You are on page 1of 30

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN


PENGENALAN
Pendekatan pengajaran guru dalam bilik darjah amat bergantung kepada bagaimana pelajar mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Ahli-ahli psikologi telah mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa teori pembelajaran. Teori-teori ini boleh dibahagikan kepada teori-teori pembelajaran behaviorisme, sosial dan kognitif. Teori pembelajaran behaviorisme berfokus kepada tingkah laku dan persekitaran, teori pembelajaran sosial berfokus kepada tingkah laku dan pemikiran, sementara teori pembelajaran kognitif berfokus kepada pemikiran. Bab ini menjelaskan tentang teoriteori ini dan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Diharapkan para guru dapat membuat refleksi tentang pendekatan pengajaran mereka dan mengaitkannya dengan teori-teori pembelajaran yang berkenaan. Bab ini bukan sahaja berguna untuk guru, tetapi juga untuk pelajar untuk mengetahui cara pembelajaran sendiri yang efektif.

OBJEKTIF
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat: 1. menghuraikan teori-teori pembelajaran behaviorisme, sosial dan kognitif; 2. menjelaskan teori-teori pembelajaran Gagne, Ausubel, Bruner dan konstruktivisme; dan 3. menerangkan pembelajaran langsung, koperatif dan masteri.

6.1

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

Adakah anda pernah memberi hadiah (seperti coklat atau buku) kepada diri anda atau anak anda apabila anda atau dia mencapai sesuatu (seperti mendapat A dalam peperiksaan)?

Menurut ahli-ahli psikologi behavioral, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling berkaitan. Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur. Ahli-ahli psikologi behavioris berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yang kita boleh diperhatikan. Kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita dapat membuat
120

OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

pemerhatian terhadap perlakuan manusia. Dari tingkah laku ini kita dapat membuat kesimpulan tentang apa yang sedang difikirkan. Antara tokoh-tokoh behaviorisme yang terkemuka ialah ahli-ahli pelaziman klasik Pavlov dan Watson serta ahli-ahli pelaziman operan Thorndike dan Skinner.

6.1.1

Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Rangsangan pula ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Contohnya, kebanyakan guru apabila mendengar loceng, akan keluar dari bilik guru atau kelas untuk mengawasi pelajar. Tingkah laku ini terbawa-bawa hingga ke rumah, iaitu apabila guru mendengar bunyi loceng di rumah, beliau akan keluar dari bilik dan memerhati ahli-ahli keluarganya. Daripada contoh ini, bunyi loceng tersebut adalah rangsangan, manakala tindakan guru tersebut adalah gerak balas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Melalui eksperimen Pavlov terhadap seekor anjing, 3 peringkat pelaziman telah dihasilkan iaitu (a) sebelum pelaziman, (b) semasa pelaziman dan (c) selepas pelaziman. Hasil eksperimen Pavlov dapat dirumuskan dalam Jadual 6.1. Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukan oleh Pavlov. Konsep tersebut ialah (a) generalisasi, (b)diskriminasi dan (c) penghapusan. (a) Generalisasi Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Contohnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam satu mata pelajaran (kimia) telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran (biologi).

OUM

121

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

Jadual 4.1: Eksperimen Pavlov

(b) Diskriminasi Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng. Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian bahasa Inggeris atau ujian sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut amat berbeza dari mata pelajaran sains. (c) Penghapusan Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan. Jadual 6.2 menunjukkan rumusan dapatan kajian Pavlov.

122

OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

Jadual 6.2: Rumusan Dapatan Kajian Pavlov

6.1.2

Teori Pelaziman Klasik Watson

Selain Ivan Pavlov, John B. Watson merupakan seorang lagi ahli psikologi yang menggunakan perkataan behaviorisme untuk menerangkan perubahan tingkah laku dalam proses pembelajaran. Beliau telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan secara klasik. Beliau telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak-kanak lelaki bernama Albert, yang berumur 11bulan. Dalam kajiannya, beliau telah menunjukkan kepada kanak-kanak tersebut seekor tikus putih. Pada mulanya kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus tersebut, tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus tersebut, kanak-kanak tersebut menjadi takut dan menangis. Keadaan ini diulang beberapa kali sehingga menimbulkan perasan takut kanak-kanak tersebut pada tikus putih.

OUM

123

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

Berdasarkan penyelidikannya ini, Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas yang akan dihasilkan. Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi. Dalam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang menyeronokkan.

6.1.3

Teori Pelaziman Operan Thorndike

E. L. Thorndike merupakan ahli behavioris pertama yang mengemukakan konsep pelaziman operan. Beliau menjalankan kajiannya ke atas haiwan seperti kucing, ayam, anjing dan monyet. Melalui kajiannya ke atas seekor kucing, yang dimasukkan ke dalam sebuah sangkar dengan makanan diletakkan di luar sangkar, beliau mendapati kucing tersebut telah melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar. Pembelajaran ini dikenali sebagai pembelajaran cuba jaya. Melalui pembelajaran cuba jaya ini, kucing tersebut melakukan pelbagai reaksi; dan apabila terpijak selak pintu, sangkar itu terbuka. Kucing tersebut akan keluar untuk mendapatkan makanan. Apabila dimasukkan ke dalam sangkar itu semula, sekali lagi kucing tersebut akan melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar tersebut. Dengan kata lain kucing tersebut belajar membuka pintu sangkar secara cuba jaya dan pengulangan. Melalui eksperimen ini, Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas). Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu, yang disebut sebagai hukum pembelajaran. Hukum-hukum pembelajaran ini dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu (a) Hukum Kesediaan, (b) Hukum Latihan dan (c) Hukum Kesan. (a) Hukum Kesediaan Menurut Thorndike (1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna. Rumusannya, hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada, sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar. Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek yang utama, iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif. (b) Hukum Latihan Menurut Thorndike, perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (R-G) akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Contohnya, jika pelajar selalu mengulangkaji rumus matematiknya, dia akan dapat mengingatinya dengan lebih mudah. Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Hukum latihan ini sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan.

