You are on page 1of 30

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

NORSHAFIQAH BT AHMAD PISMP PK BM/PJ1

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

PENGENALAN

Aktiviti-aktiviti PJ terdiri daripada aktiviti yang melibatkan kemahiran psikomotor iaitu lokomotor seperti berjalan, melompat, membaling dan menyambut merupakan kemahiran asas untuk kehidupan. Kemahiran-kemahiran ini seterusnya digunakan dalam aktiviti permainan dan sukan seperti olahraga, mendaki dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti fizikal dalam PJ mempunyai hubungan rapat dengan sukan. Permainanpermainan kecil yang dijalankan dalam aktiviti PJ merupakan lead-up games kepada sukan. Ia bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkahlaku dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Oleh itu aktiviti-aktiviti PJ digabungjalinkan dengan sukan, rekreasi dan kesihatan. SEJARAH UMUM PERKEMBANGAN SUKAN Bagaimana sukan wujud? Sejak kuno lagi, menusia telah melakukan aktiviti sukan terutamanya pada zaman itu ialah survival. Contoh aktiviti survival seperti berlari, melompat, memburu, berenang, melontar batu dan lembing. Asal usul kebanyakan aktiviti sukan adalah hasil dari hasrat manusia untuk hidup dan percaya bahawa aktiviti fizikal ini dapat mempertahankan diri dari musuh dan menyara diri.Selain itu, sukan juga wujud hasil dari kepercayaan masyarakat. Contohnya masyarakat Zunis percaya dengan permainan hujan mereka akan mendapat hujan. Sukan juga merupakan satu upacara keagamaan iaitu dari zaman pra-sejarah hingga zaman klasik sudah wujud hubungan antara sukan dengan upazara keagamaan. Contohnya, di zaman Greece, sukan olympic diadakan bagi menghormati Dewa Zeus. Aktiviti sukan seperti memanah, berkuda, gusti dan berpedang wujud hasil dari keperluan mempertahankan diri. Dengan itu manusia mencipta berbagai jenis alat dan aktiviti sukan berunsur ketenteraan untuk menghasilkan tentera yang kuat dan sihat.

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

PENDIDIKAN JASMANI DALAM TAMADUN TIMUR


CHINA. Tumpuan tersekat kerana masyarakat memberatkan hal-hal agama dan intelektual. Kekuatan fizikal diabaikan kerana tidak ada keperluan ketenteraan. Bukti dalam buku klasik mengatakan anak-anak muda dari golongan kaya terlibat dalam muzik, tarian, seni pertahankan diri, memanah, gusti, tinju, bola sepak, polo, tarik tali, bulu tangkis dan layang-layang. Kepercayaan orang cina tentang penyakit oleh kekurangan alat fizikal telah mewujudkan kumpulan gimnastik dan kungfu pada 2698 SM.

INDIA Seperti China, orang India mementingkan kehidupan berasaskan agama dan bukan fizikal. Bukti aktiviti fizikal termasuk bermain dadu, membaling bola, lumba kereta kuda, menunggang kuda, berpedang, tinju, gusti dan menari. TIMUR DEKAT PURBA ( Mesir, Assyria, Babylonia, Syiria, Palestin dan Parsi ) Masyarakat ini terkonkong dengan agama dan percaya aktiviti fizikal dapat membantu individu hidup dengan lebih bermakna. PJ diberi galakan terutama dari pihak tentera yang berpendapat individu cergas dapat membentuk askar yang kuat. Remaja di Mesir dilibatkan dengan akviviti fizikal dan diajar tentang alatan perang seperti pemukul, panah, lembing dan perisai. Antara aktiviti yang dipelajari ialah kawad kaki, gusti, gimnastik, memancing dan memburu. Di negara yang berdekatan dengan Sg. Tigris dan Sg. Euphrates, PJ ditegaskan kepada golongan berada sahaja. Aktiviti adalah seperti menunggang kuda, memanah dan aktiviti air.

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Di Parsi pula, PJ penting kepada tentera. Raja Cyrus menekankan pelajaran moral dan pelaziman fizikal untuk ahli tentera. Kanak-kanak lelaki yang berumur 6 tahun dilatih untuk berlari, memanah, merejam lembing, menunggang kuda, kawad dan memburu.

YUNANI (GREECE) Yunani purba terbahagi kepada beberapa negara-negara kota antaranya ialah Sparta dan Athens yang mempunyai objektif PJ yang berbeza. Di Sparta objektif PJ menyumbang ke arah pembentukan tentera yang kuat.

