You are on page 1of 3

Apa itu Strok?

Strok merupakan keadaaan patologi yang disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen ke otak menyebabkan selsel otak mengalami kecederaan dan mati.

Etiologi
Terdapat dua jenis punca utama : Strok Iskemik & Strok Hemoragik

Strok iskemik ialah strok yang disebabkan oleh

jisim darah beku yang terperangkap dalam

arteri di otak.Terjadi dalam dua cara,jisim tersebut terhasil dalam arteri itu sendiri akibat ateroma (Tampalan lemak) dan dalam sesetengah kes,akibat aliran darah yang tidak normal dalam kebuk jantung akibat fibrilasi atrium.

Strok Hemoragik ialah strok yang disebabkan pendarahan intraserebrum (salur darah otak pecah)
dan pendarahan subaraknoid (ruangan sempit antara otak dan tengkorak yang biasanya terisi dengan cecair CSF))

Faktor Risiko
Diabetis Tekanan darah tinggi Obesiti Gaya hidup tidak sihat : Cth:Merokok,tidak bersenam,diet kolestrol tinggi.

Manifestasi klinikal
Lemah tangan atau kaki Masalah penglihatan,pertuturan,koordinasi dan penelanan Lemah dan herot sebelah muka akibat ketidakupayaan otot mulut untuk mengawal. Pening,Kebas,sakit kepala,keliru dan koma

Strok Mini (TIA) Strok mini merupakan


gejala yang kelihatan seperti strok tetapi menyerang dan menghilang dalam masa 24 jam.TIA disebabkan oleh darah beku kecil yang terperangkap di arteri dalam otak,menghalang pengaliran darah ke otak menyebabkan otak mengalami masalah kekurangan oksigen namun hanya terjejas untuk beberapa minit dan pulih tidak lama kemudian.

Diagnosis
Imbasan Otak (CT Scan / MRI) Ujian pengesanan gula dan kolestrol dalam darah Ujian X-ray(paru-paru) dan ECG (Mengesan jantung yang mengalami masalah fibrilasi atrium)

Morbiditi Strok
Bergantung kepada tahap kerosakan otak,Jika besar boleh mendatangkan maut. Strok yang kecil memberikan masalah namun impak yang diperolehi boleh dipulihkan dari masa ke semasa. Kesan:

Pencegahan
Menjaga diet dan pemakanan seimbang :
Kurangkan pengambilan garam(tekanan darah tinggi),gula(Diabetis),makanan berlemak(kolestrol tinggi),

Mengamalkan gaya hidup sihat : Tidak


merokok,bersenam

Jaga berat badan:Elakkan obesiti dan pastikan


Indeks Jisim Tubuh adalah normal (BMI). Elakkan stres Sering lakukan ujian-ujian untuk mengetahui paras glukosa,kolestrol dalam darah serta tekanan darah dalam badan

Lemah sebelah badan menyebabkan koordinasi kaki dan tangan tidak betul. Masalah keseimbangan dan penyelarasan. Kesukaran untuk menelan Kesukaran dalam percakapan Masalah penglihatan Kesukaran dengan proses mental Emosi terjejas Keletihan.

Patogenesis

Extra! Info
5.7 juta kes Strok berlaku di negara-negara membangun akibat beban peningkatan kerancakan ekonomi dan transisi epidemiologi. Di Negara kita sendiri Malaysia,10 000 kes baru setiap tahun dikesan dimana 50 peratus daripadanya hilang keupayaan diri secara kekal.

Jisim darah beku menghalang pengaliran


darah ke otak(Strok iskemik)/ salur darah pecah (Strok hemoragik)

mengikut kajian Pakar Runding Neurologi dan Presiden Majlis


Neurosains Malaysia, Dr Hamidon Basri

Sel otak Kekurangan oksigen

(sumber:http://www.moh.gov.my)

Sel cedera dan mati

Mengakibatkan fungsi otak yang bertujuan untuk mengawal fisiologi badan terganggu Simptom: ketidakupayaan Otot,ketidakkeseimbangan badan,pening,kebas dll

Mencegah lebih baik daripada mengubati

Rawatan
Ubatan berasaskan dadah seperti : Aspirin-mengelakkan darah menjadi terlalu pekat Serta ubat-ubatan (dadah) lain untuk mengawal kadar kolestrol dan tekanan darah tinggi. Pembedahan Carotid Endartectomy juga boleh dilakukan untuk Mini strok (TIA) dimana tiub akan dimasukkan kedalam arteri menjadikan lumennya lebih besar. Rawatan fisioterapi untuk anggota badan yang lemah .

You might also like