Tema 8: Kesenian8.1 Konsep
Berikan pengertian kesenian dari pelbagai sudut.
Kesenian dalam tamadun awal dunia ini lebih merujuk kepada segala keindahan dankehalusan. Keindahan dan kehalusan ini dapat kita lihat melalui aspek-aspekkesusasteraan, muzik, seni bina, seni ukir, kaligrafi, seni lukis dan teater. Setiaptamadun memperlihatkan keunikan kesenian masing-masing ada setengah-setengah daripadanya masih dapat dilihat hingga ke hari ini.
8.2 Pencapaian dan sumbangan
1.Senaraikan bidang-bidang kesenian yang wujud dalam tamadun awal denganmeujuk kepada contoh-contoh benar yang terdapat dalam tamadun awal.2.Susur galurkan asal usul dan sejarah perkembangan bidang-bidang keseniansecara kronologi seperti kesusasteraan, muzik, seni bina, seni ukir, kaligrafi,seni lukis dan teater.
Tamadun Mesopotamia
Kesusasteraan
Sebahagian besar dari kesusasteraan Sumeria zaman dahulu kala masih wujudhingga ke hari ini. Antara yang terkenal ialah Legenda Etana dan Legenda Adapa. Disamping itu terdapat Epik Gilgamesh. Epik yang merupakan puisi yang panjang inimenyentuh tentang agama, keperwiraan, falsafah dan ccorak hidup orang Sumeria.Dikatakan bahawa epik yang pertama di dunia dihasilkan pada zaman Sumeria. Iatelah mengasaskan penghasilan epik.
Seni Ukir dan pahat
Mutu kesenian ini menampakkan mutu yang lebih baik pada zaman-zaman sebelumzaman Sargon. Walau bagaimanapun seni ini tidak dapat menandingi seni yangterdapat di Mesir.Kemahiran seni ukir tidak begitu nyata dalam tamadunMesopotamia. Antara sebabnya ialah tidak terdapat bahan binaan iaitu batu. Walaubagaimanapun, pengukir-pengukir Sumeria mempunyai kemahiran seni ukir yangtinggi. Mereka membuat ukiran-ukiran yang cantik dan halus seperti kerbau, rusa jantan dan helang dari tembaga. Seni Ukir yang terkenal sekali di sini ialah ukiranPatung Raja Gudea. Ukiran juga dapat dilihat melalui tembikar dan cop mohor yangdibuat daripada tanah liat.
Kaligrafi
All The Best
Leave a Comment