Di Athens objektif PJ berdasarkan prinsip demokrasi dan ketenteraan tidak penting. Orang Athens melibatkan diri dalam aktiviti fizikal bagi tujuan membina tubuh badan dan untuk pembangunan moral, mental, fizikal dan estetik. Empat peristiwa yang terkenal di zaman Yunani ialah : Perayaan olimpia mengingati Dewa Zeus. Perayaan Pythia mengingati Dewa Apollo. Perayaan Memea Mengingati Dewa Seus. Perayaan Isthmia Mengingati Dewa Poseidon. Dalam perayaan di atas acara olahraga adalah aktiviti utama. Sukan Olimpik pertama diadakan pada 776 SM dan dilangsungkan setiap 4 tahun sehingga dimansuhkan Rom pada 394 M. ROM

Mempercayai senaman penting untuk kesihatan & ketenteraan walaupun tidak menganggap permainan sebagai rekreasi. Individu berumur 17-60 tahun dikerah berkhidmat dalam ketenteraan dan latihan fizikal adalah penting. Mementingkan profesionalisme berbanding dengan sifat amatur. Aktiviti seperti pertarungan kereta kuda, pertarungan pendekar bersenjata dan manusia lawan binatang buas amat digemari oleh masyarakat rom.

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

PENDIDIKAN JASMANI PADA ZAMAN PERTENGAHAN


PENDIDIKAN JASMANI DI ZAMAN GELAP Kerajaan Rom runtuh pada kira-kira 476 M dan tempoh selepas itu dianggap sebagai zaman gelap. Rom mengalami kejatuhan disebabkan keruntuhan moral dan fizikal dikalangan rakyat mereka. Pada zaman ini terdapat dua pengaruh negatif terhadap PJ iaitu kewujudan asetisisme dan skolastisisme. Asetisisme mementingkan hidup selepas mati dan aktiviti fizikal dianggap usaha yang sia-sia kerana tubuh badan adalah buruk. Mereka menganggap badan dan otak (minda) adalah 2 entiti yang berlainan. Kesannya adalah Sukan Olimpik pada 394 M dihapuskan oleh Raja Theodosius kerana dianggap pagan. Skolastisisme pula percaya bahawa fakta (ilmu) adalah penting dalam pendidikan iaitu untuk memperkembangkan mental dan meningkatkan kuasa intelektual. PENDIDIKAN JASMANI PADA ZAMAN FEUDALISME Antara abad ke-9 hingga 14 M, kerajaan adalah lemah dan menyebabkan munculnya feudalisme. Rakyat bergantung kepada golongan kaya dan anak bangsawan sahaja untuk menjadi paderi ataupun kesatria (knight). Kanak-kanak berusia 7 tahun dihantar untuk berlatih tinju, berlari, melompat, berenang dan berpedang bagi menjadi kesatria. Pada umur 14 tahun, kanak-kanak tersebut akan ditugaskan sebagai pembantu kesatria(squire) dan latihan fizikal diteruskan.

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Jika bernasib baik kanak-kanak itu akan menjadi kesatria pada umur 21 tahun.

PENDIDIKAN JASMANI PADA ZAMAN PEMBAHARUAN


Zaman ini adalah antara zaman gelap dan permulaan zaman moden dari abad ke-14 hingga ke abad ke-16. Merupakan zaman perkembangan pesat manusia dalam akademik dan penggunaan sains. PJ diberi penghormatan kerana mental dan fizikal dianggap sebagai 2 entiti yang tidak boleh dipisahkan dan pembelajaran dapat ditingkatkan dengan tubuh badan yang sihat.

PENDIDIKAN JASMANI NEGARA-NEGARA EROPAH


JERMAN Berkait rapat dengan Basedow (1723-1790), Guts Muths (1778-1852) dan Spiess (1810-1858). Basedow merupakan pengasas sekolah Philanthropinum yang mengutamakan program pendidikan jasmani seharian untuk pelajar. Aktiviti lain termasuk berlari, melompat, berenang, berpedang, menunggang kuda, meluncur dan kawad kaki. Guts Muths pula menyumbangkan karya-karya seperti Gymnastics for the young dan Games. Beliau juga dianggap sebagai pengasas PJ moden di Jerman berdasarkan sumbangannya. Jahn merupakan pencipta alatan PJ seperti alat untuk melompat, lombol, imbangan, berlari dan memanjat. Spiess pula merupakan pengasas sekolah gimnastik yang mementingkan pembangunan mental, emosi, fizikal dan sosial. (1759-1839), Jahn

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Di bawah pengaruhnya menyebabkan PJ diletak dibawah sistem pendidikan rendah dan menengah. Beliau juga dianggap sebagai pengasas prinsip ansur maju dalam program PJ.

