You are on page 1of 54

Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak (INSTITUTE OF EARLY YEARS DEVELOPMENT) i-EYD

MODUL PENGAJARAN
PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (DAM 404) TAHUN 2008

Disediakan oleh Panel Penggubalan Kurikulum DPAK Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak

Senarai Kandungan

Objektif Mata Pelajaran Pada akhir kursus ini pelajar dapat: 1. Memahami prinsip-prinsip di dalam perkembangan fizikal awal kanakkanak 2. Mengetahui tentang tahap-tahap perkembangan fizikal kanak-kanak 3. Memahami tentang perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak 4. Mengetahui perkembangan psikomotor (motor kasar dan motor halus) kanak-kanak 5. Memahami ciri-ciri dan komponen-komponen dalam pergerakan kreatif dan kaitannya dengan perkembangan psikomotor kanak-kanak 6. Memahami peranan guru dalam meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak melalui pendidikan jasmani dan pergerakan kreatif 7. Mengetahui tentang ciri-ciri perkembangan fizikal kanak-kanak dan hubungkait dengan kesihatan dan keselamatan

SENARAI KANDUNGAN Latar Belakang Modul Unit 1: Prinsip-Prinsip Perkembangan Fizikal Awal Kanak-Kanak Dan Arah Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak 1.1 Teori Berkaitan Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak 1.2 Tahap-Tahap Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak 1.3 Perbezaan Antara Perkembangan Dan Pertumbuhan Kanak-Kanak 1.4 Arah Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak Unit 2: Kemahiran Psikomotor Awal Kanak- Kanak 2.1 Kemahiran Motor Halus 2.2 Kemahiran Motor Kasar Unit 3: Pendidikan Jasmani 3.1 Objektif Pendidikan Jasmani 3.2 Ciri-Ciri Pendidikan Jasmani 3.3 Komponen-Komponen Di Dalam Pendidikan Jasmani 3.4 Aktiviti-Aktivivi Di Dalam Pendidikan Jasmani 3.5 Unsur-Unsur Permainanan Di Dalam Pendidikan Jasmani 3.6 Peranan Pendidikan Jasmani Untuk Kecerdasan Dan Kecergasan KanakKanak 3.7 Penggunaan Props Di Dalam Pendidikan Jasmani Unit 4: Pergerakan Kreatif 4.1 Definisi Dan Objektif Pergerakan Kreatif 4.2 Tujuan Pergerakan Kreatif 4.3 Hubungkait Pergerakan Kreatif Dengan Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak 4.4 Elemen-Elemen Di Dalam Pergerakan Kreatif 4.5 Lakuan-Lakuan Di Dalam Pergerakan Kreatif 4.6 Unsur-Unsur Kreativiti Di Dalam Pergerakan Kreatif 4.7 Penggunaan Muzik Dan Props Di Dalam Pergerakan Kreatif 4.8 Unsur-Unsur Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Pergerakan Kreatif

Unit 5: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pergerakan Kreatif Di Dalam Aktiviti Harian Kanak-Kanak 3

5.1 5.2 5.3 5.4 5.5

Objektif Kebolehan Dan Keupayaan Kanak-Kanak Aktiviti Yang Dicadangkan Bahan Pemerhatian Dan Penilaian

Unit 6: Peranan Guru Di Dalam Meningkatkan Kemahiran Motor Kasar Kanak-Kanak 6.1 Kefahaman Dan Pengetahuan Guru 6.2 Kebolehan Di Dalam Kemahiran Motor 6.3 Ransangan Dan Galakan 6.4 Keupayaan Dan Penerimaan Kanak-Kanak 6.5 Kreativiti Dan Rangsangan Unit 7: Ciri Ciri Keselamatan Dan Kesihatan Kanak-Kanak Dan Kaitannya Dengan Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak 7.1 Keselamatan 7.1.1 Menyedari Dan Mengenali Perlakuan Atau Tindakan Yang Boleh Menyebabkan Kemalangan Dan Bahaya 7.1.2 Mengenali Dan Menghindari Tempat Berbahaya 7.2 Kesihatan 7.2.1 Mengetahui Pentingnya Menjaga Kebersihan Tubuh Badan Dan Pakaian 7.2.2 Memakai Pakaian Yang Sesuai Mengikut Keadaan 7.2.3 Mengetahui Makanan Yang Seimbang Serta Tabiat Makanan Yang Baik 7.2.4 Mengamalkan Pergerakan Yang Betul Untuk Postur Terbaik Penutup Rujukan

LATAR BELAKANG PENULISAN MODUL

Modul ini merupakan buku panduan belajar bagi subjek Pendidikan Perkembangan Fizikal Awal Kanak-Kanak bagi kategori Asas Major yang diwajibkan oleh Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak kepada setiap pelajar. Seluruh kandungan kurikulum disediakan oleh pensyarah Institut yang terlatih dan telah diluluskan oleh LAN. Pihak Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak telah menyediakan strategi dan kaedah pengajaran yang difikirkan sesuai mengikut keperluan institut. Oleh itu, modul ini mungkin berbeza dengan modul IPTS lain walaupun menggunakan kurikulum yang sama. Strategi yang digunakan dalam modul ini ialah mendorong dan membimbing pelajar yang mengikuti subjek ini lebih bersedia apabila menghadiri kelas pengajian. Itu sebab, pelajar yang mendapat modul ini perlu mengambil langkah-langkah berikut: 1) Meneliti keseluruhan kandungan dan seterusnya mencatat tindakan yang perlu mereka ambil sebelum kelas (prasesi pengajian), sewaktu pengajian dan selepas sesi pengajian. 2) Pelajar perlu mengambil tindakan tersebut bagi memudahkan pelajar dan pensyarah menjalankan aktiviti semasa kelas berlangsung. 3) Mewujudkan kumpulan belajar (antara 3 hingga 5 orang) sebagai persiapan melakukan aktiviti yang bersifat kumpulan. Menerusi modul ini, pelajar telah diberi maklum secara ringkas dan umum kandungan pelajaran yang bakal mereka ikuti. Pelajar juga dapat merancang (masa, bahan dan tempat) untuk melaksanakan tugasan yang akan ditentukan oleh pensyarah. Ini semua memudahkan pelajar mengurus pengajian mereka. Modul ini memang sedari awal lagi tidak berhasrat menjadi satu-satunya bahan rujukan bagi mengikuti pengajian ini. Kandungan dalam modul ini hanya sekitar 30 % daripada keseluruhan kandungan kurikulum. Pelajar wajib mengikuti kelas bersemuka dengan pensyarah / tutor bagi mendapat kefahaman sebenar. Pelajar perlu mengikuti kuliah, melakukan aktiviti yang disediakan dan melaksanakan tugasan yang diberi. Ulasan dan bimbingan daripada pensyarah amat diperlukan bagi memaksimumkan pencapaian objektif mata pelajaran ini. Sekian. SELAMAT BELAJAR Puan Zainun Ishak Ketua Panel Subjek UNIT 1 5

Tajuk: PRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN FIZIKAL AWAL KANAK-KANAK DAN ARAH PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK Peruntukan Masa: 8 Jam Objektif Unit: Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. menyatakan teori berkaitan perkembangan fizikal kanak-kanak 2. menyenaraikan tahap-tahap perkembangan fizikal kanak-kanak 3. menjelaskan perbezaan antara perkembangan dan pertumbuhan kanakkanak 4. mengenalpasti arah perkembangan fizikal kanak-kanak 5. melakukan berbagai aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor Hasil Pembelajaran: Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. memahami prinsip-prinsip di dalam perkembangan fizikal awal kanakkanak 2. mengetahui tentang tahap-tahap perkembangan fizikal kanak-kanak 3. memahami tentang perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak Senarai Tajuk Pelajaran: 1.1 Teori Berkaitan Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak 1.2 Tahap-Tahap Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak 1.3 Perbezaan Antara Perkembangan Dan Pertumbuhan Kanak-Kanak 1.4 Arah Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak

1.1

Pembelajaran Kemahiran Fizikal Kanak-Kanak

Pergerakan merupakan suatu daya yang wajib bagi seorang individu. (Wall dan Murray, 1994). Maka amatlah penting kanak-kanak didedahkan dengan mempelajari untuk bergerak dan juga bergerak untuk mempelajari sesuatu. Sebelum mengajar aktiviti fizikal, terlebih dahulu guru hendaklah mempunyai minat tentang aktiviti yang mereka ajar. Guru juga hendaklah bertanggungjawab apabila mengendalikan sesuatu pengajaran pembelajaran aktiviti fizikal kerana kemahiran yang akan dipelajari kanak-kanak akan menjadi asas yang kukuh dalam perkembangan pergerakan mereka. Kemahiran yang dipelajari oleh kanak-kanak akan menjadi suatu pengalaman yang berharga dalam hidupnya. Pengajaran aktiviti fizikal awal kanak-kanak adalah seronok. Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran berlaku di mana guru dan murid berinteraksi dalam suasana yang riang dan gembira. Dengan itu, pengajaran haruslah seronok dan hendaklah menjadi suatu masa yang riang bagi guru dan kanakkanak. Wall (1981) telah menyatakan aktiviti fizikal seperti berikut: Making discoveries about what ones body can do, becoming skilled, inventing ways of getting on & off an obstacle, creating ones own dance, maybe sharing the creation with a friend, are all rewarding experiences. Suatu penemuan tentang apa yang dapat dilakukan oleh tubuh badan dan memperolehi kemahiran adalah pengalaman yang menguntungkan. Selain itu kemahiran tersebut boleh disesuaikan dengan peralatan yang dijadikan sebagai halangan atau rintangan dan juga daya cipta tarian yang dapat dilakukan secara berpasangan. Aktiviti pergerakan fizikal merupakan masa bergerak untuk kanak-kanak. Sememangnya kanak-kanak di peringkat awal gemar bergerak dan mereka tidak suka menjadi pemerhati sahaja dalam sesuatu aktiviti. Sudah menjadi sifat semula jadi kanak-kanak suka melakukan aktiviti di dalam gimnasium atau di luar bilik darjah. Mereka ingin bergerak bebas dan tidak gemar terikat dengan aktiviti di dalam bilik darjah sahaja. Di samping itu, penggunaan peralatan dan lain-lain ransangan akan memberi lebih cabaran kepada mereka semasa melakukan pergerakan.