124

OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

Rajah 6.1: Hukum pembelajaran Thorndike

(c) Hukum Kesan Hukum kesan menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang meyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-G. Contohnya, jika dalam eksperimen Thorndike, kucing tersebut mendapat kejutan elektrik apabila keluar dari sangkar, kesannya tentulah menyakitkan dan ia tidak akan mempunyai motivasi untuk keluar dari sangkar. Rumusannya, jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan, ia akan diulang, tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan ia akan lenyap. Berdasarkan kepada tiga hukum yang telah dikemukan oleh Thorndike, maka guru bolehlah menggunakannya sebagai salah satu pendekatan yang berkesan untuk merangka strategi pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah. Antara strategi yang boleh digunakan oleh guru ialah: Mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan. Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons yang betul. Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar. Guru memulakan pengajaran setelah beliau mendapati pelajar bersedia dari aspek kognitif, fizikal dan afektif.

OUM

125

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

Anda perlu mengajar kepada pelajar anda teori behaviorisme. Bagaimanakah akan anda gunakan tiga hukum Thorndike untuk mengajar teori ini? (i) (ii) Hukum kesediaan Hukum latihan

(iii) Hukum kesan

6.1.4

Teori Pelaziman Operan Skinner

B.F. Skinner bersependapat dengan Pavlov, tetapi menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau telah menghasilkan Skinner Box di mana tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya boleh diperhatikan dan direkod/diukur. Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Skinner (1953), dalam teori pelaziman operan gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.

Rajah 6.2: B. F. Skinner

Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

126

OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan. (a) Peneguhan Positif Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual 6.3 menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif.
Jadual 6.3: Peneguhan Positif

Tingkah Laku
Pelajar kemukakan soalan dengan baik

Kesan/Akibat
Guru memuji pelajar

Tingkah laku Masa Hadapan


Pelajar kemukakan lebih banyak soalan yang baik.

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah (a) memuji secara ikhlas, (b) memuji dengan cepat, (c) memuji tanpa pilih kasih, (d) memuji usaha dan cuba jaya, (e) memuji tingkah laku yang spesifik dan (f) memuji jawapan atau respons yang spontan. (b) Peneguhan Negatif Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa). Jadual 6.4 menunjukkan satu lagi contoh peneguhan negatif.
Jadual 6.4: Peneguhan Negatif

Tingkah Laku
Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya

Kesan/Akibat
Guru menegur pelajar

Tingkah laku Masa Hadapan


Pelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya

Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Rajah 6.5 menunjukkan jadual peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadual peneguhan ini meliputi peneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap, peneguhan berkala berubah, peneguhan berkala nisbah tetap dan peneguhan berkala nisbah berubah.

OUM

127

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

Jadual 6.5: Jadual Peneguhan Peneguhan Maksud Contoh Bentuk Gerak Balas Cepat memberi kesan. Tindakan apabila peneguhan diberhentikan Kurang ketekunan dan kehilangan tindak balas dengan cepat. Menunjukkan sedikit ketekunan dan penurunan pada kadar yang pantas dalam gerak balas apabila masa peneguhan berlalu. Ketekunan masih tinggi dan kadar penurunan gerak balas yang perlahan.

Peneguhan berterusan.

Peneguhan diberi Menonton selepas setiap televisyen gerak balas.

Peneguhan diberi Kuiz Peneguhan mingguan berkala tetap selepas satu (fixed-interval) jangka masa yang ditetapkan.

Tahap gerak balas meningkat apabila diberi peneguhan tetapi menurun selepas peneguhan diberikan. Pelajar akan lambat memberi gerak balas; berhenti seketika selepas peneguhan.

Peneguhan berkala berubah (variableinterval) Peneguhan berkala nisbah tetap (fixed-ratio)

Peneguhan selepas jangka masa berubahubah.

Pop kuiz

Peneguhan selepas bilangan set gerak balas yang telah ditetapkan. Peneguhan selepas beberapa bilangan gerakbalas yang berubah-ubah.

Kerja yang dibayar mengikut kadar.

Cepat memberi gerak balas; berhenti seketika selepas peneguhan.

Tiada nilai peneguhan dimana peneguhan hilang nilainya bila kerap diberikan peneguhan yang sama. Kekal tinggi.

Peneguhan berkala nisbah berubah (variable ratio)

Mesin yang mengeluarkan tiket dengan memasukkan wang ke dalamnya.

Gerak balas yang sangat tinggi dan masih menunjukkan gerak balas walaupun peneguhan tidak diberikan.

(c) Dendaan Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Jadual 6.6 menunjukkan satu lagi contoh dendaan.

Jadual 6.6: Dendaan

Tingkah Laku
Pelajar membuat bising dalam kelas

Kesan/Akibat
Gurumemberi amaran kepada pelajar

Tingkah laku Masa Hadapan


Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas

128

OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan persembahan (jenis I) dan kedua dendaan penyingkiran (Jenis II). Dendaan Persembahan Dendaan persembahan (presentation punishment) berlaku apabila sesuatu rangsangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Dendaan bentuk ini tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan pelajar. Contohnya, larian padang, sistem demerit, guru memberi kerja tambahan. Dendaan Penyingkiran Dendaan penyingkiran (removal punishment) berkaitan dengan penyingkiran rangsangan. Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak memberi kemudahan apabila seseorang pelajar tidak berkelakuan betul. Contoh mengenakan dendaan penyingkiran ialah seperti tidak membenarkan mereka menonton televisyen dalam tempoh seminggu, sebab mereka tidak membuat kerja rumah Matematik. Untuk menjadikan dendaan lebih efektif, beberapa peringkatan perlu diambil kira. Antaranya ialah: Dendaan dilakukan segera, sebaik sahaja perlakuan tidak diingini dipamerkan. Orang yang menerima dendaan mesti tahu mengapa dia dihukum. Dendaan hendaklah diberi atas dasar untuk mengubah kelakuan dan bukan sebagai balasan perlakuannya. Dendaan dikenakan hendaklah tekal. Kalau si A dikenakan 3 rotan untuk kesalahan yang dilakukan, maka si B juga mesti dikenakan 3 rotan untuk kesalahan yang sama.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa dendaan boleh menghasilkan gangguan emosi yang berpanjangan dan ia juga boleh membawa kepada persoalan etika. Dendaan yang keterlaluan boleh dianggap sebagai suatu deraan dan dendaan yang dikenakan secara berterusan boleh membentuk tingkah laku yang negatif, seperti pengasingan diri, rasa rendah diri dan menggangu perkembangan emosi dalam jangka masa yang panjang. (d) Prinsip Premack Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini. Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan. (e) Pelupusan Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika: Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti. Peneguhan itu tidak lagi digunakan. Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.

