You are on page 1of 15

1.0 1.

PENDAHULUAN Pengenalan Tugas yang amat penting bagi guru adalah untuk mewujudkan suasana persekitaran

yang aktif di sekolah. Guru adalah pihak yang bertanggungjawab dalam menjaga dan menjamin keselamatan pelajar apabila pelajar melaksanakan sesuatu aktiviti di sekolah. Guru perlu mengambil kira perancangan dan suasana aktif di sekolah dengan menggalakkan penglibatan keseronokan aktiviti fizikal sepanjang hayat. Pelajar sekolah adalah golongan yang mudah mendapat kecederaan sekiranya aktiviti yang mereka lakukan tidak dipantau oleh guru. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja walaupun pelbagai peringatan dan peraturan telah disebarkan kepada pelajar. Organisasi sekolah dan komuniti perlu menyediakan peruntukan yang mencukupi, peralatan dan pengawasan program bagi memenuhi keperluan dan keselamatan pelajar terhadap sesuatu aktiviti. Di antara peranan guru dalam memastikan keselamatan pelajar adalah dengan menyediakan dan memantau persekitaraan fizikal serta sosial yang menggalakkan pelajar menjalankan aktiviti fizikal dengan berdisiplin dan selamat. Apabila berada di sekolah, tempat-tempat yang akan digunakan oleh para pelajar ialah kawasan kantin, stor peralatan, dewan/foyer dan bilik komputer. Kawasan berkenaan adalah kawasan atau tempat yang mudah mendapat kemalangan apabila tidak mengikut tatacara penggunaan yang betul. Oleh yang demikian, adalah penting dan menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan peraturan tempat-tempat berkenaan bagi memastikan para pelajar dapat mengikut peraturan dengan tatacara yang betul dan selamat.

1.2

Kepentingan Menyediakan Peraturan keselamatan Dan Tatacara Penggunaan

Am di Sekolah Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari rasa

resah, bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia. Di antara kepentingan menyediakan tatacara penggunaan am tempat-tempat di sekolah ialah : i. memastikan para pelajar sentiasa berdisiplin sepanjang masa walau tanpa pemantauan guru. ii. iii. iv. v. pelajar mematuhi syarat dan peraturan sekolah yang diberikan oleh guru. dapat menjalankan aktiviti dengan selamat dan rasa selesa. membantu menyuburkan nilai mengutamakan keselamatan. Mengelakkan daripada kemalangan yang tidak diduga.

Biasanya punca suatu kemalangan di sekolah ialah i. ii. iii. iv. v. Penyelenggaraan alat yang kurang kemas. Sikap cuai dan buruk sangka. Tidak menimbulkan kesedaran mendalam. Tidak dijadikan amalan rutin di kelas. Pengurusan bilik darjah yang longgar.

1.3

Bangunan YangTerdapat Di Kawasan Sekolah Empat kawasan utama yang sentiasa menjadi kawasan utama tempat laluan dan

kegunaan pelajar ialah 1.3.1 Bilik Komputer Bilik Komputer adalah tempat untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat. Antara subjek yang biasanya menggunakan komputer dalam pembelajaran pelajar ialah sains, matematik dan muzik. Penggunaan bilik komputer adalah mengikut jadual operasi yang diberikan oleh guru penyelaras ICT atau penyelaras bilik komputer. 1.3.2 Kantin Sekolah Kantin sekolah adalah dikhaskan untuk pelajar dan guru berehat dan makan minum pada waktu rehat. Biasanya kantin akan beroperasi

sepanjang masa persekolahan iaitu dari pagi hingga tengah hari. Pentingnya kebersihan untuk memastikan kantin selesa untuk dikunjungi. 1.3.3 Stor Sukan Stor sukan dikhaskan untuk menyimpan peralatan sukan ataupun peralatan pendidikan jasmani. Stor peralatan boleh menjadi tempat yang berbahaya jika peralatan di dalamnya tidak disusun dengan betul dan kemas.

1.3.4 Dewan/Foyer Sekolah Dewan/foyer sekolah hanya digunakan bagi tujuan

perhimpunan ataupun mengadakan sesuatu majlis. Dewan biasanya bersaiz besar dan luas. Adakalanya dewan akan digunakan oleh organisasi luar bagi tujuan mengadakan perhimpunan, mesyuarat dan acara besar.