SWEDEN Per Henrik Ling(1776-1839) banyak menyumbang dalam bidang PJ di Sweden. Beliau menganggap PJ sebagai mata pelajaran sains. Beliau turut mengaplikasikan sains anatomi & fisiologi untuk menentukan apa yang wujud dalam aktiviti fizikal yang mebolehkan tubuh berfungsi pada tahap optimum. Beliau juga menyumbang kepada menentukan kesan latihan terhadap jantung dan sistem organik lain. Turut mewujudkan 3 kategori gimnastik di institut gimnastiknya yang bernama The Royal Central Institute Of Gymnastics di Stockholm. 1) Gimnastik pendidikan 2) Gimnastik tentera 3) Gimnastik perubatan Beliau percaya terhadap prinsip asas perbezaan individu dalam aktiviti senaman.

DENMARK Tokoh PJ di Denmark ialah Franz Nachtegall (1777-1847). Pada tahun 1804 beliau menubuhkan Military Gymnastic Institude. Selepas Perang Ausria dan Pnissia dalam tahun 1864, minat rakyat terhadap gimnastik muncul semula dan Danish Rifle Clubs ditubuhkan. Ahli-ahli kelab ini melibatkan diri dalam gimnastik dan permainan. Pada tahun 1904 gimnastik di sekolah-sekolah diasingkan dari gimnastik ketenteraan. Pada tahun 1921, Niles Bukh mencipta gimnastik yang dipanggil primitif Gymnastiks. Ia merupakan latihan latih tubi otot-otot besar yang dilakukan dengan pantas dan dengan rythm. Gimnastik juga mempengaruhi negara Eropah dan Amerika

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

GREAT BRITAIN Sumbangan besar dalam program sukan seperti pendidikan pergerakan, tenis (abad ke-13), hoki (abad ke-15), golf (abad ke-16) dan kriket (abad ke-17). Maclaven (1820-1884) melalui kerjanya menegaskan : Senaman fizikal perlu untuk perkembangan optimum. Latihan fizikal dan latihan mental tidak dapat dipisahkan. Latihan prinsip ansur maju. Latihan disuaikan ikut perbezaan tahap kecegasan Individu.

Pendidikan Jasmani harus menjadi sebahagian daripada kurikulum.

PENDIDIKAN JASMANI DI AMERIKA SYARIKAT 1607-1783, Pendidikan Jasmani tidak diberi perhatian. 1784-1861 (zaman nasionalisme), pendidikan jasmani mendapat tempat yang penting dalam masyarakat. Latihan fizikal diajarkan program di akademi tentera. 1882, banyak gimnasium dibina dan menjadi tumpuan ramai. 1900 (zaman perang saudara), acara gimnastik diperkenalkan dan dipercayai boleh memupuk kekuatan serta otot-otot besar. Juga dapat meningkatkan kesihatan, sahsiah sosial serta moral. Dr. Levies (1861), membentuk latihan-latihan guru dan sekolah pendidikan jasmani di Boston. Perkembangan sukan mula berkembang. Persatuan tenis (1880), persatuan golf (1894), persatuan olahraga amatur kebangsaan (1879). 1850, Pendidikan jasmani dijadikan kurikulum di sekolah rendah dan menengah. Persatuan taman permainan & rekreasi Amerika (1960) bertujuan

membangunkan taman permainan di bandar dan luar bandar. 1920-1929, golden twenties PJ menyumbang kepada the whole individual bagi membentuk fizikal, mental dan sosial. 1930-1939, depression years. PJ dimansuhkan dalam pendidikan kerana masalah kewangan. Tumpuan lebih kepada dalam bidang rekreasi.

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

1940-1970, PJ kembali penting. Artikel Musculer fitness and Health (1953) mencetus pergerakan latihan fizikal. Presiden Eisenhower (Julai 1955) mengadakan perbincangan tentang masalah kecergasan.

PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA


ZAMAN SEBELUM KEDATANGAN BRITISH Tiada pendidikan formal, pendidikan jasmani tidak jelas kedudukan dalam pendidikan. ZAMAN KERAJAAN BRITISH (1786-1941) Sekolah Vernakular Melayu (kurun ke-19), latihan jasmani diajar di darjah 1-4 sahaja. Selepas itu diajar di Special malay Class. 1856, di ajar 2 buah sekolah di Singapura. Sekolah Vernakular Cina (1815), Pj diajar sebagai mata pelajaran lain. Tidak diajar di Singapura, KL, Ipoh, Muar, P. Pinang (1923-1925). 1930, di ajar sekolah menengah atas, sekolah Chung Ling (P. pinang).

ZAMAN SEBELUM MERDEKA Usul-usul membina sukatan pelajaran bermula pada 1930 berdasarkan sukatan di England. 1946, satu sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani ditubuhkan oleh Maktab Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak. 1952, sekumpulan guru dihantar ke Kibly, England untuk mempelajari kaedah pengajaran PJ. ZAMAN SELEPAS MERDEKA 1950, Sukatan dihasilkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris, tanjong Malim, Perak dan digunakan secara menyeluruh.

