Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Riwayat Hidup Dan Sumbangan Saidina Umar Bin Al Khattab

Riwayat Hidup Dan Sumbangan Saidina Umar Bin Al Khattab

Ratings: (0)|Views: 69 |Likes:
Published by Abdul Muhaimin

More info:

Published by: Abdul Muhaimin on Aug 05, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/05/2012

pdf

text

original

 
Riwayat Hidup Dan Sumbangan Saidina Umar Bin Al-Khattab Dalam Tamadun IslamDisediakan Untuk:Ustaz Abd Aziz Bin HarjinDisediakan Oleh:Nur Hafizah Binti Abdullah2009814306Tarikh Dihantar:10 March 2010 / 24 Rabiul Awal 1431Diploma Sains Komputer (Cs110)Fakulti Sains Komputer Dan MatematikAbstrakTajuk:Riwayat Hidup Dan Sumbangan Saidina Umar Bin Al-Khattab Dalam Tamadun IslamPengenalan:Khalifah Umar bin Al Khattab berasal daripada Bani Adi dan dilahirkan pada tahun 583 M iaitu 13 tahunselepas kelahiran Rasulullah s.a.w. Nama sebenarnya, Umar bin Al-Khattab bin Naufal, berketurunanQuraisy. Beliau terkenal dengan sifat berani,tegas, dan berterus terang dalam menyatakan pendapat.Beliau digelar al-Faruq kerana dapat membezakan antara kebenaran dengan kebatilan. Mempunyaipekerti yang jujur sejak dari kecil, baik hati, dan memiliki beberapa sifat mulia. Memeluk Islam enamtahun selepas baginda menerima wahyu, akhirnya Islam terus berkembang. Semasa hijrah, beliaudengan beraninya keluar secara terang-terangan. Wafat pada akhir bulan Zulhijah pada tahun 23 Hijrahketika berusia 63 tahun setelah memerintah negara kira-kira 10 tahun. Dimakamkan bersebelahandengan makam Rasulullah s.a.w..ISI :Terdapat beberapa cara pemilihan dan pelantikan Khalifah Umar al
 –
Khattab. Pelantikannya telahdicadangkan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, iaitu ketika Khalifah Abu Bakar sakit. Cadangan ini telahdipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai. Setelah hampir 10 tahun memerintah, khalifah keduaal-khulafa ar-Rasyidin ini telah memberi sumbangan yang banyak kepada orang ramai pada zamantersebut. Jangka masa pemerintahan Khalifah Umar dianggap sebagai Zaman Keemasan kerajaan Islamdi Madinah kerana banyak pembaharuan dan perubahan yang telah berjaya dilakukannya. Sumbanganbeliau adalah merangkumi bidang politik, sosial, ekonomi, ketenteraan dan pendidikan. Kelebihan-kelebihan yang dimiliki itu mengantarkannya terpilih menjadi wakil kabilahnya. Beliau selalu diberikepercayaan sebagai utusan mewakili kabilah quraisy dalam melakukan perundingan-perundingandengan suku-suku lain. Keunggulannya berdiplomasi membuatnya popular di kalangan berbagai-bagaisuku Arab. Nabi s.aw mengakui keunggulan-keunggulan yang dimiliki Umar, pemuda yang berani, tidakmengenal takut dan gentar, dan mempunyai ketabahan dan kemahuan yang keras. Oleh itu, untuk
kepentingan perjuangan Islam, Nabi s.a.w pernah berkata, “Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan salah
 
seorang daripada Amr bin Hisyam atau Umar bin Khattab.” Doa Nabi s.a.w. di perke
nankan Allah s.w.tdengan Islamnya Umar sekitar tahun 616.Khalifah Umar telah menunjukkan banyak contoh keadilanyang dilakukannya sepanjang pemerintahannya.KESIMPULAN :Secara keseluruhannya, Umar bin al-Khattab telah memberi banyak sumbangan kepada tamadun Islam.Syariat Islam telah diamalkan sepenuhnya dan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. dipraktikkan dalamkehidupan beliau. Ramai tokoh ilmuan terkenal wujud pada zaman ini kerana keutamaan ilmuditekankan oleh khalifah. Umar bin al-Khattab adalah antara sepuluh orang sahabat nabi yang dijaminmasuk syurga. Nabi s.aw mengakui keunggulan-keunggulan yang dimiliki Umar, pemuda yang berani,tidak mengenal takut dan gentar, dan mempunyai ketabahan dan kemahuan yang keras. Sikap Umar iniharuslah dijadikan teladan dan patut diterapkan dalam setiap diri umat Islam.Khalifah Umar bin al-Khattab sentiasa menekankan perpaduan di kalangan penduduk dalam kawasanIslam untuk memastikan perkembangan Islam berterusan. Setelah hampir 10 tahun beliau memerintahkerajaan Islam, beliau wafat pada akhir bulan Zulhijah pada tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun.Dimakamkan bersebelahan dengan makam Rasulullah s.a.w.PENDAHULUANKhalifah Umar bin Al Khattab berasal daripada Bani Adi dan dilahirkan pada tahun 583 M iaitu 13 tahunselepas kelahiran Rasulullah s.a.w. . Sebelum memasuki Islam, Umar Bin al-Khattab adalah salah seorangmusuh Nabi Muhammad s.a.w. Namun setelah memeluk Islam, baginda menjadi sahabat Rasulullahs.aw., malah dipilih sebagai khalifah kedua setelah Abu Bakar as-Siddiq.Umar merupakan seorangmujtahid dan salah seorang al-Khulafa ar-Rasyidin. Umar diputerakan pada tahun 581 M. Bagindaberasal daripada suku Adi yang masih termasuk dalam rumpun Quraisy. Beliau amatlah dipandang muliadan mempunyai martabat yang tinggi. Sejak muda, Umar dikenali sebagai orang yang berani. KetikaUmar masuk Islam banyak keluarganya dan tokoh Arab yang lain mengikut jejaknya sehinggalah jumlahumat Islam semakin banyak dan dakwah Islam dilakukan secara terang-terangan. Ketegasan dankeberanian Umar merupakan kekuatan besar dalam pengembangan Islam selanjutnya.Apabila mengetahui bahawa adindanya dan suaminya memeluk Islam, beliau sangat murka. Umarsegera menemui adindanya dan dengan penuh perasaan memukul Fatimah serta suaminya. Namunkemudian, Umar terlihat sekeping lembaran bertuliskan ayat al-Quran. Ketika membacanya,perasaannya menjadi tenang dan damai. Timbul keinginan kuat dalam dirinya untuk menemui Rasulullahs.a.w. Umar pun memeluk Islam.Sebelum mangkat, Abu Bakar memanggil beberapa orang sahabat untuk mendapatkan pandanganmereka tentang pemilihan khalifah yang akan menggantikannya. Umar merupakan calon tunggal AbuBakar dan para sahabat bersetuju dengan pilihannya itu. Pada 13 H/634 M, Umar dilantik menjadi
khalifah kedua dengan gelaran “Amirulmukminin” (panglima orang beriman). Umar merupakan
pemimpin yang ideal. Namun kelebihannya itu menyebabkab musuhnya iri hati. Pada 26 Zulhijah 23 H,
baginda ditikam oleh Abu Lu’lu’ah sehingga mangka
t ketika hendak mengerjakan solat subuh.Umar sangat dikagumi oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang lain. Nabi menggelarnya al-Faruqyang bererti dapat membezakan antara kebenaran dengan kebatilan.
 