Dalam lingkungan umur 4 hingga 9 tahun, kanak-kanak mempunyai sifat yang tersendiri dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi, rohani dan estetika pergerakan. Kemahiran asas dalam aspek ini mempunyai perhubungan di antara satu dengan yang lain. Kanak-kanak haruslah diberi pengalaman pembelajaran pergerakan bermula dari peringkat prasekolah lagi. Pada peringkat umur 4 hingga 6 tahun, mereka didorong semangat ingin tahu yang menyebabkan mereka sentiasa cergas. Oleh itu kita dapati kanak-kanak sentiasa suka menjelajah mencari pengalaman untuk memperoleh kemahiran serta pengetahuan baru melalui pancainderanya. Pengalaman tersebut boleh diperoleh melalui aktiviti pergerakan fizikal yang berstruktur dan terancang, terutamanya di peringkat prasekolah lagi. 1.2 Kepentingan Pembelajaran Fizikal Menghargai tubuh badan Aktiviti fizikal yang dilakukan oleh kanak-kanak menjadikan mereka mengetahui tentang tubuh badan dan mereka akan menghargai tubuh badan sendiri. Menguasai kemahiran fizikal Pengalaman dalam pergerakan tubuh badan, dalam berbagai permainan akan mempertingkatkan lagi penguasaan sesuatu kemahiran. Perlakuan keupayaan fizikal Kanak-kanak akan berlatih sesuatu kemahiran yang dipelajari. Mereka akan melakukan kemahiran aktiviti dengan berbagai cara seperti dengan mengguna alatan besar dan alatan kecil mengikut keupayaan mereka. Melahirkan perasaan melalui pergerakan Kanak-kanak dapat melahirkan perasaan mereka melalui pergerakan yang mereka lakukan seperti perasaan riang semasa melakukan pergerakan seperti burung. Mewujudkan kerjasama dan semangat pertandingan Dalam permainan dan perlumbaan, kanak-kanak inginkan pasukan mereka menang dan mereka akan bekerjasama di antara mereka. Mereka juga akan patuh kepada syarat yang diberi oleh guru dan akan menerima kekalahan dengan semangat pertandingan. Menjelajahi kemahiran dipelajari Kemahiran yang dipelajari akan dipraktik juga di rumah bersama keluarga dan rakan sebaya. Mengguna kemudahan yang sedia ada 8

Kanak-kanak akan melakukan aktiviti di mana saja seperti di padang, di taman permainan dan di halaman rumah. Perasaan kinestetik Penguasaan sesuatu kemahiran menimbulkan perasaan bangga tentang perlakuan yang dilakukan adalah betul. Meningkatkan kecergasan Kemahiran sesuatu aktiviti pegerakan dapat membantu mempertingkatkan lagi kecergasan fizikal kanak-kanak. Membantu pertumbuhan dan kesihatan serta kesejahteraan hidup Perkembangan pertumbuhan dan kesihatan serta kesejahteraan hidup akan lebih meningkat apabila melakukan aktiviti fizikal. Mewujudkan gaya hidup sihat dan aktif, cekap dan serba boleh Kanak-kanak akan mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Mereka akan sentiasa riang, cergas, cekap dan versatile. Pergaulan yang sihat Mereka dapat bergaul dengan sihat dan akan menerima rakan sebaya dengan selesa. Mereka juga dapat mempengaruhi persahabatan dengan sihat, dan akan menjadi popular di kalangan rakan-rakan. Mereka juga akan lebih yakin diri dan mempunyai imej diri yang baik. 1.3 Matlamat Kemahiran Fizikal Kanak-Kanak Aktiviti fizikal membantu kanak-kanak menguasai kemahiran fizikal yang dipelajari. Perlakuan aktiviti kemahiran fizikal dapat meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak Kemahiran fizikal meningkatkan kecergasan fizikal kanak-kanak Perlakuan pergerakan dapat membantu kanak-kanak memahami sesuatu pergerakan yang dipelajari dengan lebih jelas Kanak-kanak dapat mengaplikasi pergerakan yang dipelajari di luar sekolah bersama rakan dan keluarga Kanak-kanak akan memperolehi sikap aktif sepanjang hayat Kemahiran bersosialisasi akan diperolehi semasa perlakuan aktiviti fizikal Daya kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan melalui kemahiran fizikal Meningkatkan daya estetik dalam pergerakan seperti cara berjalan dengan postur yang betul 9

1.4 Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak Perlakuan aktiviti fizikal membantu daya kekuatan dan stamina kanak-kanak, membantu mengamal tabiat postur yang baik, meningkatkan kemahiran asas motor dan kecekapan diri kanak-kanak. Pertumbuhan kanak-kanak akan berkembang secara menyeluruh. Perlakuan kemahiran fizikal juga akan menggalakkan lagi kanak-kanak melakukan kemahiran dengan lebih cekap. Sikap mereka akan lebih positif dan mereka akan menjadi orang yang physically literate. 1.5 Ciri-Ciri Kanak-Kanak Masa Kini: Hidup sihat dan cergas pada zaman yang berteknologi tinggi Kanak-kanak memerlukan perkembangan psikomotor yang cekap agar hidup sihat; Perlu menguasai pergerakan asas yang baik (seperti berjalan, berlari, merangkak) Perlu menguasai kemahiran aktiviti manipulatif agar lebih cekap Perlu menguasai pergerakan lokomotor berdasarkan pola lokomotor seperti: Lari, pergerakan kasar/ besar, pergerakan dengan kemahiran aktiviti manipulatif (manipulasi alatan bola, tali, gelung, dan lainlain) 1.6 Kanak-Kanak: Bergerak; Berfikir; Berperasaan Pembelajaran fizikal kanak-kanak boleh dirujuk seperti berikut: KANAK-KANAK BERGERAK (MOVING) Pembelajaran Psikomotor Kecekapan Fizikal Kecergasan Prestasi Kecergasan Fizikal KANAK-KANAK BERFIKIR (THINKING) Pembelajaran Kognitif Mengetahui, Aplikasi, Imaginatif, Menerima 10

KANAK-KANAK BERPERASAAN (FEELING) Pembelajaran afektif (kesan) Tindakan, Sikap, Konsep Diri 1.7 Kecekapan Fizikal Kanak-Kanak Aktiviti kemahiran fizikal membuat kanak-kanak cekap dalam semua aspek. Mereka mempelajari pendidikan tubuh badan dan pergerakan dan pendidikan tubuh badan dalam pergerakan. Pembelajaran juga membantu dalam penglahiran pergerakan badan dan perkembangan keupayaan kognitif dan afektif dalam penyelesaian masalah. Ia juga menjadikan suatu cabaran dalam permainan. Kemahiran fizikal juga membantu perkembangan kesihatan organisma tubuh badan. Kanak-kanak dapat mengenali tubuh badan mereka dan seterusnya menguasai serta menjalani asas kemahiran motor mengikut keupayaan diri sendiri. Sesuatu pergerakan membantu kanak-kanak meluahkan perasaan di dalam pergerakan. Sikap terhadap aktiviti fizikal akan diperolehi dan dengan secara tidak langsung estim diri (self-esteem), sikap bertolak ansur, sifat menghormati orang lain, menyayangi diri dan menyayangi orang lain serta sikap menyayangi alam sekeliling dapat dipertingkatkan. Dari segi kesihatan, kanak-kanak akan mengamal tabiat kesihatan yang baik seperti menjaga diri dan rakan serta menjaga kebersihan alam sekeliling. Oleh itu kanak-kanak dapat menghormati undang-undang permainan serta memberi kerjasama untuk pembinaan. Mereka dapat menerima pengetahuan tentang anggota badan, keupayaan untuk bergerak dan kesedaran tentang penggunaan ruang, masa dan asas kedudukan badan. Kanak-kanak juga mengetahui nilai dan menyertai dalam penglahiran idea yang bersesuaian dengan diri dan budaya setempat. 1.8 Pola Pertumbuhan Kanak-Kanak Pertumbuhan pesat bermula ketika kanak-kanak dilahirkan hingga umur 5 tahun. Pada peringkat umur 6 tahun sehingga remaja, pertumbuhan perlahan, steady. Pola pertumbuhan seterusnya semakin bertambah dari masa ke semasa.

11

Ketika remaja, pertumbuhan pesat hingga ke dewasa. Semasa di sekolah rendah, kanak-kanak lelaki biasanya lebih tinggi dan berat badan juga adalah lebih. Kanak-kanak perempuan pula akan lebih tinggi dan lebih berat ketika mereka berada di Tahun 6 dan Tahun 7 (umur 12 dan 13 tahun). Sejurus itu, kanak-kanak lelaki akan catch up. Biasanya bahagian bawah badan lebih pendek (short legs) dan bahagian trunk lebih panjang. Oleh itu guru perlu mengetahui tentang aktiviti fizikal yang perlu diajar dan yang bersesuaian dengan pertumbuhan kanak-kanak. 1.8.1 Bentuk Badan Kanak-Kanak (Body physique) Bentuk badan kanak-kanak akan mempengaruhi kualiti prestasi motor mereka: Kanak-kanak (mesomorph): otot, tulang, dan mereka amat cergas (muscled). Kanak-kanak (ectomorph): kurus; lemah dan perlu lakukan aktiviti kecergasan. Kanak-kanak (endomorph): gempal, bulat, gemuk; perlu banyak pergerakan. 1.8.2 Pertumbuhan Tulang Aktiviti fizikal mempengaruhi pertumbuhan, struktur dalam tulang Aktiviti pantas memberi kesan terhadap tekanan, tension dan mengelakkan kepatahan tulang. Pertumbuhan tulang menjadi lebih baik dan terhadap pertumbuhan otot. Berbagai aktiviti boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak untuk pertumbuhan tulang dengan baik. 1.8.3 Kekuatan Otot Kekuatan otot akan bertambah mengikut umur kanak-kanak. Juga mengikut saiz badan dan kumpulan badan (body mass). Kanak-kanak lelaki lebih kuat daripada kanak-kanak perempuan. 1.8.4 Jenis Fiber Otot Dan Prestasi Saiz otot akan bertambah mengikut saiz setiap otot fiber. Tisu otot tulang cepat mengecut (FT) atau lambat mengecut (ST) ST mendapat banyak darah untuk tenaga (sesuai untuk aktiviti aerobik) FT aktiviti pantas, cepat lesu (sesuai jangka masa pendek) (Kekuatan (strength) dan prestasi motor)

12

Kekuatan dan prestasi motor kanak-kanak berkait rapat dengan saiz badan. Kanak-kanak menunjukkan kekuatan dan prestasi motor dalam aktiviti fizikal yang dilibati. Kanak-kanak gemuk kuat dari segi daya kekuatan tetapi lemah untuk daya bagi berat badan.

