You are on page 1of 2

Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 17-18, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur.

Bil. MARA : BSM 731 (143) Tarikh : 3 Januari 2012

SURAT EDARAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA PELAKSANAAN SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk. 2. Sedia maklum bahawa Kerajaan telah mengumumkan sistem saraan yang

baru bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), iaitu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berkuatkuasa pada 1 Januari 2012. SBPA merupakan penambahbaikan dan juga mentransformasikan Perkhidmatan Awam termasuk MARA bagi menjayakan agenda pembangunan negara. Disamping itu juga, Kerajaan turut mengumumkan bahawa umur persaraan paksa dilanjutkan sehingga 60 tahun. 3. Sehubungan itu, Bahagian Sumber Manusia (BSM) melalui majlis

penerangan di seluruh negara telah menyerahkan borang opsyen SBPA dan umur persaraan paksa kepada semua warga kerja MARA yang layak bermula 16 sehingga 30 Disember 2011. Adalah menjadi tanggungjawab setiap warga kerja MARA yang menerima borang opsyen tersebut memberikan maklumbalas dan mengemukakan kepada BSM dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

4.

Walau bagaimanapun, disebabkan pelanjutan opsyen SBPA sehingga 15

Januari 2012, maka tarikh bagi penghantaran borang opsyen SBPA dilanjutkan sehingga 15 Januari 2012. Namun, tarikh penghantaran borang opsyen persaraan paksa masih lagi kekal pada 30 Disember 2011. 5. Berikutan daripada pelanjutan opsyen SBPA tersebut, maka pembayaran

gaji bagi bulan Januari 2012 adalah berdasarkan gaji SSM yang diterima pada Disember 2011. Ini memandangkan gaji bagi Januari 2012 akan dibayar lebih awal sempena perayaan Tahun Baru Cina. 6. Gaji baru mengikut kadar di bawah SBPA akan dibayar pada bulan

Februari 2012 beserta dengan tunggakan dan pelarasan gaji bagi Januari 2012. 7. Kerjasama Pegawai Mengawal Pusat adalah dipohon untuk

memaklumkan perkara ini kepada semua anggota di bawah seliaan masingmasing.

Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

ABDUL HALIM BIN ABAS Pengarah Bahagian Sumber Manusia MARA.

Keusahawanan dan Pendidikan Global Amanah rakyat

You might also like