You are on page 1of 11

Sejarah Filipina & Jose Rizal

Kurun ke sembilan belas menampakkan keadaan huru-hara semakin bertambah-tambah di Filipina. Beberapa rusuhan kerana menyalah sistem monopoli dan juga disebabkan ketamakan kuat kuasa agama. Orang-orang Filipina sedar tentang kedudukan mereka akibat keburukan keadaan ekonomi, tindakan kejam oleh kerajaan Sepanyol, himpitan-himpitan dan ketidakadilan oleh paderi dan pegawaipegawai kerajaan. Kebangkitan semangat Filipina adalah lambat tetapi tidak dapat dielakkan. Sebelum kedatangan Sepanyol memang sudah ada tanda-tanda bagi melahirkan satu rumpun bangsa, satu kebudayan warisan dan satu bangsa yang cintakan kebebasan. Sepanyol dengan tidak disedarinya telah membantu dan menyatukan orang-orang Filipina dengan memberikan sumbangan terhadap agama Kristian, tamadun Sepanyol dan Kerajaan pusat. Malangnya perkembangan nasionalisme beransur perlahan kerana adanya kerumitan ekonomi dan social antara Filipina. Namun dalam abad ke 19 , semangat kebangsaan berkembang dengan adanya pengaruh yang berikut iaitu terbukannya negara Filipina kepada perniagaan dunia, kebangkitan satu golongan pertengahan yang terpelajar, Revolusi sepanyol dalam tahun 1868, terbukanya terusan Suez, kedatangan fikiran liberal, Dahagi Cavite dalam tahun 1872 dan pembunuhan Paderi Gomez dan Zamora. Penghujung abad ke 19 menunjukkan suatu jangkamasa di mana tumbuh dan berkembang kegiatan ekonomi perdagangan dan pertanian di Filipian . Perkembangan aktiviti ekonomi disusuli pula pembukaan pelabuhan Manila sebagai pusat impot dan ekspot barangan yang sangat cergas. Bandar Manila yang mula menjadi sebuah metropolitan ketika itu terdedah dengan sebarang kemungkinan masuknya berbagai unsur luar dalam bidang ekonomi, sosial, politik, falsafah dan juga cara pemikiran. Sehubungan dengan itu satu revolusi yang memperjuangkan semangat dan falsafah leberalisme sedang berlaku di Sepanyol sejak tahun 1968. Pada 19 hb September 1868, satu revolusi meletus di Cardiz Sepanyol menentang kerajan Queen Isabella 11 yang bermaharajalela. Revolusi ini diketuai oleh dua orang Jeneral iaitu Serrano dan Prim. Ahli revolusi ini melancarkan gerakan semasa Ratu sepanyol sedang bercuti di san Bastian, satu tempat peranginan di sepanyol. Ahli revolusi mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat.Queen Isabella telah lari ke Perancis. Kerajaan sementara telah ditubuhkan dengan Jeneral Serrano menjadi pemangku raja. Kemenangan orang yang berfahaman liberal di Sepanyol telah bergema di tanah jajahan seberang laut. Peristiwa revolusi yang berlaku di Negara Sepanyol ini secara langsung atau tidak langsung telah memberi kesan pula ke atas tanah-tanah jajahan takluknya di sebelah timur.termasuk Filipina.