1.9

Aktiviti Komponen Fizikal Dan Kreativiti 1.9.1 Menguasai Motor Kasar Pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor Lokomotor berjalan berbagai gaya, berlari, melompat, skip, galop, melungsur Bukan Lokomotor menghayun badan, tunduk dan meregang badan, menolak dan menarik, mengilas badan, menggoyang badan, melantun badan

1.9.2 Arah Masa Daya Aliran Laluan Aras

Elemen dan Dimensi Pergerakan ke depan, ke belakang, ke sisi, ke atas, ke bawah cepat, sederhana, lambat lembut dan kuat, lemah dan kuat, berat dan ringan terikat, bebas lurus, melengkung, zig-zag tinggi, sederhana, rendah 1.9.3 Manipulasi dengan berbagai alatan Menguasai motor halus Kordinasi mata - tangan Kordinasi mata - kaki Kordinasi anggota badan

1.9.4 Manipulasi dengan berbagai alatan Menguasai motor halus Memanipulasi alatan seperti pundi kacang, bola besar/ kecil, tali, gelung, bola dan pemukul, kayu, gelung kecil/ besar, belon, reben 1.9.5 Asas Gimnastik untuk Kanak-Kanak Imbangan di atas berbagai anggota badan; Pemindahan berat badan Gulingan berbagai gaya 13

1.9.6 Permainan kecil dan perlumbaan untuk kanak-kanak Menguasai permainan untuk motor kasar dan motor halus Berbagai contoh permainan yang sesuai untuk kanak-kanak 1.9.7 Pergerakan Kreatif Menguasai motor kasar dan motor halus Melahirkan perasaan melalui pergerakan Aktiviti menjelajah dan meneroka dengan menekankan elemen dan dimensi pergerakan arah, masa, daya, aliran, laluan, laluan dan aras pergerakan 1.9.8 Gerakrama untuk kanak-kanak Menguasai motor kasar dan motor halus Peka terhadap rangsangan Pergerakan mengguna rangsangan seperti alat genderang dan muzik 1.10 Ciri-Ciri dan Minat Awal Kanak-Kanak 1. Ciri-Ciri Psikomotor: Bising, aktif, ego, ingin menunjuk dan berimaginatif, inginkan perhatian. Perlu permainan yang cergas, permainan berpasukan, perlumbaan. Untuk perkembangan otot kasar: Perlu kemahiran membaling bola, menangkap dan melantun bola. Semula jadi sifat ritma: Perlu penggunaan ritma dan muzik. Kanak-kanak akan cepat letih tetapi cepat pulih: Perlu aktiviti pendek tetapi cergas, dan perlu rehat. Perkembangan kordinasi mata-tangan: Perlu aktiviti memanipulasi objek seperti bola, pundi kacang dan gelung. Perkembangan persepsi: Perlu latihan yang seimbang kemahiran aktiviti yang dipelajari. Kedudukan pinggul: Perlu memberi perhatian pada masalah postur. Perlu latihan kekuatan pada bahagian abdomen. 2. Ciri-Ciri Kognitif: Perhatian pendek: Perlu tukar aktiviti dan penjelasan hendaklah pendek dan jelas. 14

Berminat dengan apa tubuh badan boleh lakukan dan sifat ingin tahu: Perlu melakukan pergerakan melalui pengalaman. Ingin tahu, bertanya mengapa pergerakan seperti ini? Perlu jelaskan jenis aktiviti yang dilakukan dengan bersebab. Memberi pendapat tentang sesuatu idea: Galakkan kanak-kanak supaya kreatif Mula memahami kerja berpasukan: Perlu fikirkan aktiviti yang memerlukan kerjasama dalam kumpulan dan berbaincang. Mula memahami kata-kata bergurau: pengajaran agar tidak terlalu serius. Perlu selitkan dalam

Kreativiti yang baik: Galakkan kanak-kanak mencuba aktiviti baru dan berkongsi pendapat dengan rakan. 3. Ciri-Ciri Afektif (kesan) Belum peka pada gender: Perlu aktiviti sama bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Sensitif dan perseorangan, konsep diri, tidak boleh terima kekalahan, suka aktiviti dalam kumpulan kecil: Perlu beri peluang yang sama kepada semua kanak-kanak. Sensitif kepada guru, suka perhatian guru, agak nakal, suka aktiviti gulingan: Perlu aktiviti di lantai dan aktiviti gulingan. Suka perhatian personal: Perlu beri peluang kepada semua kanakkanak dalam bentuk bertutur atau tidak. Suka aktiviti memanjat dan mengembara: Perlu aktiviti kekuatan otot besar seperti memanjat. Amali: Berbagai pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor Penggunaan alatan gelung sebagai halangan dan rintangan Permainan dan perlumbaan untuk kanak-kanak Aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti

15

UNIT 2 Tajuk: KEMAHIRAN PSIKOMOTOR AWAL KANAK-KANAK Peruntukan Masa: 8 Jam Objektif Unit: Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. menyatakan kemahiran motor halus kanak-kanak 2. menyatakan kemahiran motor kasar kanak-kanak 3. mengenalpasti berbagai aktiviti motor kasar dan motor halus 4. melakukan aktiviti motor kasar 5. melakukan aktiviti memanipulasi dengan berbagai alatan Hasil Pembelajaran: Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. menjelaskan fungsi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak 2. memahirkan diri dengan aktiviti pelbagai alatan 3. memantapkan kemahiran motor kasar Senarai Tajuk Pelajaran: 2.1 Kemahiran Motor Halus 2.2 Kemahiran Motor Kasar

16

2.0

Tubuh Badan Selaku instrumen Apabila tubuh badan melakukan sesuatu pergerakan, bahagian otot pada tulang dan sendi akan bertindak dan akan mewujudkan pergerakan seterusnya akan mempengaruhi posisi postur Pergerakan Keseluruhan Badan atau Anggota Badan dilakukan secara berurutan atau berperingkat (berjalan, berlari, melompat) Pergerakan dilakukan seperti biasa (visceral) atau ke sisi (side line/ peripheral) Asas Pergerakan Kanak-Kanak - Lokomotor dan Bukan Lokomotor Pergerakan Bukan Lokomotor Berisyarat (Gestural) Pergerakan tanpa beban (Non-weight bearing movement) Melibatkan postur (postural) Pergerakan posisi badan, tulang belakang (Movement of the axis of the body, the spine) Pergerakan Lokomotor Pemindahan berat badan/ pergerakan di udara/ruang (Weight transfer/ moving through space):

Contoh: Jalan: sebelah kaki ke sebelah kaki lain, sebelah kaki sentiasa di lantai. Lari: sebelah kaki ke sebelah kaki lain, semasa pindah badan, seketika di udara. Contoh: Lari melangkah (Leap) Lompat: Dua kaki ke dua kaki Ketingting: Lompat atas sebelah kaki jop: (hopscotch) Separuh lompat/ ketingting (2 to 1 or 1 to 2) assembl: Lompat melangkah sebelah kaki ke 2 belah kaki sissonne: Lompat dua belah kaki ke sebelah kaki Galop: Langkah, lompat (panjang pendek) beritma (leading step) Slide: Galop ke sisi (Sideways gallop). Sekip: Langkah dan lompat beritma 17

Pergerakan tanpa mengguna kaki: Contoh: Merangkak: memindah anggota badan atas lantai Mengguling: memindah berat badan ke anggota badan lain

Penggunaan ruang, laluan, arah, tenaga dalam pergerakan Penggunaan ruang Aktiviti pergerakan seperti berjalan, berlari, melompat boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Pergerakan hendaklah dilakukan dalam 3 aras. Contoh: Aras tinggi (lari, lompat) Aras sederhana (hayun badan sambil membongkokkan badan, merangkak) Aras rendah (melungsur, mengguling) (Kesemua pergerakan mempunyai perkaitan dengan ruang dan perkaitan badan dengan ruang). Laluan

Semua pergerakan lokomotor memerlukan laluan. Semua pergerakan memerlukan penggunaan anggota badan. Contoh laluan: lurus, bengkang-bengkok, melengkung, zig-zag Arah

Arah pergerakan adalah berkaitan dengan perlakuan dan penggunaan ruang. Arah mempunyai perkaitan dengan perlakuan dan arah menuju ke sesuatu tempat Empat Daya Pergerakan oleh Laban (Labans 4 Efforts) Aliran (Flow)

Aliran Bebas: Pergerakan tanpa tekanan pada otot. Badan bergerak dengan bebas dan licin tanpa tersekat. Aliran Terikat: Pergerakan terkawal dan tekanan pada otot. Pergerakan badan bergerak dengan terikat menjadi laju dan tiba-tiba terhenti. 18

Tenaga (Force) (beban dan kekuatan)

Pergerakan Kuat: Guna tenaga dengan kuat (tumbuk, tekan). Pergerakan Ringan: Lembut, airy quality, ringan (burung terbang) Masa

Semerta (sudden): Cara mengejut (merenjis) Perlahan (sustained): Penggunaan masa lebih lambat (menarik badan di lantai). Ruang (Space)

Terus (direct): Fokus ruang yang tepat Tidak terus (indirect): Mempunyai lebih dari satu fokus ruang Kualiti Pergerakan Enam Kualiti Pergerakan oleh H. Doubler (H. Doublers 6 Qualities of Movement) Percussive: Pergerakan jelas dan kuat (Sharp) (staccato) Sustained: Lembut (Smooth), sama dan mengeluarkan tenaga (legato) Vibratory: Bergetar, bergoyang Suspension: Ringan (denial of gravity) Collapse: Berat (giving into gravity) Swing/Pendular: Kombinasi berturutan suspension and collapse Ritma Ritma (bunyian, pergerakan dll.) yang dirangsangkan untuk perlakuan Penggunaan tempo (sama tempo atau berlainan) Tempo tidak sama (breath, biorhythms, waves, wind) Penekanan pada intonasi (Accent Emphasis)

Ritma dalam pegerakan Pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak mempunyai ritma. Guru hendaklah memberi ransangan bagi perlakuan seperti tepuk tangan dan bergerak mengikut ritma tepukan. Berbagai peralatan boleh digunakan seperti alatan genderang (tamborin, loceng) dan berbagai jenis muzik. 19

