Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
70Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
propsal kajian tindakan

propsal kajian tindakan

Ratings: (0)|Views: 3,183 |Likes:
Published by Rafidah Rasidi

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Rafidah Rasidi on Aug 01, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/16/2013

pdf

text

original

 
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGANKAJIAN TINDAKAN 2012
1 |
1.0 PENDAHULUAN
Bahagian pendahuluan merangkumi pengenalan, refleksi pengajaran danpembelajaran dan juga refleksi nilai pendidikan. Pengenalan merupakan garapansecara ringkas kepada penyelidikan tindakan yang dijalankan. Refleksi pengajarandan pembelajaran pula sesuatu yang didapati oleh penyelidikan sewaktumelaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Manakala, refleksi nilai pendidikan pulaberkaitan nilai pendidikan yang digunakan dalam penyelidikan yang dijalankanpenyelidik (Rosinah Edenin 2011).
 1.1 Pengenalan
Menurut Wee Eng Hoe (1996) di dalam Wong Ling Syu (2004) kecergasan fizikalterbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah kecergasan fizikalberasaskan kesihatan. Pecahan kecilnya ialah daya tahan kardiovaskular, daya tahanotot, kekuatan otot, komposisi tubuh badan serta kelenturan. Bahagian kedua pula ialahkecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor. Bahagian ini merangkumiketangkasan, koordinasi, kuasa, imbangan, masa tindak balas dan juga kelajuan.Umum perlu mengetahui bahawa, di dalam beberapa permainan seperti BolaSepak, Bola Baling dan juga Badminton (Buku Teks Pendidikan Jasmani Tahun 6) amatmemerlukan atlet menguasai ketangkasan. Ketangkasan akan membantu atlet untukbertindak dengan pantas dan selamat tanpa ragu-ragu. Jadi, ini mendorong saya untukmenjalankan kajian berkaitan cara untuk meningkatkan ketangkasan kanak-kanak.Merujuk kepada Johnson dan Nelson (1986), ketangkasan diertikan sebagaikebolehan fizikal seseorang yang dapat mengubah kedudukan badannya dan arahpergerakan dengan cepat dan tepat.Jika melalui pandangan Clake di dalam Adrian Chew (2009) pula , ketangkasanialah kelajuan menukar arah dan kedudukan badan.
 
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGANKAJIAN TINDAKAN 2012
2 |
Sheikh Kamaruddin dan Sarjit Singh di dalam Wong Ling Syu (2004) pulamenyatakan ketangkasan ialah kebolehan dan keupayaan seseorang bertindak dengansecepat yang boleh untuk membantunya dalam situasi permainan dan ketikakecemasan bertujuan mahu menyelamatkan diri.Latihan litar merupakan salah satu kaedah untuk meningkatkan ketangkasan.Latihan litar ini telah diperkenalkan oleh R.E Morgan dan G.T Adamson pada tahun1953.Menurut Fox dan Matthew di dalam Liliana Wong (2011) latihan litar dapatdikatakan sebagai satu program latihan yang dirangka dengan stesen-stesen tertentu. Aktiviti-aktiviti stesyen ini dilaksanakan dalam masa tertentu yang telah ditetapkan. Satulitar dikira lengkap apabila semua aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan.Jadi saya telah memilih untuk melaksanakan intervensi menggunakan latihanlitar bagi membantu subjek kajian meningkatkan tahap ketangkasan mereka.
 
RAFIDAH RASIDIKERTAS CADANGANKAJIAN TINDAKAN 2012
3 |
1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran
Setelah melalui tiga fasa praktikum di tiga buah sekolah yang berbeza, sayadapat mengesan satu masalah yang ketara di kalangan murid-murid tahap duayang diajar oleh saya. Murid-murid ini, seolah-olah tidak dapat menguasaiketangkasan. Melalui pemerhatian saya sewaktu menjalankan pengajaran,beberapa masalah yang timbul antaranya ialah :
Sewaktu melaksanakan Lompat Kuadran, murid masih ragu-ragu untukmelompat walaupun setiap petak yang disediakan telah dinomborkan danmurid hanya perlu melompat mengikut susunan nombor.
Ketika melakukan lari ulang alik, murid-murid memilih untuk berhenti danmengambil bongkah kayu berbanding untuk bergerak secara terus dankembali berlari ke permulaan.
Pada kemuncak permainan kecil yang dijalankan, guru telah memilihuntuk menjalankan permainan galah panjang, murid-murid tidak dapatmengelakkan diri dengan baik daripada disentuh oleh kumpulanberlawanan.Keadaan seperti ini, mendorong saya untuk menjalankan kajian berkaitanketangkasan. Saya ingin mencari penyelesaian bagi masalah penguasaan salah satuaspek kecergasan yang sangat penting ini. Semoga dengan usaha, dapat membantumempertingkatkan prestasi murid-murid dalam permainan yang mereka ceburi.

Activity (70)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Supratman Andi liked this
luffy liked this
matkronik liked this
husna269 liked this
Ayan Akup liked this
redzallica liked this
Nurul 'ain liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->