You are on page 1of 13

TAJUK 3 Sinopsis

: TEKNIK MENYEDIAKAN BALAPAN

Tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan cara-cara menyediakan balapan 200m, 300m dan 400m. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan perkara-perkara penting sebelum menyediakan sesebuah balapan. 2. menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil semasa menyediakan sesebuah balapan. 3. melaksanakan penyediaan sesebuah balapan dengan ukuran yang tepat.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Pendahuluan Untuk menjalankan sesuatu kejohanan olahraga sebuah trek atau balapan perlu diadakan samada di atas padang rumput mahupun padang tiruan. Dengan adanya balapan larian sesuatu acara balapan dapat dijalankan dengan sempurna. Panjang balapan biasanya dibina sepanjang 200 meter, 300 meter dan 400 meter, bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan. Di peringkat antarabangsa, trek mengandungi lapan lorong sejauh 400 meter. Tiap-tiap lorong lebar minima 1.22 meter dan maksima 1.25 meter . Di peringkat sekolah, panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika padang sekolah tidak cukup besar untuk trek 400 meter. Sub Tajuk 3.1: Pembinaan Balapan ( 400 Meter, 300 Meter Dan 200 Meter ) 3.1.1 Keperluan Awal 3.1.1.1 Tentukan keluasan padang untuk menentukan :

Balapan 400 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong Balapan 300 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong Balapan 200 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong

A B A m x B m = AB m2 ( luas )

3.1.1.2 Keluasan sebenar padang dan keupayaan lorong Balapan 400 meter 300 meter 200 meter Bil. Lorong 8 6 8 6 8 6 Keluasan > 16,804.17 m2 > 15,482.82 m2 > 10,248.86 m2 > 9,219.36 m2 > 5,448.86 m2 > 4,710.18 m2

3.1.1.3 Pelan balapan mengikut ukuran yang telah dipilih berdasarkan keupayaan padang.

Panjang padang = x meter Lebar padang = y meter Jumlah lorong = 8 / 6 / 4 lorong Lebar lorong = 1.21 m 1.23 m Lebar/Tebal garisan = 5 sm

3.1. 2 Keperluan Alatan

Besi penanda ( 15 batang ) Pita ukur ( fibre glass tahan panas ) 100 meter Pita ukur ( steel ) 50 meter Pita ukur ( steel ) 30 meter Kabel / Dawai 3mm ( 60 meter ) Tali ( 7mm 10mm ) 120 meter Paku 20sm ( 20 batang ) Kereta minyak / cat Roller atau berus cat ( 5sm ) Tukul besi

Nota:

Penanda perlu menggunakan besi yang panjangnya antara 30sm 50 sm Pita ukur;

Pita fibre - Ketahanan pada panas yang tidak akan berubah pada suhu padang. Pita ukur plastik atau fibre bermutu rendah akan mudah mengembang pada suhu tinggi dan mengecut pada suhu rendah. Pita besi - Disyorkan untuk mengelakkan berlakunya pita ukur mengembang. Penggunaan pita ukur berbeza panjang adalah untuk memudahkan kerja mengukur di jarak yang bersesuaian.

3.1.3 Panduan Membuat Garisan

f1

f p

Jarak f ke f1 ialah antara 1.21 meter ( minimum ) hingga 1.23 meter ( maksimum) P ialah kawasan bahagian dalam balapan. Lebar lorong dikira daripada bahagian dalam garisan ( tepi bahagian dalam garisan seperti di f ) ke f1. Tiap garisan lebarnya ialah 5 sm. Garisan permulaan dan garisan penamat, lebar garisan ialah 5 sm. Garisan memotong ( cut-in ) 5 sm. Tiang penamat;

Tinggi tiang = 1.50 m


4

Tebal tiang = 2.00 3.00 sm Lebar tiang = 5 sm Bendera Memotong ( Cut-in )