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Sentiasa ada pindaan dan penambah baikan sehingga kini.

SEJARAH OLIMPIK
Sukan Olimpik Ianya diadakan pada tahun 776 SM dan seterusnya diadakan empat tahun sekali. Ia diadakan sempena menghormati Dewa Zeus dan acara-acara sukan seperti lumba lari, gusti, tinju, chariot-race, lumba kuda dan pentathlon. Acaraacara pentathlon ialahlompat jauh, lumba lari jarak dekat, membaling cakera, merejam lembing dan gusti. Sukan Olympik ini dihapuskan dalam tahun 394 A.D oleh Emperoe theodosius yang beragama kristian. Ia menganggap sukan ini mempunyai unsur-unsur keagamaan yang bertentangan dengan ajaran kristian. Olimpik moden Ditubuhkan pada tahun 1896 oleh Baron Pierre de Coubertien (1863-1937). Ia berharap sukan ini dapat mendamaikan seluruh rakyat sejagat dan dapat menghidupkan semangat sukan di Perancis. Pada tahun 1894, jawatankuasa Olympik Moden ditubuhkan setelah persidangan di Paris dan Greece merupakan negara pertama menjadi tuan rumah. Acaraacara yang dipertandingkan ialah 12 acara padang dan balapan, 4 acara renang, gusti angkat berat, 6 acara berbasikal, 3 acara fencing, 8 acara gimnastik, 4 acara menmbak dan acara tenis berseorangan dn perpasangan. Pada tahun 1900, beberapa acara baru dimasukkan iaitu mendayung, yathing, polo air, golf, memanah, tarik tali dan acara tenis dan golf bagi kategori wanita.

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

SINOPSIS PERKEMBANGAN SUKAN


Zaman Primitif Sejak zaman ini lagi, manusia telah melakukan aktiviti-aktiviti sukan seperti berlari, melompat, berenang dan melontar batu-batu dan lembing. Aktiviti ini adalah satu survival dan menjadi sebahagian keperluan masyarakat pada masa itu. Zaman Tamadun Setelah masyarakat menjadi lebih tamaddun, keperluan-keperluan kehidupan turut berubah dan mereka memerlukan kemahiran yang lebih refine. Dengan mesyarakat yang sudah bertamaddun ini berkembanglah beberapa era dalam sukan

Sukan Di Zaman greece Di zaman Greece aktiviti sukan berpandukan konsep body beautiful. Sukan ketika ini mempunyai unsur keagamaan dan sebahagian daripada upacara keagamaan adaalh memuja Dewa Zeus. Sukan Olympik mula diakan di Greece pada 776 SM dan terdapat peningkatan dalam proses P&P kebudayaan fizikal.

Sukan Di Zaman Sparta Aktiviti sukan lebih kepada untuk tujuan ketenteraan. Perkembangan ini juga berlaku di Greece dan Rom dan aktiviti sukan yang dijalankan seperti Lumba lari, gusti, tinju Sukan Di Zaman Rom Selepas orang-orang Greece, orang Rom membawa profesianalisma ke bidang sukan secara besar-besaran. Pertandingan gladiator dan chariot-race menjadi kegemaran rakyat Rom

Sukan Di Zaman Pertengahan Selepas kejatuhan empayar Rom, negara2 eropah menjadi lemah dan kucar-kacir. Setelah sistem sosial di eropah luput, tinbul sistem feudal. Masyarakat dibahagi

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

kepada glongan feudal(bangsawan), gereja(clergy), petani(nerf) dan solfdahu. Pihak gereja menentang akan permainan dan sukan. Di zaman ini terdapat banyak institusi-institusi untuk meletak knight.

Sukan Di Zaman Pembaharuan Zaman Pembaharuan merupakan zaman kebangkitan dan kemajuan. Ianya juga adalah zaman perkembangan sukan untuk rakyat jelata. Pada 1896, sukan olimpik Moden diadakan di greece.

Sukan Di England Sukan di England menjadi satu kebudayaan kepada orang-orang England. Keadaan iklim membolehkan mereka mengambil bahagian dalamgerakerja di luar. Penubuhan Public school pada abad ke 18 mempengaruhi perkembangan sukan di England dan lahirlah organisal games.

Gimnastik Di Jerman, Sweden Dan Denmark Friedrich Ludwig Jahn merupakan tokoh gimnastik yang bertanggungjawab ke atas penubuhan turnverien di Jerman. Zaman ini merupakan era turnplatz. Selepas Jahn, Adolf Spiess melanjutkan kegiatannya. Pergerakan turnplatz berkembang ke Sweden, denmark dan negara-negara lain. Konsep gimnastik moden tercetus dari turnplatz. Apabila Adolf Hitler berkuasa(1993) ia memperkenal-kan Hitler youth Movement. Pergerakan belia ini memberi tumpuan kepada latihan ketenteraan. Di Sweden pula, Per Hendrick Ling memperkenalkan sweden Gymnastic. Ia memberi penekanan pada aspek perubatan dan pemulihan.

