• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 6
    CommentGo Back
 
Tema 1: Manusia dan MasyarakatTajuk 1.2: Kemunculan TamadunKawasan Kajian:
Mesopotamia, Mesir, Hwang Ho, Mohenjo Daro danHarapa, Arab, Yunani,Rom,Melayu dan Barat.
Tempat-tempat lahirnya tamadun awal ialah :
Lembah Tigris - Euphrates : Tamadun Mesopotamia atau Sumeria (3500 SM-2000SM), Lembah Nil : Tamadun Mesir (310SM - 1075SM), Lembah Indus : Tamadun Indus( 2500SM -1500SM), Lembah Huang Ho : Tamadun Shang (1800SM), Di AmerikaSelatan : Tamadun Inca, Maya, Aztec, Di Yunani: Tamadun Crete, Di Tanah Arab : Tamadun Arab, Di Rom : Tamadun Rom, Di Tanah Melayu : Tamadun Melayu, Di Barat( Eropah) : Tamadun Barat
1.
 
PetempatanTamadun Mesopotamia
 Tamadun Mesopotamia yang wujud antara tahun 3500 Sm hingga 2000 Sm ituterletak di antara Sungai Tigris dan Euphrates di negara Iraq. Nama Mesopotamiadiberi oleh orang Greek purba, telah diasaskan oleh orang Sumeria, diteruskan olehorang Babylonia dan diikuti oleh orang Assyria. Orang Sumeria dipercayai berasaldari dataran tinggi Asia Tengah. Lembah Sungai Tigris dan Euphrates membolehkanpenduduknya mengusahakan pertanian secara besar-besaran.
Tamadun Mesir
 Tamadun Mesir (3100SM - 1075SM) terletak di Lembah Sungai Nil, Negeri Mesir.Orang Mesir menganggap Mesir adalah ‘hadiah daripada Sungai Nil’. Ini adalahkerana lebih 90% daripada negara Mesir merupakan kawasan gurun yang tidaksubur. Sungai yang mengalir sejauh 750 batu dari hulu ke muara membawa tanahhitam yang subur apabila airnya membanjiri kawasan tebing sungai. Tanah yangsubur ini memboleh penanaman 2 atau 3 kali pada satu musim. Dengan tanahsubur yang terhad itu orang Mesir mengusahan tanaman dan membuat sistempengairan. Di sebelah utara negeri ini terbentang Laut Mediterranean.
Tamadun Indus
 Tamadun yang wujud antara tahun 2500 SM hingga 1500SM ini terletak di LembahSungai Indus, negara India.. Seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir, tamadun ini juga membawa penduduknya terlibat dalam bidang pertanian. Kegiatan pertaniantelah dikesan di dataran lanar Sungai Indus sejak tahun 3000SM lagi.
Tamadun China
 Tamadun ini wujud pada tahun 1500 SM yang dimulai oleh Tamadun Shang (1500SM- 1100SM). Ia bermula di kawasan munculnya kegiatan pertanian iaitu di lembahSungai Kuning atau Sungai Hwang Ho di utara negara China. Dari China Utara iniAll The Best
 
pertanian berkembang, diikuti tamadun dan perluasan politik yang kemudian aspek-aspek ini berkembang ke selatan Tamadun China ini seterusnya tersebar luas ke Jepun, Korea dan ke Asia Tenggara.
Tamadun Yunani
 Tamadun Crete ( 2000SM - 1400SM) mengambil sempena nama Pulau Crete yangmerupakan salah sebuah pulau Greek merupakan tamadun terawal di Eropah. Tamadun ini tidak seperti tamadun-tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan Chinayang kesemuanya wujud di kawasn lembah sungai yang subur. Tanah di kawasanPulau Crete ini tidak subur untuk pertanian. Penduduknya bergantung kepadaperdagangan. Hubungan lebih kepada laut. Dengan itu aktiviti mereka condongkepada pengembaraan, menjelajah, menerokai tanah-tanah baru di sampingberniaga. Sebab itulah mereka membuat hubungan dengan tempat lain sepertidengan tamadun Nil, Parsi dan Sumeria.
Tamadun Rom
Rom terletak di atas sebuah bukit kecil di tepi Sungai Tiber, Itali. Di selatannyaterbentang Laut Mediterranean.Tamadun ini dikembangkan oleh pendatang-pendatang seperti orang-orang Aryan/Latin ( pantai barat Itali), orang-orangEtruscan (sebelah utara dari kawasan kediaman orang Aryan) dan orang-orang Yunani ( di selatan Itali dan Pulau Sicily).
Tamadun Arab
Ia berkambang di negara Arab yang terletak di kawasan Timur Tengah. Konseptamadun Arab ini berbeza antara sarjana Islam dan ahli sejarah Barat. Bagi sarjanaIslam, negara Arab pasa Zaman Jahiliah hidup dalam kebodohan dan tidak teraturdalam semua bidang kerana ketiadaan Rasul dan kitab agama sebagai petunjuk danpanduan hidup. P.K.Hitti yang mewakili ahli sarjana Barat berpendapat, masyarakatArab Zaman Jahiliah hanya jahil dari aspek agama dan moral sahaja tetapibertamadun dalam aspek politik, ekonomi dan ilmu pengetahuan ( tamadun Sabakdi Selatan Semenanjung Arab dan Mekah di kawasan Tengah Semenanjung Arab)
Tamadun Melayu
 Tamadun ini berkembang di Kepulauan Melayu, di Asia Tenggara. Tamadun inikemudiannya diresapi unsur-unsur Hindu, China dan agama Islam.
Tamadun Barat
 Tamadun ini terletak di Eropah. Ia bermula menjelang tahun 1500 M dan dikenalisebagai Zaman Moden Awal Eropah selepas berakhirnya Zaman Gelap Eropah( Zaman Gelap bermula selepas kejatuhan Rom) Benua Eropah mula menempunperubahan dan kemajuan dalam pelbagai ilmu pengetahuan. Bermula zaman inilahkuasa-kuasa Eropah menjelajah, meneroka dan berinteraksi dengan kuasa-kuasalain di luar Eropah.All The Best
 