Rangsangan pergerakan akan membantu kanak-kanak supaya lebih bersemangat melakukan sesuatu pergerakan dan akan meningkatkan lagi daya kreativiti mereka. 2.1 Motor Kasar dan Motor Halus Kanak-Kanak

Pergerakan asas bagi kanak-kanak adalah pergerakan yang melibatkan motor kasar dan motor halus. Pergerakan motor kasar ialah pergerakan lokomotor dengan kaki seperti berjalan, berlari dan melompat. Pergerakan motor halus pula boleh didefinisikan sebagai kordinasi pergerakan otot halus seperti di bahagian jari kanak-kanak dengan pergerakan mata. Kawalan otot halus di tangan dengan menggunakan tangan, jari dan ibu jari. Pergerakan jari seperti menulis, melukis dan memakai butang baju adalah contoh yang baik bagi kordinasi motor halus tangan dan mata kanak-kanak. Contoh-contoh bagi pergerakan aktiviti fizikal ialah seperti berikut: Membaling pundi kacang ke dalam bakul; Membaling dan menangkap bola; dan menumbangkan botol plastik (seperti

Membaling bola permainan bowling). Amali:

Berbagai contoh aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai untuk kanak-kanak Penjelasan dan penggunaan ruang, laluan, arah, tenaga dalam pergerakan Penjelasan dan penggunaan ritma dalam pergerakan Penggunaan berbagai alatan sebagai halangan dan rintangan Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti

Tugasan Kumpulan: Pelajar ditugaskan mendapat maklumat seperti berikut: Kumpulan 1: Pergerakan bukan lokomotor Kumpulan 2: Pergerakan lokomotor dan maksud penggunaan ruang, laluan, arah, tenaga Kumpulan 3: Rudolf Laban pengasas Pendidikan Pergerakan Kumpulan 4: M.H. Doubler 6 kualiti Pergerakan Kumpulan 5: Penggunaan ritma dalam pergerakan 20

2.1.1 Aktiviti Lokomotor Pergerakan aktiviti lokomotor ialah pergerakan kanak-kanak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Aktiviti asas lokomotor adalah berjalan, berlari dan melompat. Contoh pergerakan lokomotor: Kanak-kanak bergerak dengan berbagai gaya (lari, lompat, sekip) Bergerak ke bagai arah (ke depan, belakang sisi) Bergerak ke berbagai aras (tinggi, sederhana, rendah) Bergerak dengan mengguna berbagai laluan (lurus, bengkok, zig-zag) 2.1.2 Aktivti Bukan Lokomotor Pergerakan bukan lokomotor adalah keupayaan pergerakan yang dapat dilakukan oleh badan yang berada di suatu tempat khusus. Pergerakan ini terhad kepada pergerakan tangan, kaki dan badan. Contoh pergerakan: Menghayun badan Menunduk dan meregang Menolak dan menarik Mengilas Menggoyang Melantun Amali: Motor kasar dan motor halus gelung) Memanipulasi alatan (alatan pundi kacang, bola,

Aplikasi penggunaan lokomotor, bukan lokomotor, ruang, laluan, arah, tenaga Berbagai alatan seperti skitel dan gelung sebagai halangan dan rintangan Permainan kecil dan perlumbaan untuk kanak-kanak 21

aktiviti:

Aspek

keselamatan

semasa

melakukan

sesuatu

Latihan yang sistematik; mengenalpasti kemampuan tahap dan kecergasan kanak-kanak semasa melakukan aktiviti; kesesuaian pakaian; tempat dan perlakuan aktiviti; disiplin kanak-kanak

22

UNIT 3 Tajuk: PENDIDIKAN JASMANI Peruntukan Masa: 8 Jam Objektif Unit: Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. menyatakan objektif Pendidikan Jasmani 2. menjelaskan ciri-ciri Pendidikan Jasmani 3. mengenalpasti komponen-komponen dalam Pendidikan Jasmani 4. menyenaraikan aktiviti-aktiviti di dalam Pendidikan Jasmani 5. menyatakan unsur-unsur permainan di dalam Pendidikan Jasmani Hasil Pembelajaran: Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. menjelaskan peranan Pendidikan Jasmani untuk kecerdasan dan kecergasan kanak-kanak 2. melakukan aktiviti jasmani yang sesuai untuk kanak-kanak Senarai Tajuk Pelajaran: 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 Objektif Pendidikan Jasmani Ciri-ciri Pendidikan Jasmani Komponen-komponen di dalam pendidikan jasmani Aktiviti-aktivivi di dalam pendidikan Jasmani Unsur-unsur permainanan di dalam pendidikan jasmani Peranan Pendidikan Jasmani untuk kecerdasan dan kecergasan kanak-kanak 3.7 Penggunaan Props di dalam pendidikan Jasmani Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran: Objektif dan ciri-ciri Pendidikan Jasmani Kanak-kanak dan aktiviti jasmani Program kecergasan fizikal untuk kanak-kanak Komponen kecergasan fizikal Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti

23

3.0

Apakah Pendidikan Jasmani?

Pendidikan Jasmani adalah satu fasa program pendidikan am yang menyumbang melalui pengalaman asas pergerakan, sehingga pertumbuhan sepenuh dan perkembangan setiap kanak-kanak. Pendidikan Jasmani (PJ) boleh didefinisikan sebagai pendidikan melalui pergerakan. Program PJ perlu melibatkan fizikal dan memberi tumpuan terhadap kesemua pembelajaran domain psikomotor, kognitif dan afektif (kesan). Kanak-kanak berupaya bergerak dengan lebih berkesan melalui suatu program yang versatile dan pergerakan yang berkualiti. Guru perlu memahami prinsipprinsip pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Guru juga perlu mengetahui strategi pengajaran dan teknik mentadbir kelas. Seorang guru yang berjaya perlu memahami kanak-kanak dan mentadbir agar suasana pembelajaran lebih produktif. PJ perlu dikaitkan dengan kesejahteraan manusia. Konsep kesejahteraan manusia adalah lebih luas daripada konsep kesihatan yang baik dan ianya berkaitan dengan memperkembangkan gaya hidup keseluruhan untuk hidup sejahtera. Guru perlu memberi fokus terhadap mendidik kanak-kanak. Perkara yang mempersoalkan bagaimana dan perlu diganding dengan perkara yang mempersoalkan mengapa. Oleh itu, guru bukan sahaja memberitahu kanakkanak tentang aktiviti kemahiran fizikal tetapi perlu menyatakan prinsip-prinsip pergerakan di sebalik perlakuan yang dilakukan oleh kanak-kanak. Mendidik kanak-kanak dengan program PJ merupakan suatu profesional dan guru perlu berdedikasi terhadap profesionnya. 3.1 Objektif Pendidikan Jasmani: Perkembangan Domain Fizikal, Domain Psikomotor, Domain Sosial, Domain Kognitif, dan Domain Afektif (kesan)

Kemahiran motor dan kecekapan pergerakan (Domain Fizikal dan Psikomotor) Asas kemahiran motor: lokomotor; 24

bukan lokomotor; Kemahiran manipulatif Kemahiran konsep pergerakan:

Kesedaran badan Kesedaran ruang Kualiti pergerakan Perkaitan Kemahiran pergerakan ritma Kemahiran motor khusus

Kecergasan fizikal berkaitan kesihatan Dan kesejahteraan (Domain Psikomotor dan Fizikal) Komponen kecergasan fizikal

Komponen kecergasan fizikal mempunyai dua aspek iaitu kecergasan fizikal berlandaskan Kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran atau motor. Penilaian kecergasan diri: Penilaian diri boleh dilakukan berdasarkan setiap aspek kecergasan fizikal. Penglibatan diri:

Seorang guru perlu melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara aktif dan menggalakkan kanak-kanak menjadi aktif juga. Guru merupakan model hidup cergas dan sihat bagi kanak-kanak. Kenalpasti aktiviti kecergasan: Perlu mengenalpasti kecergasan diri. aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan untuk

Contoh: Berjalan pantas, berlari: Untuk kecergasan kardiovaskular; Berenang: Untuk kecergasan kesemua otot bahagian badan dan pernafasan. 25

Memahami kesejahteraan

Guru perlu memahami kesihatan dan kesejahteraan diri. Sebagai contoh: Maksud Kesihatan: Merangkumi kesihatan dalam berbagai aspek, iaitu kesihatan fizikal, mental, sosial, emosi, kerohanian, seksual dan persekitaran. Maksud Sejahtera: Suatu istilah yang luas bagi menjelaskan tahap kesihatan yang tertinggi, iaitu menampilkan suatu cara baru untuk memperlihatkan tahap kesihatan seseorang. Kesejahteraan juga menampilkan konsep bahawa kesihatan seseorang tidak hanya ditentukan dari daya perubatan atau penyakit seseorang, tetapi ditentukan dari potensi daya pencapaian atau kemajuan seseorang. Kesejahteraan dapat diperlihatkan sebagai suatu proses untuk pembaharuan diri secara berterusan di mana ianya diperlukan untuk kehidupan yang kreatif dan wajar. Prinsip pergerakan manusia (Domain Kognitif)

Asas kinesiologi: Pelajar akan didedahkan dengan istilah stabiliti, kuasa, lever dalam sesuatu pergerakan. Prinsip asas fisiologi: Pelajar akan mengetahui beberapa aspek seperti komposisi badan, zon latihan dan perkembangan kekuatan Kemahiran sosial dan konsep diri positif (Domain Sosial dan Afektif) Kemahiran kepimpinan dan pengikut, membuat keputusan, pertukaran idea. Bekerjasama. Fair-play, disiplin, semangat kemenangan dan kekalahan. Penyertaan sepanjang hayat (Domain Afektif/ kesan)

Kecekapan bagi kemahiran motor dan penyertaan mengikut kecekapan/ keupayaan diri. Memahami kebaikan aktiviti sepanjang hayat bagi sosial dan fizikal.