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Di Denmark seterusnya, tokoh gimnastik terkenal ialah franz Nachhtegall dan Niels Bukh. Niels Bukh memperkenalkan Primitif gymnastic.

Kepentingan Pendidikan Jasmani


Kurikulum dan hubungkaitnya dengan sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani a. Melahirkan insan yang seimbang dari segi keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif b. Sukatan Pendidikan Jasmani dilihat merupakan jalan pintas untuk melahirkan generasi ini. Bagi membina unsur kesepaduan dan korelasi dalam kurikulum, pelajaran Pendidikan Jasmani .c. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani boleh mengaplikasikan kurikulum berpusatkan pelajar. Contohnya bermain merupakan kegemaran semulajadi pelajar dengan itu sukatan Pendidikan Jasmani boleh menyelitkan unsur permainan bagi menarik minat pelajar. d. Dalam sukatan Pendidikan Jasmani nilai murni seperti kerja sama, kepimpinan dan pepaduan dapat di gabungkan dengan mudah. e. Sukatan Pendidikan Jasmani berupaya menghindarkan masalah sosial dan membina cara hidup sihat. f. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dapat mengaplikasikan teori kurikulum pramatism. Pemikiran kreatif, negatif, positif, analitis, logik, kritikal, emotif, nilai, sistematik, intituitif dapat di bina dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Contohnya kenapa pemain bola sepak bertubuh kecil lebih menonjol sebagai pemain tengah. Pelajar akan berfikir secara analitis dan kritis untuk memberi jawapan.

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Kriteria Pembentukan Kurikulum


Dalam membentuk kurikulum terdapat beberapa kriteria reka bentuk yang perlu dikaji, dianalisis dan dipilih oleh pembangunan kurikulum. Reka bentuk ini boleh dikategorikan kepada 3: i. Berpusatkan Subjek ii. Berpusatkan Pelajar iii. Berpusatkan Masalah Reka Bentuk Berpusatkan Subjek Reka bentuk berasaskan subjek adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran. Reka bentuk berasaskan subjek terdiri daripada: i. Reka Bentuk Matapelajaran ii. Reka Bentuk Disiplin iii. Reka Bentuk Bersepadu iv. Reka Bentuk Korelasi (a) Reka Bentuk Matapelajaran Reka bentuk ini terkenal dan kerap digunakan dalam mereka bentuk kurikulum. Reka bentuk matapelajaran merupakan reka bentuk yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang terdapat dalam buku teks. Ilmu di susun menjadi teratur seterusnya berperanan sebagai matapelajaran. Bagi memudahkan pembelajaran, konsep juga di susun daripada yang ringkas ke kompleks. Tumpuan pelajaran dalam reka bentuk ini tertumpu kepada proses mengingat dan memahami. (b) Reka Bentuk Disiplin Setiap matapelajaran mempunyai disiplin ilmu tersendiri, disiplin adalah cara atau proses sesuatu matapelajaran. Reka bentuk disiplin menekan isi kandungan dan proses

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

disiplin sesuatu ilmu. Contohnya dalam mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani selain daripada kemahiran, guru perlu mengajar disiplin sesuatu kemahiran atau permainan. Dengan kata lain pelajar bukan sahaja di ajar kemahiran dalam permainan tetapi disiplin berkaitan dengan kemahiran atau permainan juga ditekankan. Reka bentuk ml dibina berdasarkan proses mengenalpasti struktur ilmu serta disiplin sesuatu subjek dan kaedah atau proses yang terlibat untuk menjana ilmu dalam sesuatu bidang.

(c) Reka Bentuk Bersepadu Reka bentuk ini menyatukan dua atau lebih subjek yang menjadi satu matapelajaran yang bersepadu. Reka bentuk mi akan membekalkan pelajar dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing. Reka bentuk ml menghilangkan sempadan

matapelajaran dan disiplin. Pelajar akan melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu dan lebih bermakna. Contohnya dalam matapelajaran sains yang terdiri daripada biologi, fizik dan kimia disepadu diperingkat sekolah menengah rendah sebagai sains.

(d) Reka Bentuk Korelasi Reka bentuk ini mengaitkan maklumat antara satu subjek dengan subjek bertujuan mengurangkan pemisahan antara subjek. Sebagai contoh seorang guru Pendidikan Jasmani boleh berkerjasama dengan guru sejarah bagi menghasilkan portfolio yang bertajuk perkembangan bola sepak dan zaman penjajah hingga ke sekarang.