OUM

129

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

Aplikasi Teori Skinner dalam Bilik Darjah


Teori pembelajaran Skinner boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah berasaskan kepada prinsip-prinsip berikut: Pemberian peneguhan positif apabila pelajar melakukan sesuatu tingkah laku yang diingini hendaklah secara bersistematik. Ganjaran yang diberi haruslah bersesuaian dengan umur pelajar. Wujudkan ganjaran mengikut kadar kepayahan tingkah laku yang diingini. Guru perlu herhati-hati apabila memberi peneguhan negatif kepada pelajar kerana dia mungkin akan dianggap sebagai hukuman. Gerak balas yang diperoleh hasil dari rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk pelaziman. Guru perlu memberikan keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulangulang.

Sediakan maklumat berikut untuk 4 jenis teori behaviorisme. Pavlov Watson Thorndike Skinner

Ciri-ciri

Contoh

Persamaan

Perbezaan

Latihan 6.1
Huraikan beserta contoh cara guru melaksanakan peneguhan positif dan negatif dalam kelas.

130

OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

6.2

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Teori pembelajaran sosial (social learning theory) telah diasaskan oleh Albert Bandura (1986, 1977, 1998, 2000). Teori pembelajaran sosial ini telah dinamakan semula sebagai Teori kognitif sosial oleh Bandura sendiri (Moore, 2002). Teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran (Santrock, 2001). Faktor kognitif akan mempengaruhi jangkaan pelajar tentang kejayaannya; sementara faktor sosial, termasuk pemerhatian pelajar tentang tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya, akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut. Teori pembelajaran sosial menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan sejarah perkembangan seseorang atau bertindak pasif terhadap pengaruh persekitaran. Dalam banyak hal, manusia adalah selektif dan bukan entiti yang pasif, yang boleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka. Manusia saling memerlukan, pengaruhmempengaruhi antara satu sama lain. Ahli-ahli psikologi sosial termasuklah Albert Bandura, Walter Mischel, Julian Rotter, Martin Seligman dan lain-lain. Albert Bandura (1925-) adalah seorang profesor psikologi di Universiti Stanford dan beliau telah mengemukakan Model Determinisme Timbal Balik (reciprocal determinism model) dan Teori Pembelajaran Peniruan.

Rajah 6.3: Albert Bandura

(a) Model Determinisme Timbal Balik Bandura mengemukakan model determinisme timbal balik yang mengandungi tiga faktor utama, iaitu perlakuan, individu (kognisi) dan persekitaran (lihat Rajah 6.4). Faktor-faktor tersebut saling berinteraksi dan mempengaruhi pembelajaran. Bandura berpendapat bahawa perlakuan seseorang adalah hasil interaksi antara faktor dalam diri (kognisi) dan persekitaran.

OUM

131

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

Rajah 4.4: Model Determinisme Timbal Balik Sumber: Santrock, 2001 Educational Psychology, ms 256

(b) Teori Pembelajaran Peniruan Bandura telah menjalankan kajian bersama Walter (1963) ke atas kesan perlakuan kanakkanak apabila mereka menonton video tentang orang dewasa memukul, mengetuk dengan tukul besi, menendang dan duduk atas patung Bobo, menumbuk sambil menjeritjerit sockeroo. Bandura telah menayangkan video tersebut kepada kanak-kanak tadika. Kemudian mereka diarahkan pergi ke bilik permainan yang terdapat patung seperti Bobo di situ. Apabila kanak-kanak tersebut nampak patung itu, mereka pun melakukan aksiaksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam tayangan tadi. Mengikut Bandura, apabila tingkah laku seseorang itu ditiru. Orang yang ditiru itu secara spontan menjadi model kepada si peniru. Menurut teori ini, terdapat beberapa cara peniruan boleh dilakukan: Proses tiruan mudah, iaitu meniru secara langsung. Contohnya, guru mendemonstrasi cara membuat kapal terbang menggunakan kertas dan pelajar meniru secara langsung. Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Contohnya, kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang, jadi perlakuan bersorak adalah taksekatlakuan di padang. Tetapi jika kanak-kanak tersebut bersorak dalam kelas semasa guru sedang mengajar, tentulah guru akan memarahinya dan diberi tahu perlakuan yang ditirunya tidak dibenarkan dalam keadaan tersebut. Jadi perlakuan tersebut menjadi sekatlakuan dalam situasi tersebut. Proses tiruan melalui elisitasi timbul apabila kita melihat perlakuan orang lain. Contohnya, kita melihat jiran kita masak mee untuk berbuka puasa, lalu timbul keinginan dalam diri kita untuk membuat perlakuan yang sama. Maka keinginan kita untuk meniru timbul setelah melihat jiran melakukan perlakuan tersebut. Proses peniruan melalui empat langkah tertentu, iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi.

132

OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

Pemerhatian, iaitu apabila seseorang ingin meniru perlakuan model, mula-mula dia akan perhatikan model tersebut dan cuba mengingat langkah-langkah yang dilaksanakan oleh model tersebut. Penyimpanan, iaitu langkah-langkah perlakuan model akan disimpan dalam ingatan oleh pelajar. Pengeluaran, iaitu tingkah laku yang ditiru diperlihatkan dalam situasi yang sesuai. Motivasi, iaitu sekiranya tingkah laku yang diperlihatkan menerima peneguhan (motivasi) daripada orang lain, peniruan akan diulangi. (Rujukan: http://www.ship.edu/~cgboeree/bandura.html)

Latihan 6.2
Huraikan beserta contoh langkah-langkah dalam proses peniruan.