Pegawai tanah jajahan yang menyokong konsep demokrasi telah dihantar ke Manila dan rakyat Filipina telah menikmati faedahnya seperti kebebasan agama, kebebasan mengadakan perhimpunan, kebebasan bercakap dan kebebasan akhbar. Pemikiran dan falsafah mengenai liberalisme dari Amerika dan Eropah masuk dengan cepat ke Filipina melalui terusan Suez yang dibuka pada tahun 1869 yang telah memendekkan lagi perjalanan ke pelabuhan Manila. Pemikiran leberalisme itu di dapati dalam bentuk penulisan buku-buku, majalah, rencana-rencana pendek dalam jurnal. Ia mengandungi fikiran yang berupa penjelasan Montesquuieu, Rousseau, Locks, Stuart Mill, Jefferson, Madison dan juga fahaman politik yang bercorak demokrasi Republik Amerika dan Perancis. Liberalisme ini juga boleh dilihat melalui amalan dan dasar hidup para pentadbiran pemerintah Sepanyol di Filipina sepert gabenor di La Torre. Selepas membaca buku-buku itu orang Filipina mula berfikir dan merenung keadaan politik yang amat dikesali di negara mereka. Dengan itu mereka mula membincangkan hal politik dan pemulihan politik , kebebasan dan keadilan, dan akhirnya mereka telah berani menuntut pemulihan dalam kerajaan yang begitu dikehendaki supaya dapat memajukan negeri Filipina. Wujudnya kegiatan ekonomi yang cergas , telah melahirkan golongan usahawan peribumi Filipina sendiri. Mereka menjadi tuan tanah, penyewa dan pemajak yang kaya raya. Secara tidak langsung golongan ini telah membentuk satu golongan kelas masyarakat pertengahan yang berwang yang menjadi pemisah di antara golongan atasan pemeritah Sepanyol dengan golongan bawah rakyat lain . Golongan ini dipanggil ilustrado. Mereka mempunyai pendidikan tinggi sehingga ke universiti-universiti di seberang laut. Golongan inilah akhirnya yang menjadi tokoh-tokoh profesional dalam bidang kedoktoran, jurutera , arkitek, perguruan, ahli akademik dan lain-lain. Sepanyol yang diperintah oleh pemberontak pada tahu 1868 hanya bertahan selama dua tahun sahaja. Pada 1870 putera kedua Raja Itali dilantik sebagai Raja Sepanyol yang berpelembagaan. Keadaan politik sepanyol turut berubah. Kerajaan demokrasi pimpinan De La Torre telah berakhir dan pemerintahan reaksioner pun dikembalikan. Kerajaan telah mengadakan semula penapisan akhbar, perbincangan mengenai politik tidak dibenarkan, hak perlantikan padri di Mukim dan tidak mempercayai orang Filipina yang menyokong pentadbiran De La Torre. Pada masa pemerintahan reaksioner berlaku peristiwa Dahagi Cavite pada tahun 1872. Pemberontakan di antara askar Filipina dan pekerja gudang senjata. Pegawai Sepanyol terbunuh dan askar Filipina menguasai gudang senjata dan kota. Pemberontak dapat ditewaskan dan dipenjara.. namun perkara ini telah diperbesarkan oleh orang sepanyol supaya menjadi satu pemberontakan yang melibatkan paderi dan setianegarawan Filipina. Walaupun pemberontakan ini hanya merupakan Dahagi antara askar Cavite dan pekerja yang tidak suka dengan tindakan kerajaan yang menghapuskan hak istimewa mereka dulu terutama pengecualiaan menjadi buruh paksa dan pembayaran ufti.