2.0 2.1

TATACARA PENGGUNAAN KEMUDAHAN TERDAPAT DI SEKOLAH BILIK KOMPUTER

2.1.1 Tatacara Penggunaan Am i. Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal komputer yang telah disediakan. Pengguna dilarang memasuki makmal komputer secara diamdiam. Segala kerosakan di dalam makmal komputer akan ditanggung oleh pengguna. ii. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal. Ini elak dari pengguna terpijak wayar yang terdapat di makmal komputer dan menyebabkan kerosakan pada komputer. iii. Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal komputer. Ini untuk mengelakkan makmal menjadi kotor dan berbau, serta mengelakkan dari komputer menjadi rosak seperti air minuman tertumpah. iv. Pengguna hanya boleh membawa alat tulis yang dibenarkan sahaja. Ini untuk mengelakkan meja komputer menjadi sesak. Alat tulis juga dikhuatiri akan menyebabkan komputer terconteng.

v.

Pengguna hendaklah membuka kasut sebelum masuk ke dalam bilik komputer. Kemas kasut dengan teratur di luar bilik komputer. Elak menyusun kasut di hadapan pintu masuk bilik komputer untuk elak terpijak.

vi.

Pengguna hendaklah memastikan kebersihan bilik komputer terjaga. Pastikan tiada sampah yang ditinggalkan di dalam bilik komputer semasa meninggalkannya. Buang sampah di tong sampah yang disediakan.

vii.

Pengguna dikehendaki mencatat butir-butir tertentu dalam log book/rekod penggunaan makmal komputer. Pengguna wajib mengisi nama dan kelas.

viii.

Pengguna dilarang sama sekali melayari internet yang tidak bermoral. Pengguna dilarang untuk menyalahgunakan internet seperti menyentuh sensitivity masyarakat, kaum dan Negara. melayari video lucah dan

ix.

Pengguna adalah dilarang membawa masuk atau keluar dari makmal sebarang cakera perisian atau dokumen. Ini berikutan untuk mencegah pengguna menceroboh masuk perisian penting dan mencuri maklumat penting sekolah. Pengguna yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan tatatertib.

x.

Pengguna haruslah melaporkan kepada staff yang bertugas jika makmal mengalami kerosakan eperti kerosakan suis, komputer, dan lain-lain agar tindakan selanjutnya dapat diambil.

2.1.2 Tatacara Penggunaan Pelajar i. Pelajar dilarang masuk ke dalam makmal komputer semasa ketiadaan guru bertugas. Ketua pelajar hendaklah memanggil guru yang bertugas sebelum masuk ke dalam makmal komputer. Tunggu kedatangan guru bertugas sebelum memasuki makmal komputer. ii. Pelajar dikehendaki mengambil kedatangan dan mencatat log masuk pada buku kehadiran yang disediakan untuk memudahkan guru bertugas tahu bilangan pelajar yang hadir. Pelajar wajib mengisi nama penuh, dan kelas pada buku kedatangan. Setiap kedatangan akan di ambil kira oleh guru yang bertugas. iii. Pelajar dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal komputer yang telah disediakan. Pelajar dilarang masuk tanpa ada kebenaran guru. Pelajar dilarang masuk ketika sesi rehat waktu pejabat.

iv.

Pelajar dilarang membawa masuk makanan dan minuman kedalam makmal komputer. Ini untuk mengelakkan daripada makmal menjadi kotor dan berbau. Ia juga untuk mengelakkan kehadiran makhluk perosak.

v.

Pelajar dikehendaki membuka kasut semasa masuk ke dalam makmal komputer. Pelajar dilaran membawa masuk beg ke dalam makmal komputer. Sebarang peralatan di dalam makmal komputer tidak boleh di bawa keluar sesuka hati.

vi.

Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan semasa berada di dalam makmal komputer. Buang sampah ke dalam tong sampah. Dilarang meninggalkan sampah di dalam makmal komputer.

vii.

Pelajar dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan. Ini dikhuatiri akan menambahkan lagi kerosakan pada komputer. Lapor kepada guru bertugas sekiranya pelajar mendapati terdapat kerosakan di dalam makmal komputer.

viii.

Jika terdapat sebarang bunyi ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar, lapor segera kepada guru yang bertugas. Arahkan pelajar yang lain untuk keluar melaui pintu kecemasan dengan teratur. Dilarang berlari-lari atau menolak rakan semasa keluar dari pintu kecemasan.

ix.

