You are on page 1of 40

ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

ASAS ELEKTRIK: Struktur atom Sifat pengalir dan penebat Kuantiti dan unit elektrik Arus terus dan arus ulang alik Sumber dan kegunaan elektrik
NAMA : NUR JANNAH NABIHAH BT SABRI

STRUKTUR ATOM
Semua jirim mempunyai atom. Atom terdiri daripada nukleus di bahagian tengah dan dikelilingi oleh elekton.

Nukleus terdiri daripada proton dan neutron. Proton = cas positif Neutron = tidak bercas Atom mempunyai elektron yang sentiasa bergerak mengelilingi nukleus dalam orbit. Elektron = cas negatif Berat elektron = 1/1840 berat proton

Bilangan elektron bergantung kepada jenis atom. Contoh : Karbon = 6 elektron Kuprum = 29 elektron Dalam keadaan biasa bilangan elektron sesuatu atom adalah sama dengan bilangan proton.

Atom mempunyai orbit berlapis-lapis. Setiap orbit mempunyai bilangan elektron dan paras tenaga yang tertentu. Orbit-orbit ini ditandakan dengan huruf K, L, M, N dan seterusnya. Orbit yang paling hampir dengan nukleus ialah orbit K dan orbit paling luar sekali dikenali sebagai orbit valensi. Elektron yang terdapat dalam orbit valensi dipanggil elektron valensi.

Bilangan maksimum yang boleh ditampung oleh setiap orbit ditentukan dengan menggunakan formula 2n^2, di mana n mewakili nombor orbit mengikut kedudukan dari nukleus.

Elektron bergerak mengelilingi nukleus dalam orbitnya. Elektron-elektron ini kekal beredar dalam orbitnya kerana kesan daya tarikan di antara proton dengan elektron. Elektron yang berada hampir dengan nukleus lebih kuat terikat. Ianya sukar dikeluarkan dari orbit berbanding dengan elektron yang berada jauh daripada nukleus. Jika elektron di orbit valensi dikenakan tenaga luar, ia akan keluar dari orbitnya dan dan menjadi elektron bebas. Terdapat pelbagai cara untuk mengeluarkan elektron dari orbitnya, antaranya ialah secara aruhan magnet, tindakan haba, kimia, cahaya, tekanan dan elektrik.

Bilangan elektron valensi sesuatu atom menentukan ciri elektrik atom itu.
Bil. Elektron valensi 1, 2 atau 3 4, 5 Ciri elektrik Pengalir Bahan separuh pengalir (semikonduktor) Contoh unsur Kuprum, emas, aluminium Karbon, silikon, germanium

5, 6, 7

Penebat

Posforus, sulfur

HUKUM CAS ELEKTRIK : Hukum ini menjadi asas penting untuk memahami bagaimana aliran arus elektrik terjadi. Jika 2 objek yang berlainan cas dihampirkan, objek tersebut akan menarik antara satu sama lain. Jika 2 objek yang sama casnya dihampirkan maka ia akan menolak antara satu sama lain.

SIFAT PENGALIR DAN PENEBAT


Bahan yang membenarkan arus eletrik mengalir melaluinya. Aliran arus dalam sesuatu pengalir tidak dapat bergerak dengan bebas kerana halangan elektron dan atom-atom dalam pengalir ini. Halangan ini dikenali sebagai rintangan. Bahan pengalir yang rendah rintangannya adalah pengalir yang baik. Contoh pengalir : kuprum, aluminium, emas besi, plumbum.

PENGALIR

Rintangan yang diberikan oleh pengalir bergantung kepada : 1. Panjang bahan Semakin panjang suatu bahan, semakin tinggi rintangannya. 2. Luas muka keratan bahan Semakin besar luas permukaan sesuatu bahan, semakin rendah rintangannya. 3. Jenis bahan Bahan yang berlainan jenis mempunyai rintangan yang berbeza. 4. Suhu Semakin tinggi suhu bahan, semakin tinggi rintangannya.

Bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Penebat yang baik mempunyai rintangan yang sangat tinggi.

