc.org/about/position/PSREAD0.asp. Newman, Caperalli & Kee (1998), Literacy Learning a Family Matter. The Reading Teacher. Vol. 52. No. 3 Rohani Rustam dan Jamiah A. Bakar (1995). Bacalah Sayang! : Panduan untuk ibu bapa ke arah pembacaan awal. Singapura : Times Books Intl. Sofiah (1983) dalam (pnytn) Koh Boh Boon (1989). Perspektif-perspektif dalam Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Vukelish (1977), dalam (pnytn) Koh Boh Boon (1989). Perspektif-perspektif dalam Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

LAMPIRAN

You might also like