Pelajar dilarang menggunakan komputer semasa hujan atau kilat. Tutup semua suis. Simpan semua fail sebelum mematikan komputer untuk elak kehilangan data.

x.

Pelajar hanya dibenarkan menggunakan Username dan Password yang dibenarkan sahaja. Pelajar dilarang sama sekali memecah masuk/menggodam maklumat penting sekolah. Pelajar yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan tatatertib.

2.1.3 Tatacara Penggunaan Guru i. ii. Guru hendaklah berada bersama pelajar sebelum memasuki bilik komputer. Guru mesti mencatat penggunaan bilik komputer bagi tujuan rujukan pada masa akan datang sekiranya terdapat sebarang masalah yang memerlukan bukti dan penjelasan. iii. Guru memastikan pelajar tidak berlari-lari, bermain-main semasa berada di bilik komputer. iv. Guru perlu memeriksa sekiranya komputer dan peralatan elektrik di bilik komputer selamat digunakan sebelum mengarahkan pelajar menggunakannya. v. Guru bertanggungjawab memastikan bilik komputer sentiasa bersih, selesa dan tidak rosak semasa dan selepas menggunakan komputer.

2.2

KANTIN SEKOLAH

2.2.1 Tatacara Penggunaan Am i. Kantin hendaklah sentiasa kemas. Susuna kerusi dan meja mesti kemas dan teratur. Jangan gunakan meja dan kerusi yang buruk dan suda patah untuk elak kemalangan seperti terjatuh atau terhempap. ii. Sentiasa beratur semasa membeli makanan. Dilarang berebut semasa membeli makanan .Ini untuk mengelakkan daripada mendapat kecederaan seperti terjatuh ketika berebut. iii. Mencuci tangan sebelum dan selepas makan menggunakan sabun dan air yang bersih. Sinki hendaklah disediakan di dalam kantin untuk kemudahan pelajar

menggunakannya. Elak menggunakan sinki yang tersumbat. iv. buang sisa makanan dan bungkusan makanan di tong sampah yang disediakan. Elak dari membuang sisa makanan di longkang. Ini akan menyebabkan sistem perparitan akan tersumbat dan menegluarkan bau yan kurang menyenangkan. Sediakan tong sampah di setiap sudut kantin. v. Dilarang memasuki ke bahagian dapur. Staff kantin sahaja yan dibenarkan berada di bahagian dapur. Orang awam hanya dibenarkan masuk di bahagian membeli sahaja. vi. waktu operasi kantin adalah sebelum loceng masuk dibunyikan dan waktu rehat sahaja. Pelajar dilarang membeli pada waktu pembelajaran dijalankan. Pelajar yang didapati membeli makanan ketika ses pembelajaran dijalankan akan didenda. vii. Letak pinggan mangkuk dan gelas yang telah digunakan ke dalam bekas yang digunakan. Buang sisa makanan terlebih dahulu ke dalam tong sampah. Letak pinggan mangkuk mengikut tempat yang disediakan. viii. Dilarang membuat bising ketika beratur membeli makanan. Dilaran berlari-lari di dalam kantin. ix. Pekerja kantin hendaklah memakai pakaian yang bersih, kemas dan sopan semasa bekerja. Pekerja digalakkan memakai penutup kepala dan apron semasa bekerja untuk mengekalkan kebersihan. x. Makanan dan minuman yang dijual hendaklah mengikut kriteria yang sesuai dan menu yang sihat. Elak dari menjual minuman yang terlalu manis dan bergas. Ini adalah untuk mengekalkan kesihatan pelajar.