PENEBAT

Contoh bahan : plastik, kertas, getah, PVC dan kain. Bahan penebat selalunya digunakan untuk menghalang kebocoran arus elektrik

KUANTITI DAN UNIT ELEKTRIK

CAS

ARUS

VOLTAN

RINTANGAN

1. CAS Tenaga elektrik terdiri daripada cas positif yang dibawa oleh proton dan negatif oleh elektron. Cas positif mempunyai lebih banyak bilangan proton. Cas negatif mempunyai lebih banyak bilangan neutron. Objek yang mempunyai bilangan proton dan neutron yang sama ianya neutral.

Kuantiti cas yang dibawa oleh satu proton dan satu elektron adalah sama besar. Kuantiti cas elektrik (Q) ini disukat dalam unit coulomb (C). Satu coulomb cas ialah sejumlah cas yang dipunyai oleh 6.24 x 10^18 (proton atau elektron)

Contoh : Seutas dawai tembaga mempunyai 24.96 x 10^18 elektron bebas. Berapakah jumlah cas yang terdapat dalam wayar tersebut? Penyelesaian Diberi: bilangan elektron ialah 24.96 x 10^18 elektron 1 coulomb ialah 6.24 X 10^18 elektron

Oleh itu: Cas (Q) = =

24.96 X 10^18 elektron 6.24 X 1018 elektron 4 coulomb

2. ARUS Arus elektrik (I) disukat dalam unit ampere (A). Jika 1 coulomb cas mengalir melalui satu titik pada pengalir setiap saat, pengalir tersebut membawa arus sebanyak 1 ampere.Hubungan tersebut boleh ditulis dalam bentuk persamaan berikut:

Arus =

cas(Q) Masa(t)

I=

Q t

I disukat dalam ampere, Q dalam coulomb dan t dalam saat

Contoh : Hitung nilai arus yang mengalir dalam satu litar elektrik apabila 75 coulomb cas elektrik melalui titik tertentu selama 30 saat.

Penyelesaian Diberi: Q = 75 C dan t = 30s Oleh itu : arus = 75 C 30s = 2.5 C/s = 2.5 A

3. VOLTAN Apabila dua terminal suatu bateri disambungkan oleh pengalir, arus elektrik akan mengalir. Satu terminal akan membekalkan elektron melalui pengalir tersebut manakala terminal yang satu lagi menerimanya. Pengaliran arus ini disebabkan oleh voltan (V), atau beza upaya, merentasi kedua-dua terminal bateri itu. Semakin banyak elektron yang boleh dibekal dan diterima oleh terminal bateri tersebut, semakin tinggi voltannya. Voltan diukur dalam unit volt (V).

4. RINTANGAN Rintangan ialah suatu ciri bahan pengalir yang menghalang pengaliran arus elektrik di dalamnya. Bagi satu nilai voltan (V) yang dikenakan pada suatu litar elektrik, kuantiti rintangan (R) dalam litar tersebut akan menentukan jumlah arus (I) yang mengalir. Kuantiti rintangan (R) disukat dalam unit ohm (W). Satu bahan dikatakan mempunyai nilai rintangan 1 ohm apabila ianya dapat membenarkan arus 1 ampere mengalir dalam litar apabila voltan 1 volt dikenakan kepadanya. Pertalian ketiga-tiga kuantiti ini dinyatakan dalam Hukum Ohm.

ARUS TERUS DAN ARUS ULANG ALIK


1. ARUS TERUS (AT) Arus elektrik ialah suatu pergerakan cas-cas. Kejadian ini boleh ditunjukkan dengan menyambung satu mentol kepada kutub positif dan negatif satu bateri melalui wayar kuprum. Arus akan mengalir melalui wayar dan filamen mentol menyebabkan mentol menyala. Arus yang terhasil daripada bateri ini mengalir dalam satu arah sahaja dan dinamakan arus terus (AT).

Bentuk gelombang arus terus

2. ARUS ULANG-ALIK Bekalan elektrik daripada stesen janakuasa ke rumah, sekolah, kilang dan sebagainya mempunyai ciri aliran arus yang berlainan. Arah arus ini sentiasa bertukar fasa dari positif ke negatif dan sebaliknya berulang-ulang. Perubahan arah aliran arus ulang alik disebabkan oleh perubahan kekutuban punca voltan secara berselang-seli.