Jangka masa pemerintahan Khalifah Umar dianggap sebagai Zaman Keemasan kerajaan Islam diMadinah kerana banyak pembaharuan dan perubahan yang telah berjaya dilakukannya.Dalam bidang politik, Khalifah Umar telah memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai.Beliau telah menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar. Beliautelah membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah dan melantik wali gabenor sebagaiketua yang bertindak sebagai pentadbir awam dan panglima tentera.Khalifah Umar juga telah menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis,Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara. Setiap jabatan ini diketuai olah katib atausetiausha. Jabatan Kehakiman pula telah dipisahkan daripada jabatan dan untuk mengelakkan salah lakuoleh hakim, mereka telah diberikan gaji bulanan yang tinggi, iaitu sekitar 500 dirham.Dalam bidang sosial terutama pendidikan, Khalifah Umar telah mengembangkan pengajaran al-Qurandengan menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid dan beliau juga telah menghantar guruagama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan. Contohnya, Abu Sufyan pernah dihantaruntuk mengajar orang Badwi di kawasan pedalaman. Khalifah Umar telah menyusun sistem ketenteraandengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela. Tentera tetap telah diberikan gaji dan pakaianseragam. Markas tentera juga telah dibina di bandar utama manakala kubu pertahan telah dibina disempadan yang menghadap negara musuh seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.Untuk mempertingkatkan ekonomi, Khalifah Umar telah membina terusan dan tali air untukmenambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukmininsepanjang 111 kilometer di Mesir. Rakyat telah digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian disamping mengusahakan tanah terbiar.Khalifah Umar juga telah memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Cukai jizyah yang dikenakan terhadapgolongan zimmi juga tidak memberatkan. Cukai kharaj pula dikenakan berdasarkan jenis tanaman dankesuburan tanah. Tanaman barli dikenakan kharaj sebanyak satu dirham, untuk gandum dikenakan cukai10 dirham. Bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui sistem jizyah dan kharaj, maka,baitumal juga telah didirikan oleh Khalifah Umar telah diberikab gelaran Amirul Mukminin atau PanglimaAgung Mukmin.Ketika menjadi khalifah, Umar bin al-Khattab membuat beberapa dasar dalam pemerintahan. Bagindameluaskan wilayah secara besar-besaran, sehingga tempoh pemerintahannya dikenal dengan namafutahat al-islamiyyah (peluasan wilayah islam) dan pembahagian wilayah islam. Baginda juga
membentuk badan pemerintah dan membuat Dustur ‘Umar atau Risalah al
-
Qada’ (prinsip keadilan).
 Di kalangan ahli fikah, Umar juga dikenali sebagai sahabat Nabi yang berani melakukan ijtihad. Baginda,misalnya mengusulkan solat tarawih secara berjemaah, penambahan kalimat al-salatu khairun minan-naum (sembahyang itu lebih baik daripada tidur) dalam azan subuh. Baginda juga mencetuskan ideatentang perlunya dilakukan pengumpulan ayat al-Quran.Khalifah Umar adalah orang pertama yang mencetuskan idea tentang perlunya dilakukan pengumpulanayat-ayat al-Quran. Ketika itu ayat-ayat al-Quran tersebar di pelbagai kepingan batu, pelepah kurma,tulang-belulang, dan sebagainya. Tempatnya yang berselerakkan di tangan para sahabat, tidakterkumpul dalam satu tempat. Pada masa Nabi s.a.w. cukup ramai sahabat yang menghafaz al-Quransehingga mengumpulkan tulisan-tulisan al-Quran belum di rasa perlu. Akan tetapi, pada masa khalifahAbu Bakar, terjadi banyak peperangan yang di dalamnya gugur ramai sahabat penghafaz al-Quran.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->