You are on page 1of 18

Tema 4: Ekonomi

Konsep dan Sistem Ekonomi Ekonomi merangkumi aspek berkaitan memperoleh sumber makanan dan keperluan lain Sistem Ekonomi:

Telah wujud sejak zaman batu. Tidak kompleks. Bermula sejak mereka mempunyai kemahiran bercucuk tanam, menternak binatang, menghasilkan senjata dan berburu binatang. Turut melibatkan barang sosial dan barang spiritual (gendang Dong Son)
Sistem Ekonomi Sara Diri Sara diri merupakan sistem ekonomi yang paling awal digunakan. Dalam sistem ini, anggota masyarakat mengeluarkan barang untuk keperluan diri dan masyarakat sahaja. Pada peringkat awal, ekonomi sara diri adalah berasaskan kegiatan memburu binatang dan mengutip hasil hutan serta menangkap ikan. Pada peringkat seterusnya, kegiatan ekonomi sara diri tertumpu pada kegiatan pertanian dan penternakan. Dalam keadaan ekonomi ini, manusia dapat mengubah keadaan sekeliling supaya sesuai dengan keperluan mereka. Jika terdapat hasil berlebihan ia disimpan untuk kegunaan sebenar kemudian hari. Kegiatan ekonomi ini sukar berkembang kerana dibatasi oleh sistem feudal. Sistem Ekonomi Komersil Komersil berlaku apabila penduduk yang menjalankan ekonomi sara diri mempunyai hasil berlebihan dan menjualkannya. Pada permulaannya, ia merupakan sejenis kegiatan pertukaran barang iaitu sistem barter. Sistem Ekonomi Perdagangan Sistem perdagangan ialah mengagihkan barang atau perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna terakhir dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Perdagangan ini terbahagi kepada dua iaitu perdagangan dalam negeri dan luar negeri. Kegiatan perdagangan melibatkan sistem barter dan kegunaan mata wang. Sistem Ekonomi Kapitalisme Dalam sistem ekonomi kapitalisme tidak ada campur tangan kerajaan. Ada tangan yang tidak nampak mengatur ekonomi. Terdapat mekanisme pasaran atau mekanisme harga dalam sistem ekonomi. Ada interaksi permintaan dan penawaran yang akan mengatur ekonomi, contohnya dalam penentuan harga keseimbangan jika permintaan melebihi penawaran harga akan meningkat; jika penawaran melebihi permintaan, harga akan jatuh. Dalam sistem ekonomi kapitalisme, individu bebas memiliki harta. Firma atau pengeluar bebas menggunakan sumber bermaksud mereka boleh mengeluarkan barang yang dikehendaki. Individu bebas memilih pekerjaan. Motif pengeluar adalah untuk mendapat untung maksima dan dalam sistem ekonomi kapitalisme dibenarkan menindas orang untuk mencapai keuntungan.

Jenis Sistem Ekonomi Sistem Barter Sistem Islam

Barter pertukarang barang. Belum wujud penggunaan matawang. Islam menghormati pemilikan individu. Seimbang antara kepentingann individu dan masyarakat. Tamadun Mesir

Perdagangan

Pertanian
Bentuk Ekonomi Masyarakat Mesir

Perindustrian

Pertanian Bergantung kepada delta Sungai Nil yang subur untuk aktiviti pertanian

Gandum Pohon Papyrus Barli

Flex dan Kapas

Tanaman Masyarakat Mesir

Millet

Sayur Kurma Buahbuahan (lobak dan kacang)

Kambing

Haiwan Ternakan Masyarakat Mesir

Lembu

Biri-biri

Diusahakan oleh petani yang dikerah atau yang menyewa tanah. Syaduf digunakan untuk mengangkut air ketika kemarau Perdagangan Dijalankan secara sstem barter. Berkembang dari perdagangan setempat kepada peringkat antarabangsa. Pedagang berbangsa Semitik: Wain Minyak zaitun Balak

Sinai, Nubia dan Punt(Somalia): Batu untuk tujuan pembinaan Permata Mineral

Byblos(pelabuhan entreport Mesir terpenting): Jalan utama untuk Mesir mendapatkan kayu balak

