Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
11Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Cerpen Warga Emas

Cerpen Warga Emas

Ratings: (0)|Views: 15,912 |Likes:
Published by GCSasteraSTPM
Analisa dan Kajian Cerpen Usia Emas Dalam Teks Permata -Kesusasteraan Melayu Komunikatif
Analisa dan Kajian Cerpen Usia Emas Dalam Teks Permata -Kesusasteraan Melayu Komunikatif

More info:

Published by: GCSasteraSTPM on Aug 08, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/10/2013

pdf

text

original

 
Cerpen Usia Emas
oleh: Abdullah HussainCerpen dimulai oleh Abdullah Hussain dengan menceritakan kisah seorangkawan lamanya yang bernama Cikgu Baharum dalam usia 80 tahun telah diangkatselaku tokoh warga emas di daerahnya. Pengarang lantas mengirim poskad tahniahatas anugerah yang diterima oleh kawannya. Walau bagaimanapun, dalam jawapanbalas, Cikgu Baharum menyatakan penerimaanya terhadap anugerah tersebut adalahatas dasar “malu alah saja”. Hal ini menimbulkan persoalan kepada pengarang.Apakah anugerah warga emas tiada mempunyai nilai yang harus dibanggakan?Dalam memecahkan persoalan tersebut, pengarang telah membaca beberapapetikan ayat al-Quran dan akhirnya mendapat jawapan yang dikehendakinya.Anugerah warga emas adalah tidak releven dengan kehidupan umat Islam. Anugerahtersebut berasal usul daripada budaya hidup masyarakat luar yang ghairah denganpemberian
award 
termasuk kepada orang tua yang sedang menanti ajal. Tidaksepatutnya orang yang telah tua diberikan anugerah yang nyata tiada memberimanfaat kepada mereka lagi. Bagi pengarang, kematian orang yang tuabukan untukdiratapi sebagai “satu kehilangan besar” sebaliknya perlu dilepaskan dengan redadan diiringi doa ke atas rohnya. Tema: Tema kasih sayang - kasih sayang daripada anak-anak dan masyarakat yangdiperlukan oleh warga emas dalam menghabiskan sisa hidup mereka.Curahan kasihsayang jauh lebih penting daripada pemberian anugerah.Peristiwa-peristiwa penting:1. Cikgu Baharum menerima anugerah tokoh warga emas daerah dan beritapenganugerahannya itu telah disiarkan di akhbar Utusan Malaysia.2. Penulis terkenangkan semula Cikgu Baharum yang telah tidak ditemuinya iaitukira-kira 5 tahun yang lalu, ketika sama-sama merayakan hari lahir yang ke-75 tahun.3. Penulis juga turut mengingati semula perwatakan cikgu Baharum ketika waktumudanya dahulu, di samping itu juga penulis teringatkan bagaimana dia berkenalandengan cikgu Baharum.4. Keakraban hubungan antara cikgu Baharum dan penulis di mana mereka salingberutus-utus poskad dan akhirnya mereka sudah menjadi seperti saudara sehinggaberanak dan bercucu.
 
5. Penulis mengutuskan poskad mengucapkan tahniah di atas penganugerahan tokohwarga emas kepada cikgu Baharum membawa penulis terkenang semula rahsia awetmuda yang turut disiarkan dalam rencana yang turut ditulis oleh wartawan yangmenemuramahnya.6. Penulis dan Cikgu Baharum saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain untukbertukar-tukar ilmu pengetahuan kerana cikgu Baharum seorang yang banyak ilmupengetahuannya kerana dia suka membaca.7. Penulis akhirnya mendapat juga jawapan bagi persoalan yang sengaja dibiarkanoleh Cikgu Baharum untuknya berfikir iaitu tentang usia emas.8. Rumusan yang penulis dapati dari surah Ahqaf ayat 15 hingga 19 tentangkewajipan anak untuk berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa apabila merekamenginjak usia emas.9. Penulis bermimpi melihat cikgu Baharum turun dari rumahnya dengan memakai jubah putih, kepalanya tidak bertutup dan dia melambaikan tangan tanpa suara kearah penulis.10. Selepas selesai solat sunat tahajud dan berzikir isteri penulis menjawab panggilantelefon yang membawa khabar tentang kematian cikgu Baharum. Penulispasrah danredha dengan pemergiannya.Persoalan1. Persoalan tentang keagamaan, ayat-ayat suci al-Quran merupakan panduan danpedoman tentang kehidupan kepada manusia yang ingin mengambilnya sebagaiiktibar. Penulis banyak memasukkan petikan-petikan ayat-ayat al-Quran daribeberapa suarah antaranya surah an-Nahl ayat 70, surah al-Isra’ ayat 23 dan surahal-Ahfat. Kesemua petikan ayat-ayat al-Quran itu menceritakan tentang kehidupanmanusia yang antara lainnya tanggungjawab anak terhadap orang tua. (hlm.121)2. Persoalan tentang menghormati orang tua.Anak-anak seharusnya menghormatidan mengasihani orang tua yang sudah lanjut usia kerana ianya adalah tuntutanagama. Sebagaimana yang dicatatkan oleh pengarang berdasarkan ayat 23: Surah al-Isra yang mana Maha suci Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani telahmemerintahkan Nabi Muhammad supaya mengasihani ibu bapanya. (hlm. 124)3. Persoalan tentang persahabatan/setiakawan. hubungan yang akrab yangmenjalinkan ukhuwah persaudaraan yang kukuh. Pengarang dan Cikgu Baharumsaling ziarah-menziarahi antara satu sama lain malah mereka juga sering berutusposkad tanda ingatan yang berkekalan.(hlm 121)
 