Namun kerajaan Sepanyol juga menuduh bahawa Dahagi itu ialah pemberontakan menentang pemerintahan Sepanyol yang digalakkan oleh paderi Burgos, Gomez, Zamora dan pemimpin Filipina yang lain. Paderi dan setiawan negara Filipina telah ditawan. Kemuncak dari rentetan peristiwa itu ialah pembunuhan tiga orang paderi Filipina iaitu paderi Burgos, Gomes dan Zamora yang dihukum bunuh secara mencekek leher. Rakyat Filipina begitu terperanjat dengan pembunuhan ketiga-tiga orang paderi itu kerana mereka tidak bersalah. Rakyat menganggap paderi itu syahid yang tulin dalam negara mereka. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Filipina bersatu untuk mencapai satu matlamat dan mempercepatkan lagi perkembangan semangat nasionalisme yang akhirnya membawa kejatuhan Sepanyol. Kepincangan-kepincangan kemasyarakatan yang besar berlaku di kalangan orang-orang sepanyol dan rakyat awam Filipina. Orang-orang sepanyol bergiat dalam proses penjajahan poitik dan penjajahan ugama Kristian. Pihak pemerintah dan pentadbiran Sepanyol sibuk menindas rakyat peribumi Fil;ipina. Sedangkan pihak paderi dan gereja pula melakukan penindasan ke atas penganut-penganut Kristian yang terdiri daripada orang-orang Filipina. Mereka melakukan diskriminasi ugama.Penganut-penganut dan paderi Kristian dari kalangan pribumi dibeza-bezakan daripada penganut dan paderi orang Sepanyol, walaupun merekalah yang memperkenalkan ugama Kristian di situ. Rakyat peribumi tidak ada kuasa untuk berbuat apa-apa walaupun mereka merasa benci dan dendam terhadap paderi, pentadbir dan pegawai sepanyol. Dalam keadaan inilah semangat nasionalisme orang Filipina muncul dan bercambah. Penindasan dengann ketiakadilan yang dilakukan oleh orang Sepanyol terhadap rakyat Filipina menyebabkan sentimen kebangsaan telah wujud. Orang Filipina mempunyai asal usul keturunan yang sama, banyak yang telah disumbangkan oleh Sepanyol dan umumnya bencikan penjajahan Sepanyol. Dasar sepanyol telah membantu menyatukan mereka dengan jalan menyatukan kepulauan itu buat pertama kalinya di bawah sebuah kerajaan pusat dan juga menyibarkan agama Kristian serta tamaddun sepanyol. Pendedahan Filipina kepada perdagangan dunia , dan kebangkitan golongan pertengahan Filipina , merupakan faktor yang kuat bagi menyediakan jalan untuk satu pergerakan kebangsaan dan golongan pertengahan yang baharu inilah telah membekalkan pergerakan dengan pemimpinpemimpinnya.

Gerakan Propaganda.
Golongan ilustrado dianggap sebagai pelopor dan penggerak semangat nasionalisme di Filipina pada tahap-tahap awalnya, ia turut dibantu oleh satu lagi kelompok masyarakat yang dipanggil Mestizo. Mestizo adalah perkataan Filipina yang bermaksud penduduk Filipina yang terdiri dari anakanak hasil dari perkahwunan campur , kerapkali di antara lelaki bangsa Cina yang berugama Kristian dengan perempuan-perempuan Filipina.
Golongan ini terlibat dalam bidang perniagaan. Mereka telah membentuk satu golongan sosial ekonomi yang tersendiri dalam masyarakat Filipina pada waktu itu. Ada diantara mereka yang menghantar anakanaknya ke luar negeri untuk belajar selain belajar di Filipina. Di sinilah mereka mendapat kebebaan untuk membaca sejarah berbagai negara, berbincang mengenai politik dan bebas menjadi berbagai anggota pertubuhan. Orang-orang Filipina yang terpelajar inilah yang dikenali oleh Ilustrado. Dari pengalaman di luar negeri ini kebanyakan mereka kuat dipengaruhi oleh ideide liberal serta republikan dari Eropah waktu itu, Mereka mencatat dan menulis segala perasaan atau pendapat mereka dalam jurnal-jurnal, akhbar serta novel. Di antara mereka yang paling terkenal ialah Jose Rizal. Jose Rizal dilahirkan pada tahun 1861. Keluarganya kaya-raya, Rizal telah dihantar belajar ke sekolah tinggi dan kemudian melanjutkan pelajarannya dalam bidang ilmu kedoktoran dan falsafah di Madrid Sepanyol. Di sinilah beliau berjaya membuat hubungan dengan beberapa tokoh politik bangsa Sepanyol yangn berfahaman liberal. Rizal sentiasa berulang-alik di antara Madrid dengan Bercelona di mana rakan-rakan seperjuangznnya berkumpul. Dalam masa inilah Rizal terpengaruh dengan pemikitran liberal itu dan mula memikirkan penyiksaan yang ditanggung oleh orang Filipina. Keadaan sekeling yang berlaku mempengaruhi cara hidup dan cara berfikir Rizal. Pada tahun 1887 Jose Rizal telah menulis novelnya yang pertama, Noli Me Tengere yang mendedahkan segala keburukan golongan paderi dan kesengsaraaan orang-orang Filipina dalam keadaan politik dan social yang terhimpit itu. Negara Sepanyol telah memuji novel itu sebagai sebuah karya sastera tetapi golongan paderi telah mengecamnya. Kesan Noli Me Tengere bukan terhad kepada orang Filipina sahaja dan cendikiawan di Sepanyol tetapi kepada paderi-paderi. Paderi -paderi pada masa itu telah menggunakan kuasa mereka untuk menyingkirkan Gabenor Terrero supaya meninggalkan Filipina dan mereka juga telah memburu orang-