Dalam reka bentuk ini pendidik-pendidik bagi subjek yang berkaitan perlu berkerjasama dan memberi komitmen yang tmnggi. Mereka perlu berbincang dan berkerjasama dalam memikirkan dan merancang kursus atau tugasan yang mengaitkan makiumat dan subjek-subjek yang berlainan.

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar Reka bentuk ini menganggap pelajar merupakan elemen yang penting dalam bidang pendidikan. Reka bentuk berpusatkan pelajar berdasarkan kepada falsafah

progressivesme. Reka bentuk berpusatkan pelajar terbahagi kepada 3 kategori iaitu: i. Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar ii. Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman iii. Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik

(a) Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar Dalam reka bentuk berpusatkan pelajar pembinaan kurikulum adalah berdasarkan kepada pendekatan semula jadi pelajar ketika belajar. Reka bentuk mi menganggap pemikiran pelajar akan berkembang jika mereka di ben peluang untuk belajar berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajar. Contohnya oleh kerana sifat kanakkanak sekolah rendah suka bermain, dalam membina kurikulum Pendidikan Jasmani unsur permainan diselitkan. (b) Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman Reka bentuk berpusatkan pengalaman sama seperti reka bentuk berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan terhadap minat dan keperluan pelajar ketika membiria kurikulum. Namun kedua-kedua reka bentuk berbeza kerana berdasarkan reka bentuk berpusatkan pengalaman, minat dan keperluan pelajar tidak boleh di jangka oleh itu kurikulum tidak akan dapat dirancang dengan awal. Kurikulum akan dibina setelah pendidik mengenali pelajar. (c) Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik Reka bentuk mi mementingkan konsep kendiri kepada pelajar, pelajar akan belajar dan membina tugasan atas kesedaran din sendiri. Reka bentuk berpusatkan humanistik menyepadukan unsur kognitif dan afektif. Reka bentuk mi memberi penekanan isi

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

kandungan, kognitif, pengalaman dan perasaan. Dengan kata lain Reka bentuk berpusatkan humanistik menekankan secara seimbang aspek pemikiran, perasaan dan amalan. Reka bentuk ni menekankan kepada pendidikan dan pembangunan insan secara keseluruhan.

Reka Bentuk Berpusatkan Masalah Reka bentuk berpusatkan masalah memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan. Reka bentuk berpusatkan masalah meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu dan kemasyarakatan.

(a) Reka Bentuk Situasi Kehidupan Reka bentuk mi lebih mirip kepada teori konsektual. Reka bentuk situasi - kehidupan berpendapat pembelajaran akan menjadi bermakna jika pembelajaran itu boleh diaplikasikan dalam kehidupan secara terus. Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dalam menyelesaikan masalah juga menjadi dasar dalam reka bentuk mi.

Oleh itu kurikulum perlu di bina dengan memberi penekanan terhadap penyelesaian kepada masalah-masalah dalam kehidupan sebenar. Dengan kata lain kunikulum yang terbentuk dalam reka bentuk mi akan membantu pelajar membuat generalisasi tentang masalah yang berkaitan dengan kehidupan di dunia yang sebenar. (b) Reka Bentuk Semula Masyarakat Reka bentuk mi berorientasmkan masyarakat, neka bentuk mi mengaitkan hubungan kurikulum dengan penkembangan masyarakat dan aspek sosial, politik dan ekonomi. Kurikulum dilihat berupaya menjadm agen penubahan dalam masyarakat. Kurikulum ni menyerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyanakat yang berkualiti.

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Ciri-ciri Pembentukan Kurikulum


Kurikulum PJ yang jitu bercirikan: a. Ianya telah difikirkan sebagai sebahagian yang penting daripada usaha yang penuh sekolah. b. Mencerminkan sifat & keperluan masyarakat demokratik di mana wujud penghormatan terhadap minat & keupayaan semua individu yang hidup. c. Ianya dirancang selaras dengan aliran pengalaman yang tidak putus-putus bermula daripada awal kanak-kanak & merentasi pendidikan selepas sekolah menengah & sepanjang hidup seterusnya. d. Ianya seimbang dan boleh memberi beberapa pengalaman yang akan menyumbang kepada kesudahan yang dikehendaki untuk semua peringkat umur. e. Ianya berpegang teguh atau bersifat tidak berganjak daripada falsafah wawasan, arah aliran atau trend utama kaedah dan bahan PJ umumnya. f. Ianya berasaskan kepada kriteria yang ketat atau rapi untuk memilih kandungan. g. Mengajar dan menggalakkan pertumbuhan profesional terhadap pelajar. h. Ianya mempunyai kaitan dalam beberapa perkara yang signifikan dengan masyarakat

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

KAEDAH JASMANI
KAEDAH

DAN

TEKNIK

PENGAJARAN

PENDIDIKAN

DAN

TEKNIK

PENGAJARAN

PENDIDIKAN

JASMANI

Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu. Kaedah kaedah yang digunakan dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Antara kaedah yang disarankan ialah :

Kaedah Kuliah Kaedah Perbincangan Kaedah Kuliah-Demonstrasi Kaedah Latihan Kaedah Penemuan Kaedah Projek Kaedah Persembahan Lisan Kaedah sebahagian-keseluruhan.

