You are on page 1of 22

PENGURUSAN BILIK DARJAH RUTIN BILIK DARJAH

AZMI BIN ABDUL HAMID


JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

RUTIN BILIK DARJAH


Konsep Rutin Merujuk kepada aktiviti harian BD Tujuan - untuk mengurus BD secara sistematik, kondusif untuk P&P, meningkatkan semangat kekitaan, keselamatan dan disiplin kendiri murid. Rutin BD perlu diterangkan kepada murid di awal tahun supaya faham dan lakukan tugasan dengan ikhlas dan sukarela.

Pengurusan Rutin BD
3 bidang utama. =>1) Penyediaan, Pentafsiran, Penyimpanan rekod. =>2) Penyediaan dan pelaksanaan rutin BD =>3) Pelaksanaan tugas-tugas lain seperti dilantik atau diarahkan oleh pentadbir.

Penyediaan, Pentafsiran, Penyimpanan rekod


=>

Rekod-rekod murid perlu disediakan Rekod Pendaftaran => Rekod Kedatangan => Rekod Prestasi => Rekod Profil => Rekod Kemajuan => Rekod Kesihatan => Rawatan Gigi => Kad 001

.Sambungan

Rekod-rekod murid perlu disediakan => Rekod Kutipan Yuran => Rekod Sulit Perlu untuk menyimpan maklumat lengkap tentang murid. Penting untuk melihat kemajuan, kebolehan dan rujukan. Perlu diisi dengan tepat, lengkap, mudah dirujuk.

Penyediaan Dan Pelaksanaan Rutin BD

Rutin BD => Menanda jadual kedatangan => Memeriksa fizikal BD => Susunan kerusi-meja => Susunan murid => Kutipan yuran => Kutipan buku latihan => Mengurus jadual kerja murid

.Sambungan

2 Keadaan fizikal BD => Sapu lantai => Bersih papan tulis => Susun kerusi-meja => Sudut pembelajaran => Sudut bahan bacaan => ABM => Penggunaan lampu, kipas, dsb.

Pelaksanaan Tugas-tugas Lain

SPBT Skim Amalan Pemakanan (RMT) Skim Susu Kokurikulum Menguruskan biasiswa Kebajikan murid

Jenis-jenis Rutin BD
1. Rutin kelas (bukan akademik) menjaga persekitaran BD supaya kondusif. => menguruskan prosedur dan peraturan BD => menguruskan kebersihan dan keceriaan BD 2. Rutin pentadbiran mencatat kehadiran, kutipan yuran, rekod kemajuan, rekod kesihatan.

.Sambungan

3. Rutin pergerakan murid tetapkan prosedur pergerakan murid bergerak ke makmal, pusat sumber, surau, padang, waktu balik dll. 4. Rutin pengurusan tugasan persediaan guru terhadap tugasan yang diberi kepada murid, memaklumkan pencapaian hasil tugasan, menilai tugasan dan memantau aktiviti di BD.

.Sambungan

5. Rutin pembelajaran memungut buku latihan, menanda latihan, memulangkan buku. 6. Rutin interaksi aktiviti P&P berfokus kepada murid murid perlu tahu prosedur aktiviti, bertanya, menjawab, membentang hasilan. Contoh rutin interaksi perbincangan kelas, aktiviti kumpulan, main peranan, projek dll.

PERATURAN BILIK DARJAH

Menyediakan peraturan & prosedur Mengajar peraturan dan prosedur Menguatkuasakan secara konsisten Memastikan kelancaran pengajaran Mengurus masa yang tidak menentu Membina akauntabiliti pelajar

Menyediakan Peraturan Dan Prosedur


1. Menyediakan peraturan bilik darjah Bina peraturan bilik darjah bersama pelajar Peraturan hendaklah bertulis dipaparkan di tempat yang senang dilihat. Denda kerana perlanggaran peraturan dipersetujui bersama pelajar. Peraturan yang dibuat hendaklah yang boleh dikuatkuasaskan. Peraturan tentang yang penting ringkas.

Menyediakan Peraturan Dan Prosedur


2. Menyediakan prosedur pergerakan Bina prosedur pergerakan dalam bilik darjah khas makmal sains, bilik seni lukis, padang sekolah, dsb. Bagi tujuan pergerakan lancar, keselamatan, dan penjimatan masa.

Menyediakan Peraturan Dan Prosedur


3. Mengadakan peraturan / prosedur bercakap Masalah bercakap dalam bilik darjah mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Peraturan boleh dibuat seperti Tidak boleh bercakap ketika guru bercakap dan mengulanginya apabila mengingatkan pelajar.

Menyediakan Peraturan Dan Prosedur


4. Mengadakan peraturan / prosedur bagi masa terluang Masa terluang ketika pelajar siap kerja lebih awal daripada orang lain, kelas selesai lebih awal, masa pertukaran guru, menunggu tayangan dipancarkan dll. Sementara menunggu, anda boleh bercakap pelahan dengan rakan sebelah tetapi tidak dibenarkan bergerak dari tempat masing-masing.

Menyediakan Peraturan Dan Prosedur


Peraturan tidak berguna jika pelajar tidak mematuhi peraturan. Peraturan diajar dan diguna secara rutin dalam bilik darjah. Pelajar perlu faham dengan tujuan dan nilai yang hendak diterapkan. Prosedur membentuk kumpulan dan berbincang dalam kumpulan juga perlu diajar.

Menguatkuasakan Secara Konsisten


Penguatkuasaan yang konsisten penting untuk memastikan peraturan dan prosedur dipatuhi.
Akibat perlanggaran peraturan yang dipersetujui bersama boleh dikenakan. Keadilan atau kelihatan adil sangat penting dalam penguatkuasaan. Tanpa penguatkuasaan, pelajar tidak hiraukan peraturan.

Memastikan Kelancaran Pengajaran


Melibatkan kelancaran langkah pengajaran. Pelajar boleh melengah-lengahkan kelancaran pengajaran dengan soalan, permintaan, komen dll. Guru boleh mengganggu kelancaran pengajaran dengan arahan atau bercakap berlebihan. Gangguan kelancaran menimbulkan potensi kepada masalah dalam bilik darjah.

Mengurus Masa Yang Tidak Menentu


Masa permulaan waktu pertama, masa terakhir, masa pertukaran guru atau masa berpindah kelas adalah masa yang tidak stabil. Guru harus bersedia dengan tindakan tertentu untuk menangani masa yang tidak stabil.

Pelajar perlu dilatih untuk mematuhi guru dan bukan mematuhi loceng sekolah.

Membina Akauntabiliti Pelajar


Setiap pelajar dipertanggungjawabkan untuk memastikan tugasan masing-masing selesai.
Untuk itu, arahan tugasan hendaklah ditulis jelas dengan peraturan dan syaratnya sekali. Pemantauan kerja pelajar perlu dibuat dengan cekap supaya semua dapat dipantau. Semakan tugasan dan maklum balas tentang tugasan tersebut dibuat segera.

You might also like