You are on page 1of 6

2.0 2.1.

FOKUS KAJIAN Isu / masalah kajian

Berdasarkan

pengalaman pengkaji ketika menjalankan sesi Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P) di SK Sultan Muzaffar Shah, pengkaji mendapati kebanyakan subjek tidak dapat menyelesaikan masalah operasi tambah dengan betul berdasarkan hasil lembaran kerja yang diedarkan. Disamping itu juga, terdapat segelintir murid yang menulis bentuk nombor secara terbalik. Daripada tinjauan terhadap masalah ini, pengkaji mendapati ia berpunca disebabkan oleh terdapat segelintir subjek tidak dapat mengenalpasti (mengenal bentuk) nombor asas ( 1 hingga 10) dengan baik. Malah, masih terdapat segelintir daripada mereka tidak dapat membilang nombor 1 hingga 10 dengan betul. Keadaan ini telah menyebabkan murid-murid ini tidak mampu untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan oleh pengkaji semasa mengendalikan slot matematik. Masalah-masalah ini dikenalpasti dan direkodkan di dalam bentuk graf seperti dibawah:

graf tahap penguasaan kemahiran murid


Menyelesaikan operasi tambah 19% Mengecam dan membilang nombor 49%

Menulis nombor 32%

Rajah? :

graf perbezaan penguasaan kemahiran

Masalah-masalah ini merungsingkan pengkaji dan mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran kelas. Objektif pembelajaran sukar untuk dicapai disebabkan oleh masalah-masalah yang timbul. Selain itu, masa yang pengkaji peruntukkan untuk setiap langkah bagi aktiviti yang dijalankan menjadi berkurangan.

Dapat disimpulkan bahawa kejayaan atau kegagalan seseorang subjek itu dalam mengenal dan mengecam nombor itu bergantung juga pada cara pendekatan teknik mengajar yang disampaikan oleh seseorang guru itu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan subjek mengenal dan mengecam nombor dengan menggunakan bahan maujud dalam kalangan subjek pra-sekolah. Kajian ini dapat memberi maklumat dalam meningkatkan teknik dan kaedah pembelajaran ilmu matematik untuk guru-guru yang mengajar di pra sekolah. Data yang diperoleh dalam kajian ini juga dapat membantu kajian-kajian di masa hadapan.

2.2.

Fokus Kajian

Kajian ini memfokuskan kepada masalah penguasaan asas nombor (1 hingga 10) iaitu dari segi penguasaan mengecam dan membilang nombor mengikut urutan. Masalah seperti menulis dan menyelesaikan operasi tambah tidak begitu dominan bagi kajian ini. Ini kerana mengecam dan membilang nombor mengikut urutan merupakan asas bagi konsep awal matematik. Jika konsep asas ini tidak dapat dikuasai , secara logiknya ia akan mengganggu subjek untuk menguasai konsep yang lebih tinggi peringkatnya.

Melalui kajian ini, pengkaji yakin pendekatan kaedah maujud, ianya dapat membantu subjek dalam menguasai kemahiran mengenal, mengecam sekaligus dapat mengira dengan baik dan lancar. Tambahan lagi, diharapkan kajian ini dapat membantu mereka dalam menyelesaikan tugasan dan kerja sekolah dengan baik sekaligus memantapkan pemerolehan 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) mereka. Hal ini juga secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk memantapkan pemahaman serta mahir dalam asas matematik bagi penyediaan menempuh pembelajaran di kelas perdana kelak.

2.3.

Tinjauan masalah

Bagi mendapatkan informasi tentang kajian yang hendak dilakukan, pengkaji telah melakukan pemerhatian terhadap 24 orang murid Prasekolah Exora. Melalui pemerhatian dan tinjaun yang telah dibuat sewaktu mengendalikan praktikum, pengkaji mendapati kebanyakan subjek tidak dapat menguasai asas matematik dengan betul iaitu mengira dan mengecam nombor. Melalui dapatan hasil kerja subjek itu sendiri, pengkaji dapat menyatakan bahawa terdapat beberapa kesalahan yang kerap diulang oleh mereka. Antaranya seperti tidak menulis nombor mengikut urutan, menulis nombor mengikut bentuk yang salah serta lemah dalam aktiviti mengira.

Di samping itu, ketika pengkaji menjalankan aktiviti di ruang pembelajaran, pengkaji memanggil beberapa orang subjek untuk tampil kehadapan menulis nombor yang disebut oleh pengkaji. Malangnya, subjek ini seperti malu dan tiada keyakinan diri. Apabila disoal, barulah pengkaji mengetahui bahawa subjek tidak tahu untuk menulis nombor yang dinyatakan.

Sebelum pengkaji memilih aktiviti yang bersesuaian untuk dilaksanakan, pengkaji telah berbincang bersama dengan guru pembimbing untuk mendapatkan pandangan dan pendapat beliau bagi menyesuaikan dengan tahap perkembangan responden.nIni secara tidak langsung memberi gambaran yang jelas kepada pengkaji tentang masalah yang dihadapi dan pengkaji harus mengambil langkah yang lebih produktif untuk menanganinya.

2.4

Analisis tinjauan masalah

Jadual ? menunjukkan pencapaian murid dalam kemahiran mengenal dan membilang nombor mengikut urutan yang diperolehi melalui pemerhatian dan perbincamgan bersama guru pembimbing.
BIL MURIDMURID BOLEH MENGENAL NOMBOR 1-10 X X X X X X X X X BOLEH MEMBILANG SECARA MENAIK X X X X X X X X X BOLEH MEMBILANG SECARA MENURUN X X X X X X X X X X X X

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24

MURID 1 MURID 2 MURID 3 MURID 4 MURID 5 MURID 6 MURID 7 MURID 8 MURID 9 MURID 10 MURID 11 MURID 12 MURID 13 MURID 14 MURID 15 MURID 16 MURID 17 MURID 18 MURID 19 MURID 20 MURID 21 MURID 22 MURID 23 MURID 24

Jadual ?:

kebolehan murid murid mengenal dan membilang nombor 1 hingga 10 mengikut urutan menaik dan menurun.

Petunjuk: =boleh X =tidak boleh

Berdasarkan hasil analisis diatas, terdapat 4 orang murid menunjukkan kelemahan yang agak ketara bagi ketiga-tiga kemahiran. Dapatan ini adalah tepat kerana merupakan hasil daripda pemerhatian serta perbincangan bersama guru pembimbing.

You might also like