Kesemua kaedah-kaedah diatas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ), tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu kedah kuliah dan keadah kuliah-demonstrasi. KAEDAH KULIAH Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain. Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani : Pengenalan Menerang dan menjelaskan skop pelajaran . Memeberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka Cuba membangkitkan minat Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk pelajar di barisan belakang. Persembahan Kuat tetapi nada mesra Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai.Huraikan istilah yang digunakan Bercakap dengan semua pelajar Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstarsi dan lain-lain Ulang butiran penting Guna lawak jenaka Mengatahui isi kandungan pelajaran dan yakin

Penutup Mengulangi point-point utama Menggalakkan perbincangan Meneguhkan point yang lemah

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

KAEDAH KULIAH DEMONSTRASI Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan. Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstarsi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani : Pendahuluan - Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutu dan berdiri . Mnegenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini.

Demonstrasi Melakukan demonstarsi mengikut kadar pergerakan sebenar

Ikut cara dan prosedur yang piawai Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan

Demonstrasi dan pengajaran Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu. Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya. Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas. Ulang demonstarsi dan butiran yang penting Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan Beri butiran penting

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Penutup Ulang butiran penting Menggalakkan perbincangan Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran

KAEDAH ATAU GAYA PENGAJARAN Terdapat beberapa gaya atau keadah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Gaya-gaya yang dipraktikan mestilah membawa satu objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaaya yang dikemukakan. Gaya atau kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu : 1. Kaedah/Gaya Langsung 2. Kaedah/Gaya Gabungan 3. Kaedah/Gaya Tidak Langsung

GAYA LANGSUNG GAYA GABUNGAN GAYA TIDAK LANGSUNG 1. Gaya Arahan 2. Gaya Tugasan 3. Limitasi 4. Penemuan 5. Terbimbing 6. Penyelesian masalah latihan 7. Bertindak balas 8. Semak kendiri 9. Penerimaan beramai 10. Penerokaan

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

GAYA LANGSUNG Gaya ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Gaya ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar kedalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul.

KELEBIHAN KELEMAHAN 1. Kaedah yang berkesan. 2. Berfokus kepada yang ingin dipelajari 3. Tidak banyak peluang untuk salah faham dan salah interpretasi 4. Persekitaran pembelajaran yang berstruktur 5. Tidak ambil kira perbezaan individu (kesesuai perkembangan), anggap pelajar mencapai tahap pembelajaran dan kemajuan yang sama (kesesuai umur kumpulan) 6. Lebih mementingkan matlamat atau hasil pengalaman pembelajaran daripada proses pembelajaran itu. GAYA TIDAK LANGSUNG Gaya ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasakan Teori Pembelajaran Kognitif yang mengangapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalag sama penting dangan hasil pembelajaran berkenaan.

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

KELEBIHAN KELEMAHAN 1. Membolehkan pelajar menetapkan matlamat dengan cara mencapainya 2. Memberi kebebasan kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk bertanggungjawab 3. Mengambil kira perbezaan dikalangan pelajar 4. Memberi peluang kepada pelajar merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri. 5. Memakan masa yang panjang. Lebih masa untuk cuba-jaya, bersoal-jawab. 6. Memerlukan guru-guru untuk berlatih dan bersabar. Guru yang tidak biasa dengan gaya inisentiasa menghadapi masalah untuk menggunakannya secara berkesan. 7. Sukar untuk mengawal kelas 8. Sukar untuk memastikan kesinambungan dalam pelajaran

GAYA ARAHAN Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari,BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti>Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue( 1995).Langkahlangkah yang terlibat adalah seperti berikut : GURU PELAJAR 1. Mengawal penuh pengajaran 2. Memilih aktiviti 3. Menentukan bagaimana dan bila 4. Mengawal tingkah laku 5. Menilai keputusan 6. Menjimatkan masa untuk membuat percubaa

Individu mendapat kurang perhatian.