orang Filipina yang menentang mereka. Gabenor Terrero juga telah menasihatkan Jose Rizal yang telah kembali ke Filipina supaya meninggalkan Filipina. Golongan ilustrado yang berada dalam buangan berusaha bersunguh-sungguh untuk mendedahkan kepada kerajaan Madrid mengenai keadaan buruk di Filipina yang mana golongan paderi berkuasa dan mengawal kehidupan rakyat. Pada hakikatnya golongan liberal percaya dengan pendedahan orang Filipina tetapi kerajaan Sepanyol menghadapi berbagai-bagai masalah dalam negeri untuk mengambil tindakan bagi memperbaiki keadan sosial dan perasaan tidak puas hati yang wujud di tanah jajahan mereka Filipina. Tahun-tahun 1890 an merupakan satu zaman kehampaan bagi golongan nasionalis. Kejayaan yang sedikit yang telah mereka capai setakat itu telah memberi keyakinan kepada mereka bahawa tuntutan bagi pemulihan secara damai dan keinginan mereka supaya Filipina diserap ke dalam Empayar Sepanyol tidak akan membawa mereka mencapai matlamat-matlamnat mereka. Marcelo De Pilar yang semakin terganggu kesihatannya dan berputus asa telah membuat keputusan untuk kembali ke Filipina untuk mengangkat senjata bagi mencapai matlamat yang tidak akan didapati melalui cara sederhana. Pada tahun 1891, Jose Rizal telah mengeluarkan novelnya yang terkemuka El Filibusterismo. Ianya merupakan sebuah novel revolusi yang penuh degan kepahitan dan pilihan perkataan yang penuh perasaan. El Filibusterismo merupakan satu amaran kepada kuasa Sepanyol bahawa sekiranya tuntutan pemimpin emimpin sederhana tidak diendahkan maka pergerakan itu dipimpin oleh puak-puak pelampau yang mana akan membawa kepada kekerasan dan pertumpuhan darah. Orang Sepanyol merasa terharu dengan tindakan tersebut namun tidak berbuat apa-apa. Di Filipina puak-puak paderi telah merancang untuk membunuh Rizal. Penulisan Rizal menyebabkan orang-orang Filipina merasai bahawa mereka adalah satu bangsa dan dengan itu telah menyatupadukan segala unsur yang tidak puas hati menjadi satu suara yang berpadu dalam usaha memperbaiki keadaan buruk yang dialami oleh mereka. Jose Rizal tidak berpuas hati dengan menulis sahaja oleh itu beliau kembali semula ke Filipina dalam tahun 1892 bagi menumpukan segala usaha untuk kebebasan orang Filipina dan memimpin sendiri pergerakan nasionalis Filipina. Beliau telah menggesa orang-orang Filipina bersatu mengambil tindakan bersama. Beliau telah membentuk Liga Filipina supaya orang Filipina dapat dilindungi dengan berkesannya dari kekejaman dan ketidakadilan.

Perjuangan Liga Filipina sebagai : i. ii. iii. iv. v. Menyatukan seluruh gugusan Pulau Filipina. Membela diri dari segala macam ancaman, kekerasan dan ketidakadilan. Saling bekerjasama di antara semua kaum-kaum dan di kalangan anggota ke pulauan Filipina. Menggalakkan sistem pertaniaan, perniagaan dan pendidikan yang lebih baik dan bermutu. Mengkaji dan menunut perubahan-perubahan baru dalam sosial.

