You are on page 1of 2

PRAKTIKUM FASA 2 201 2 PERNYATAAN PROFESIONAL MINGGUAN MINGGU 1 ( 23 JULAI 26 JULAI 2012 )

Minggu ini meruapakan minggu pertama saya berada di Sekolah Kebangsaan Kampong Raja. Pelbagai suasana telah saya lalui sepanjang minggu ini. Penyesuaian diri terhadap persekitaran sekolah tidaklah sukar untuk dicapai. Sepanjang minggu ini, saya telah melalui proses mengenali dan mendekati sekolah. Tidak dinafikan bahawa perbezaan suasana dan warga sekolah amat ketara apabila mereka menggunakan loghat bahasa yang berlainan antara satu sama lain, akan tetapi ia bukanlah menjadi masalah besar bagi saya. Sepanjang minggu ini, kami diberikan jadual waktu dan saya mendapat 10 waktu pengajaran dan pembelajaran. Kesempatan ini saya ambil untuk berkenalan dengan pelajar sekolah, saya akui mereka mudah mesra dengan orang baru seperti saya. Ini mungkin kerana beberapa orang guru pelatih telah praktikum di sekolah ini.. jadi mereka telah biasa dengan kehadiran orang baru. Di samping itu, kemesraan warga tenaga sekolah juga membuatkan saya jatuh hati dengan sekolah ini. Mereka tidak meletakkan perbezaan antara guru pelatih dengan guru tetap dalam pergaulan mereka. Apa yang penting bagi mereka ialah sikap hormat menghormati antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, saya akui keadaan sekolah ini dari segi strtukurnya jauh lebih berbeza dengan sekolah sebelum ini iaiti Sk Permaisuri Nur Zahirah. Di sini bangunan lama masih digunakan sementara menunggu bangunan baru siap di bina. Bengkel Kemahiran Hidup di sini lebih teratur dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

PRAKTIKUM FASA 2 201 2

You might also like