You are on page 1of 4

PENGENALAN Kira-kira 1000 tahun yang lampau, Semenanjung Tanah Melayu berubahmenjadi pusat perdagangan di Asia Tenggara apabila

China dan India memulakanperdagangan mereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-10 berasal daripada bandar pelabuhan. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujangdi Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan. Pada awalabad ke- 15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarikminat penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatanatau koloni di Selat Melaka.Sejarah penempatan kolonial diraja Britain diwujudkan pada tahun 1826. Britainatau dikenali sebagai British sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dankawalannya ke atas seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Penempatan awal colonialBritish ini bertapak di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, British menjadisemakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain.Terdapat banyak faktor-faktor yang menjadikan colonial Britisnh ini berminatuntuk mendapatkan Tanah Melayu antaranya untuk mendapatkan bahan atau hasilmentah seperti biji besi dan timah. Pada tahun 1810-an, British mula mengambilpeluang campu rtangan dalam negeri-negeri Melayu. Disebabkan perang saudara,dangangguan kongsi gelap Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalahpenduduk di Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasankuasa British ke atas tanah air bangsa Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor danNegeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negerilain yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah,Kelantan dan Terengganu berada di bawah kuasa Thailand. Di Borneo pula, BorneoUtara British dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu (sekarang

Sabah) ditabalkan sebagai Koloni Diraja British, manakala Sarawak menjadi milikkeluarga Brooke (Raja berbangsa Inggeris). Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis,sokongan untuk kemerdekaan semakin kuat. Apabila British mahu mewujudkanMalayan Union selepas perang berakhir, masyarakat Melayu bangun menentang danmahukan sistem yang pro- Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukansistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkankaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka).Kemerdekaan untuk Semenanjung Tanah Melayu diperolehi pada 1957 di bawah namaPersekutuan Malaya, tanpa penyertaan Singapura. Persekutuan yang baru diwujudkandi bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan PersekutuanMalaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak.Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertaiMalaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei yang kecewakerana sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan Agong. Pada awalpenubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menaklukMalaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965, Singapura menarikdiri daripada Malaysia dan rusuhan kaum terjadi pada bulan Mei 1969.Kini Malaysia berdiri di atas sejarahnya yang unik. Bermula dengan penaklukanbangsa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun sehinggalah penubuhansebuah negara merdeka, Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya pada tahun1963 dikenali sebagai Persekutuan Malaysia. Pembabitan negara-negara asingtersebut

meninggalkan banyak kesan terhadap bangsa dan budaya masyarakat malahmengubah sosiopolitik negara.

PERLEMBAGAAN Setiap negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik sertasistem pemerintahan negara yang cekap dan adil. Keperluan perlembagaan menjadilebih ketara dalam sebuah negara yang berbilang etnik seperti negara Malaysia.Perlembagaan diperlukan untuk mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosialyang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara sertamelindungi kepentingan semua kumpulan etnik.Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai perlembagaan persekutuan yangmengandungi 183 perkara yang merangkumi undang undang tertinggi di Malaysia. Iamerupakan satu dokumen undang undang yang telah dibentuk berasaskan kepadadua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan PerlembagaanKemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihatdaripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. MakaPerlembagaan berkenaan telah berkuat kuasa sejurus selepas Tanah Melayu mencapaikemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagianmengandungi satu atau lebih artikel yang relevan : Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan Bahagian 2 - Kebebasan asasi Bahagian 3 Kewarganegaraan Bahagian 4 - Persekutuan Bahagian 5 - Negeri-negeri Bahagian 6 Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan

Bahagian 8 - Pilihanraya Bahagian 9 - Kehakiman Bahagian 10 - Perkhidmatan awam Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat Bahagian 12 - Am dan pelbagai Bahagian 13 - Peruntukan sementara Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-rajaMenurut Dr. Pisol Maidin melalui pautan http://budaklaw.wordpress.com di dalamtajuk Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia adamenyatakan Perlembagaan adalah sumber undang undang tertinggi sesebuahnegara. Ia juga berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang undangsamada di pihak kerajaan atau rakyat dan secara umumnya, perlembagaan terbahagikepada dua iaitu : Perlembagaan bertulis Perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satudokumen. Perlembagaan tidak bertulis Semua prinsip perlembagaan yang tidakterkumpul dalam satu dokumen seperti undang undang yang diluluskan olehParlimen dan keputusan keputusan mahkamah

Malaysia mengamalkan Perlembagaan bertulis di mana badan perundangan,kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada Perlembagaan. Seperti yang kitaketahui, Perlembagaan Malaysia terdiri daripada : 1. Teks

15 Bahagian 183 Perkara dan fasal fasal 2. Jadual jadual 13 jadual Yang mana ia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman,kedudukan agama Islam, Kewarganegaraan, Bahasa kebangsaaan, Kedudukan dankeistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah. Di Malaysia, tidakada mana mana institusi yang boleh mengatasi ketinggian kuasa Perlembagaan.Malah, ketiga tiga badan kerajaan iaitu badan Kehakiman, Perundangan danEksekutif serta Yang di Pertuan Agong juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.Kuasa kuasa perundangan dan kehakiman yang dijalankan di mahkamah jugatertakluk kepada sekatan sekatan yang dikenakan atau tertakluk di dalamPerlembagaan.Ini semua kerana terkandung dengan nyata di dalam Perlembagaan padaperkara 4(1): Perlembagaan Malaysia adalah undang undang utama persekutuan dan apa apa undang undang yang diluluskan yang berlawanan dengan Perlembagaanadalah setakat mana yang berlawanan itu terbatal.

You might also like