Cyprus, Crete, Syria, Phoenic dan Palestin(Hubungan 2 Hala): Gandum Kain linen Kertas Fabrik Ikan masin Tembikar Jagung

Eksport

Mesir mengimport barangan seperti: Emas dan perak Gading gajah Wain Minyak zaitun dan kayu balak

Cara Mesir mendapatkan barangan import: Hantar ekspedisi diraja keluar negeri. Batu firus dan tembaga dari Sinai. Melalui pedagang asing. Nubia dan pedalaman Afrika untuk barangan seperti ebony, gading gajah, damar wangi dan kulit harimau. Hantar kapal tentera laut ke luar negara. Byblos untuk balak.

Perindustrian Bentuk perindustrian yang dijalankan oleh Mesir: Pembinaan kapal Kuari Pembuatan barangan tembikar Penghasilan kain/fabrik

Tamadun Mesopotamia Menjalankan dua bentuk ekonomi utama iaitu pertanian dan perdagangan.

Pertanian Bijirin Gandum Jagung Sekoi Barli Kurma Sayuran Daun salad Bunga bawang Bawang putih Kunyit Ubi sengkuang Lobak Lobak putih

Pada Zaman Pemerintahan Chaldea, rumah berhala menguasai sebahagian besar tanah ladang. Mereka mengembangkan sistem ekonomi dengan aktiviti perdagangan luar dan dalam negara. Unit sosial mereka adalah bebas daripada kongkongan pemerintah.

Shantammu (pentadbiran) Qipu (Penyelia) Jurutulis (Priest Scribes) Orang bebas, Orang pertengahan, Hamba
Struktur Organisasi Rumah Berhala

Kegiatan menternak binatang dijalankan untuk membajak tanah dan sebagai makanan. Antaranya ialah kambing biri2, lembu dan keldai. Aktiviti penangkapan dengan menggunakan joran dan jala. Perkembangan Ekonomi Mesopotamia:
Sara diri Pertanian Sistem Barter Perdagangan Eksport/Import

Perdagangan Dijalankan dengan negara sekitar: India Negeri Mediterranean

Perdagangan dijalankan untuk mendapatkan logam, batu, bedak wangi dan balak. Barangan eksport Mesopotamia adalah: Kain Barang kemas Senjata

Perniagaan Import Mesopotamia: Kayu balak, Logam dan Batu (Mesir) Tembaga (Turki) Walnut, Gam dan Emas(Parsi)

Aktiviti perdagangan diawasi dan dikawal ketat serta tertakluk kepada peraturan kerajaan. Menurut kod Undang2 Hammurabi, sesiapa yang gagal menjaga terusan dan tetambak mereka akan dikenakan denda sebanak 2/3 hasil pertanian mereka. Tamadun India Zaman Kebudayaan Harappa Ekonomi bercorak urban Zaman Vedik Ekonomi berasaskan pertanian dan penternakan Zaman Pra-Maurya Ekonomi pertanian intensif Zaman Maurya Ekonomi dimonopoli oleh pemerintah Zaman pasca Maurya Perkembangan ekonomi wang Zaman Gupta Kemunculan sistem feudal tanah

Zaman tamadun awal bermula di Lembah Sungai Indus, ekonomi mereka berasaskan: Ekonomi hasil pertanian Perdagangan Perindustrian

Tanaman kapas merupakan tanaman utama ketika zaman tamadun awal dan kemudian muncul perusahaan memintal kapas. Harappa mempunyai tanah subur dan sesuai untuk tanaman: Barli Kacang Gandum kapas

Mereka juga memelihara ayam kambing unta kerbau gajah babi anjing

Penggunaan roda sebagai kincir mengangkut dan mengepam air. Zaman Vedik memperkenalkan penggunaan bajak. Orang Aryan mengusahakan tanaman barli gandum padi tebu

Mereka menternak lembu, kambing, biri2 dan kuda. Mereka memperkenalkan Sistem Varna. Brahminpendeta Ksyatriapahlawan atau tentera Vaisyapetani dan pedagang Sudrahamba

Zaman Pra-Maurya penemuan terhadap penggunaan besi. Zaman Mauryakerajaan memonopoli ekonomi bertujuan untuk mendapatkan bekalan makanan untuk golongan tentera dan membiayai senjata untuk berperang. Pada zaman india kuno, sektor perindustrian berkembang secara kecil-kecilan.