4. Persoalan tentang kesihatan. Kesihatan yang dijaga menerusi amalan senamantertentu akan mengekalkan tahap kesihatan seseorang dan boleh memanjang usiaseseorang. Cikgu Baharum seorang yang sangat mementingkan kesihatan dirinya,terbukti sejak zaman muda dia telah mengamalkan senaman radio taisyo setiap pagiyang dipelajari pada zaman Jepun lagi.(hlm. 119)5. Persoalan pengaruh budaya asing. Masyarakat di negara kita mudah terikut-ikutdengan budaya dari luar sehingga semua yang dibuat masyarakat luar hendak ditirubiarpun ianya tidak sesuai dan releven dengan budaya kita. Buktinya Cikgu Baharummenganggap penganugerahan tokoh warga emas adalah tidak releven denganbudaya masyarakat Melayu yang sepatutnya diberi peluang untuk beribadat kepadatuhan.(hlm.122)6. Persoalan tentang Disiplin Diri. Disiplin dalam melakukan rutin kehidupan adalahruang untuk mencapai kejayaan. Cikgu Baharum seorang yang mementingkandisipilin diri sebagaimana yang diceritakan kepada wartawan yangmenemuramahnya, setiap hari dia akan bangun seawall jam 5.00 pagi melakukansenama radio taisyo, mandi serta berwuduk dan menunaikan solat subuh, bersarapandan berpagi-pagian ke tempat kerja. (hlm. 119-120)7. Persoalan kerajinan dalam pekerjaan. pelbagai tugas yang diberikan dijalankandengan penuh komitmen. Cikgu Baharum selain mengajar dia juga memegang jawatan sebagai guru senaman dan juga guru pengawas disipilin pelajar. (hlm. 120)8. persoalan tentang warga emas. seringkali usia seseorang yang melewati usiawarga emas, terpaksa berhadapan dengan cabaran terutama anak-anak yang tidaksanggup untuk menjaganya. Inilah yang diingati oleh penulis tentang perlunyakeikhlasan anak-anak untuk mengambil tanggungjawab menjaga dan mengasihaniibubapa yang sudah tua. Tidak sebagaimana masyarakat Jepun yang mana anak-anak Jepun enggan memelihara orang tua mereka , malah mereka tergamak menghantarorang tua ke rumah kebajikan. (hlm. 123-124)Aspek Watak dan Perwatakan:
A.Watak Cikgu Baharum
1. Aspek Latarbelakang:1.1Seorang guru pelatih yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke MPSItetapi gagal (118)1.2Lahir pada tanggal 25 Mac1.3Berusia 80 tahun1.4Guru senaman dan juga pengawas disiplin pelajar (zaman muda)1.5Penulis yang produktif (Cerpen, puisi, pantun dan rencana) karyanyadisiarkan oleh Warta Malaya (singapura)1.6Pandai jawi (tulisan jawinya halus dan cantik)1.7Dianugerahkan sebagai tokoh warga emas daerah.2.Aspek Fizikal:2.1Tinggi2.2Maskulin2.3Tegak (Macam tentera)

Activity (11)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Zan Tiger'z liked this
Sue Syeree liked this
Deva Rythm liked this
Nadirah Lott liked this
Nas Rul liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->