Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Teks Pengacara Majlis Perasmian Pembukaan Ujian Amali PJM3112 Permainan Tradisional

Teks Pengacara Majlis Perasmian Pembukaan Ujian Amali PJM3112 Permainan Tradisional

Ratings: (0)|Views: 109 |Likes:
Published by NurFyqa Azhar

More info:

Published by: NurFyqa Azhar on Jul 27, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/13/2013

pdf

text

original

 
Teks pengacara majlis perasmian pembukaan Ujian Amali PJM3112 PermainanTradisional.
Ketibaan Pensyarah- pensyarah Mengumumkan ketibaan pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Insitut Pendidikan Guru Kampus Gaya ke Majlis Perasmian Pembukaan Ujian Amali PJM 3112 Permainan Tradisional 
Senamrobik Majlis dengan sukacitanya menjemput para pensyarah untukbersama-sama pelajar PISMP Matematik dan Bahasa Cina untukacara senamrobik. Dipersilakan.
Majlis Perasmian pembukaan Bunga seroja semerbak kembang,Cantik dipandang menghias taman,Terima kasih sudi bertandang,Kehadiran tuan kami alu-alukan.Selamat datang diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani ke Ujian Amali PJM 3112 PISMP Matematik dan Bahasa Cina semester 5. Yang berusaha, Encik Sony Teh Eng Chong, Encik Rayme bin Abu Bakar dan Encik Hisham bin Mohamed , pensyarah PJM3112, Encik Noni Maki dan En. Ravi a/l Margapandu selaku panel penilai jemputan, yang berusaha Saudara Redzuan Bin Salleh, selaku pengerusi PJM 3112 PISMP Matematik, Sherene Liaw Pei Yi, selaku pengerusi PJM 3112 PISMP Bahasa Cina, Ahli Jawatankuasa majlis seterusnya para hadirin yang dikasihi sekalian.
Bacaan Doa Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-samamenadah tangan memanjatkan doa ke hadrat ilahi memohonbarakah perjalanan program pada hari ini. Untuk itu, majlis denganpenuh takzim menjemput Saudara Mohd Haidin Bin Rubin,untukmemimpin bacaan doa.
Ucapan alu- aluan oleh Pengerusi Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan Saudari Sherene Liaw Pei Yi,selaku pengerusi PJM 3112 PISMP Bahasa Cina untuk menyampaikan sepatah dua kata sebagai ucapan alu-aluan.
 
 
Dipersilakan.
UcapanPerasmiandan gimikTerima kasih atas ucapan alu-aluan sebentar tadi. Kini tibalahmasa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan perasmian pembukaanUjian Amali PJM 3112. Oleh yang demikian, majlis dengan segalahormatnya menjemput dan mempersilakan En. Sony Teh EngChong, wakil pensyarah PJM 3112 untuk menyampaikan ucapanseterusnya merasmikan Ujian Amali PJM 3112 PermainanTradisional PISMP Matemati dan Bahasa Cina Semester lima 2012.
Lawatan Pameran Negeri Sabah di bawah bayu,Indah nian setiap sisi,Permainan tradisional warisan Melayu,Disanjung tinggi dijulang generasi.Terima kasih diucapkan kepada En. Sony Teh atas kesudian merasmikan Ujian Amali PJM 3112 sebentar tadi.Tuan-tuan dan puan-puan, dengan gimik itu tadi, maka rasmilah sudah Ujian Amali PJM 3112 ini. Majlis dengan ini menjemput tuan- tuan dan puan-puan untuk melawat gerai-gerai pameran yang telah disediakan di sebelah kanan dewan yang terdiri daripada pelbagai  jenis permainan tradisional yang bakal dipertandingkan pada hari ini.
Sarapan pagi Terima kasih atas lawatan tuan-tuan dan puan sebentar tadi.Dengan lawatan tersebut maka berakhirlah majlis perasmianpembukaan Ujian Amali PJM 3112 pada pagi ini. Tuan-tuandipersilakan untuk menikmati sedikit jamuan ringan yangdisediakan sementara pelajar-pelajar bersedia dengan permainantradisional masing-masing. Akhir kata, selamat berusaha kepadasemua peserta. Semoga Ujian Amali PJM 3112 ini berjalan lancar dengan semangat yang berkobar-kobar daripada anda semua.Bagi pihak majlis, kami menyusun 10 jari memohon kemaafanandai berlaku kesilapan sepanjang majlis ini berlangsung. Sekian,terima kasih.
 
Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan Ujian Amali PJM 3112 PermainanTradisional
Ketibaan Encik Mohd Farid Bin Abdullah Mengumumkan ketibaan Encik Mohd Farid Abdullah, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya ke Majlis Perasmian Penutup Ujian Amali PJM 3112.Bersiul pungguk rindukan bulan,Menanti cinta kasih bersemi,Suka kami menyambut tuan,Meluang masa sudi merasmi.Yang berusaha, Encik Mohd Farid bin Abdullah, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Yang berusaha, Encik Sony Teh Eng Chong, Encik Rayme bin Abu Bakar dan Encik Hisham bin Mohamed, pensyarah PJM3112, Encik Noni Maki dan En. Ravi a/l Margapandu selaku panel penilai jemputan, yang berusaha Saudara Redzuan Bin Salleh, selaku pengerusi PJM 3112 PISMP Matematik, Sherene Liaw Pei Yi, selaku pengerusi PJM 3112 PISMP Bahasa Cina, Ahli Jawatankuasa majlis seterusnya para hadirin yang dikasihi sekalian.
NyanyianLaguHadirin dipersilakan berdiri untuk menyanyikan empat buah laguiaitu Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Kami Guru Malaysia danInstitu Pendidikan Guru dengan iringan muzik.
Bacaan Doa Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan memanjatkan doa ke hadrat ilahi memohon barakah perjalanan program pada hari ini. Untuk itu, majlis dengan penuh takzim menjemput Saudara Mohd Haidin Bin Rubin,untuk memimpin bacaan doa.
 
UcapanPengerusiTerima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Seterusnya, majlismenjemput dan mempersilakan Saudara Mohd Redzuan Bin

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->