RANCANGAN TAHUNAN BAHASA MELAYU SK TAHUN LIMA 2004
OBJEKTIF MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN LIMA
Pada akhir tahun lima murid dapat :i. mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta menghayatinya dalam konteks perbualan harian dansituasi formal,ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang secara bertatasusila dalam pelbagai situasiiii. berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara untuk menyelesaikan masalah, mencapaipersetujuan, dan membuat keputusan,iv. membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur ilmu,v. mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan harian,vi. menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan proses penulisanyang sesuai,vii. menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai yang cantik dan kemas,viii. menghasilkan karangan menggunakan tidak kurang daripada 100 patah perkataan,ix. menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, dan sebutan yang betul, danx. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan kewarganegaraan.
1