Antara perusahaan yang dijalankan : menenun kapas pertukangan emas, gangsa, perak dan tembaga tembikar

turut menjalankan sektor perlombongan: emas, perak, tembaga, plumbum, timah dan besi

Kumpulan komperatif buruh perusahaan pembinaan rumah dan kuil. Industry swasta menjalankan perusahaan barangan tekstil, gula, barangan logam, kertas dan batu. Juga terdapat perusahaan membuat arak, kasut, barangan gangsa dan operusahaan kapas. Kapas banyak diusahakan di Gujerat, Burhanpur, Jaunpur dan Patna. India mengimport kulit siput (Saurasthra dan Deccan), gangsa(Parsi), perak, firus, lapis lazuli(Parsi dan Afghanistan) dan jed(Tibet). Kain tenun merupakan brg eksport utama disamping gangsa, emas, perak, tembaga dan tanah liat. Tamadun China Dinasti Shang Gandum dan sekoi merupakan tanaman utama. Petani merupakan sumber buruh yang penting. Penternakan seperti lembu, kerbau, ulat sutera, kuda dan kambing. Lembu diternak secara besar-besaran kerana terdapat upacara korban. Aktiviti pertanian dijalankan secara primitif kerana masih menggunakan cangkul, bajak dan penukul. Mulanya kegiatan ekonomi itu dilakukan sebagai sara diri tapi kemudian menjadi komersil apabila industri tenunan telah wujud. Mereka mengusahakan tekstil dan bulu secara komersil. Zaman Dinasti Chinsistem timbang dan sukat mula digunakan. Kemajuan dalam sistem pengairan dan penggunaan baja telah menambahkan pengeluaran bijirin seperti beras, gandum, barli dan sekoi. Maharaja Han Wu Ti dari Dinasti Han membina tempat menyimpan padi, membuat terusan (yang menghubungkan Sungai Yangtze dengan Sungai Barat), parit dan tambak bagi mengawal banjir. Juga telah membuat dasar memindahkan penduduk untuk membangunkan kawasan yang kurang subur di wilayah-wilayah utara dan sempadan Mongolia. Perusahaan yang dijalankan ialah: Membuat Tembikar Barangan Ukiran Daripada Kayu, Gangsa Dan Jed Menenun Tekstil Dan Bulu

Hubungan perdagangan dijalinkan dengan India, Mesir, Mesopotamia dan Rom. China mengeksport sutera, tembikar, barang-barang ukiran daripada kayu, gangsa , kulit binatang, kertas dan jed. Barang-barang buatan tangan China mendapat permintaan yang

menggalakkan dari luar negeri. Sutera dieksport ke Rom dengan jumlah yang banyak. Selain dari Rom, sutera China juga dieksport ke Asia Tengah, Siberia dan Timur Tengah. Barang-barang importnya pula ialah gading dan kuda baka baik (dari negara-negara tropika), kaca, kain bulu dan linen (dari Asia Barat), alfalfa dan anggur (dari Asia Tengah), mutiara dan kerang-kerangan (dari Laut Merah). Sebenarnya, China lebih banyak mengeksport dari mengimport, menyebabkan China bertambah kaya. Tamadun Yunani Ternakan seperti kambing dan biri2 dijalankan di lereng2 bukit. Hanya sebahagian kecil kawasan sahaja sesuai untuk dimajukan sbg kawasan pertanian. Mereka mengusahakan : Tanaman jagung Anggur Zaitun

Athens mengutamakan perdagangan dan perindustrian. 75% gandum dan haiwan ternakan diimport drpd Thrace dan Laut Hitam. Barangan lain yang diimport oleh Athens termasuklah: Ikan Daging Arak Buah-buahan Garam Kain bulu Fleks Pakal dari dammar untuk menutup celah papan

Athens mengimport bahan mewah dan hamba abdi daripada dunia timur. Athens mengeksport: Minyak zaitun Perak Batu marmar Bahan buatan Lukisan

Sparta tidak menggalakkan rakyatnya terlibat dengan pertanian walaupun mempunyai kawasan yang subur. Rakyatnya terlibat dengan latihan ketenteraan. Tamadun Rom Rom mengusahakan bidang pertanian dan perdagangan. Mereka menternak biri-biri dan kambing. Aqueduct(saliran air) dan empangan telah dibina.

