Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
H1N1 terhadap kanak-kanak

H1N1 terhadap kanak-kanak

Ratings: (0)|Views: 27 |Likes:
Published by Nor Haiza
H1N1 terhadap kanak-kanak
H1N1 terhadap kanak-kanak

More info:

Published by: Nor Haiza on Aug 04, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/04/2012

pdf

text

original

 
1
BAB 1PENGENALAN
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan berlakunya sejenis wabak influenza, juga dikenal sebagai Infleuenza A (H1N1) di beberapa buah negara. Pada15 Mei 2009, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan kes pertama Infleuenza A(H1N1) di negara ini. Terdapat 3 jenis virus influenza iaitu A, B dan C. Ketiga-tigaini boleh menjangkiti manusia. Virus Infleuenza A adalah paling berbahaya keranaboleh menjangkiti haiwan dan manusia. Virus Infleuenza A boleh menjalani mutasiiaitu perubahan genetik dan menghasilkan virus influenza jenis baru yang lebihberbahaya. Ini akan mencetuskan kejadian epidemik dan pandemik influenza. (http://www.cybermedik.com)
 
Virus Infleuenza A tersebar melalui titisan cecair dari mulut dan hidung ketikabercakap, bersin atau batuk. Virus ini seterusnya masuk ke dalam badan melaluisaluruan pernafasan. Penyakit ini mempunyai tanda dan gejala awal seperti demam,iaitu demam panas secara mendadak melebihi 38°C, sakit-sakit otot atau sakit sendi,sakit tekak, batuk dan sakit kepala. Ini akan diikuti dengan kesukaran bernafas, yangmana boleh melarat menjadi radang paru-paru yang lebih teruk dan boleh membawamaut. Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada dayaketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada.Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudahmenular ini akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggiatau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akanberlaku termasuk kematian. (http://h1n1.moh.gov.my)Aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melaluilangkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perludiambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakanawal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-samamengambil bahagian dalam menangani pandemik ini. Aktiviti-aktiviti yang sedia adaakan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan danpencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapatdikurangkan ke tahap yang minima. (http://ms.wikipedia.org)
 
2
BAB 2INFLUENZA A HINI2.1 Apakah Influenza A H1N1?
Influenza A H1N1 adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yangdisebabkan oleh sejenis virus baru iaitu virus Influenza A H1N1. Virus ini terhasil darimutasi gene virus Influenza babi, burung dan manusia. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku danpenyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.Disahkan bahawa virus Influenza A H1N1 ini adalah berjangkit dan merebak dariseorang ke seorang manusia lain. (http://pmr.penerangan.gov.my
)
 Gambar di atas menunjukkan gabungan virus selesema burung,babi dan manusia olehwww.AFP.com pada 29/04/09.Gejala jangkitan virus Influenza A H1N1 adalah serupa dengan gejalaselesema bermusim seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala,sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit yang dilaporkan. Mereka yangdijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalamsimptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Ancaman virus ini amat besarterhadap wanita mengandung, pesakit yang mengidap penyakit kronik.(http://h1n1.moh.gov.my) 
 
3
2.2 Punca Sebenar Influenza A (H1N1)
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) mendapati virus baruinfluenza A (H1N1) yang menyebabkan wabak selesema babi telah tersebar tanpadikesan, sebahagian besarnya berpunca daripada babi. Ketua Bahagian Influenza dipusat tersebut, Dr. Nancy Cox mengatakan berdasarkan satu kajian yang dijalankanpihaknya, babi adalah punca jelas yang membawa kepada pandemik tersebut.Keputusan kajian itu menunjukkan keperluan global untuk menjalankan pengawasanyang lebih bersistematik berkenaan virus tersebut pada babi. (http://www.cdc.gov) Selain itu menurut artikel yang dikeluarkan oleh website tersebut, Laporanoleh Cox bersama sekumpulan penyelidik antarabangsa dalam jurnal sains itumenyebut virus berkenaan mungkin telah tersebar tanpa dikesan di kalangan kawananbabi di suatu kawasan di dunia ini. Kumpulan penyelidik itu turut mengesahkancampuran gen manusia, babi dan burung dalam virus terbabit yang telah menjangkitilebih 11,000 orang di 42 buah negara, serta membunuh 86 orang.(http://www.cdc.gov)Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini hampir mengumumkanstatus pandemik penuh terhadap virus tersebut. Penyelidik berkata, campuran gen itusama seperti campuran pelik lain yang menjangkiti babi, namun ia memang tidak pernah dilihat sebelum ini. Mereka turut menyusun secara jujukan kod genetik 70sampel berasingan virus terbabit yang diperoleh dari AS dan Mexico.(http://papisma.org)Virus baru itu merupakan satu campuran yang terhasil daripada campuran-campuran lain termasuklah sejenis virus yang ditemui pada 1998 yang mengandungielemen manusia, burung dan babi. Ia turut mengandungi sedikit selesema Eurasiantermasuk satu segmen yang mempunyai kaitan dengan sampel yang diperolehdaripada seorang pesakit di Hong Kong yang dijangkiti selesema babi pada 1999.Bagaimanapun, penyelidik berkata, kemunculan campuran baru virus itu masihmenjadi satu misteri.(http://papisma.org) 

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->