26

3.1.1 Kepekaan guru melakukan aktiviti fizikal

terhadap

kanak-kanak

apabila

Guru perlu peka terhadap kanak-kanak dalam perlakuan aktiviti fizikal seperti keadaan dan penyakit yang dialami oleh kanak-kanak seperti berikut: Penyakit jantung Guru perlu catat pada rekod kesihatan kana-kanak mengenai kamajuan prestasi kanak-kanak. Perlu membuat rujukan tentang penyakit yang dialaminya. Kajian telah menunjukkan penyakit koronori jantung dapat dikurangkan melalui penyertaan dalam aktiviti fizikal. Penyakit kegemukan Penyakit kegemukan atau obesiti menjadi isu dalam dunia yang berteknologi pada zaman ini. Guru perlu merancang aktiviti fizikal yang sesuai terhadap kanak-kanak yang mengalami penyakit ini. Selain itu, pemakanan juga perlu diawasi dan perlu berbincang dengan keluarga kanak-kanak tersebut. Keadaan tubuh badan Guru perlu mengenalpasti keadaan dan sifat tubuh badan kanakkanak seperi (mesomorph otot dan aktif; ectomorph kurus; endomorph lemah dan lembut, bulat). Perancangan mengenai aktiviti yang sesuai dapat disalurkan kepada kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak ectomorph dan endomorph memerlukan aktiviti yang lebih aktif dan cergas. Kekuatan otot dan tulang Guru perlu merancang aktiviti yang aktif agar dapat membantu pertumbuhan otot dan tulang kanak-kanak dengan sihat. Kematangan Prestasi motor kanak-kanak dikaitkan juga kematangan mereka. Kanak-kanak yang lebih matang dapat mengguna persepsi yang lebih baik dalam sesuatu perlakuan kemahiran aktiviti yang dipelajari. 27

Senaman dalam cuaca panas Guru perlu awasi tentang keadaan cuaca semasa melakukan aktiviti fizikal. Perlu galakkan kanak-kanak minum air dan memakai pakaian yang sesuai semasa bermain.

3.1.2 Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan: Komposisi badan, Kecergasan kardiovaskular, Kelembutan, Ketahanan otot dan Kekuatan Apakah Kecergasan Fizikal? Keupayaan organisma tubuh badan berfungsi dengan efisyen berkesan. Kecergasan fizikal membantu seseorang seperti berikut: Apabila badan sihat, seseorang dapat menikmati masa lapang dengan aman Keadaan tubuh badan adalah bebas daripada penyakit dan seseorang akan merasa lebih sihat Penyakit masa kini iaitu penyakit hipokinetik (pasif) dapat dihindar Organisma badan berfungsi dengan baik dan seseorang dapat menghadapi situasi kecemasan dengan tenang

dan

Komposisi lemak badan Komposisi lemak badan ialah peratusan otot, lemak, tulang dan tisu pada bahagian badan. Seorang yang cergas mempunyai peratusan lemak badan yang rendah. Kecergasan kardiovaskular Kecergasan kardiovaskular ialah keupayaan jantung, darah, saluran darah dan sistem pernafasan berfungsi dengan lancar. Seorang yang cergas dapat melakukan aktiviti fizikal pada jangka masa yang lama tanpa terasa tekanan pada badan. Contoh: Berjalan pantas yang melibatkan kecergasan jantung Kelembutan Kelembutan badan ialah pergerakan di bahagian sendi yang dipengaruhi oleh kepanjangan otot, struktur sendi dan faktor lain. 28

Seorang yang cergas dapat bergerak di bahagian sendinya ke tahap yang maksimum ketika berkerja atau ketika bermain. Contoh: Naik tangga yang melibatkan sendi dan otot di bahagian lutut dan pergelangan kaki. Ketahanan otot Ketahanan otot ialah keupayaan otot bekerja atau bergerak dengan baik dan seseorang akan lambat rasa lesu. Seorang yang cergas dapat mengulangi prestasi kekuatannya tanpa rasa tertekan pada ototnya. Contoh: Mengayuh basikal yang melibatkan otot di bahagian peha. Kekuatan Kekuatan ialah keupayaan melawan dan menahan sesuatu, atau kekuatan untuk mengangkat berat. Seorang yang cergas dapat berkerja atau bermain berupaya menunjukkan kekuatan. Contoh: Mengangkat sesuatu yang berat yang melibatkan kekuatan otot di bahagian lengan. Amali: Memanipulasi alatan (alatan bola kecil, tali, reben) Asas Gerakrama dan Gimrama Aplikasi penggunaan lokomotor, bukan lokomotor, ruang, laluan, arah, tenaga Permainan kecil dan perlumbaan untuk kanak-kanak Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti:

Latihan yang sistematik; mengenalpasti kemampuan tahap dan kecergasan kanak-kanak semasa melakukan aktiviti; kesesuaian pakaian; tempat dan perlakuan aktiviti; disiplin kanak-kanak Tugasan Kumpulan: Pelajar ditugaskan mencari aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani yang sesuai untuk kanak-kanak pra sekolah seperti berikut: Kumpulan 1: Aktiviti pergerakan seperti binatang besar Kumpulan 2: Aktiviti pergerakan seperti binatang kecil Kumpulan 3: Aktiviti permainan kategori kemahiran lokomotor Kumpulan 4: Aktiviti permainan kategori pergerakan badan dan kesedaran ruang 29

Kumpulan 5: Aktiviti permainan kategori kemahiran penggunaan laluan dan arah pergerakan 3.2 Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran/ Perlakuan Motor: Keanjalan, Imbangan, Koordinasi, Kuasa, Keupayaan tenaga, Masa bertindak

Keanjalan Keanjalan ialah keupayaan tubuh badan menukar sesuatu kedudukan badan dengan tepat. Contoh: Aktiviti lompatan dan gulingan. Imbangan Imbangan ialah tubuh badan memperolehi satu kedudukan badan yang stabil semasa keadaan statik atau bergerak. Contoh: Mengimbang badan di atas bebola kaki. Kordinasi Kordinasi ialah keupayaan seseorang mengguna senses ketika melakukan pergerakan agar pergerakan menjadi licin dan tepat. Contoh: Membaling dan menangkap bola memerlukan kordinasi mata-tangan manakala menendang bola memerlukan kordinasi mata-kaki. Kuasa Kuasa ialah keupayaan memindah tenaga badan ke kuasa dengan pantas. Contoh: Membaling bola atau melontar peluru dengan kuat. Masa Bertindak Masa bertindak ialah masa ketika di antara stimuasi dan permulaan tindakan terhadap stimulasi. Contoh: Permulaan lari pecut memerlukan masa untuk bertindak dengan pantas. Kepantasan Keupayaan bergerak dalam masa yang pendek: Contoh: Aktiviti larian pecut memerlukan kepantasan pada deria mata, telinga dan pergerakan menolak badan dengan pantas. Manfaat kecergasan fizikal Untuk cergas fizikal, seorang perlu bersenam, mengamal makanan dan pemakanan yang seimbang dan mempunyai rehat yang cukup. Oleh itu, kita 30

perlu bersenam sekurang-kurangnya kali seminggu. Setiap sesi senaman hendaklah selama 50 minit. 3.2.1 Kita perlu bersenam sebab: Untuk sihat; untuk kecergasan fizikal Untuk memperolehi keseronokan dan kesejahteraan Untuk relaks dan lepas daripada tekanan Untuk kepuasan diri; suatu cabaran terhadap diri sendiri; mengetahui bakat yang ada pada diri Untuk bersosialisasi dengan cara yang sihat Untuk mendapat rupa paras baik

3.2.2 Kita perlu cergas fizikal sebab: Jantung menjadi kuat dan dapat pam darah darah ke seluruh badan dengan lancar Membantu menurunkan tekanan darah; membantu kadar rehat jantung dan kadar jantung berkerja 3.3 Mengurangkan risiko penyakit jantung Menguatkan sistem otot dan tulang Memberi tenaga untuk aktiviti harian Membantu mengekalkan berat badan Memberi lebih tenaga untuk berkerja dan bermain Mengurangkan stres dan tekanan

Program Kecergasan Fizikal Untuk Kanak-Kanak

Program kecergasan fizikal perlu merangkumi aspek seperti berikut: Kategori Kecergasan Fizikal bagi Kanak-Kanak: 1. Pengenalan kepada konsep Kecergasan Fizikal Guru perlu menjelaskan konsep sebenar senaman dan aktiviti kecergasan fizikal, dan memberi cara-cara mengekal serta memperbaiki kecergasan fizikal. 2. Ketahanan Kardiorespiratori

31

3.

Menjelaskan sistem jantung, sistem paru-paru, sistem pernafasan, dan sistem edaran mengikut tahap kefahaman kanak-kanak. Menjelaskan apa yang berlaku kepada sistem tersebut jika seseorang bersenam dan menjadi cergas fizikal. Kekuatan dan Ketahanan otot Menjelaskan bagaimana fiber otot berfungsi mengikut tahap kefahaman kanak-kanak. Menjelaskan apa yang berlaku kepada sistem tersebut jika seseorang bersenam dan menjadi cergas fizikal. Kelembutan Menjelaskan cara yang selamat untuk aktiviti regangan agar tidak mengalami kesakitan. Menjelaskan sistem pergerakan seperi pada bahagian otot, tendon, ligamen yang terdapat pada bahagian sendi dan bagaimana tangan dapat dibengkokkan. Tabiat Sihat dan Kesejahteraan Menjelaskan tabiat sihat untuk hidup sejahtera seperti menyukat komposisi badan, cara bersenam untuk mengurangkan lemak badan, makan makanan yang berkhasiat dan perlu bersenam selama 45 minit, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Amali: Pelajar melakukan aktiviti yang ditugaskan dalam kumpulan masing-masing Aktiviti memanipulasi alatan dengan tangan dan kaki (alatan belon) secara berpasangan dan berkumpulan Aplikasi penggunaan lokomotor, bukan lokomotor, ruang, laluan, arah, tenaga Permainan kecil dan perlumbaan untuk kanak-kanak Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti:

4.

5.