Dalam bidang pertanian, iklimnya membolehkan negara ini mengusahakan: tanaman gandum anggur zaitun.

Rom merupakan pusat perdagangan yang penting dan maju terutama ketika di bawah pemerintahan Maharaja Augustus Caesar iaitu apabila wang syiling digunakan. Bentuk matawang yang digunakan adalah emas, perak dan logam. Rom menjadi pusat perdagangan antarabangsa yang sibuk. Barangan eksport: Wain Emas Gelas Kain linen Barang yang Diimport Sutera dan lada hitam Mutiara, kosmetik, minyak wangi, permata, kulit penyu, rempah, kayu jati, gading, lada hitam, sutera China dan tekstil Gading, emas, bulu, ambar dan lilin Hamba Timah hitam, besi, tiram, anjing pemburu Gelas Logam, emas, perak, bahan pencelup, linen dan minyak zaitun Hamba, serbuk emas, batu marmar Afrika, gading, binatang liar untuk pertunjukan Kain bulu, fabric, permaidani, kain bertekat, barangan kulit dan keluli Barangan bulu

Kawasan/Lokasi China India

Afrika Timur Rusia dan Jerman Britain Mesir atau Sidon Sepanyol Afrika Utara Asia Minor Gaul

Zaman Gelap Menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan(sara diri). Serf yang mahir bertukang akan menghasilkan perabot dan alatan perang. Barangan ini ditukarkan dengan gandum, kuda dan kambing. Kegiatan ekonomi berkembang sehingga ke peringkat antarabangsa. Golongan serf banyak menceburi bidang ekonomi dan menjadi pedagang. Zaman Renaissance Berlaku assimilasi budaya dan memberi impak besar kepada kegiatan ekonomi.

Zaman Reformation Pengaruh gereja terhadap aktviti ekonomi semakin merosot. Sekatan terhadap amalan riba sudah tiada, perniagaan semakin bertambah maju dan berkembang. Kapitalis muncul dan menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak milik persendirian, kebebasan perniagaan dan pasaran. Kapitalis terdiri daripada golongan: Tuan tanah Pemilik kilang Tauke lombong

Tamadun Arab Golongan Badwi Bergantung kepada hasil ternakan unta, biri-biri, kambing, keldai dan kuda. Terdapat sesetengah yang menjalankan kegiatan bercucuk tanam di sekitar wadi dan oasis. Menanam tanaman jagung, kurma, buah delima, zaitun,gandum dan sayursayuran. Mengamalkan sistem barter dan kegiatan merompak kafilah2 kaya. Kanak2 dan perempuan yang mereka rompak akan dijual sbg hamba.

Ekonomi bangsa Arab merupakan pertanian dan perdagangan. 4 buah negara yang pesat menjalankan kegiatan perdagangan: Main Qatban Saba Himyar

Yaman maju dalam aktiviti pertanian. Mempunyai empangan Maarib. Menjalankan kegiatan perdagangan eksport dan import. Eksport: Bulu biri2 Kulit binatang Patung berhala Buah tamar(kurma)

Import: Batu permata Emas Sutera Rempah

Penduduk daerah Hijaz: Mengambil alih kuasa ekonomi Yaman Menjadikan Makkah sebagai pusat perdagangan mereka yang baru

Faktor kejayaan perdagangan Tanah Arab ialah kewujudan pasar budayanya. Pasar budaya mereka menjadi tempat tumpuan utama kerana: Terdapat aktiviti jual beli Pertandingan gusti Pertandingan bersyair Penyembahan berhala Pertunjukan budaya dan kegiatan seni dan sastera