2.2.2 Tatacara Penggunaan Pelajar i. Pelajar harus baca, fahami dan patuhi peraturan penggunaan kantin untuk memastikan pelajar kekal berdisiplin semasa berada di dalam kantin. ii. Pelajar dikehendaki beratur sepanjang membeli makanan dan minuman di kantin. Ini untuk mengelakkan kesesakan dalam kantin. Elak daripada berebut-rebut. iii. Pelajar haendaklah mendengar arahan daripada guru dan pengawas bertugas. Pelajar yang mengingkari arahan akan dikenakan tindakan tatatertib. Pelajar haruslah sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan. iv. Pelajar harus mencuci tangan sebelum dan selepas makan. Cuci tangan menggunakan sabun dan air yang bersih. Ini untuk mengekalkan kebersihan pelajar dan elak dari mendapat jangkitan kuman. v. Pelajar hendaklah membuang sisa makanan ke dalam plastic atau tong sampah yang disediakan. Ini untuk elak daripada persekitaran kantin menjadi kotor. Elak membuang plastic makanan di merata tempat. vi. Pelajar dilarang membuang sisa makanan ke dalam sinki. Jangan gunakan sinki tersumbat untuk mencuci makanan. Lapor kepada guru bertugas sekiranya terdapat sinki yang rosak/tersumbat untuk diperbaiki. vii. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke ruang penyediaan makanan. Hanya staff sahaja dibenarkan berada di tempat penyediaan makanan. Ini untuk mengelakkan daripada makanan tercemar. viii. Pelajar hanya dibenarkan membeli makanan ketika waktu rehat sahaja. Pelajar tidak dibenarkan membeli makanan semasa sesi pembelajaran dijalankan. Pelajar yang mengingkari arahan akan dikenakan denda. ix. Pelajar dilarang mebuat bising ketika membeli makanan. Pelajar juga dilarang berlarilari di dalam kantin untuk elak kemalangan berlaku. Pengawas yang bertugas hendaklah mengawas pelajar lain. x. Pelajar hendaklah memelihara harta benda yang terdapat pada kantin sekolah seperti bangku dan meja yang disediakan. Lapor segera kepada guru bertugas jika ada kerosakan supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.

2.2.3 Tatacara Penggunaan Guru

i. ii.

Guru memastikan pelajar berbaris ketika membeli makanan. Guru bertanggungjawab memastikan makana yang dijual adalah selamat untuk dimakan.

iii.

Guru perlu memantau kekotoran kantin seperti lantai yang licin, tong sampah yang penuh, sinki yang tersumbat dan melaporkannya kepada pihak kantin dengan segera.

iv.

Guru memastikan kerusi dan meja untuk pelajar duduk menikmati makanan adalah mencukupi.

v.

Guru perlu memaklumkan kepada pihak kantin atau sekolah sekiranya terdapat kemusykilan tentang kebersihan makanan dan kerosakan pili air untuk membasuh tangan.

2.3

STOR SUKAN

2.3.1 Tatacara Penggunaan Am i. Pengguna hendaklah memastikan kebersihan stor sekolah terjaga . menyediakan jadual bertugas untuk memastikan stor dalam keadaan bersih. Menyediakan tong sampah berdekatan dengan stor sekolah. ii. Pengguna hendaklah sentiasa mengunci pintu stor sekolah selepas mengeluarkan atau mengembalikan peralatan sukan. Ini untuk memastikan stor tidak diceroboh oleh orang luar dan juga mengelakkam dari kecurian. iii. Pengguna hendaklah memastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor sukan seperti suis kipas dan lampu. Ini untuk mengelakkan daripada berlaku pembaziran dan elak litar pintas. iv. Pengguna hendaklah mematuhi peraturan stor sukan yang telah ditetapkan agar segala aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna. Pengguna yang gagal mengikut peraturan yang disediakan akan dikenakan tatatertib. v. Pengguna harus mengisi borang keluar masuk peralatan sukan. Ini untuk memastikan peralatan dipinjam dan dikembalikan dengan sempurna. Peralatan yang hilang akan dapat di jejaki dengan adanya rekod yang telah ditulis ketika peralatan dipinjam. vi. Pengguna hendaklah meletakkan peralatan sukan di tempat yang betul bagi memudahkan penyimpanan dan pencarian. Dengan ini juga, stor akan kelihatan kemas dan teratur, serta dapat mengelakkan stor daripada sesak

vii.

Pengguna hendaklah mengambil peralatan bersama pengawasan jurulatih/guru bertugas untuk elak peralatan hilang. Pengguna juga hendaklah merekod setiap pengambilan dan kembalikan pada masa yang ditetapkan.

viii.

Pengguna harus menyimpan peralatan yang merbahaya di tempat khas yang telah disediakan. Ini bertujuan untuk mengelak dari mendapat kecederaan seperti lembing harus di simpan du hujung sudut blik stor, elak dari tercucuk.

ix.

Pengguna hendaklah memastikan semua peralatan yang belum dan sudah digunakan berada dalam keadaan selamat. Peralatan yang dipinjam hendaklah dikembalikan dengan keadaan yang baik.

x.

