Menggesa umat Islam supaya jangan mencampurkan ajaran Islam dengan adatresam, kepercayaan dan amalan kolot.
Menyeru umat Islam bersatu memelihara negara daripada dijajah oleh musuh.
Menyeru umat Islam mengkaji sejarah Islam dan sejarah negara untuk mendapat pengajaran.
Mengharapkan umat Islam mengkaji sejarah perkembangan Islam dan sejarahnegara yang maju supaya mendapat kesedaran untuk mencapai kemajuan.Walaupun al-Imam telah membangkitkan kesedaran masyarakat Melayu tentang pentingnya kemajuan sosial dan ekonomi tetapi ia tidak dapat mencapai kemajuan yangcemerlang. Hal ini adalah disebabkan kegiatan mereka mendapat tentangan hebatdaripada majalah keluaran kaum tua seperti Pengasoh (1918-1937). Hasilnya, al-Imamtelah menamatkan penerbitannya pada bulan Disember 1908 selepas diterbitkansebanyak 31 keluaran. Perjuangan al-Imam diteruskan oleh Neracha (1910), TunasMelayu (1913), al-Islam (1914), al-Ikhwan (1926) dan Saudara (1928). b.
SaudaraAkhbar Saudara diterbitkan pada bulan Julai 1928 oleh Syed Syeikh al-Hadi. Akhbar inimeneruskan perjuangan kaum muda untuk memajukan masyarakat Islam melalui pembaharuan. Akhbar ini disokong oleh akhbar al-Ikhwan, Idaran Zaman dan SemangatIslam. Akhbar ini ditentang pula oleh Lidah Benar dan Suara Benar yang diterbitkanoleh kaum tua. Pada tahun 1930-an, akhbar Saudara membangkitkan kesedaran politik.Saudara menyeru umat Islam mempertahankan kebebasan negara. Orang Melayu digesa berusaha dan menjaga negara daripada dikuasai oleh orang asing. Saudara memulakanruangan Sahabat Pena pada 29 September 1934. Ruangan ini kemudian ditukarkankepada ruangan Persaudaraan Sahabat Pena. Tujuan ruangan ini ialah untuk menimbulkan minat membaca dan mengeratkan persaudaraan di kalangan masyarakatMelayu. Ruangan ini mendapat sambutan yang memuaskan hingga kegiatannya disiasatoleh polis cawangan khas.c.
Idaran ZamanIdaran Zaman merupakan suratkhabar kaum muda yang pertama. Ia diterbitkan di PulauPinang pada tahun 1925 dan berlanjutan sehingga tahun 1930. Idaran Zaman diasaskandan dikarangkan oleh Mohammad Yunus bin Abdul Hamid, kawan karib Syed Syeikhal-Hadi. Idaran Zaman ialah suratkhabar mingguan yang menitikberatkan pembaharuan- pembaharuan agama Islam. Sebarannya agak luas di seluruh Tanah Melayu terutamanyadi negeri-negeri Melayu di Utara dan Barat.d.
Al-IkhwanAl-Ikhwan pula diterbitkan dan dikarang oleh Syed Syeikh al-Hadi sendiri. Iaditerbitkan dari tahun 1926 hingga tahun 1931. Al-Ikhwan benar-benar menyarankan pembaharuan agama Islam. Ia telah meneruskan perjuangan al-Imam. Al-Ikhwanmempunyai banyak persamaan dengan al-Imam bukan sahaja dalam cara penulisan danisi kandungannya malah hingga menyiarkan beberapa rencana yang pernah tersiar dalam al-Imam, seperti taksiran al-Quran dan sejarah Islam.e.
Utusan MelayuUtusan Melayu diterbitkan pada tahun 1939. Pengarangnya yang pertama ialah RahimKajai. Pengarangnya yang terkenal ialah Ishak Haji Muhammad atau dkenali sebagaiPak Sako. Beliau banyak menulis mengenai orang Melayu di Pahang, Terengganu danKelantan. Beliau menyeru orang Melayu supaya bersatu-padu dan menguatkansemangat kebangsaan. Akhbar ini menjadi lambing perpaduan dan kegigihan orangMelayu. Bangsa Melayu diminta berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Pendidikan
All The Best
Leave a Comment
nazrin_gucci@yahoo.com
www.barbaros.biz OTTOMAN HISTORY DOWNLOAD 20.000 OTTOMAN PICTURES