Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
7Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pengurusan Prasekolah Pendidikan Khas

Pengurusan Prasekolah Pendidikan Khas

Ratings: (0)|Views: 179|Likes:
Published by Nor Haiza
Pengurusan Prasekolah Pendidikan Khas
Pengurusan Prasekolah Pendidikan Khas

More info:

Published by: Nor Haiza on Aug 04, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/15/2013

pdf

text

original

 
1
1.0
 
Pengenalan
Tugasan ini bertajuk Pengurusan Prasekolah Pendidikan Khas dimana menghendaki kamimenghuraikan bagaimana pengurusan kanak-kanak yang berkeperluan khas ini diuruskan dalamprogram prasekolah serta bagaimana program-program ini dirancangkan untuk membantumereka menjadi sebagai manusia yang berdikari. Perkembangan pesat negara menuju Wawasan2020 yang berlandaskan masyarakat penyayang mencabar para pendidik supaya menangani isupendidikan bagi kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas.Melihat dari perspektif perbezaan individu ini, setiap kanak-kanak itu unik danmemerlukan bimbingan untuk perkembangan diri. Ada kanak-kanak terutama yang tergolongdalam mereka yang berkeperluan khas memerlukan bimbingan khas sama ada masa jangkapanjang atau masa jangka pendek misalnya dalam persekolahan. Jadi bermula dari awalan,Program Prasekolah Pendidikan Khas merupakan pendidikan yang dapat memberi pendedahanawal kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini merasai dunia pendidikan sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Oleh itu bagaimana sesebuah pengurusan Prasekolah Pendidikan Khasdijalankan akan dihuraikan dalam tugasan ini.
2.0 Definisi Pendidikan Khas
Menurut Hallahan dan Kauffman (2006) : Pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.Gargiulo (2003) : Pendidikan khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan,peralatan dan kaedah pengajaran khusus.Friend (2005) : Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhikeperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain.Mansor (2005) : Program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusanuntuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran.
 
2
Heward (2003) : Pendidikan khas dijelaskan daripada beberapa sudut, iaitu:i.
 
Siapa? Ia adalah guru yang dilatih khusus untuk mengajar kanak-kanak yang memerlukanpendidikan khas. Guru-guru ini telah menerima latihan khusus tentang psikologi, kaedahmengajar, kaedah penilaian dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Bersama dengan guru pendidikan khas, pakar-pakar lain juga terlibatdalam pendidikan khas yang terdiri daripada ahli psikologi sekolah, terapis bahasa,kaunselor, terapis fizikal dan lain-lain. Pakar-pakar ini bekerja dengan guru pendidikankhas serta keluarga pelajar terbabit dengan tujuan membantu.ii.
 
Apa? Secara umum, kurikulum pendidikan khas tidak jauh berbeza daripada kurikulumyang diikuti oleh pelajar biasa. Contohnya, pelajar bermasalah penglihatan ataubermasalah pendengaran menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Bagaimanapun, bagi pelajar yang mengalami masalah pembelajaran tertentu memerlukan kurikulumyang telah diubahsuai. Contohnya, sesetengah pelajar kurang upaya perlu diajar memakaibaju, makan, membersihkan diri sendiri, membaca dan menulis dalam braille,menggunakan bahasa isyarat, bercampur gaul dengan orang lain dan sebagainya. Olehitu, kurikulum perlu diubahsuai untuk mengambil kira pengajaran pengetahuan dankemahiran tertentu.iii.
 
Di mana? Pelajar yang mengikuti pendidikan khas mungkin ditempatkan dalam kelasbersama dengan pelajar biasa atau ditempatkan dalam kelas berasingan atau sekolahberasingan. Bagaimana pun, isu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas masihdipertikaikanSecara umum kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa.Mereka memiliki satu atau gabungan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan sama adadaripada segi fizikal, deria, mental, emosi, sosial, kesihatan atau tingkah laku jika dibandingkandengan kanak-kanak biasa. Justeru itu, kanak-kanak ini dikatakan bermasalah. Merekamemerlukan satu bentuk pendidikan yang sesuai untuk dapat belajar dengan kecacatan ataukekurangan atau kelemahan yang dimiliki. Dengan kata lain, pendidikan khas adalah satuperkhidmatan pendidikan yang dibentuk khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini.
 
3
3.0 Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia
 Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan
 
sukarelawanyang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang
 
upaya penglihatan danpendengaran. Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnyaSekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta.Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak.
Program pemulihan ke atas pelajar “lembam” (lemah
dalam menguasai kemahiranmembaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakalaprogram untuk kanak-
kanak „Bermasalah
 
Pembelajaran‟ baru bermula pada tahun 1988 apabila
buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah KebangsaanJalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysiabertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.
4.0 Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas
Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap individumendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia bertemakan
„Pendidikan Untuk Semua‟ di Jomtien, Thailand
yang menekankan keperluan-keperluanpembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perludiambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orangkurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.Pada tahun 1959, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu merekaberhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami sertapeluang menjadi seberapa normal yang mungkin . Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysiadinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa;
“sekolah khas
bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid
yang kurang upaya”.
 

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
azrinne liked this
azrinne liked this
ahmadnazribinabu liked this
Amar Cool liked this
damiaeryna liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->