Pengguna hendaklah membuat laporan tentang peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang perlu diperbaiki agar tindakan selanjutnya dapat diambil. Catat berapa bilangan peralatan yang rosak dan serahkan kepada jurulatih/guru yang bertugas.

2.3.2 Tatacara Penggunaan Pelajar i. Pelajar dilarang masuk ke dalam stor sukan tapa kebenaran dari guru/jurulatih. Pastikan pelajar bersama guru atau telah mendapat kebenaran semasa masuk ke dalam stor. Pelajar yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan disiplin. ii. Pelajar adalah dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam stor sukan sekolah. Ini adalah untuk mengelakkan daripada kes kecurian. Makanan dan minuman akan mengotorkan stor dan boleh mendatangkan kehadiran haiwan perosak seperti lipas. iii. Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi arahan daripada guru. Pelajar hanya boleh melakukan sesuatu hanya apabila diberi arahan. Pelajar yang ingkar akan dikenakan tatatertib. iv. Pelajar dilarang membawa keluar sebarang alatan tanpa pengetahuan guru kecuali dengan guru bertugas. Ini adalah untuk mengelakkan daripada kehilangan peralatan. Perlatan yang hilang hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru bertugas. v. Pelajar dilarang sama sekali merosakkan peralatan yang terdapat didalam stor sukan seperti menconteng dinding, merosakkan suis dan lain-lain. Pelajar yang didapati bersalah akan didenda. vi. Pelajar dilarang bermain didalam stor sukan seperti berlari-lari . bermain didalam stor boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar seperti tercedera akibat terlanggar peralatan sukan seperti lembing.

vii.

Pelajar dilarang membuang sampah di dalam stor sekolah. Buang sampah di tempat yang disediakan. Ini untuk mengelakkan stor menjadi kotor dan berbau.

viii.

Pelajar dilarang memasuki ke dalam stor sukan beramai-ramai. Ini adalah untuk mengelakkan kesesakan berada di dalam stor sukan. Ini juga untuk mengelakkan pelajar daripada melanggar peralatan sukan yang merbahaya dan berat seperti bola lontar peluru.

ix.

Pelajar hendaklah meletakkan dan susun semula peralatan yang digunakan di tempat asal. Ini bertujuan untuk mengekalkan kekemasan stor sukan. Simpan peralatan mengikut kesesuaian seperti meletakkan benda berat di lantai dan benda tajam di sudut stor. Ini untuk mengelakkan mendapat kecederaan.

2.3.3 Tatacara Penggunaan Guru i. Membuat catatan keluar masuk peralatan sukan dan pendidikan jasmani yang digunakan pelajar. ii. Memastikan stor sentiasa bersih seperti tidak berhabuk dan lantai tidak licin kerana boleh menyebabkan pengguna yang masuk mendapat sakit atau tergelincir. iii. iv. Menyediakan tong sampah di luar stor peralatan untuk sampah. Menyusun atur peralatan sukan dan meletakkan label yang betul pada almari atau para yang digunakan untuk menyimpan peralatan. v. Guru hendaklah berada bersama pelajar semasa mengambil peralatan sukan terutamanya mengambil peralatan yang merbahaya seperti lembing. Ini bertujuan untuk elak pelajar mendapat kecederaan seperti tercucuk. vi. Meletakkan atau menampal peraturan dan tatacara yang betul tentang penggunaan stor peralatan.

2.4

DEWAN/FOYER SEKOLAH

2.4.1 Tatacara Penggunaan Am

i.

Dewan hanya dibuka pada siang hari sahaja dan pada waktu pejabat. Dewan tidak akan dibuka pada waktu pejabat kecuali jika mendapat keizinan daripada guru bertugas dan diawasi oleh skurang-kurangnya seorang guru.

ii.

Dewan tidak boleh digunakan untuk permainan seperti bola tampar, hoki dan futsal. Dewan tidak sesuai untuk melakukan aktiviti sukan yang ekstrem seperti yan dinyatakan. Pengguna adalah dilarang untuk melakukan aktiviti sukan di dalam dewan.

iii.

Dewan hanya boleh dibuka sehingga jam 10.00 malam. Selepas jam 10.00 malam, dewan hendaklah ditutup. Pasti kesemua suis lampu dan kipas di tutup dan pastikan dewan dalam keadaan kemas selepas digunakan.

iv.