Latihan yang sistematik; mengenalpasti kemampuan tahap dan kecergasan kanak-kanak semasa melakukan aktiviti; kesesuaian pakaian; tempat dan perlakuan aktiviti; disiplin kanak-kanak

32

UNIT 4 Tajuk: PERGERAKAN KREATIF Peruntukan Masa: 8 Jam Objektif Unit: Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. menyatakan definisi dan objektif Pergerakan Kreatif 2. menyatakan tujuan Pergerakan Kreatif 3. menjelaskan hubungkait Pergerakan Kreatif dengan perkembangan fizikal kanak-kanak 4. mengenalpasti elemen-elemen di dalam Pergerakan Kreatif 5. menjelaskan lakuan-lakuan di dalam Pergerakan Kreatif 6. mengenalpasti unsur-unsur kreativiti di dalam Pergerakan Kreatif Hasil Pembelajaran: Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. mengenalpasti penggunaan muzik dan props di dalam Pergerakan Kreatif 2. menghuraikan unsur-unsur pengajaran dan pembelajaran di dalam Pergerakan Kreatif 3. melakukan Pergerakan Kreatif yang sesuai untuk kanak-kanak

Senarai Tajuk Pelajaran: 4.1 Definisi Dan Objektif Pergerakan Kreatif 4.2 Tujuan Pergerakan Kreatif 4.3 Hubungkait Pergerakan Kreatif Dengan Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak 4.4 Elemen-Elemen Di Dalam Pergerakan Kreatif 4.5 Lakuan-Lakuan Di Dalam Pergerakan Kreatif 4.6 Unsur-Unsur Kreativiti Di Dalam Pergerakan Kreatif 4.7 Penggunaan Muzik Dan Props Di Dalam Pergerakan Kreatif 4.8 Unsur-Unsur Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Pergerakan Kreatif

4.1

Pergerakan Kreatif 33

Pergerakan kreatif bermaksud interpretasi idea, perasaan, tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. 4.1.1 Objektif dan Ciri-Ciri Pergerakan Kreatif Pergerakan Kreatif mengaplikasi konsep yang terdapat di dalam permainan dan gimnastik. Oleh itu, kanak-kanak akan lebih mahir aktiviti berbentuk tarian (dengan ritma dan rangsangan muzik), mahir permainan yang sesuai dengan tahap perkembangan mereka dan dalam aktiviti yang berbentuk gimnastik.

tarian, dalam dalam mahir

Perlakuan sesuatu pergerakan adalah berfungsi functional (faktor luaran) dan penglahiran perasaan expressive (faktor dalaman). Contoh perlakuan pegerakan adalah seperti berikut:

PERGERAKAN

FUNCTIONAL Matlamat tepat Berorientasikan produk Tumpuan pada luaran Cekap

EXPRESSIVE Matlamat subjektif Berorientasikan perasaan Tumpuan pada dalaman Berkomunikasi dan penglahiran

Elemen atau Tema-Tema dalam Pergerakan Kreatif 1. 2. 3. Kesedaran tubuh badan Keseluruhan tubuh badan Lokomotor Bukan lokomotor Bahagian tubuh badan Kesedaran rintangan beban dan masa Beban (halus-ringan; berat-kuat) Masa (serta-merta; kawal-lambat) Kesedaran ruang Kawasan (ruang diri; ruang am) 34

4.

Arah (depan, belakang, sisi) Aliran beban beban badan dalam ruang dan masa Aliran (terikat; bebas) Ruang (terus; tidak terus)

Contoh Pergerakan: Tema berkaitan perlakuan tubuh badan keseluruhan; anggota badan; aspek ruang dan dinamik; dan perkaitan Perlakuan tubuh badan: Bergerak dan berhenti Mengimbang beban badan Memindah berat badan Melayang Membuat bentuk badan Mengilas dan memusing Bangun dan jatuh Menghayun Mengimbang dan jatuh

Penggunaan anggota badan: Mengguna tangan dan lengan Mengguna kaki dan betis Penekanan pada permukaan badan (gulingan, jatuh dan pemulihan) Hubungkait antara tangan dan kaki Perlakuan semuka dan tidak semuka

Aspek ruang dan dinamik: Aras dan arah pergerakan Pertukaran pada kelajuan pergerakan Perlakuan beban dan mengendur Corak ritma Corak ruang dalam pergerakan dan pada peralatan

35

Perkaitan: (Perlakuan ini termasuk melayang dan memulihkan diri, imbangan badan, menerima beban badan sepenuh/ separuh, memikul beban badan dan meletak) Perlakuan berpasangan Bertiga Berkumpulan

Amali: Kesedaran tubuh badan keseluruhan tubuh badan, gerak edar, bahagian tubuh badan Kesedaran ruang ruang diri, ruang am Aliran beban badan dalam ruang dan masa Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti:

Latihan yang sistematik; mengenalpasti kemampuan tahap dan kecergasan kanak-kanak semasa melakukan aktiviti; kesesuaian pakaian; tempat dan perlakuan aktiviti; disiplin kanak-kanak Tugasan Kumpulan: Pelajar ditugaskan mencari bahan mengenai tema-tema yang terdapat di dalam pergerakan kreatif 4.2 Penggunaan berbagai muzik, alatan genderang, dan lain-lain sebagai rangsangan pergerakan Peralatan yang boleh digunakan adalah seperti berikut: 1. Kotak muzik atau alatan permainan muzik 2. Alat perakam muzik 3. Tape, CD 4. Radio 5. Rakaman cerita pada tape 6. Peralatan muzik: dram, homemade shakers, xylophone, loceng, piano, harmonica 7. Prop: skaf, streamers, topi, fabric, feathers, belon, reben

36

Amali: Melakukan aktiviti Pergerakan Kreatif mengikut tema-tema yang Penggunaan muzik dan lain-lain ransangan bagi pergerakan Melakukan pergerakan dengan suasana yang sesuai dengan telah dipelajari

kanak-kanak mengikut kumpulan seperti berikut: Kumpulan 1: Suasana di kebun bunga Kumpulan 2: Suasana di stesen kereta api Kumpulan 3: Suasana di angkasa lepas Kumpulan 4: Suasana di zoo Kumpulan 5: Suasana di tepi pantai

37

UNIT 5 Tajuk: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PERGERAKAN KREATIF DI DALAM AKTIVITI HARIAN KANAK-KANAK Peruntukan Masa: 8 Jam Objektif Unit: Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. menghuraikan objektif asas pengajaran dan pembelajaran pendidikan pegerakan bagi kanak-kanak 2. menyatakan kebolehan dan keupayaan kanak-kanak bagi sesuatu aktiviti 3. menyebut berbagai aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak 4. mengenalpasti bahan-bahan yang dapat digunakan 5. melakukan aktiviti fizikal dan memberi pemerhatian dan penilaian pada sesuatu aktiviti

Hasil Pembelajaran: Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. menjelaskan satu persatu kebolehan dan tahap keupayaan kanak-kanak melaksanakan sesuatu aktiviti 2. menghuraikan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pembelajaran sambil bermain kanak-kanak 3. membuat pemerhatian dan penilaian terhadap sesuatu aktiviti

Senarai Tajuk Pelajaran: 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 Objektif Kebolehan Dan Keupayaan Kanak-Kanak Aktiviti Yang Dicadangkan Bahan Pemerhatian Dan Penilaian

38

5.1

Fasa Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

Pendidikan Pergerakan dan Pendidikan Jasmani Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah berdasarkan aspek matlamat Pendidikan Pergerakan dan berasaskan metodologi faktor pergerakan oleh Laban. Kosep dan idea Laban telah diubahsuai dan terminologi baru telah digabungjalin diperkenalkan. Pendekatan oleh Laban dinamakan stail pembelajaran discovery menjadi semakin popular. Pemindahan daripada tradisi aktiviti gimnastik kepada aktiviti yang

berorientasikan peralatan kanak-kanak telah diperkenalkan seperti memanjat, menggantung, menyokong, membuai dan berbagai cara bergerak (exploration and discovery). Juga aktiviti yang memberi penekanan terhadap penyelesaian masalah dalam pergerakan. Pembelajaran kognitif

Pembelajaran kognitif dengan secara tidak langsung diterapkan kepada kanak-kanak. Contohnya, dalam proses pergerakan, kanak-kanak dapat membezakan di antara dekat dan jauh, ringan dan berat serta tinggi dan rendah. Mereka juga diberi peluang melakukan aktiviti dan mengalami serta memahami perlakuan seperti bengkok, regang, kilas, pusing, imbang, dan lantun. Segala istilah yang dipelajari difahami melalui pergerakan tubuh badan mereka. Pendekatan bagi topik kesejahteraan juga dapat diterapkan ke dalam aktiviti Pendidikan Jasmani melalui pembelajaran kognitif. Pembelajaran afektif

Pembelajaran afektif merupakan pendekatan terhadap nilai-nilai murni dalam hidup. Perkara ini diterapkan seperti nilai, perasaan, kepercayaan, dan membuat sesuatu keputusan terkandung dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani. Isu mengenai perkara kehidupan sihat dan sejahtera seperti penyalahgunaan persekolahan lagi. dadah dan drug diperkenalkan di peringkat awal

39

Aspek pembelajaran afektif membantu perkembangan konsep kendiri positif dan ini merupakan perkara penting dalam membentuk perlakuan manusia. Kanakkanak dan imej kendiri amat penting dalam perhubungan seharian mereka dengan rakan sebaya dan guru dan perlakuan ini akan mempengaruhi kemajuan dalam pembelajarannya. Kanak-kanak berupaya bergerak dengan licin dan cantik dan perlakuan seperti ini akan meningkatkan estim kendiri mereka. Pendidikan Jasmani juga membantu perkembangan kanak-kanak dengan metodologi yang menjayakan kemajuan mengikut minat kanak-kanak. Beberapa program lain seperti program kecergasan fizikal, program senaman aerobik seperti memperkembangkan kecergasan kardiovaskular juga diperkenalkan. Dalam dunia berteknologi ini, program teknologi komputer juga diperkenalkan cara-cara menilai kecergasan fizikal dan cara-cara memperbaiki prestasi diri. Program pendidikan dan program Pendidikan Jasmani juga menawarkan

program yang seimbang seperti perkembangan kemahiran motor agar kanakkanak bergerak dalam corak pergerakan yang baik pada peringkat awal lagi. Program persepsi-motor bagi kanak-kanak yang lemah juga diperkenalkan. Program seperti ini juga dinamakan program kanak-kanak lembab atau pelajar lemah seperti masalah kordinasi, imbangan badan dan kawalan postur, imej badan dan anggota badan dan perkaitan melibatkan masa dan ruang. Guru perlu memperkenalkan aktiviti yang lebih perlahan apabila memperkenalkan konsep tersebut. Guru juga perlu kreatif dalam pengajaran dan pembelajarannya. Amali: Aktiviti imbangan anggota badan dan pemindahan berat badan Aplikasi aspek kesedaran tubuh badan, ruang, aliran, dan masa Memberi pemerhatian dan penilaian pada sesuatu aktiviti Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti iaitu asas gimnastik artistik (kinder gym) dalam pergerakan

