You are on page 1of 1

Persoalan kajian 1: Bolehkah murid-murid menyanyi pic la, so, mi pada pic yang tepat dengan menggunakan kaedah

imitasi? Bagi menjawab persoalan ini data daripada instrumen pengumpulan data ujian digunakan. Berdasarkan ujian pra dan pos yang telah dianalisis didapati bahawa pada akhir pengajaran kitaran 2 semua subjek kajian berjaya mengusai kemahiran nyanyian solfa pada pic (la, so, mi) yang tepat. Subjek juga mampu menyanyi solfa pada pic (la, so, mi ) secara individu dan berkumpulan dengan tepat tanpa sebarang kesilapan. Sebelum kitaran kedua dijalankan, subjek tidak mampu membunyikan atau menyanyi pic (la, so, mi ) tanpa bimbingan secara kritikal namun melalui kaedah imitasi subjek mampu menyanyikan pic (la, so, mi ) dengan tepat tanpa sebarang kesulitan. Pengkaji menggunakan teknik vokal melalui kaedah imitasi yang mampu membolehkan subjek mengusai kemahiran nyanyian solfa pada pic yang tepat. Dapatan ini juga adalah sama dengan hasil dapatan kajian Trollinger (2003) yang menyatakan bahawa penggunaan vokal melaui kaedah imitasi merupakan satu teknik yang baik bagi nyanyian. Kajian beliau juga menyarankan kaedah imitasi dengan vokal secara berperingkat bagi membolehkan kanak-kanak memahami dan mempelajari dengan lebih efisen. Berdasarkan analisis ujian juga mendapati bahawa terdapat perbezaan ketara antara pengajaran pertama dalam kitaran pertama dan kitaran kedua. Hal ini dikaitkan dengan teknik pengkaji yang membolehkan subjek mempelajari secara aktif dan lebih memahami berdasarkan apa yang dilihat dan didengar berikutan dengan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan. Semasa kitaran pertama dilaksanakan, pengetahuan dan penguasaan subjek terhadap pic amat cetek dan tidak memberangsangkan kerana kaedah ini masih baru kepada mereka. Namun, kaedah imitasi merupakan suatu kaedah yang amat mudah dikuasai dan diaplikasi yang menyebabkan subjek mula menunjukkan respon yang baik sejurus kitaran kedua dilaksanakan. Berikutan, subjek mampu menyanyi pic ( la, so, mi ) dengan penuh keyakinan dan tepat tanpa kesalahan walaupun pada mulanya, subjek ragu-ragu untuk menyanyi kerana takut salah dan mengakibatkan pic tidak tepat. JUSTIFY WHO FOR THIS SECTION Kesimpulannya, persoalan pertama dapat dijawab dengan menggunakan data yang diperolehi daripada instrumen pengumpulan data. Kajian ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang ditetapkan.

You might also like