Hal ini jelas membayangkan Jose Rizal berjuang berdasarkan semangat reformasi iaitu menunut beberapa pemulihan politik dan sosial daripada pihak pemeritah sepanyol. Jose rizal tidak pernah melaungkan suara dan semangat revolusi atau menuntut kemerdekaan melalui kekerasan dan pertumpahan darah. Tuntutan dan perjuangan kebanyakan mereka yang terdiri daripada golongan pertengahan bukan melalui keganasan fizikal tetapi menerusi landasan perbincangan secara diplomasi dan saling memahami di antara pihak-pihak yang terlibat. Perjuangan bercorak sederhana dan amat berdiplomasi. Kesemua ini telah ditolak oleh pemerintah Sepanyol yang menganggap puak reformis ini sebagai orang-orang yang merbahaya dan pengkhianat terhadap Sepanyol. Tiga hari kemudian beliau telah ditangkap dan dibuang ke Dapitan. Beliau telah dibicarakan dan didapati bersalah dan ditembak mati dalam tahun 1896.

Pemberontakan Menentang Sepanyol


Pembunuhan Joze Rizal merupakan titik peralihan dalam evolusi pergerakan nasionalis Filipina. Gagasan Marcelo De Pilar mengenai nasionalisme revolusioner telah muncul. Sikap tidak peduli pihak Sepanyol telah meyakinkan para nasionalis tentang perlunya ada tindakan yang lebih radikal. Dalam bulan Julai tahun 1982 sebuah pertubuhan sulit bernama Katipunan telah ditubuhkan di Manila. Pertubuhan ini mempunyai dua tujuan iaitu untuk memeperolehi kemerdekaan secara kekerasan dan menyatukan semua rakyat Filipina menjadi satu negara. Pengasasnya ialah Andres Bonifacio dari keturunan miskin , yatim piatu semasa berumur empat belas tahun dan belajar sendiri. Bersama-samanya ialah Emilio Jacinto, juga dari keturunan miskin tetapi mempunyai pendidikan universiti Penyokong-penyokong kesatuan ini adalah rakyat jelata. Hanya beberapa orang golongan ilustrado yang sanggup menjadi ahli. Mereka takut terlibat secara langsung dalam usaha-uasaha revolusiner ini. Pertubuhan ini telah diarahkan oleh sebuah majlis tertinggi, yang bertugas melalui majlis tempatan di tiap-tiap wilayah dan bandaraya tetapi kuasa sebenar adalah dalam tangan majlis pentadbiran sulit yang terdiri daripada tiga orang anggota. Pemimpin-pemimpin itu telah berhubung dengan Jose Rizal di Dapitan dalam bulan Julai tahun 1896. Rizal dengan tegas enggan menyokongnya dan menyatakan orang-orang Filipina perlu diberi pendidikan terlebih dahulu sebelum terlibat dengan tunjuk perasaan besar-besaran menentang kerajaan penjajah.
Pertubuhan Katipunan sangat digemari oleh rakyat biasa dan Bonifacio yang kurang berpendidikan tetapi merupakan pemimpin ulung yang akan membebaskan mereka dari penindasan politik. Bagi mendapatkan penyertaan petani dan penduduk-penduduk Bandar, Bonifacio menjelajah beberapa wilayah. Golongan sederhana telah merayu kepada golongan kelas menengah bagi mendapat sokongan. Bonifacio telah menyeru rakyat jelata dan telah menyebarkan semangat nasionalisme di kalangan mereka. Beliau telah mendorog pengikut-pengikutnya supaya menjalankan pemberontkan menentang regim Sepanyol dalam usaha untuk mendapatkan matlamat-matlamat nasionalis. Beliau telah membawa pergerakan nasionalisma ini kepada satu langkah yang besar satu langkah mendekati pencapaian. Beliau telah berusaha bersunguh-sungguh tetapi tidak dapat mencapai kejayaan

