You are on page 1of 2

KEK KEJU CHEDDAR

Kek ini menggunakan Creaming Method dimana kita pukul mentega dan gula sehingga ia kembang dan gebu. Jadi boleh anda semua lihat cara D buat kek ini, mudah dan yang penting SEDAPPPPPP. Bahan-bahannya BAHAN A 250 gram mentega 230 gram gula BAHAN B 4 biji telur BAHAN C 100 gram keju cheddar, didadu kecil, (sedikit diparut, untuk tabur diatas kirakira 2 sudu makan) BAHAN D 100 ml susu cair dalam kotak 280 gram tepung naik sendiri 1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)

Cara-caranya - Gunakan loyang untuk kek lapis biasa. Gris sekelilingnya, dan alas dasar loyang dengan kertas kek. Panaskan ketuhar 150 180 darjah Celcius. Putar A sehingga lembut dan gebu. Masukkan B dan putar lagi sehingga lembut dan tidak berbintik-bintik.

Masukkan C iaitu hanya keju dadu, dan putar lagi sehingga sebati. Masukkan D dan putar lagi sehingga sebati. Tuang kedalam loyang yang sudah digris terlebih dahulu. Bakar selama 45 minit dengan kepanasan diantara 150 hingga 180 darjah Celcius, bergantung kepada ketuhar masingmasing. PERHATIAN Hanya gunakan 2 sudu makan sahaja parutan keju untuk tabur. Lebihannya dimasukkan kedalam adunan. Keju untuk tabur, sebaik-baiknya dipatahkan kecil-kecil, supaya bila masak kelak mudah kek dipotong. Kek yang sudah masak, dibiarkan sebentar didalam loyang sehingga sejuk sedikit. Kemudian barulah dikeluarkan dan disejukkan lagi diatas redai.

You might also like