Dilarang membuang sampah merata-rata di dalam dewan. Ini akan menyebabkan dewan menjadi kotor. Ajk kebersihan bertanggungjawab memastikan dewan dalam keadaan bersih. Buang sampah di tong sampah yang disediakan.

v.

Kakitangan boleh menggunakan dewan pada sebarang masa di luar waktu bekerja dan ini tertakhluk pada terma dan syarat. Jika pengguna hendak menggunakan dewan pada masa lain, sila rujuk kepada guru yang bertugas.

vi.

Pengguna dilarang menggunakan selipar semasa di dalam dewan. Pengguna juga dikehendaki memakai pakaian yang kemas dan bersesuaian dengan majlis semasa berada di dalam dewan. Ini bertujuan untuk menghormati majlis yang dijalankan.

vii.

Sebarang makanan dan minuman dilaran dibawa masuk ke dalam dewan kecuali yang disediakan oleh pihak penganjur. Makanan dan minuman akan menyebabkan dewan menjadi kotor dan berbau. Ini akan menimbulkan persekitaran yang kurang menyenangkan seperti kehadiran haiwan perosak.

viii.

Kebersihan dan keselamatan dewan selepas sesuatu program yang dijalankan adalah tanggungjawab AJK yang terlibat. AJK bertanggungjawab memastikan dewan dalam keadaan bersih dan selamat seperti tiada sampah sarap dan dewan berkunci selepas digunakan.

ix.

Lampu dan kipas dewan hendaklah dimatikan selepas digunakan. Ini adalah untuk elak dari pembaziran berlaku. Ia juga untuk mengelakkan litar pintas daripada berlaku yang boleh menyebabkan kemalangan seperti kebakaran.

x.

Pengguna

tidak

dibenarkan

memindahkan

dan

mengeluarkan

mana-mana

kelengkapan dan barang simpanan di dewan tanpa kebenaran pihak yang bertanggungjawab. Sekiranya pengguna didapati menghilangkan peralatan yang terdapat di dalam dewan, tindakan tatatertib akan dikenakan.

2.4.2 Tatacara Penggunaan Pelajar i. Pelajar dikehendaki memakai pakaian sekolah atau pakaian rasmi semasa memasuki dewan. Pelajar dilarang berseleuar jeans dan baju yang berwarna-warni semasa berada di dewan. Semasa memasuki dewan, pelajar dikehendaki memakai pakaian rasmi bertujuan unutk menghormati majlis dan bersopan. ii. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan dewan tanpa kebenaran daripada guru bertugas. Pelajar harus mendapatkan surat kebenaran daripada pihak atasan seperti guru besar untuk menggunakan dewan. Pelajar harus mempunyai seorang guru untuk mengawasi kegiatan yan mereka jalankan. iii. Pelajar dilarang membuat aktiviti yang tidak bermoral semasa menggunakan dewan seperti membuat demonstrasi bantahan, konsert dan lain-lain. Ini akan menyebabkan dewan menjadi bising dan mengganggu ketenteraman orang lain. Ini juga kan menimbulkan sifat perkauman, bangsa dan Negara. iv. Para pelajar hanya dibenarkan menggunakan dewan pada waktu petang sahaja pada hari persekolahan manakala pada hari cuti, dewan digunakan waktu pagi dan petang. Pelajar hendaklah meminta kebenaran terlebih dahulu pada guru bertugas sebelum menggunakan dewan. v. Pelajar yang ingin menggunakan dewan hendaklah melantik AJK yang bertugas. Ini untuk memastikan keadaan di dalam dewan terkawal sebelum dan selepas majlis yang dijalankan. Ini untuk mengelakkan dewan menjadi kotor dan dalam keadaan kemas selepas penggunaan. vi. Pelajar dilarang membawa makanan dan minuman masuk kedalam dewan. Makanan dan minuman akan mengundang haiwan perosak seperti lalat dan lipas. Makanan dan minuman juga kan menyebabkan dewan menjadi kotor seperti tumpahan air minuman dan sisa-sisa makanan yang terjatuh. vii. Pelajar hendaklah memastikan segala suis lampu dan kipas yang digunakan dimatikan selepas penggunaan dewan. Ini bertujuan untuk elak pembaziran dan berlakunya litar pintas yang boleh menyebabkan kemalangan seperti kebakaran. viii. Pelajar dilarang memindahkan keluar barang yang terdapat pada dalam dewan. Pelajar yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan tatatertib. Segala kehilangan akan ditanggungjawabkan keatas pelajar yang terlibat di dalam dewan tersebut. ix. Pelajar hendaklah melaporkan kepada guru jika mendapati ada peralatan yang rosak. Lapor segera agar tindakan seterusnya dapt diambil. Guru hendaklah memastikan

peralatan tersebut benar-benar rosak sebelum melaporkan pada pihak yang bertanggungjawab untuk membaikinya.