Pasar2 budaya yang terkenal di Tanah Arab: Pasar Zumatul-Jandal Mushaqqar Daba Shihr(Mahrar) Aden Sana Rabiyyah Ukaz Zul Majaz Mina Nazat Hijr Selepas kedatangan Islam: Pedagang dilarang melakukan penipuan, rasuah dan riba dalam aktiviti ekonomi Barangan yang memudaratkan diharamkan dijual Wajib mengeluarkan zakat apabila cukup haul dan nisabnya Lokasi Utara Hijaz Bahrain Pantai Oman Antara Aden dgn Oman Yaman Ibu negeri Yaman Hadramaut Majad Berhampiran Ukaz Makkah Khaibar Yamamah Waktu dibuka Bulan Rabiulawal (Dibuka setahun sekali) Bulan Jamadilawal (Dibuka setahun sekali) Hujung bulan Rejab 1-15 Syaaban (5 hari) 1-10 Ramadhan (10 hari) 20-30 Ramadhan (10 hari) Bermula 15 Zulkaedah (dibuka selama sebulan) Bermula 15 Zulkaedah (dibuka selama sebulan) 1-7 Zulhijjah (seminggu) Pada musim haji 10-30 Muharam (20 hari) 10-30 Muharam (20 hari)

Tamadun Melayu

Agraria Menjalankan kegiatan pertanian. Muncul dikawasan lembangan sungai. Kerajaan2 Agraria yang utama: Kerajaan Dvaravati, Lembah Sungai Chao Phraya Kerajaan Angkor dan Funan, Lembah Mekong

Kerajaan ini menanam tanaman seperti padi, bijirin dan ubi. Mengumpulkan hasil2 hutan seperti damar, kapur barus, pencelup dan rotan. Juga menjalankan aktiviti perlombongan. Maritim Terletak di persisiran pantai. Menjalankan aktiviti perdagangan entreport. Mampu menjalankan perdagangan ke peringkat antarabangsa, contohnya: Pelabuhan Oc-eo di Funan Pelabuhan Ko-ying di Sumatera Pelabuhan Lembah Bujang di Kedah Tua

Djalankan secara tukar barang. Barang2 akan ditukarkan dengan pedagang dari China, India, Arab dan Eropah. Barang yang didagangkan termasuklah: Rempah ratus Hasil hutan Kayu cendana Damar Ubat-ubatan

Bagi setiap kegiatan ekonomi yang dijalankan, Raja akan mengenakan cukai. Semua kegiatan ekonomi adalah dibawah raja. Pusat ekonomi adalah di Ibu Kota.

Sistem ekonomi masyarakat Alam Melayu lebih cenderung kpd aktiviti pertanian, penternakan dan ekonomi sara diri. Konsep pertanian meliputi bercucuk tanam, menternak binatang, menangkap ikan, memburu dan mengumpul hasil hutan. Tanaman yang diusahakan: Gandum Padi Ubi Keladi Sekoi Barli Sayur-sayuran dan buah-buahan

Mereka menternak haiwan seperti Ayam Lembu Kerbau kambing.

Aktiviti penangkapan ikan dijalankan dgn menggunakan joran, tangguk, bubu, lukah, serkap, setapu, tengkalah dan jala dikawasan seperti tasik, sungai, sawah, paya dan laut. Ekonomi dagangan dijalankan menggunakan sistem barter kerana tiada matawang khusus. Matawang hanya wujud selepas pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Jenis matawang yang digunakan: Kupang Pitis Siput Geweng Matawang yang diperbuat daripada timah, emas dan perak.

Pembangunan Ekonomi Tamadun Mesir. Cukai dikenakan terhadap semua penduduk tanpa pengecualian. Dibayar dalam bentuk barangan ekonomi.