sepenuhnya kerana tidak mendapat soikongan daripada golongan ilustrado yang berpendidikan tinggi. Golongan ilustrado berpendapat bahawa mereka ynag mempunyai pendidikan dan kaya sahaja yang mampu dan berhak menjadi pejuang kebebasan. Jose Riza telah menulis dari penjara pada tahun 1896 anifesto kepada orang Filipina tertentu Persedian-persediaan telah dibuat walaupun tanpa sokongan golongan ilustrado bagi mengadakan pemberontakan pada tahun 1896. Persediaan seperti berlatih untuk berperang, mengekalkan kesetiaan penyokong, perancangan yang teliti dan sulit sebelum pemberontakan itu dapat dilaksanakan. Walau bagaimanapaun rahsia tentang Katipunan dan rancangan pemberontakannya telah terbongkar apabila seorang wanita membuat pengakuan kepada seorang paderi. Paderi telah memberitahu kerajaan mengenai pengakuan wanita itu. Kerajaan Ssepanyol telah membuat beberapa penangkapan tetapi kebanyakan pemimpin Katipunan telah melarikan diri ke Balintawak kerana telah mendapat maklumat penangkapan mereka. Gesaan telah dibuat supaya Jose Rizal dijatuhkan hukuman bunuh atas tuduhan memberontak, menghasut dan mengadakan perhubungan haram. Dia telah ditembak mati pada Disember tahun 1896. Teriakan pemberontakan di Balintawak dalam bulan Ogos 1896 merupakan satu teriakan pertama bagi revolusi itu. Dalam masa beberapa hari sahaja teriakan itu telah bergema di kawasan-kawasan yang berhampiran seperti Manila, Pampanga, Laguna, Nueva Ecija, Batangas, Bulacan, talac dan Cavite. Revolusi Filipina tahun 1896 merupakan satu pemberontakan bersenjata orang Filipina buat pertama kalinya dalam mencapai kemerdekaan. Revolusi itu mempunyai sebab asas dan sebab langsung iaitu penganiaayaan yang dilakukan oleh pegawai Sepanyol, kegagalan Sepanyol bagi mengadakan pemulihan yang diminta oleh rakyat, penyiksaan pemimpin yang telah mempertahankan hidup rakyat yang tertindas, prasangka bangsa dan perbezaan terhadap rakyat dan keinginan mendapatkan semula kemerdekaan yang telah dinikmati oleh nenek moyang mereka. Ramai golongan ilustrado telah terpaksa mengikuti pemberontakan itu kerana mereka telah dituduh terlibat dalam pemberontakan dan kerana kemarahan mereka terhadap pembunuhan Jose Rizal. Peperangan yang pertama meletus di San Monte pada 30 hb Ogos 1896. Iia dipimpin oleh Bonifacio dan Jacinto telah menyerang angkatan Sepanyol yang mengawal tempat simpan ubat bedil. Mendapat tentangan yang hebat Bonifacio terpaksa berundur. Seterusnya sepanjang bulan September berlaku beberapa pemberontakan di Bulacan, Batangas, Laguna, Pampanga dan daerah yang lain. Di luar Luzon pemberontakan di Passi pada bulan September dan di Negros pada bulan Oktober. Tidak lama kemudian wilayah Cavite telah menjadi medan peperangan. Pada masa itu muncul seorang pemimpin revolusi yang baharu iaitu Emilio Aguinaldo. Pada 31 Ogos 1896, sehari selepas Bonifacio menyerang San Juan del Monte, Aguinaldo mengetuai pemberontakan di Kawait.