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Ciri ciri gaya arahan 1. Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahran yang akan dipelajari oleh pelajar . 2. Pelajar berlatih. 3. Guru memberi komen am tentang prestasi kelas. Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut. 4. Pelajar berlatih.Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yangmemerlukan bantuan secara individu atau atau berkumpulan. 5. Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai perlakuan PENEMUAN TERBIMBING Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi ( Bilbrough & Jones, 1968 ) .Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru.Sebagai contoh Cari dua cara untuk mengimbangkan badan dengan tiga titik

Kelebihan kelebihan 1. membenarkan penglihatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran. 2. Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri. 3. Memupuk Penyelesaian Masalah 4. Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang, 5. memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik. 6. Di dalam kelas pendidikan jasmani,selepas guru memberi beberapa pembangunan arah kendiri

soalan,pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah-angkah berikut : Menganalisi dana memahami masalah Menyenaraikan syarat-syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Guna pelbagai startegi untuk mendapatkan maklumat maklumat Membentukkan jawapan yang mungkin Pilih dan uji penyelesaian alternatif Pilih penyelesaian paling sesuai. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

Kelebihan-kelebihan Kaedah ini mengalakkan interaksi antara pelajar-pelajar. Ia memupukkkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi Ia menggalakan ingatan tentang apa yang dipelajari. Kelemahan kelemahan Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusat guru. Kaedah ini kadangkala suar untuk melibatkan setaip pelajar dengan berkesan.Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya. Kejayaan gaya penyelesaian masalah bergantung kepada :

Kesediaan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pengalaman pembelajaran. Keupayaan guru untuk memberi masalah dan membimbing prose penyelesaian itu. Mengikut Thomas,Lee & Thomas (1988) ,gaya pengajaran yang dipilih bergantung kepada tugas mengajar,objektif pengajaran dan sifat pelajar. Saiz Kelas Gaya pengajaran

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Seluruh kelas Langsung Penyelesaian masalah Kumpulan kecil Stesen Individu Lembaran kerja /tugas

RANCANGAN TAHUNAN,PENGGAL DAN MINGGUAN


Dalam melaksanakan program pendidikan jasmanai di sekolah,satu perancangan yang yang rapi perlu diadakan.Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang baik.Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik disamping memmastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius. Graham (1992) menyenaraikan faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti berikut : Jumlah masa pengajaran yang terhad Walaupun sejak bukan Disember 1993,Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan jasmani dan kesihatan untuk Tahap satu menjadi Tiga Waktu manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll,masa yang

diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi.Memandangkan masa yang terhad itu,kita perlu mengkaji semula atau membuat perancangan tentang bilangan objektif yang boleh kita capai dalam satu-satu tahun itu. Persekitaran pengajaran Selain daripada objektif,faktor-faktor klain yang mempengaruhi

perancangan ialah saiz kelas,peralatan dan kemudahan.Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani.Jika saiz kelas itu besar,maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul.Justeru itu, perancangan

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut.Misalnya ,suatu kumpulan kecil boleh dibentuk,Misalnya suatu kumpulan kecil boleh dibentuk untuk tujuan diatas. Latar Belakang Guru Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Dengan latihan yang diberikan oleh maktab-maktab

perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang mampu untuk mengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. Dalam persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting. Latar Belakang Pelajar Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak

seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar kurang minat terhadap pendidikan jasmani.

Rancangan Kerja Tahunan


Rancangan kerja tahunan perlu diadakan untuk memebri satu gambaran keseluruhan terhadap kurikulum yang telah disediakan. Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan tugas, bahkan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud di sekolah . Dengan perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan alternatif. Rancangan tahunan juag menolong memastikan pendidikan jasmani diajar sebagai satu proses yang berterusan. Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yang sama boleh disusun supaya megikut prinsip ansur maju.

FORMAT

PERSEDIAAN

MENGAJAR

PENDIDIKAN

JASMANI

Tarikh : ..

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Waktu : .. Kelas : .. Bil Murid : Umur : . Matapelajaran : . Kemahiran : .. BSPP : .. Pengalaman sedia ada : .. Objektif : Di akhir pelajaran ini, murid-murid dapat .. Penerapan nilai :

BAHAGIAN (WAKTU) GERAK KERJA BUTIRAN MENGAJAR PENGELOLAAN KELAS BSPP CATATAN Memanaskan badan (3 minit) Pilih 2 atau 3 aktiviti ringkas Perkara-perkara penting yang disebut oleh guru, jelas, tepat dan padat Pentingkan gambarrajah. Bagaimana melaksanakan aktiviti ? Nyatakan jenis dan bilangan Buat catatan untuk mengigati guru segala perkera seperti langkah

keselamatan/ kaedah/nilai Gerak kerja kumpulan (8 minit)

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Senaraikan aktiviti ikut turuta unsur maju Pemainan keci (7 minit) Namakan permainan Penutup (2 minit) Aktiviti pulihan/ perbincangan

You might also like