2.4.3 Tatacara Penggunaan Guru i. Guru hanya membenarkan penggunaan dewan sehingga jam 10.00 malam. Dewan mesti di tutup selepas jam 10.00 malam. Ini adalah untuk keselamatan pelajar dimana pada waktu malam, guru tiada untuk mengawasi kegiatan pelajar. ii. iii. Memantau aktiviti yang dilakukan pelajar ketika berada di dalam dewan. Memastikan tiada dinding yang ditebuk, ditampal atau diconteng oleh pelajar atau pengguna yang menggunakan dewan sekolah. iv. Memastikan tiada aktiviti yang berunsur politik, perkauman atau hasutan terutama sekali yang dibuat oleh pelajar sekolah dan guru-guru. v. Melaporkan dengan segera kepada pihak pengurusan sekiranya terdapat kerosakan serius pada dewan. vi. Memastikan suis lampu, kipas, soket dan lain-lain barangan elektrik dimatikan sebelum keluar dan mengunci pintu.

3.0

RUMUSAN Keselamatan merupakan perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan. Keselamatan

juga bermaksud keadaan terlindungi daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga termasuk dalam konteks terlindung daripada sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan dan ekonomi. Keselamatan amat penting dalam kehidupan seharian kita untuk memastikan aktiviti harian menjadi lebih teratur dan sempurna. Ia bukan sahaja patut diamalkan di dalam rumah, malah seharusnya diamalkan ketika kita melakukan aktiviti luar terutamanya. Sebagai guru, peranan dalam menjaga keselamatan adalah seperti memastikan pelajar yang dibawah jagaannya melakukan tugas dengan berhemah seperti berhati-hati semasa memindahkan barang yang merbahaya, iaitu peralatan sukan seperti bola lontar peluru. Begitu juga dengan tugas sebagai seorang pelajar, dimana mereka seharusnya mengamalkan keselamatan semasa

mengendalikan sesuatu yang berkaitan dengan peralatan elektrik seperti komputer. Mereka harus memastikan kesemua suis yang tidak digunakan harus dimatikan sebelum meninggalkan makmal komputer. Begitu juga dengan penggunaan dewan, pengguna harus memastikan meja dan bangku berada dalam keadaan selamat seperti mengeluarkan bangku dan meja yang telah rosak, untuk mengelak daripada pengguna yang menggunakan terjatuh akibat bangku yang patah. Selain daripada itu, pekerja kantin yang bertugas hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian seperti memakai selipar supaya pekerja tidak terjatuh atau terlicin semasa menjalankan tugas di dapur. Masyarakat harus sedar tentang kepentingan menjaga keselamatan kerana dengan menjaga keselamatan, kesihatan kita juga akan terjamin demi meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup seseorang individu dan masyarakat. Selain dapat mempertingkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan , masyarakat juga dapat memupuk budaya keselamatan dalam kalangan guru, juga kepada pelajar serta mereka yang berkepentingan seperti pihak ibubapa.

RUJUKAN Allan,P.. (1990). The School Development Plan dalam Gilbert, C.(ed.)(1990)Local Management Of Schools: A Guide for Governors Working Together,London: Sage

Mohd. Salleh Lebar (1998). Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Thinkers Library Sdn. Bhd.

Noor Masliza Md Salleh. (2007). Keselamatan Di Sekolah : Panduan keselamatan kanakkanak. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Sonia Blandford. (2007). Mengurus Sumber Di Sekolah. ITNM

http://www.slideshare.net/21haroun/m2-2845101

www.smksungaitapang.edu.my

http://cikgupj.blogspot.com/2011/01/polisi-keselamatan-kegiatan-luar-bilik_716.html

http://www.scribd.com/doc/2675321/pengurusan-makmal-sains

http://www.scribd.com/doc/12726481/Peraturan-Keselamatan-Dlm-Bengkel

http://skdua.blogspot.com/2008/11/peraturan-keselamatan.html

You might also like