SUMBER DAN KEGUNAAN ELEKTRIK


Tenaga elektrik boleh dihasilkan melalui beberapa sumber tenaga seperti cahaya, haba dan kimia. Tenaga elektrik untuk kegunaan harian banyak dihasilkan dengan tindakan kimia dan kemagnetan.

Proses penghasilan tenaga elektrik : 1. Tindakan kimia 2. Tindakan kemagnetan 3. Tindakan cahaya 4. Tindakan haba 5. Tindakan tekanan 6. Tindakan geseran

1. TINDAKAN KIMIA Sel kering dan sel basah a. Sel kering

Digunakan untuk alat-alat yang tidak memerlukan tenaga elektrik yang banyak. Tindakan kimia berlaku di dalam sel apabila sel kering digunakan. Voltan sel kering biasanya 1.5 V. Boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz. Jenis arus ialah arus terus

b. Sel basah

Dapat menghasilkan tenaga elektrik yang banyak. Sel asid plumbum ialah sejenis sel basah. Bekas sel basah dibuat daripada plastik atau getah. Plat berpositif berbilangan ganjil, plat bernegatif berbilangan genap. Voltan sel asid plumbum biasanya 2 V. Sel basah boleh dicas apabila tenaga elektrik menjadi lemah. Apabila paras elektrolit berkurangan, boleh dipenuhkan dengan air suling. Bacaan meter tumpat kurang daripada 1.2 menunjukkan sel itu perlu dicas semula.

2. Tenaga elektrik daripada kemagnetan a. Arus elektrik boleh dijana apabila; 1 pengalir memotong medan magnet yang tidak bergerak. Medan magnet bergerak memotong pengalir yang tidak bergerak.

b. Arus yang dihasilkan boleh ditambahkan sekiranya; Magnet yang lebih kuat digunakan. Bilangan lilitan pengalir ditambah. Kelajuan pemotongan di antara pengalir dengan medan magnet ditambah.

c. Penghasilan arus melalui aruhan ialah prinsip yang digunakan di dalam sebuah dinamo :

Roda berpusing di dalam dinamo memutarkan magnet. Putaran ini mengaruhkan tenaga elektrik di dalam gelung dawai yang dililit di sekeliling teras besi. Teras besi meningkatkan lagi arus yang dijanakan. Arus yang dijanakan oleh dinamo adalah arus ulang alik.

3. Tenaga elektrik daripada cahaya Sedikit arus elektrik terhasil apabila cahaya memancar ke atas permukaan bahan tertentu seperti kalium, natrium, selenium dan kalsium. Digunakan dalam satelit. Sel solar digunakan untuk menukar cahaya daripada matahari kepada tenaga elektrik. Digunakan dalam kalkulator dan kamera.

4. Tenaga elektrik daripada haba Boleh dihasilkan oleh 2 logam yang berlainan yang dibelit dan dipanaskan. Alat ini disebut termokupel dan digunakan sebagai termometer untuk menyukat suhu haba dalam relau gas automatik dan oven.

5. Tenaga elektrik daripada tekanan Sedikit arus elektrik boleh dihasilkan apabila tekanan dikenakan pada sejenis hablur kuartz dan garam Rochelle. Kuasa elektrik yang dihasilkan bergantung kepada banyaknya tekanan dikenakan ke atas hablur yang terkapit di antara 2 plat logam. Prinsip ini digunakan dalam alat penyala gas, alat pemain piring hitam dan mikrofon.

6. Tenaga elektrik daripada geseran Apabila benda-benda tertentu digeserkan, elektron berpindah dari satu bahan ke bahan yang lain. Bahan yang menerima elektron itu menjadi cas negatif dan yang menghilangkan elektron menjadi cas positif. Apabila 2 bahan yang berlainan cas disambungkan, cas elektrik bergerak. Pergerakan cas elektrik ini dipanggil elektrik statik.

SEKIAN

You might also like