6.3

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah proses mental yang aktif untuk mendapatkan, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu. Fokus kajian ahli psikologi kognitif ialah terhadap proses aktif minda individu untuk memahami persekitarannya. Cara individu berfikir tentang situasi, termasuk kepercayaannya, jangkaannya dan perasaannya, mempengaruhi fakta yang individu pelajari dan cara dia belajar. Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah hasil pembelajaran dan kuasa ilmu yang mendorong seseorang belajar (Woolfolk,1998). Anderson et al. (dalam Woolfolk, 1998) menyatakan bahawa: Instead of being passively influenced by environment events, people actively choose, practice, pay attention, ignore, reflect and make many other decisions as they pursue goals. Older cognitive views emphasized the acquisition of knowledge, but newer approaches stress its construction. Ini bermakna manusia secara aktif memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, merenung kembali dan membuat banyak keputusan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam persekitaran bagi mencapai matlamat mereka. Begitu juga, Slavin (1997) menyatakan pembelajaran adalah proses aktif minda yang berfokus kepada maklumat penting, menapis maklumat tidak penting dan menggunakan maklumat sedia ada untuk membuat pemilihan. Untuk memahami pembelajaran dari perspektif kognitif dengan lebih mendalam, bahagian berikut menjelaskan tentang psikologi gestalt, eksperimen Kohler dan model pemprosesan maklumat. Ahli-ahli psikologi kognitif yang terdahulu termasuklah Max Wertheimer, Kurt Koffka dan Wolfgang Kohler (dikenali juga sebagai ahli psikologi Gestalt). Kohler, dalam kajiannya ke atas cimpanzi yang bernama Sultan, telah menemui pembelajaran melalui celik akal (insight).

OUM

133

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

Oleh itu, pandangan ahli psikologi kognitif terhadap pembelajaran juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Gestalt (Banks & Thompson, 1995). Ahli psikologi kognitif yang lain, seperti Edward Tolman, memajukan konsep pembelajaran latent, iaitu pembelajaran berlaku tanpa peneguhan, yang digunakan juga oleh Jean Piaget, Jerome Bruner, David Ausubel dan Robert Gagne. Ahli psikologi kognitif kini berpendapat bahawa pembelajaran melibatkan dua proses mental penting, iaitu persepsi (pengamatan) dan pembentukan konsep (penanggapan). Gagne melihat proses pembelajaran sebagai langkah-langkah individu memproses maklumat. Ausubel pula telah mengemukakan pembelajaran resepsi dan bermakna. Seterusnya, Bruner mengemukakan pembentukan konsep dan pembelajaran penemuan.

6.3.1

Teori Pembelajaran Gestalt

Fahaman psikologi gestalt telah menjadi asas kepada perkembangan psikologi kognitif. Psikologi gestalt telah diasaskan di Jerman. Perkataan gestalt adalah perkataan dalam bahasa Jerman yang bermaksud pola (pattern atau configuration). Tetapi, fahaman gestalt lebih mendalam daripada kata-kata tersebut. Ahli-ahli gestalt berpendapat, dalam mengkaji subjek dari aspek psikologikal daripada proses pemerhatian yang mudah kepada personalitinya, kita perlu melihat polanya sebagai satu keseluruhan (as a whole). Teori gestalt dirumuskan sebagai the whole is greater than the sum of its parts. Kohler, salah seorang pengasas psikologi gestalt, melalui kajiannya ke atas seekor cimpanzi (Sultan) telah mengemukakan konsep celik akal (insight). Celik akal bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba dan lengkap. Bagaimanapun, individu memerlukan masa untuk berfikir kerana dia perlu melihat unsur-unsur berkaitan yang ada dalam persekitarannya dan mengaitkannya dengan pengalaman lepas. Dalam kajiannya, Kohler telah meletakkan seekor cimpanzi bernama Sultan yang lapar dalam sebuah sangkar. Di luar sangkar terdapat sebiji pisang dan beberapa batang buluh yang panjangnya berbeza-beza. Sultan cuba mendapatkan pisang beberapa kali dengan menggunakan buluh tersebut, tetapi gagal. Sultan duduk berdiam diri seketika, mengamati buluh-buluh dan memikirkan alternatif-alternatif untuk menyelesaikan masalahnya.Tiba-tiba dia mendapat idea. Di saat tercetusnya idea itulah yang dikenali sebagai celik akal. Dia mengambil buluh pendek dan menggunakannya untuk mendapat buluh panjang dan seterusnya menggunakannya untuk mengambil pisang.

Rajah 6.5: Celik akal tercetusnya idea atau penyelesaian 134

OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

Pernahkah anda berfikir bagaimana maklumat yang anda terima umpamanya dari membaca bab ini diproses oleh otak anda?

Kohler, Koffka dan Wertheimer telah menubuhkan psikologi gestalt. Ahli-ahli psikologi gestalt, seperti Kohler, Koffka dan Wertheimer, banyak memperkatakan tentang persepsi dan pembentukan konsep. Mereka telah mengemukakan prinsip yang berkaitan dengan organisasi persepsi dan penanggapan manusia. Walaupun fahaman gestalt ini telah berkubur, tetapi kebanyakan idea yang telah dikemukakannya telah diguna pakai dan dikembangkan oleh aliran psikologi kognitif dan aliran psikologi humanistik.