Dia telah berjaya mengalahkan panglima Sepanyol dan memenangi banyak lagi perjuangan. Dia dianggap sebagai pemimpin oleh pemberontak Cavite. Banyak pertempuran telah berlaku diantaranya yang paling banyak menumpahkan darah berlaku di Zapote pada Februari 1897 dan pertempuran hebat di Perez Dasmarinas pada 3 Mac 1897. Setelah banyak berjuang bersama-sama, akhirnya berlaku persengketaan di antara Bonifacio dan Aguinaldo untuk menjadi ketua pemimpin. Bonifacio sudah mula tidak disukai ramai kerana dia kalah dalam peperangan. Dia boleh mengelolakan gerakan revolusi dengan baik tetapi kurang bijak untuk menjadi pemimpin tentera . Aguinaldo lebih disukai kerana beliau seorang askar yang pandai dan berjaya dalam peperangan. Ekoran ini berlaku perpecahan di kalangan Katipunan. Bagi penyokong Bonifacio markasnya di Imus dan penyokong Aguinaldo di San Francisco de Malabon. Pada 31 hb. Oktober 1896, Aguinaldo mengeluarkan satu manifesto menyatakan bahawa matlamat Revolusi ialah kebebasan dan kemerdekaan .Beliau mencadangkan ditubuhkan satu pemerintahan yang baru. Bonifacio telah menubuhkan kerajaan pemberontakan di Tejeros. Dalam bulan Mac tahun 1897 satu majlis pemberontak telah diadakan di Tejeros. Aguinaldo telah dipilih sebagai Presiden Republik Filipina. Bonifacio tidak mendapat sokongan pengikut Katipunan kerana tidak mempunyai pengetahuan tentera dan pendidikan yang rendah. Bonifacio yang telah dugulingkan cuba menubuhkan kerajaan ynag berasingan di Limbon tetapi ia dan saudara lelakinya telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh mahkamah tentera yang dipimpim oleh Aguinaldo. Aguinaldo telah mengeluarkan dua manifesto yang ditujukan kepada rakyat Filipina . Ini merupakan satu perubhan yang penting kerana sebelum ini orang-orang filipina berpecahpecah kepada beberapa kelompok dan dianggap sebagai orang Tagalog, ilokos,atau bikollanos dan sebagainya mengikut dialek atau daerah masing-masing. Kini mereka didasarkan dengan panggilan angsa Filipino Sepanyol mempunyai askar-askar tambahan dan keunggulan senjata , penindasan yang dikenakan atas orang-orang Filipina dan kemerosotan semangat di kalangan pemberontak telah melemahkan perjuangan nasionalis. Aguinaldo telah diusir dari Cavite dan beliau telah melarikan diri ke kawasan pergunungan di Bulacan. Beliau telah mengadakan kerajaan revolusionernya di sebuah barrio yang dinamakan Biyak-na-bato. Orang Sepanyol tidak memburunya tetapi telah berusaha menawan kawasan demi kawasan. Pada masa yang sama Sepanyol menghadapi pemberontakan di Cuba dan dengan itu tidak mahu menghadapi dua perjuangan di dua kawasan serentak. Gabenor jeneral Sepanyol Polovieja yang suka berperang telah disingkirakn kerana jatuh sakit, oleh itu tempat beliau telah digantikan oleh Fernnando Primo de Reviera telah cuba menggunakan diplomasi. Aguinaldo dan Kapten- Jeneral Fernando Primo de Reviera telah bersetuju untuk mengadakan perundingan.

Puak-puak pemberontak telah menuntut supaya paderi-paderi dikeluarkan dari Filipina, pemberian gantirugi kepada mereka yang telah menderita akibat pemberontakan itu, mengadakan pemulihanpemulihan politik dan sosial , penglibatan orang-orang Filipina dalam kerajaan , hak perwakilan Filipina dalam parlimen dan penjamin kebebasan-kebebasan awam. Aguinaldo didesak supaya mengurangkan tuntutan-tuntutannya. Akhirnya pada bulan Disember tahun 1897 Pakatan Biyak-na- bato telah dipersetujui. Menurut pakatan itu pemberontakan mestilah dihentikan dan pemimpinnya dibuang negeri ke Hong Kong dengan sukarela. Sepanyol telah membayar kepada mereka sebanyak 800,000 peso dengan cara beransur-ansur dalam tiga ansuran kerana penyerahan senjata mereka. Kerajajan Sepanyol juga telah membayar gantirugi sebanyk 900,000 kepada keluarga yang menderita akibat peperangan. Aguinaldo dan sahabat seperjuangannya telah menerima wang 400,000 peso di Hong Kong telah menggunakan wang tersebut untuk membeli senjata baru. Primo de Rivera telah memberi sedikit wang tunai kepada orang-orang menderita akibat peperangan itu, tetapi jumlah penuh wang yang dijanjikan itu tiada pernah dibayar dan tiada apa yang dilakukan berhubung dengan pembaharuan-pembaharuan yang telah menjadi tajuk perbincangan. Kedua-dua belah pihak telah melakukan kecurangan. Beberapa rusuhan baru bermula semula dalam bulan Februari tahun 1898. Peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas bermulanya revolusi yang pertama memang pantas. Dengan campurtangan Amerika Syarikat menentang Sepanyol , maka sebuah Republik Filipina telah diisyhtiharkan tertubuh pada 21 januari tahun 1899 oleh golongan pihak revolusiner. Tetapi ia bersifat sementara kerana campurtangan Amerika bermakna bermulanya imperialisme Amerika di Filipina. Walaupun orang Filipina menentang usaha Amerika dalam proses penjajahannya, tetapi selepas tahun 1899 Filipina telah dijajah pula oleh Amerika Syarikat. Penentangan orang Filipina dengan mudah dapat dipatahkan Amerika dengan memecahkan pakatan antara golongan ilustrado dan pengikut engikut revolusioner Aguinaldo. Ini dilakukan dengan cara yang halus iaitu dengan membuat janji-janji bahawa di bawah pemerintahan Amerika segala pandangan dan aspirasi golongan terpelajar akan dipertimbangkan apabila membentuk kerajaan sendiri di Filipina nanti. Amerika juga sekarang ingin memenuhi segala desakan-desakan golongan reformis terlebih dahulu dan sekiranya mereka mahu mereka akan diberi peranan penting untuk mentadbir Filipina. Apabila golonagn ilustrado menerima maka segala corak penentangan orang Filipina terhadap Amerika menjadi lemah dan akhirnya dalam tahun-tahun 1900.

Kesimpulan
Sejarah Filipina secara umum dari tahun 1870-an sehinggalah masa Filipina dijajah oleh Amerika telah memperlihatkan beberapa perkara yang melibatkan politik dan sosial,ekonomi dan agama. Ketidakadilan dan penindasan pemerintahan Sepanyol terhadap rakyat Filipina telah mencetuskan semangat nasionalisme untuk menentang pemerintahan Sepanyol di Filipina. Di dapati penggerak utama dalam proses perkembangan nasionalime di Filipina pada peringkat awalnya terdiri daripada golongan masyrakat kelas pertengahan dan terpelajar yang dikenali dengan panggilan ilusrado. Oleh yang demikian bayangan dan pancaran pemikiran masyarakat Filipina dari kelas pertengahan tadi. Perjuangan menuntut kemerdekaan daripada Sepanyol dimulakan dengan gerakan reformasi dan propaganda. Perjuangan bersifat sederhana. Mereka memeperjuangkan hak-hak sosial melalui gerakan pertubuhan dan penulisan. Apabila tuntutan gerakan ini tidak mendapat layanan dan tindakan yang sepatutnya daripada Kerajaan Sepanyol sebaliknya cuba menyekat dengan menjatuhkan hukuman bunuh kepada Jose Rizal dan pejuang-pejuang gerakan propaganda. perjuangan mula berubah corak. Kegiatan yang bercorak militan dan revolusioner mula digunakan untuk menentang Sepanyol. Gerakan ini telah mendapat tentangan yang hebat daripada kerajaan Sepanyol dan berterusan sehinnggalah kedatangan Amerika menjajah Sepanyol.

You might also like