Pengangkutan

Mahir membuat kapal Membawa barangan dagangan

Pengurusan Ekonomi

Canselor dilantik bertujuan melicinkan urusan ekonomi Menetapkan dan menguruskan sistem percukaian

Matawang

Berbentuk gelang emas, perak dan tembaga yang sama berat menjadi bahan pertukaran Ukuran standard: Mata Horus

Sistem Perakaunan dan Simpan Kira

Mula menggunakan resit pembelian Mencipta dokumen perniagaan, kontrak, perjanjian bertulis dan wasiat

Sistem Ukuran

Ukuran panjang: gunakan jari, tapak tangan dan kubit Ukuran luas: khet(2/3 ekar) Ukuran isipadu: jar, khas untuk susu, bir, arak dan madu

Tamadun Mesopotamia

Tamadun Mesopotamia

Sistem Perbankan
Sistem Perbankan:

Matawang

1. Mengenakan pinjaman dengan faedah sebanyak 20% hingga 30% 2. Faedah/bunga diperkenalkan dgn permulaan cukai. 3. Cukai dikenakan dan dibayar dalam bentuk barang Matawang: 1. Digunakan untuk tujuan pembayaran dan urusan pertukaran 2. Menggunakan ketulan perak. Nilainya berdasarkan berat setiap ketulan tersebut. Tamadun Indus Perkembangan aspek penggunaan matawang: 1. Matawang terawal diperbuat drpd perak dan gangsa. 2. Setiap matawang yg digunakan mmpunyai lambang diraja. 3. Amalan meminjam wang dan riba juga berlaku. Perkembangan aspek perdagangan maritim: 1. Terdapat hubungan dengan Negara China. Urursan perdagangan rempah, permata, minyak wangi dan tembikar. 2. Berlaku kegiatan import dan eksport.

Tamadun China

Menggunakan jalan laut dan jalan darat


Perdagangan

Pengangkutan

Menggunakan kuda dan gajah untuk mengangkut barang Berlaku kegiatan berdagang dgn negara luar

Mata wang

Zaman Dinasti Shang: Kulit siput. Zaman Dinasti Chou: Tembaga pelbagai saiz. Zaman Dinasti Han: Emas dan perak. Zaman Dinasti Song: matawang kertas pertama di dunia.

Beberapa jenis barangan dikenakan cukai sbg sumber pendapatan. Sistem monopoli Contoh barang adalah garam dan besi.
atau lesen

Tamadun Yunani Faktor penggerak ekonomi Yunani: 1. 2. 3. 4. Pelabuhan Dasar perdagangan bebas Sistem bank Insurans

Cukai dikenakan terhadap setiap barang yang diimport dan dieksport. Menggunakan mata wang syiling tembaga.

Tamadun Rom 1. Menggunakan matawang syiling tembaga, diikuti emas, perak dan logam. 2. Penduduk bebas menjalankan perdagangan tanpa sekatan. 3. Sistem cukai diperkenalkan untuk membiayai angkatan tentera. Zaman Gelap: Wujud ekonomi bersifat feudalisme. Pelbagai bentuk cukai ekonomi dikenakan. Golongan gereja amat berpengaruh dan berkuasa.

Golongan Reformis: Menentang Golongan Gereja. Termasuk golongan Calvanisme, peniaga dan pedagang yg bangkit menentang golongan gereja.

Tamadun Arab Terdapat beberapa bazar yang terkenal. Turut menjalankan aktiviti kesenian dan kebudayaan disamping aktiviti jual beli. Perdagangan: Menggunakan unta sbg pengangkutan jalan darat. Biasanya dijalankan secara kafilah(berkumpulan). Jalan Laut, terdapat kemudahan pelabuhan di Yaman. Bertambah maju selepas kedatangan Islam, perniagaan berbentuk tanpa riba dan jujur. Juga terdapat sistem cukai dan Baitulmal.

Tamadun Melayu 1. 2. 3. 4. 5. 6. Terletak di kawasan strategik. Jalan Perdagangan Utama. Kawasan terlindung drpd tiupan angin monsun Barat Daya. Menjadi pelabuhan entreport terpenting dikawasan Asia. Terdapat penggunaan mata wang logam daripada Kesultanan Melayu Melaka. Turut menggunakan wang drpd Pasai, Cambay dan Hormuz. Terdapat sistem ukuran dan sistem timbangan.

You might also like