Multimedia"( Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia ).Pada tahun 1999, sembilan puluh buah sekolah perintis akan dijadikannukleus bagi melaksanakan konsep, bahan pengajaran dan pembelajaran, kemahiran danteknologi Sekolah Bestari. Dokumen dasar yang asal tentang Sekolah Bestari Malaysiaialah Smart Schools in Malaysia: A Quantum Leap, yang disediakan pada Januari 1997.Dokumen ini ialah asas bagi dokumen The Malaysian Smart School. A ConceptualBlueprint yang disediakan oleh Pasukan Petugas Bersama Industri KementerianPendidikan Malaysia. Konsep Sekolah Bestari yang terkandung dalam dokumen TheMalaysian Smart School: A Conceptual Blueprint merupakan idea yang terus berkembang berterusan dan sentiasa terbuka kepada perubahan dan kemajuan dalam pedagogi danteknologi maklumat. Oleh itu, dokumen ini lebih bersifat deskriptif daripada preskriptif.Pasukan Petugas juga menyediakan dokumen The Malaysian Smart SchoolImplementation Plan yang menyediakan pelaksanaan sekolah-sekolah di seluruh negara untuk menjadi Sekolah Bestari.Selain itu,projek Sekolah Bestari menghasilkanlima 'Concept Requests For Proposals' penyelesaian dalam bidang berikut.
•
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
•
Sistem Penilaian
•
Sistem Pengerusan Sekolah
•
Infrastruktur Teknologi
•
Integrasi SistemKesemua ini telah dilancarkan serentak pada Julai 1997.Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semulasecara menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran, pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar bagi Zaman Maklumat. Sekolah Bestari berkembang dengan pembentukan staf yang profesional, sumber yang bertambah dan pentadbiran yang cekap.Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan yang kian berubah.Di Sekolah Bestari pembelajaran akan bercorak kearah kendiri mengikut kadar individu, kesinambungan dan reflektif. Ini akan berlaku dengan adanya pembekalanteknologi pelbagai media dan jaringan meliputi seluruh dunia.Pembelajaran berubah daripada berpusatkan guru kepada yang berpusatkan pelajar. Kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka. Kurikulum di SekolahBestari dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik,