You are on page 1of 19

Teknik Teknik Mengambil Gambar

Dzul Ikraam Hafizuddin Jaafar

Panning (Kamera Berpaling)


Panning adalah pergerakan kamera secara

horizontal (posisi kamera tetap di titik pusat) hanya lensa yang bergerak samada berpaling ke kiri atau berpaling ke kanan. Pan Right : Kamera berpaling dari titik pusat ke arah kanan. Pan Left : Kamera berpaling dari titik pusat ke arah kiri.

Teknik Panning atau Kamera Berpaling ini

menceritakan bahawa kamera sedang mengikuti pergerakan subjek dan sehingga masa yang sesuai, barulah Butang Pelepas ditekan. Ini akan menghasilkan gambar yang kreatif dimana, subjek akan menjadi pegun dan jelas kerana titik fokus hanya pada subjek manakala, kawasan sekeliling subjek akan pudar. Kebanyakan gambar yang menggunakan teknik ini ialah, perlumbaan kereta, perlumbaan basikal dan berbagai lagi.

Tilting
Tilting adalah pergerakan kamera secara Vertikal

(posisi kamera tetap di titik pusat) hanya lensa yang bergerak samada mendongak atau menungging. Tilt Up : Kamera mendongak dari titik pusat (memandang ke atas) Tilt Down : Kamera menungging dari titik pusat (memandang ke bawah)

Teknik Tilting banyak digunakan untuk mengambil

gambar bunga dan burung diatas pokok. Ada juga jurufoto mengambil gambar subjek manusia dengan menggunakan teknik ini. Ianya akan mewujudkan kesan lebih dramatik untuk sesuatu gambar.

Dolly
Dolly adalah pergerakan kamera mendekati atau

menjauhi sesuatu objek (titik pusat posisi kam era akan berubah). Dolly In : Kamera bergerak ke hadapan mendekati objek. Dolly Out : Kamera bergerak ke belakang menjauhi objek. Teknik Dolly digunakan sekiranya zoom lensa tidak mencukupi untuk memfokus subjek ataupun zoom lensa terlebih cukup untuk memfokus subjek.

Truck
Truck adalah pergerakan kamera ke kanan atau

ke kiri sesuatu objek (titik pusat posisi kamera akan berubah). Truck Right : Kamera bergerak ke kanan objek. Truck Left : Kamera bergerak ke kiri objek.

Teknik truck ini sebenarnya tidak banyak

diaplikasikan untuk fotografi. Ianya lebih kepada penggunaan kamera video. Walaubagaimanapun ianya masih menjadi salah satu pergerakan kamera.

Memidang (Framing)
Memidang ataupun Framing ialah mengambil

gambar subjek samada secara menegak atau mendatar menggunakan kamera. Tujuan memidang ialah untuk menentukan apakah objek yang harus terakam sama semasa gambar subjek hendak diambil. Memidang ada 2 jenis iaitu melintang dan menegak

Posisi Kamera Melintang


Posisi melintang lebih kepada mengambil gambar

subjek dan latar belakang subjek. Ruang frame tidak terhad kepada subjek.

Posisi Kamera Menegak

Posisi menegak pula lebih kepada mengambil

gambar subjek semata-mata tanpa mengambil latar belakang. Ruang frame terhad kepada subjek sahaja.

Memidang atau Framing mempunya 4 kategori penting iaitu :


Perspektif

Parallel
Sky Line Ground Line

Perspektif Perspektif ialah untuk menentukan bentuk dan pandangan sebenarnya sesuatu subjek. Parallel Parallel ialah untuk menentukan subjek itu betul tegak (Up Right Vertical) atau melintang (Horizontal). Sky Line Sky line pula menentukan samada gambar awan, langit atau bahagian atas tidak terlebih rakam kerana ianya akan menyebabkan gambar subjek menjadi tidak sempurna. Ground Line Ground line pula menentukan samada gambar tanah, kaki atau bahagian bawah tidak terlebih rakam kerana ianya akan menyebabkan gambar subjek menjadi tidak sempurna.

You might also like