Tamadun-tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan China lahir di lembahsungai. Kenapa?
1.Di lembah-lembah sungai terdapat tanah-tanah yang subur dan amatsesuai untuk aktiviti pertanian dan penternakan. Kesuburan tanahmembolehkan tanaman makanan diusahakan dengan banyak danboleh menampung penduduk yang ramai.2.Sesuai untuk dijadikan kawasan petempatan kerana tidak berbukitbukau.3.Muka bumi yang landai dan datar serta rendah memudahkan manusiamembuat kediaman yang selesa.4.Mudah dapat sumber makanan di sungai seperti ikan.5.Kemudahan belayar, pengangkutan dan perhubungan.6.Tanah liat yang ada di situ membolehkan manusia membuat alat-alatkeperluan harian seperti belanga, pasu tempayan, bahan binaanmembuat tempat kediaman. 
2. Perbandaran
Perbandaran wujud selepas kewujudan kawasan tempat tinggal. Dari hidupberkampung dengan bercucuk tanam misalnya akan berkembang menjadi bandardan seterusnya kota. Inilah yang berlaku pada tamadun
Mesopotamia.
Selepas2500 tahun orang Sumeria hidup berkampung dengan bercucuk tanam, kampung-kampung mereka telah berkembang menjadi bandar dan seterusnya menjadi kota.Di peringkat inilah orang Sumeria dikatakan memperoleh ciri-ciribertamadun..Dikatakan bahawa masyarakat Sumerialah yang telah membinabandar-bandar yang terawal di dunia. Bandar-bandar di Sumer disebut kota dannegara kota kerana setiap bandar merupakan sebuah unit politik yang bebasdengan raja dan dewanya sendiri. Kota-kota itu sentiasa bermusuh-musuhan antarasatu sama lain. Contoh bandar dalam tamadun ini ialah , bandar Ur dan Lagash( negara kota yang terpenting), Uruk (Erish) dan Kish. Bandar-bandar Ur, Assur danNippur kategorikan sebagai bandar-bandar metropolis yang dibina secaraterancang. Kota Sumeria terletak di tebing sebuah terusan atau sungai berhadapandengan hutan yang mengandungi rumpun-rumpun pohon kurma, delima, fig dananggur.Di sebalik hutan ini terdapat tanaman gandum dan barli dan seterusnyaterdapat padang-padang rumput untuk binatang ternakan mereka. Setiap kotamempunyai peraturan dan undang-undang perairan yang rumit. Setiap kotamempunyai rumah-rumah yang dibina daripada batu bata dan juga sebuah
ziggurat
( piramid dengan sebuah kuil). Kuil/zuggurat dibina untuk memuja dewa-dewa. Penduduk bandar membina benteng pertahanan atau kubu untuk melindungimereka daripada serangan musuh.All The Best
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

x de repOn la mcm ni...sush2...

bagi free ler...syer ni budak baru blajar...tolong lah weiii!!!!!!!!

ape ni...ape ni.....kedekut nyer org....nota pown kedekut ker???!!!!!

XKAN YANG NI XLEH DOWNLOAD???PLESE GIVE ME THIS DOCUMENT...

yang ni x leh dwnload ke..?? nape yg len leh..?? yang ni plak x leh..

au..xpat dwLd..xbez la

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...