Tugasan: Pelajar ditugaskan mencari bahan mengenai aktiviti gimnastik yang sesuai untuk kanak-kanak dan berlatih secara berpasangan. 40

5.2

Aktiviti Yang Menarik Dan Sesuai Untuk Kanak-Kanak Aktiviti yang guru ingin memperkenalkan kepada kanak-kanak hendaklah menarik dan sesuai untuk tahap pencapaian mereka. Sebagai contoh, semasa melakukan aktiviti gimnastik (kinder gym), beberapa cadangan adalah seperti berikut: Aktiviti dijadikan suatu peralatan untuk mengajar kemahiran dalam kehidupan seperti berkongsi sesuatu, bersabar dan menunggu giliran, memberi pendapat tentang sesuatu, mendengar, mempunyai matlamat, dan mempunyai kemahuan untuk mencuba perkara yang baru. Memperkembangkan daya pemikiran kanak-kanak dalam nombor dan menggalakkan persediaan mengira dan membaca. Perkara yang paling penting ialah guru perlu galakkan bahawa matlamat penting ialah menggalakkan estim diri kanak-kanak. minit. Mengadakan aktiviti memanaskan badan selama 10 hingga 12 Memanaskan badan perlu dilakukan sebagai aktiviti untuk

kardiovaskular dan aktiviti kordinasi. Untuk lebih menarik, guru boleh gunakan muzik sebagai rangsangan. Aktiviti meregang badan mengikut rentak muzik dan pergerakan posisi badan menjadi lebih seronok. Selepas memanaskan badan, kanak-kanak akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka akan berpusing menukar stesyen. Contohnya, mereka akan lakukan aktiviti satu pusingan selama 10-12 minit. Aktiviti yang disediakan adalah seperti dengan bola, reben, pundi kacang, trampolin, gelung, dan lain-lain. Aktiviti yang disediakan telah dipelajari oleh kanak-kanak dan mereka akan melakukan dengan selesa dan selamat. Kanak-kanak akan diberi hadiah seperti sticker, setem atau kertas berwarna dengan perkataan yang akan memotivasikan mereka. Matlamat pemberian hadiah kepada setiap kanak-kanak agar mereka merasa seronok dan gembira dengan satu kepuasan diri yang mereka akan senyum serta percaya bahawa mereka dapat melakukan aktiviti dengan baik.

41

5.3

Kesejahteraan Dan Kehidupan Yang Sihat Untuk sihat dan sejahtera, kita perlu mengamalkan kesihatan holistik yang merangkumi kesemua aspek kesihatan, iaitu fizikal, mental, sosial, emosi, spiritual atau rohani, dan seksual. Ibu bapa, penjaga atau guru perlu mewujudkan persekitaran aktif di rumah ataupun di sekolah. Beberapa cadangan untuk mewujudkan persekitaran aktif dalam keluarga adalah seperti berikut: Beri masa untuk melakukan aktiviti fizikal agar keluarga berasa Rancang lawatan aktif untuk ahli keluarga seperti mengadakan Program kejiranan yang aktif agar kanak-kanak dapat seronok dan sihat aktiviti di tepi tasik bersosialisasi dengan jiran Wujudkan pekerjaan aktif di rumah seperti membasuh kereta, Daftar anak pada aktiviti kecergasan fizikal yang menyeronokkan Tanam semangat keinginan untuk mencuba aktiviti baru agar mengelap tingkap dan berkebun agar kanak-kanak boleh turut serta mereka seperti kesenian mereka seronok dan aktif Amali: aktiviti Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti Melakukan aktiviti kinder gym dengan berbagai alatan seperti Aplikasi kemahiran memerhati dan menilai terhadap sesuatu gelung, tali, bola dan bangku panjang

42

UNIT 6 Tajuk: PERANAN GURU DI DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR KASAR KANAK-KANAK Peruntukan Masa: 8 Jam Objektif Unit: Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. menyatakan kefahaman dan pengetahuan guru bagi aktiviti fizikal untuk kanak-kanak 2. menyebutkan kebolehan guru dalam kemahiran motor yang sesuai dengan kanak-kanak 3. menjelaskan ransangan dan galakan bagi kanak-kanak 4. menyatakan keupayaan dan penerimaan kanak-kanak sebagai individu 5. melakukan aktiviti pergerakan dengan kreatif dan menggunakan rangsangan yang menarik Hasil Pembelajaran: Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. menghuraikan setiap rangsangan yang diperlukan dalam menarik minat kanak-kanak bermain 2. menjelaskan aktiviti pergerakan yang sesuai dengan kreatif dan rangsangan yang menarik Senarai Tajuk Pelajaran: 6.1 Kefahaman Dan Pengetahuan Guru 6.2 Kebolehan Di Dalam Kemahiran Motor 6.3 Rangsangan Dan Galakan 6.4 Keupayaan Dan Penerimaan Kanak-Kanak 6.5 Kreativiti Dan Rangsangan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran: Pemahaman pengajaran dan pembelajaran Pendidkan Jasmani yang berkualiti Pemahaman asas konsep pengajaran yang berkesan Program meningkatkan pengetahuan guru Memahami dan memotivasi kanak-kanak bagi perlakuan aktiviti fizikal

43

Melakukan aktiviti pergerakan di dalam kumpulan dengan lebih kreatif dan dengan menggunakan rangsangan yang menarik 6.0 Program Pendidikan Jasmani Yang Berkualiti a. Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Selain itu, guru juga perlu bersikap positif serta menjalankan proses demonstrasi, penyertaan yang aktif, memberi galakan untuk menjalankan sesuatu kemahiran dan mendapat maklumbalas tentang aktiviti daripada kanakkanak. b. Guru perlu menawarkan aktiviti pilihan pelajar dengan mendedahkan pelbagai aktiviti kepada kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak dapat memilih aktiviti yang mereka gemar untuk sepanjang hayat. Kepelbagaian aktiviti dan permainan yang dapat ditawarkan seperti: 1. Sukan untuk sepanjang hayat lifetime/carryover 2. Aktiviti pendidikan luar 3. Aktiviti kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan 4. Aktiviti lain seperti judo, karate, taekwando dan lain-lain. 5. Sukan berpasukan yang terkini c. dan d. Guru juga perlu memperkenalkan sesuatu kemahiran secara mendalam. Kanak-kanak akan berpeluang memperkembangkan

mendalam, iaitu, sesuatu kemahiran aktiviti diperkenalkan dengan khusus kemahiran ke tahap optimum dan kompeten. Guru perlu mewujudkan sesi kaunseling tentang kemahiran aktiviti kepada kanak-kanak. Contohnya, guru boleh kaunsel kanak-kanak tentang perlakuan pengekalan tabiat kecergasan dan perubahan sikap tentang perlakuan senaman. e. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru boleh mengintegrasi kesemua program PJK dan Kokurikulum. Guru boleh mewujudkan semangat berpasukan, berdedikasi, kesetiaan, kepimpinan, serta melibatkan ibu bapa dan masyarakat pada sesuatu program.

44

6.1

Pengajaran Yang Bermakna Bagi Kanak-Kanak jasmani merupakan pergerakan dan pembelajaran melalui

Pendidikan

pergerakan. Semua kanak-kanak, temasuk mereka yang kurang upaya, mempunyai berat badan yang berlebihan dan mereka yang lemah dalam kemahiran, kesemuanya perlu aktif dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani. Guru perlu mengetahui konsep kendiri kanak-kanak. Mereka memerlukan kejayaan dan keseronokan serta perlu menghormati rakan sebaya apabila menyertai dalam sesuatu aktiviti. Kanak-kanak juga perlu dididik bersifat sabar, keinginan untuk mengambil cabaran dan risiko dan menerima rintangan perlakuan sesuatu aktiviti. Keupayaan kanak-kanak dalam sesuatu kemahiran aktiviti perlu diiktiraf. Dari segi nilai sosial, fair play dan keikhlasan adalah penting. Permainan berpasukan dan perlumbaan membantu kesepakatan dalam kumpulan dan penumpuan terhadap undang-undang. Kanak-kanak cuba mengelakkan penipuan atau hanya untuk menang sahaja. Kanak-kanak dapat berlatih aktiviti yang mereka gemari. Guru perlu juga menyediakan rangsangan seperti muzik sebagai latar belakang agar mereka dapat menjalankan aktiviti dengan lebih maju. Kemahiran pengajaran dan pembelajaran

Beberapa cadangan tentang kemahiran pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut: 1. Demonstrasi dan pengajaran Demonstrasi oleh guru Demonstrasi oleh individu Demonstrasi oleh beberapa orang kanak-kanak 45

aktiviti 2. 3. Stail pengajaran -

Meminta bantuan kanak-kanak untuk demonstrasi sesuatu Kemahiran kepimpinan Memilih kanak-kanak menjaga peralatan Mengawas dan mengenalpasti keselamatan tampat aktiviti Ketua kumpulan Selaku ketua untuk mendemonstrasi kemahiran Ketua kelas Mengambil dan menyimpan alatan Stail mengarah (command) iaitu termasuk menjelaskan

sesuatu, demonstrasi, dan praktis Stail tugasan guru bertanggungjawab merancang objektif pengajaran, memilih aktiviti dan menjalankan secara berturutan agar mencapai matlamat pengajaran. Guru boleh memberi tugasan secara verbal atau menulis pada kad Stail individual berkonsep memusatkan pelajar yang mengandungi lima langkah iaitu; Diagnosis (menentukan tahap kognitif dan psikomotor kanak-kanak), Preskripsi (memberi suatu package pembelajaran berasaskan tahap pengetahuan kanak-kanak) Perkembangan (kanak-kanak menjalankan tugasan mengikut kemampuan mereka) Penilaian (guru menilai pencapaian pelajar) Peneguhan (guru memberi maklumbalas yang positif kepada pelajar) Pembelajaran mastery (kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran dengan cekap). Guru menilai kecekapan kanak-kanak. Stail penyelesaian masalah (memerlukan input, refleksi, pemilihan, dan tindakan) contoh: apakah beberapa cara melantun bola? Stail penjelajahan terhad (guru bertanggungjawab menyediakan pelajaran, memilih aktiviti dan mengarah pelajar)

46

Penemuan berpandu (guru menyediakan aktiviti dan pelajar mencari penemuan). Contoh: cara membaling bola dengan berkesan

Stail bebas atau menjelajah dengan bebas (kanak-kanak bebas memilih peralatan dan melakukan aktiviti; guru mengawas, memberi galakan, menjelaskan sesuatu, menjawab soalan pelajar)