6.3.2

Model Pemprosesan Maklumat

Pemprosesan maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan dengan menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digunakan (Woolfolk, 1998). Model memproses maklumat sama seperti model komputer (Lihat Rajah 6.6), iaitu terdiri daripada ingatan deria (sensory memory), ingatan jangka pendek atau ingatan kerja (short-term/ working memory) dan ingatan jangka panjang (long-term memory). (a) Ingatan Deria Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang wujud pada deria manusia. Masa simpanan maklumat ialah antara 1 hingga 3 saat. Jika maklumat ini tidak diproses, ia akan hilang serta merta. (b) Ingatan Jangka Pendek Kapasiti ingatan jangka pendek adalah kecil. Tempoh simpanan maklumat adalah antara 5 hingga 20 saat. Maklumat diproses, ditapis, disusun atau disintesis untuk dihantar ke stor ingatan jangka panjang untuk disimpan. Salah satu cara untuk menyimpan maklumat baru ialah secara ulang sebut berkali-kali (rehearsal). Contohnya, dalam pengajaranpembelajaran, guru berhenti sebentar, tanya soalan tentang fakta yang telah diterangkan; selepas pelajar respon, ulang semula penerangan. (c) Ingatan Jangka Panjang Ingatan jangka panjang mempunyai kapasiti besar. Ia menyimpan maklumat lebih lama, iaitu lebih daripada beberapa minit hingga ke beberapa tahun. Ingatan jangka panjang, dari segi kandungan boleh dibahagikan kepada 3, iaitu ingatan episodik, semantik dan prosedural: Ingatan episodik Ingatan episodic adalah ingatan tentang peristiwa yang dialami seseorang sepanjang hayatnya, lengkap dengan masa dan tempat. Contohnya, mengingat peristiwa jatuh basikal. Ingatan semantik Ingatan semantik adalah ingatan tentang makna, iaitu menyimpan konsep, fakta, hukum, skema atau imej. Contohnya, mengingat makna semantik.

OUM

135

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

Ingatan prosedural Ingatan prosedural adalah ingatan tentang bagaimana melakukan sesuatu, terutamanya yang melibatkan aktiviti fizikal yang berurutan. Contohnya, mengingat bagaimana menaiki basikal, sekiranya anda telah lama tidak menaiki basikal.

Rajah 6.6: Model memproses maklumat Sumber: Atkinson & Shiffrin, 1968; Gagne, 1985

Perbezaan antara ingatan deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang ditunjukkan dalam Jadual 6.7.
Jadual 6.7: Perbezaan antara Tiga Tahap Ingatan Ciri Kemasukan maklumat Pengekalan maklumat Kapasiti Kehilangan maklumat Lama ingatan Mengingat semula Ingatan Deria Pra-perhatian Tidak boleh Besar Tidak digunakan Ingatan Jangkaan Pendek Perlukan perhatian Perhatian berterusan/ ulangan Kecil - Gangguan - Terlalu banyak - Usang 5 hingga 20 saat Automatik Ingatan Jangka Panjang Perlukan pengulangan Ulangan/ Latih-tubi/ Penyusunan Tiada had - Mungkin tiada - Gangguan - Usang Beberapa minit hingga beberapa tahun Perlu proses mencari

1 hingga 3 saat

136

OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

Latihan 6.3
1. 2. Terangkan pendapat ahli psikologi kognitif tentang pembelajaran. Bincangkan apa yang dimaksudkan dengan ingatan episodik dan ingatan semantik.

6.3.3

Teori Pembelajaran Gagne

Robert M. Gagne telah dilahirkan pada tahun 1916 dan merupakan seorang ahli psikologi eksperimental yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan pembelajaran serta telah terlibat dalam latihan dan masalah-masalah pendidikan yang lain. Gagne telah banyak menulis kertas kerja dan buku tentang psikologi gunaan. Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat (hierarchy), iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks. Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal. Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam Rajah 6.7.

Rajah 6.7: Peringkat pembelajaran Gagne

Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti berikut: (a) Pembelajaran Isyarat Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabila seseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang ke rumah dengan wajah masam atau muram, anak-anaknya dapat isyarat ayah mereka tidak suka diganggu. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, bila guru

OUM

137

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan memberi ucapan, Selamat sejahtera, cikgu!. Dalam hal ini, murid-murid telah dilazimkan dengan tingkah laku tersebut. (b) Pembelajaran Gerak Balas Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi pujian, Bagus, Ali pandai !. Ali akan mengulang tingkah laku itu lagi (membuat kerja sekolah dengan baik) untuk mendapat pujian daripada ibunya. (c) Pembelajaran Rangkaian Motor Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. (d) Pembelajaran Pertalian Bahasa Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu. (e) Pembelajaran Diskriminasi Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yang sama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbanding maklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yang berlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran. Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang. (f) Pembelajaran Konsep Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat. (g) Pembelajaran Hukum Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi. (h) Pembelajaran Penyelesaian Masalah Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat, membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan. Gagne (1974, 1977) dan Gagne dan Briggs (1979) telah mengemukakan satu model pembelajaran langsung yang berasaskan model teori pemprosesan maklumat, di mana lapan fasa pengajaran disesuaikan dengan lapan fasa pembelajaran (Slavin,1997). Fasa-fasa pembelajaran dan pengajaran tersebut ditunjukkan dalam Rajah 6.8.
138

OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

Rajah 6.8: Fasa pembelajaran dan pengajaran Gagne

Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Gagne Prinsip pembelajaran dan pengajaran Gagne boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut: Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah (peringkat asas) kepada yang rumit. Sebelum guru mengajar sesuatu kemahiran yang lebih tinggi, guru mesti memastikan pelajar telah menguasai kemahiran asas yang perlu untuk pelajaran baru. Supaya pembelajaran menjadi berkesan, Gagne mencadangkan agar guru merancang pengajaran yang meliputi langkah-langkah yang dicadangkannya, iaitu meliputi 8 fasa pengajaran yang berinteraksi dengan 8 fasa pembelajaran.

OUM

139

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

Latihan 6.4
Jelaskan bagaimana anda mengajar satu tajuk pelajaran tertentu dengan menggunakan prinsip pembelajaran dan pengajaran Gagne.

6.3.4

Teori Pembelajaran Ausubel

David Ausubel (1963, 1977) mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal learning), termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna. (a) Model Pembelajaran Ekspositori Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998). (b) Penyusunan Awal Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada penyusunan awal. Ia merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut. Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari. Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Ausubel Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut: Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran resepsi (penerimaan) atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang lengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah.

