You are on page 1of 25

PERSEDIAAN KELOMPOK

LANGKAH 1 : MEMILIH AHLI UNTUK BERKELOMPOK


Proses pemilihan perlu dijalankan dengan baik. Pemilihan ahli yang rela dan sesuai dengan matlamat kelompok amat penting. contoh :seorang guru kaunseling di sekolah ingin mengadakan aktiviti kelompok pencegahan,pemulihan @ perkayaan perlu memberitahu semua warga sekolah agar mereka jelas.

Aktiviti kelompok kaunseling bagi memulihkan masalah ponteng,maka guru kaunseling boleh membuat pemberitahuan awal kepada semua Ketua perlu memikirkan mengenai jenis ahli akan menyertai kelompok ponteng tersebut.Adakah ia dianggotai oleh satu jenis pelajar sahaja atau kelompok pelajar perempuan(kerana isu sensitif mungkin perlu kawalan jantina demi maruah)

Ahli yang lebih rela selalunya amat membantu dalam proses kelompok kaunseling berbanding ahli tidak rela. contoh : kes kelompok ponteng yang akan dilaksanakan di sekolah

LANGKAH 2 : MENENTUKAN SAIZ KELOMPOK


Jumlah saiz sesuatu kelompok adalah berbeza. Ohlsen (1977) memberi pendapat 4-8 ahli adalah satu jumlah yang unggul. Hansen (1976) pula mengutarakan bilangan yang hampir serupa 7-8 orang Jumlah ahli kelompok yang kecil @ besar mempengaruhi proses kelompok tersebut.

Bagi hansen (1976) ahli yang terlalu kecil (kurang dari lima), ia kurang berfungsi sebagai satu kelompok Bagi ahli terlalu ramai,usaha untuk mewujudkan hubungan yang bermakna serta kesan di antara ahli akan menjadi lemah dan berkurangan. Lazimnya,saiznya kelompok ini amat bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis permasalahan yang timbul,umur,pengalaman dan latar belakang kaunselor,tempat pertemuan,pendekatan atau kaedah matlamat kelompok

LANGKAH 3 : KEKERAPAN PERTEMUAN KELOMPOK


Kekerapan pertemuan itu seharusnya dinyatakan kepada ahli oleh ketua atau kaunselor kelompok kerana adalah menjadi tanggungjawab ketua untuk memberi senario ringkas mengenai kekerapan perjumpaan kelompok yang mereka anggotai.

Jumlah atau bilangan perjumpaan dalam kelompok sering dikaitkan dengan isu dan matlamat yang ingin dicapai.

Bagi kelompok yang hanya ditubuhkan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan atau perbincangkan isu yang mudah dan jelas maka jumlah pertemuan mungkin tidak banyak berbanding dengan kelompok yang membincangkan isu yang lebih serius dan berat.

Kekerapan pertemuan juga dipergaruhi oleh jenis dan bilangan ahli. bagi kelompok ahli yang jelas matlamat seperti kelompok homogenuous dan bilangan ahli yang sedikit,kemungkinan mereka jarang berjumpa .

LANGKAH 4 : JANGKAMASA BERKELOMPOK

Bergantung kepada keadaan ,ada sesi kelompok yang dijalankan secara berterusan selama 10 hingga 20 jam,dan ada yang menjalankan selama 20 ke 30minit. Jangkamasa sesi juga dipergaruhi oleh beberapa faktor seperti jenis ahli,bilangan ahli,orentasi atau pendekatan kelompok

Kelompok yang dianggotai jenis ahli yang cepat bosan dan agak lembab,jangka masa yang dicadangkan adalah lebih pendek berbanding dengan kelompok yang dianggotai oleh ahli yang mampu untuk berbincang dengan lebih lama. Jangkamasa yang pendek (30-40minit) juga dicadangkan kepada kelompok kanak-kanak dan remaja yang sememangnya agak kurang berupaya untuk membincangkan perkara yang berat.

Bilangan ahli yang ramai didalam kelompok juga akan mengheret kelompok untuk bersidang dengan lebih lama berbanding kelompok yang ahlinya sedikit.Kelompok yang mempunyai ramai ahli,masa yang dicadangkan 69-90minit. Kelompok yang memerlukan beberapa pendekatan atau orentasi akan mengambil masa yang panjang.Masa yang dicadangkan 90-120minit dimana kaunseling yang dijalankan amat serius yang memerlukan mereka berinteraksi.