4. Memperkembangkan Kreativiti Melalui sesuatu kreativiti, kanak-kanak akan berdikari, membantu meningkatkan tabitat penemuan dan pemikiran secara refleksi serta meningkatkan pemahaman sesuatu konsep 5. Pembelajaran secara personal Guru berinteraksi dengan pelajar secara individu dan memberi tumpuan terhadap perlakuan mereka. 6. Memotivasi kanak-kanak agar hidup cergas dan sihat Perlu menasihati kanak-kanak agar bersenam, menjaga makanan dan pemakanan, mempunyai rehat yang mencukupi, mengelak dari penyalahgunaan dadah dan alkohol. Kanak-kanak juga perlu dinasihatkan agar menjaga kebersihan diri supaya penyakit dapat dihindar. Amali: Melakukan aktiviti pergerakan dalam kumpulan Aplikasi aspek dan elemen dalam pergerakan yang telah dipelajari Aplikasi ransangan seperti muzik dan peralatan genderang

Tugasan Kumpulan: Pelajar ditugaskan memilih satu tema dan berlatih untuk persembahan pada minggu 12. 6.2 Berkomunikasi Secara Berkesan Dengan Kanak-Kanak

Suara, postur dan gesture perlu jelas dan positif. Pergerakan dan mimik muka guru juga memain peranan yang penting apabila berkomunikasi dengan kanakkanak. APA, BILA, dan BAGAIMANA menyatakan sesuatu aktiviti kepada kanak-kanak 47

APA: - Apa yang perlu disampaikan perlu pemilihan kata-kata yang sesuai dengan tahap pemikiran kanak-kanak. a. Perkataan dan ayat yang sampaikan hendaklah pendek dan jelas agar senang difahami oleh kanak-kanak. b. Tugasan yang beri perlu jelas dan agar kanak-kanak ingin menyertai dalam sesuatu aktiviti. - Istilah aktiviti fizikal hendaklah ringkas dan jelas - Guna warna, perkara yang diminati mereka, perasa dan juga humour - Guna ayat dengan bahasa yang betul - Elak ayat yang berulang-ulang BILA - Perlu peka dan tahu bila masa yang paling baik untuk menyampaikan sesuatu BAGAIMANA Kawal pernafasan apabila memberi penerangan Pic perlu sederhana Cakap sederhana perlahan agar lebih difahami oleh kanakkanak Guna nada suara yang jelas dan expressive Guna perkataan yang ringkas tetapi senang difahami Amali: Pelajar membuat persembahan mengikut kumpulan Markah diberi berdasarkan: Kreativiti bagi koreografi Kerjasama ahli dalam kumpulan Kualiti pergerakan Kesesuaian tema bagi kanak-kanak Keseragaman pergerakan Kesesuaian muzuk atau alatan ransangan Kesesuaian pakaian Kesesuaian peralatan yang diguna dan prop Markah penuh: 10 markah 48

49

UNIT 7 Tajuk: CIRI-CIRI KESELAMATAN DAN KESIHATAN KANAK-KANAK DAN KAITANNYA DENGAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK Peruntukan Masa: 8 Jam Objektif Unit: Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. menyatakan perlakuan atau tindakan yang boleh menyebabkan kemalangan dan bahaya 2. mengenalpasti tempat berbahaya bagi kanak-kanak 3. menghuraikan kepentingan menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian, dan memakai pakaian yang sesuai mengikut keadaan 4. menjelaskan makanan yang seimbang dan tabiat makanan yang baik 5. menyatakan pergerakan yang betul untuk postur terbaik Hasil Pembelajaran: Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. menghuraikan kepentingan menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian, dan memakai pakaian yang sesuai mengikut keadaan 2. menjelaskan makanan yang seimbang dan tabiat makanan yang baik 3. menyatakan pergerakan yang betul untuk postur terbaik

Senarai Tajuk Pelajaran: 7.1 Keselamatan 7.1.1 Menyedari Dan Mengenali Perlakuan Atau Tindakan Yang Boleh Menyebabkan Kemalangan Dan Bahaya 7.1.2 Mengenali Dan Menghindari Tempat Berbahaya 7.2 Kesihatan 7.2.1 Mengetahui Pentingnya Menjaga Kebersihan Tubuh Badan Dan Pakaian 7.2.2 Memakai Pakaian Yang Sesuai Mengikut Keadaan 7.2.3 Mengetahui Makanan Yang Seimbang Serta Tabiat Makanan Yang Baik 7.2.4 Mengamalkan Pergerakan Yang Betul Untuk Postur Terbaik

50

7.1 Kesihatan dan Kesejahteraan Kanak-kanak perlu digalakkan agar mengamalkan kesihatan holistik. Ianya merangkumi kesemua aspek kesihatan: fizikal, mental, sosial, emosi, spiritual/ rohani dan seksual. 7.2 Konsep Keselamatan Keselamatan bermaksud melindungi individu agar sentiasa berasa selamat, memberi perlindungan kepadanya agar hidup sejahtera dan melindunginya daripada sesuatu yang bahaya yang menimpa diri diri individu tersebut. Keselamatan adalah khusus dirujuk terhadap kanak-kanak agar dapat membantu sihat dan sejahtera dalam keadaan persekitaran yang selamat. Ciri-ciri kesihatan yang baik

Merangkumi ciri-ciri: Kesihatan Fizikal - Termasuk ciri-ciri fizikal saiz badan, bentuk badan, penyakit Kesihatan Mental - Keupayaan untuk belajar, penyesuaian diri, intelek, cara membuat keputusan Kesihatan Spiritual - Kepercayaan kesepaduan dengan persekitaran Kesihatan Sosial berinteraksi, penyesuaian diri Kepuasan pada tuhan, perasaan

perhubungan

interpersonal,

Kesihatan Emosi - Mengawal perasaan emosi dengan perlakuan yang sesuai, hormat/ keyakinan diri Kesihatan Seksual - Menghargai tubuh badan, berinteraksi dengan kedua-dua gender Senarai semak keselamatan di tempat berbahaya

Mengenalpasti tempat-tempat seperti di dalam kelas, di taman permainan, di kawasan sekolah, di rumah seperti di kawasan ruang tamu, di dapur dan di bilk tidur. Cara-cara bertindak sekiranya berlaku kecemasan semasa pelajaran Pendidikan Jasmani kemalangan dan

51

Pertolongan cemas bermaksud bantuan sementara sebelum membawa pesakit ke hospital. Tujuan: S Selamatkan nyawa E Elakkan keadaan bertambah buruk K Kurangkan sakit Teknik membuat panggilan semasa kecemasan: 1. Nombor telefon anda 2. Lokasi kemalangan 3. Jenis kemalangan 4. Bilangan, jantina dan umur mangsa yang cedera 5. Keadaan mereka secara terperinci 6. Beritahu sebarang bahaya seperti kerosakan dawai elektrik atau Kabul secara terperinci. Amali: Aktiviti memain peranan dalam kumpulan Pelajar menjalankan aktiviti memain peranan berdasarkan konsep kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan Menjalankan aktiviti untuk bertindak sekiranya kanak-kanak di dalam kecemasan semasa Pendidikan Jasmani seperti kanak-kanak terseliuh kaki, pitam dan mengalami hidung berdarah Tugasan kumpulan: Pelajar ditugaskan menyedia senarai semak keselamatan di beberapa tempat yang berbahaya bagi kanak seperti berikut: Kumpulan 1: Senarai semak keselamatan di taman permainan Kumpulan 2: Senarai semak keselamatan di kantin sekolah Kumpulan 3: Senarai semak keselamatan di dalam bilik darjah Kumpulan 4: Senarai semak keselamatan di kolam renang Kumpulan 5: Senarai semak keselamatan di tempat bermain pasir Makanan dan pemakanan yang sihat bagi kanak-kanak Pemakanan: Sains nilai makanan termasuk berbagai kumpulan makanan, makanan berzat dan perseimbangan makanan. Semua proses pertumbuhan, pengekalan dan membaiki kehidupan badan yang mengharapkan penghadaman makanan dan pengajian tentang makanan tersebut. 52

Kanak-kanak perlu makanan dan pemakanan yang berkhasiat agar membantu pertumbuhan sistem badan mereka. Piramid pemakanan dan keperluan mengikutinya Piramid Pemakanan adalah seperti berikut:

1. Roti, bijiran, nasi dan kumpulan pasta 2. Sayur dan kumpulan buah-buahan 3. Susu, dadih, dan kumpulan keju; Daging, ayam, ikan, telur, kacang kering, dan kumpulan kacang 4. Lemak, minyak, dan manisan Perlu diambil vitamin dan zat besi dengan sewajarnya Langkah-langkah yang disyorkan: Makan pelbagai makanan Makan sekurang-kurangnya 5 hidangan buahan dan sayuran dan 3-6 hidangan roti berserat tinggi, bijiran dan legume setiap hari Kurangkan makanan yang diproses Makan buah-buahan dan sayur-sayuran, dibersihkan dan makan bersama kulit Dapatkan fiber dari makanan dan tidak dalam bentuk pil Banyak minum air.

53

Mewujudkan Suasana yang Sihat Dalam Keluarga Praktikkan pemakanan sihat (kaya dalam buah-buahan, sayursayuran dan bijiran) Rancangkan masa yang sesuai semasa menyediakan makanan, Makan bersama keluarga di meja, Elakkan makan dengan tergesa-gesa, Elakkan melakukan aktiviti lain semasa makan, Elakkan makanan yang tinggi kalori, lemak atau gula

Sediakan makanan ringan yang kurang lemak dan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dadeh Elakkan menghidang makanan yang terlalu banyak Elakkan memaksa kanak-kanak makan jika ianya tidak lapar Hadkan makan makanan ringan tidak lebih dari sekali seminggu

Elakkan dengan menjadikan makanan sebagai suatu hadiah, atau dengan mengurangkan makanan sebagai suatu denda. Tabiat dan makan beradab

Berbincang mengenai cara makan dengan tangan, cara makan di meja dengan mengguna sudu dan garfu. Tabiat postur yang betul dan baik

Membincang perkara seperti berikut: Cara duduk di atas kerusi dengan postur yang bertul Cara berjalan Cara tidur Cara mengangkat barang yang berat Cara berjoging dan berlari, dan lain-lain cara yang memerlukan tabiat postur yang betul

54

You might also like