6.
Hak istimewa
Raja-raja Melayu ini mempunyai hak-hak istimewa dan hak ini tidak boleh digunakan olehrakyat. Contohnya, warna kuning merupakan warna diraja dan hanya boleh digunakan olehraja dan keluarga raja. Warna kuning digunakan untuk perhiasan, membuat sapu tangan, tepitabir dan tilam. Rakyat adalah dilarang menggunakan kain berwarna kuning kecuali untuk baju dan destar. Selain itu, paying putih adalah khas untuk sultan yang memerintah dan paying kuning adalah khas bagi anak raja. Penggunaan bahasa dalaman seperti santap,gering dan beta juga dilarang sekali terhadap rakyat jelata. Hanya golongan diraja sahaja berhak menggunakannya.
7.
Lambang kebesaran
Sejak dahulukala, sultan adalah lambang kebesaran tetapi baginda merasakan kedudukansultan sebagai pucuk kerajaan bergantung kepada alat-alat kebesaran yang dimilikinya. Alat-alat kebesaran ini ialah cop mohor, keris, payung, kendi, lembing, tombak dan sebagainya.Alat kebesaran ini yang akan membezakan hak istimewa sultan daripada pembesarnya.Contohnya, cop mohor yang melambangkan kuasa sultan yang memerintah digunakandalam surat-menyurat rasmi untuk menunjukkan pengesahan kuasa dan arahan daripadakerajaan. Nama raja yang memerintah terukir dalam cop mohor ini. Dengan cop mohor ini, baginda dapat melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran.
Struktur sultan dan raja
1.
Perak
Di negeri Perak, raja yang memerintah dipanggil sultan. Pengganti yang akan menaiki takhtaadalah secara bergilir-gilir di antara 3 ketua keluarga iaitu apabila sultan mangkat, RajaMuda menjadi Sultan, Raja Bendahara pula menjadi Raja Muda, Raja Dihilir menjadi RajaBendahara dan putera sulung sultan menjadi Raja Dihilir.
2.
Negeri Sembilan
Di Negeri Sembilan, raja yang memerintah dipanggil Yang Dipertuan Besar. Sistem politik yang diamalkan dipengaruhi oleh adat perpatih. Baginda dilantik oleh 4 orang Undang atauPenghulu yang menjadi ketua Luak, iaitu Undang Sungai Ujong, Rembau, Johol dan Jelebu.
3.
Negeri-negeri Melayu yang lain
Sistem pemerintahan yang diamalkan dipengaruhi oleh adat temegung. Raja yangmemerintah digelar sultan kecuali negeri Perlis dimana dikenali sebagai Raja. Apabila sultanyang memerintah mangkat, baginda akan diganti oleh putera baginda yang sulung yangmasih hidup.
Peranan sultan dan raja
1.
Sebelum kehadiran British, Sultan bertanggungjawab sebagai :
a.
Ketua kerajaan dan bertanggungjawab terhadap aspek pentadbiran. b.
Wajib mengekalkan keamanan dan kesejahteraan wilayah.c.
Merupakan seorang ketua tentera danpenjaga undang-undang dalam negeri.d.
Mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang banyak.e.
Melantik sesiapa sahaja untuk menyandang jawatan Bendahara, Menteri atau Orang-orang Besar.f.
Menjatuhkan hukuman bunuh terhadap orang-orang yang didapati menderhaka.g.
Melantik penggantinya sendiri iaitu di kalangan putera-putera.
2.
Selepas kehadiran British, kuasa seseorang sultan dikurangkan. Peranan baginda diambil alih oleh Residen.
a.
Di bawah sistem Residen, Residen merupakan kuasa tertinggi dalam pemerintahan.Sultan kehilangan kuasa pentadbirannya. Majlis Sultan diganti dengan Majlis Negeritetapi semua keputusan dalam majlis itu dibuat oleh Residen.
All The Best™
Add a Comment
deleted_fbuser_1308362954left a comment
deleted_fbuser_1308362954left a comment
kicstart13395left a comment
colin94left a comment