140

OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan pelajar mengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.

Latihan 6.5
Jelaskan bagaimana anda mengajar satu tajuk pelajaran tertentu dengan menggunakan prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel.

6.3.5

Teori Pembelajaran Bruner

Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan seorang ahli psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat. Bruner telah mengemukakan perkembangan mental manusia terbahagi kepada 3 tahap: Peringkat enaktif (0-2 tahun) Peringkat ikonik (2-4 tahun) Peringkat simbolik (5-7 tahun)

Rajah 4.9: Jerome S. Bruner

(a) Peringkat Enaktif Pada peringkat ini (0-2 tahun), kanak-kanak akan bergerak ke arah sesuatu yang menarik perhatiannya. Oleh itu, kanak-kanak banyak menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan masalah, kerana kanak-kanak pada masa ini masih belum pandai berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa. Sesuatu objek itu akan dipegang untuk memperoleh makna atau tafsiran bagi dirinya. Contohnya, kanak-kanak cuba meletakkan sebatang kayu pada suatu sangga untuk melihat keseimbangannya. (b) Peringkat Ikonik Pada peringkat ini (2-4 tahun), kanak-kanak telah berupaya menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu. Kanak-kanak juga berupaya

OUM

141

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

menyebut objek yang tiada di hadapan matanya, iaitu telah terbentuk imej mental. Contohnya, kanak-kanak tersebut boleh melukiskan kayu yang seimbang di atas sangganya, walaupun objek tersebut tiada di hadapan matanya. (c) Peringkat Simbolik Pada peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah boleh menggunakan simbol, seperti perkataan dan bahasa untuk menghuraikan pengalamannya, iaitu bermulanya penaakulan simbolik. Contohnya, kanak-kanak boleh menerangkan bagaimana kayu yang diletakkan di atas sangga menjadi seimbang.

Adakah tahap perkembangan Bruner sama atau berlainan dari peringkat perkembangan Piaget? Apakah persamaan dan perbezaannya?

Pembelajaran Penemuan Bruner


Bruner telah mengemukakan pembelajaran penemuan. Dalam pembelajaran ini, pelajar diperkenalkan dengan satu fenomena. Contohnya, mengapa air terkumpul pada bahagian luar gelas yang mengandungi ais di dalamnya. Selepas fenomena ini diperkenalkan, pelajar dikehendaki menyiasat bagaimana fenomena ini boleh terjadi. Pelajar akan menyiasat daripada beberapa sumber maklumat, seperti buku-buku di perpustakaan, perbincangan dengan kawan, perbincangan dengan guru, membuat pemerhatian atau membuat uji kaji sendiri. Setelah jawapan diperoleh, jawapan tersebut dibincangkan bersama guru dan pelajar lain di dalam kelas.

Latihan 6.6
Jelaskan bagaimana anda mengajar satu tajuk pelajaran tertentu dengan menggunakan teori pembelajaran Bruner.

6.3.6 Teori Pembelajaran Konstruktivisme


Menurut Borich dan Tombari (1997), dalam bukunya Educational Psychology. A Contemporary Approach (ms. 177), pendekatan pembelajaran konstruktivisme (constructivism) ialah Constructivism is an approach to learning in which learners are provided the opportunity to construct their own sense of what is being learned by building internal connections or relationships among the ideas and facts being taught. Dalam definisi ini, mereka menjelaskan bahawa konstruktivisme adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Oleh itu, konstuktivisme juga dikenali sebagai fahaman binaan.
142

OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

Seterusnya, menurut Woolfolk (1998), dalam bukunya Educational Psychology, Constructivist perspectives View that emphasizes the active role of the learner in building understanding and making sense of information. Dari kenyataan-kenyataan ini jelaslah bahawa mengikut teori pembelajaran konsruktivisme, pelajar perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari.

Sejarah Pendekatan Konstruktivisme


Konstruktivisme bukanlah satu konsep baru. Ia berasal daripada bidang falsafah dan telah digunakan dalam bidang sosiologi dan antropologi dan juga dalam bidang psikologi kognitif dan pendidikan. Pada tahun 1710, ahli falsafah konstruktivis yang pertama, iaitu Giambatista Vico, mengatakan one only knows something if one can explain it (Yager, 1999). Immanuel Kant menyokong pendapat ini dan mengatakan bahawa manusia bukanlah penerima maklumat yang pasif. Misalnya, pelajar menerima maklumat dengan aktif, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah diasimilasinya, dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat tersebut (Cheek, 1992). Seterusnya, perspektif konstruktivisme ini terhasil daripada kajian Piaget, Vygotsky, ahli psikologi gestalt, Bartlett, Bruner, Von Glaserfeld, Anderson, Dewey, Papert dan Confrey. Pembelajaran bermakna (meaningful learning), mengikut John Dewey (1966), melibatkan belajar dengan membuat (learning by doing), yang kemudiannya dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan. Dewey mempelopori gerakan progresivisme dalam pendidikan. Dalam keadaan yang sama, kita menyaksikan Jean Piaget (1951) lebih awal mengutarakan tentang perkembangan kognitif dalam karya terjemahan, Play, Dreams and Imitation in Childhood dan Vygotsky (1978) dalam Mind in Society yang dikaitkan dengan perspektif konstruktivisme dalam perkembangan minda kanak-kanak. Sejak satu setengah dekad yang lampau, di Amerika Syarikat pengajaran dan buku teks telah diolah agar lebih menjurus kepada penggalakan proses berfikir, menyelesaikan masalah dan membina keupayaan untuk belajar. Inilah gerakan konstruktivisme yang sudah dilaksanakan di Amerika Syarikat, yang juga mengambil kira pemikiran Dewey dan Bruner. Dalam konteks tempatan, kita menyaksikan gerakan ini sudah bermula dalam pembelajaran sains dan matematik yang cuba menyemarakkan perspektif konstruktivisme.

