You are on page 1of 5

Langkah Atasi Tekanan Dari Ibu Bapa

Keluarga yang mempunyai masalah atau konflik akan menyebabkan anak yang menjadi mangsa. Anak - anak akan berasa terpinggir dek kerana kurang kasih sayang. Oleh yang demikian, anak anak ini dinasihati supaya berjumpa dengan para profesional serta mendapat sokongan emosi dari orang sekeliling. Hal ini sedikit debanyak dapat membantu para pelajar dari terus dibelenggu tekanan.

HULAIMIAH BT MOHD NAIN 205048

Langkah Mengatasi Punca Persekitaran


Riadah dapat mengurangkan stres Riadah merupakan satu aktiviti yang dapat mengurangkan stres khususnya dalam kalangan pelajar. Aktiviti riadah seperti bersukan bukan sahaja dapat menjadikan fizikal lebih mantap malah organ dalaman serta sistem pernafasan kita juga dapat berjalan dengan lancar Selain itu, riadah dari segi minda juga perlu bagi mengurangkan masalah stress Antara riadah minda yang dapat kita lakukan ialah dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran, komik, novel dan segala bahan-bahan yang dapat menenangkan jiwa

Oleh itu, riadah merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian kita Maka, luangkan sedikit masa untuk beriadah bagi mengelakkan stres dari membelenggu diri kita

SITI NURBAIZEERA BT MOHAMMED BAHAR

207057

Langkah Atasi Punca Keinginan Melebihi Kemampuan


Bukannya semua insan dianugerahkan minda yang cerdik pandai sejak dilahirkan.Kita mestilah mengenalpasti had kemampuan kita.Apabila kita sedar sesuatu perkara yang kita lakukan di luar kemampuan,kita seharusnya berhenti melakukannya.Kita boleh meminta bantuan daripada orang yang labih layak dan mahir untuk menyempurnakann perkara tersebut.Tekanan pasti dapat atasi sekiranya kita tidak terlalu memaksa diri. Kita boleh menjalankan kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan supaya tekanan dapat diatasi.Oleh itu,janganlah kita terlalu membuang masa kepada perkara yang kita tidak lagi mampu ditanggung.

VIVIENNE MU HUI TING 207059

Langkah Mengatasi Tekanan dalam Kalangan Pelajar dari Sudut Interpersonal


Cara-cara pelajar mengatasi stress ialah pelajar boleh mengalih pandangan kepada situasi yang lebih tenang atau relaks. Sebagai contoh, pelajar boleh menyanyi ,menari,dan menjerit.Hal ini boleh membantu pelajar melepaskan stress sambil menyanyi tidak kira di dalam bilik air ataupun di mana sahaja tanpa mementingkan senikata lagu tersebut. Pelajar juga boleh menghilangkan stress dengan meluahkan perasaan kepada sahabat karib ataupun meluhkannya dalam diari. Pelajar mungkin melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib. Meluahkan perasaan kepada sahabat dapat mengurangkan stress. Selain itu, stress juga boleh diatasi apabila pelajar melihat segala masalah itu dari segi positif. Misalnya, apabila pelajar menghadapi sesuatu masalah pelajar mestilah cuba berfikir secara positif dengan menerina masalah itu sebagai panduan atau hikmah dalam kehidupan pada masa akan datang. Disamping itu, pelajar juga boleh menetapkan semula matlamat atau keutamaan yang realistik dalam kehidupan seharian bagi menangani stress, Contohnya, bertindak mengikut keutamaan bagi mengelakkan pelajar tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan. Oleh itu, pelajar harus utamakan kerja yang lebih penting terlebih dahulu. Segala langkah yang disarankan ini pelajar boleh sentiasa praktiskannya bagi menghilangkan stress dan menjalani kehidupan seharian tanpa masalah.

NORATHIRAH BINTI JUSOH 205061

Langkah Menangani Punca Sosial


Menjalankan kerja masyarakat dan kebajikan juga merupakan salah satu langkah bagi menangani masalah punca sosial. Remaja tersebut haruslah membiasakan diri dengan melakukan kerja-kerja masyarakat seperti aktiviti gotong-royong,mengikuti majlis keagamaan,menderma kepada masjid atau rumah anak-anak yatim dan sebagainya. Hal ini akan menjadikan remaja lebih dewasa dan tidak memikirkan kegiatan sosial. Selain itu,remaja juga patut meninjau keadaan orang yang kurang bernasib baik sama ada dari segi kewangan,pendidikan,kesihatan dan keluarga. Ini sekaligus akan dapat menyedarkan individu tersebut dari terus lalai dan hanyut dengan gejala sosial Oleh yang demikian,banyak langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini.

SITI NOOR EZZATIE BINTI YAHYA 204714 http://kumpulanc33.blogspot.com/2010/08/langkah-mengatasi-tekanan-pelajar_08.html

http://www.scribd.com/doc/38395536/Gangguan-Emosi-Di-Kalangan-Murid maklumat scribd

You might also like