Corak kepimpinan ketua juga memainkan peranan menentukan sesi kaunseling berlangsung.Pemimpin yang berstruktur dan direktif kemungkinan jangkamasa yang diambil adalah pendek. Jangkamasa sesi juga bergantung kepada struktur organisasi atau setting tertentu.

LANGKAH 5 : TEMPAT PERTEMUAN KELOMPOK

Tidak semua tempat sesuai untuk proses kaunseling mahupun kelompok. Tempat yang sebaiknya menepati ciri utama seperti privacy agar ahli berinteraksi dalam kelompok yang tertutup.Ahli mesti diyakinkan bahawa tiada sesiapa diluar kelompok yang mendengar segala perbualan.Jika ketua tidak mengambil berat hal ini kemungkinan terbantut atau perkembangan positif terhalang.

Penglibatan ahli tanpa penglibatan yang ikhlas dan serius menghadiri emosi,mental dan rohanikelompok tidak akan bergerak lebih jauh @ maju,kerana tempat begitu memainkan peranan yang penting agar memberi keselesaan kepada semua ahli.

Dalam suasana yang selesa,ahli akan mudah memberi kerjasama dan penglibatan yang sepenuhnya. Susunan dalam bulatan yang besar juga memberi peluang untuk sama-sama kongsi nisbah ruang.Ruang yang besar juga membolehkan ahli bergerak bebas sekiranya pendekatan berasaskan aktiviti.

Bilik yang jauh daripada bising seperti berhampiran jalan raya @ laluan utama akan mengganggu proses kaunseling.

Proses kelompok juga akan terhalang oleh baubauan yang tidak menyenangkan seperti kedudukan tempat kelompok di tepi tandas sekolah,serta tempat kelompok yang terdedah kepada panas terik serta sebagainya

LANGKAH 6 :MEMULAKAN PERTEMUAN KELOMPOK Kemahiran,pengetahuan dan pengalaman dalam kaunseling yang tidak memadai jika seseorang itu ingin melaksanakan proses menolongkan individu.Maka pengalaman dalam kelompok juga amat penting untuk pastikan kejayaan dalam kelompok. Pada peringkat pertemuan awal,ketua sebaiknya mengelakkan diri daripada menganggap bahawa semua telah dirancang.

Kemungkinan terdapat beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh ahli.Di sini ketua perlu bersikap terbuka dan peka kepada keperluan dan cadangan ahli. Pada peringkat ini apa yang perlu dilakukan oleh ketua ialah lebih banyak mendengar dan cuba menyesuaikan segala keperluan dan kehendak ahli dengan matlamat yang ingin dicapai.

TAHAP-TAHAP KELOMPOK

a.TAHAP PERMULAAN
(Tahap Perkembangan Sosial) Ia bermula dari sesi pertama sehingga ke sesi keenam (kurang/lebih) Ini bergantung kepada jenis kumpulan,jangka masa sesi dan ahlinya. Dalam tahap ini ahli-ahlinya hanya mementingkan kepada dirinya sahaja.Kebanyakkan ahli akan merasakan tertekan,kecewa dan penuh dengan konflik.

Pada tahap ini kebanyakkan ahli cuba menguji kebolehan dan keberanian. Ada ahli akan cuba mengelak dari melibatkan diri dari konflik.

B. TAHAP PERTENGAHAN
(TAHAP PENEROKAAN DAN PELAKSANAAN TUGASAN)

Pada tahap ini matlamat akan cuba dicapai Ahli-ahli akan belajar perkara-perkara yang abru,membincangkan pelbagai isu dan tajuk/berkongsi perkara perkara yang peribadi dalam suasana teraputik.

Bermula dari orientasi tugas akan masuk kepada frasa rasional dan emosi.

Ahli akan menggunakan maklumbalas emosi untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu. Fasa yang berikutnya ialah fasa berkongsi idea tentang pilihan-pilihan ke arah penyelesaian masalah.

C. TAHAP PENAMATAN
Tempoh dan jangka masa tahap ini bergantung kepada jenis kelompok dan juga perkembangan yang telah berlaku.
Kebanyakkan kumpulan hanya memerlukan satu sesi sahaja untuk penamtan. Namun ada juga kumpulan yang memerlukan dua-tiga sesi .

Akhir sekali ketua/fasilitator akan menutup kelompok.

You might also like