Pembelajaran dan Pengajaran Konstruktivisme


Pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme boleh dilaksana dengan memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut: Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep. Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain. Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka. Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap pandangan mereka. Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.
143

OUM

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

Menyediakan aktiviti-akativiti berbentuk hands on dan minds on. Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar. Menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya. Meminta pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina. Menggalakkan pelajar mengemukakan hipotesis. Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar. Memberi peluang pelajar berinteraksi dengan guru dan peljar-pelajar lain. Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar. Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan. (Ramlah & Mahani, 2002) Kesimpulannya, terdapat pelbagai teori pengajaran-pembelajaran yang telah dikaji oleh ahliahli psikologi dan teori-teori ini boleh digunakan oleh guru-guru dalam membantu proses pengajaran-pembelajaran yang berkesan. Di samping itu, guru-guru perlulah memahami pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan berdasarkan teori-teori pengajaranpembelajaran yang ada.

Latihan 6.7
Dalam pendekatan pengajaran konstruktivisme, guru perlu menggalakkan pelajar supaya aktif. Terangkan ciri-ciri guru yang mengamalkan konstruktivisme.

Sila lawat laman web berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai teori-teori pembelajaran: www.funderstanding.com/about_learning.htm http://tip.psychology.org/theories.html Lakarkan sebuah peta minda untuk semua teori pembelajaran. Carikan kelebihan dan kelemahan setiap teori.

144

OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

6.4

PENDEKATAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

Bahagian ini menjelaskan tiga pendekatan pengajaran-pembelajaran yang biasa digunakan dalam bilik darjah. Pendekatan-pendekatan tersebut ialah:

Rajah 6.10: Pendekatan pengajaran-pembelajaran

Anda perlu mengajar sebuah kelas darjah lima mengenai proses fotosintesis di mana pokok menggunakan klorofil untuk membuat makanannya. Bagaimanakah akan anda mengajar topik ini? Apakah pelan pengajaran anda?

6.4.1

Pengajaran Langsung

Pengajaran langsung ( direct instruction) ialah pendekatan pengajaran yang berorientasikan matlamat (goal-oriented) dan distrukturkan oleh guru (Slavin, 1997). Ada masanya cara yang paling efektif dan efisien dalam menyampaikan maklumat, konsep dan kemahiran ialah melalui cara langsung. Pendekatan ini sesuai sekiranya setiap pelajar perlu menguasai maklumat dan kemahiran tertentu. Ia tidak sesuai sekiranya pembelajaran memerlukan aktiviti penyiasatan dan penemuan. Langkahlangkah dalam pengajaran langsung ialah seperti berikut: Guru memberitahu objektif pembelajaran dan orientasikan pelajar ke arah pembelajaran dengan memberitahu apa yang akan mereka pelajari, nyatakan hasil pembelajaran yang dikehendaki dan timbulkan minat mereka dengan menyatakan faedah pembelajaran tersebut kepada pelajar. Guru meninjau prasyarat (preview prerequisites) yang diperlukan untuk memahami tajuk yang hendak diajar. Guru perlu membuat ulang kaji sekiranya konsep dan kemahiran asas prasyarat belum dikuasai pelajar. Guru membentangkan bahan baru, yang merupakan pengajaran sebenar di mana guru mengajar, membentang maklumat, memberi contoh, membuat demonstrasi dan sebagainya. Guru melaksana penyoalan penyiasatan (learning probes), iaitu menyoal pelajar untuk mendapat maklum balas tentang tahap kefahaman, dan membetulkan kesalahfahaman konsep (misconceptions), jika ada.

OUM

145

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

Guru memberi peluang kepada pelajar mempraktis sendiri kemahiran dan konsep yang baru diperoleh. Guru perlu membantu pelajar, sekiranya mereka menghadapi masalah. Guru meninjau perlakuan pelajar dalam praktis kemahiran baru dengan memberi latihan atau kuiz. Guru memberi maklum balas dan jawapan yang betul serta mengajar semula konsep dan kemahiran jika perlu. Guru memberi peluang pelajar praktis konsep dan kemahiran baru dengan memberi latihan di rumah atau latihan tambahan.
(Slavin, 1997;ms 23)

Latihan 6.7
Dalam pendekatan pengajaran langsung, guru merancang dan berperanan penting dalam pengajaran. Berikan beberapa kebaikan dan kelemahan pendekatan pengajaran ini.

6.4.2

Pembelajaran Koperatif

Vygotsky (1896-1943) menjelaskan pembelajaran koperatif sebagai group learning activity organized on the socially structured exchange of information between learners in group and in which each learner is held accountable for his or her own learning and is motivated to increase the learning of others. Koperatif bererti bekerja bersama untuk mencapai matlamat bersama. Pembelajaran koperatif pula ialah penggunaan kumpulan-kumpulan kecil dalam pengajaran supaya pelajar bekerja bersama-sama bagi memaksimumkan pembelajaran sendiri dan juga rakan-rakan lain. Dalam kumpulan pembelajaran koperatif, pelajar diberikan dua tanggung jawab, iaitu mempelajari bahan yang diberikan dan memastikan ahli-ahli kumpulan juga mempelajari bahan tersebut. Oleh yang demikian, seseorang pelajar itu berusaha mencapai faedah bagi dirinya dan juga ahli kumpulannya. Persepsi pelajar dalam pembelajaran koperatif ialah mereka hanya akan dapat mencapai matlamat pembelajarannya, sekiranya ahliahli kumpulan belajar bersama. Mereka berbincang dan saling membantu antara satu sama lain untuk memahami dan saling menggalak supaya bekerja bersungguhsungguh.

146

OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

Rajah 6.11: Pembelajaran Kooperatif: Pelajar dibahagikan dalam kumpulan kecil untuk mencapai sesuatu objektif Sumber: www.edb.utexas.edu/mmresearch/Students96/Doolittle

Aktiviti pembelajaran berlaku dalam kumpulan heterogenus, iaitu tidak sama dari segi kebolehan, minat, bangsa dan agama (Slavin, 1991). Pembelajaran koperatif biasanya berlaku dalam kumpulan di mana terdapat pelajar cerdas dan lambat. Dalam aktiviti pembelajaran, pelajar cerdas dikehendaki membantu pelajar lambat secara bersungguh-sungguh, kerana markah yang diperoleh oleh setiap individu dalam kumpulan akan menjadi markah kumpulan. Semangat bekerjasama menjadi semakin tinggi apabila kumpulan ini dikehendaki bertanding dengan kumpulan lain. Kaedah pembelajaran ini menggunakan idea scaffolding dalam teori perkembangan kognitif Vygotsky, di mana pelajar yang cerdas akan membimbing pelajar lambat dalam zon perkembangan proksimal. Dalam pembelajaran kooperatif, pelajar dibahagi-bahagikan kepada kumpulan kecil, di mana setiap kumpulan ditetapkan objektif pencapaiannya. Pembelajaran distrukturkan di mana objektif kumpulan hanya boleh tercapai jika semua ahli kumpulan dapat menyempurnakan tugas yang telah diarahkan guru. Gred akhir pelajar diperoleh dengan mengambil kira skor individu-individu dalam kumpulan. Unsur-unsur kumpulan pembelajaran koperatif adalah seperti berikut: Interaksi bersemuka (face-to- face interaction). Saling pergantungan positif. Bertanggungjawab kepada pembelajaran sendiri. Kemahiran koloboratif perlu supaya ahli-ahli kumpulan dapat berfungsi dengan baik. Memastikan setiap ahli memahami proses kumpulan dan mempelajari dinamika kumpulan. (Woolfolk, 1998; 349)

OUM

147

TEORI PEMBELAJARAN TOPIK 6

Latihan 6.8
Dalam pembelajaran koperatif, pelajar dikehendaki bekerjasama dalam kumpulan heterogenus. Terangkan unsur-unsur dalam pembelajaran koperatif.

6.4.3

Pengajaran Masteri

Pengajaran masteri adalah pendekatan pengajaran yang berasaskan andaian bahawa pelajar boleh menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan, sekiranya mereka diajar jelas dalam masa yang mencukupi (Bloom et al. dalam Woolfolk, 1998: 334). Pendekatan pengajaran yang mempunyai ciri-ciri masteri telah lama dilaksanakan, yang boleh dikesan pada zaman Comenius, Pestalozzi dan Herbert (Bloom 1974). Bagaimanapun, penggunaannya pada zaman moden ini banyak terhasil dari kajian dan penulisan Bloom. Aplikasi pengajaran masteri adalah berasaskan model pembelajaran yang dikemukakan oleh Benjamin Bloom (1968) dan diubahsuai oleh Block. Pendekatan pengajaran masteri, pada asalnya adalah berasaskan pengajaran berpusat pelajar dan berlaku dalam kumpulan. Bagaimanapun, terdapat juga strategi pengajaran masteri yang berbentuk individu atau pelajar belajar sendiri. Untuk menggunakan pendekatan masteri, guru mesti memecahkan sesuatu unit pembelajaran kepada tajuk-tajuk kecil. Setiap tajuk kecil ini mengandungi beberapa objektif khusus. Masteri bermaksud mencapai kemahiran seperti dalam objektif pembelajaran dengan memperoleh skor 80% ke atas dalam ujian. Guru perlu memberitahu pelajar mengenai objektifobjektif dan kriteria untuk mencapai objektif-objektif tersebut. Pelajar yang tidak mencapai tahap minimum dalam ujian atau pelajar yang dapat mencapai skor minimum, tetapi masih tidak puas hati dengan pencapaian, mereka boleh mengulang semula tajuk kecil tersebut, sebelum beralih kepada tajuk kecil yang lain. Dalam pengajaran masteri, peranan guru adalah menyediakan bimbingan atau pelajaran tambahan kepada pelajar yang belum menguasai sesuatu tajuk kecil. Terdapat beberapa cara untuk melaksanakannya. Guru boleh mengaturkan supaya pelajar mendapat bantuan daripada rakan sebaya sesama kelas atau berlainan kelas, atau ahli-ahli lain dalam kumpulan pembelajaran kooperatif. Sekiranya tidak terdapat masa atau tenaga (guru atau pelajar), guru boleh mengadaptasi pengajaran masteri ini dalam bilik darjah biasa, iaitu guru memulakan pelajaran dengan menegaskan objektif yang perlu dicapai. Selepas pembelajaran, guru memberi ujian untuk menguji kefahaman pelajar mengenai tajuk kecil tertentu. Pelajar yang telah mencapai tahap masteri yang ditetapkan, boleh diberi aktiviti pengayaan, seperti memberi tugasan simulasi komputer, projek kajian atau menyelesaikan masalah kreatif.

148

OUM

TOPIK 6 TEORI PEMBELAJARAN

RUMUSAN
Bab ini telah menghuraikan beberapa teori pembelajaran dan penggunaan teori-teori ini dalam pengajaran-pembelajaran di bilik darjah. Teori-teori pembelajaran yang dibincangkan termasuklah teori pelaziman klasik Pavlov dan Watson, teori pembelajaran Thorndike, teori pelaziman operan Skinner, teori pembelajaran sosial Bandura, teori pembelajaran kognitif, teori pembelajaran Gagne, teori pembelajaran Ausubel, teori pembelajaran Bruner dan teori pembelajaran konstruktivisme. Penggunaan teori-teori ini dalam pengajaran-pembelajaran dibincangkan melalui pendekatan pengajaran-pembelajaran langsung, koperatif dan masteri. Terdapat beberapa pendekatan lain yang tidak dibincangkan dalam bab ini.

GLOSARI
Diskriminasi Dalam psikologi istilah ini merupakan tidak balas individu terhadap sesuatu rangangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Prinsiup ini mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkahlaku terhadap aktiviti yang kurang diminati.

Prinsip premack

Teori pembelajaran sosial Teori ini menyatakan bahawa faktor faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran.

UJIAN 1
Huraikan beserta contoh contoh tertentu langkah langkah dalam proses peniruan.

UJIAN 2
Terangkan pendapat ahli psikologi kognitif tentang pembelajaran.

OUM

149

You might also like