Tinggi tiang = 1.50 m

Bendera

= 30 sm x 40 sm

3.1.4 Zon-zon di balapan;

Zon Pertukaran Baton

Zon Menerima baton 10.00 m

Zon Menunggu 10.00 m

10.00 m

Garisan memotong ( cut-in )

Sub Tajuk 3.2 : Balapan 400 Meter Untuk membina sesebuah balapan, pengetahuan serta kemahiran perlu ditagih dari kumpulan guru terutama guru sukan atau guru Pendidikan Jasmani. Beberapa perkara perlu dipertimbangkan semasa merancang dan seterusnya melaksanakan pembinaan sesebuah balapan larian. Dalam sub tajuk ini, anda akan didedahkan cara-cara membina balapan sepanjang 400 meter. 3.2.1 Membina Balapan 400 M

Cari keluasan padang ( panjang & lebar padang ) Kenalpasti jenis trek yang boleh dimasukkan mengikut keluasan padang Lebar padang di bahagikan kepada 3 bahagian dan memanjang padang dibahagi kepada 5 bahagian. 5

F J

H K

- HJK dan GEF adalah segitiga sama dengan sudut 60o . Anggaran panjang segitiga adalah dicadangkan bagi trek 400m =20.0m, 300m =15.0m dan 200m = 10.0m. Segitiga hendaklah dibuat ditengah-tengah garisan padang.

- Sekiranya untuk trek 400m. Panjang garisan lurus AB/DC= 400m tolak panjang lengkok CMEB + DNPA bahagi 2.

Contoh : sekiranya panjang AK = 29.5m. , KJ =20.0m., JD = 29.5m Panjang lengkok AP+ND = 60/360 x 2(3.142) x 29.5 = 30.896 + 30.896 = 61.792 Panjang lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 49.5 = 51.843 Panjang lengkok APND + BEMC = 61.792 + 51.843 = 113.635 + 113.635 =227.27 Panjang garis lurus AB/DC = 400m 227.27 = 172.73. = 86.365m - Bagi garisan dalam yang dipasang bendul panjang KA/JD dan HP/HN ditolak 0.30m dan sekiranya tidak berbendul ditolak 0.20m. ( panjang garis segitiga tidak perlu diubah ) Sekiranya ditolak 0.30m dan lebar lorong 1.22m

Lorong 1: Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 29.20 = 30.582 x 2 = 61.164 Lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 49.20 = 51.529

Lengkok APND + BEMC = 61.164 + 51.529 = 112.693 + 112.693 = 225.386 Lorong 2 + 1.22m Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 30.42 = 31.86 x 2 = 63.72 Lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 50.42 = 52.807

Lengkok APND + BEMC = 63.72 + 52.807 = 116.527 +116.527 = 233.054 Lorong 3 + 1.22m Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 31.64 = 33.138 x 2 = 66.276 Lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 51.64 = 54.084

Lengkok APND + BEMC = 66.276 + 54.084 = 120.36 + 120.36 = 240.72

Lorong 4 + 1.22m Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 32.86 = 34.415 x 2 = 68.83 Lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 52.86 = 55.362

Lengkok APND + BEMC = 68.83 + 55.362 = 124.192 + 124.192 = 248.384 Tambahan lorong seterusnya dibuat mengikut kiraan seperti jadual diatas

Permulaan 400m dan 4x100m

Stagger lorong 1 = 0 Jarak lengkok APND + BEMC lorong 2 tolak jarak APND + BEMC lorong 1 Stagger lorong 2 = 233.054 225.386 = 7.67m Jarak lengkok APND + BEMC lorong 3 tolak jarak APND + BEMC lorong 2 Stagger lorong 3 = 240.72 225.386 = 15.334m Stagger lorong 4 dan seterusnya juga dikira sebagaimana jadual di atas.

Stagger 4x100m

Garis tengah flaoting Pelari pertama Pelari kedua Pelari ketiga = 7.67m ( 1 stagger ) = 3.83m = 3.83m (1/2 stagger )

Pelari keempat

= 1.92m

Zon pertukaran baton = tambah 10m hadapan dan 10m belakang dari tengah Zon menunggu tambah 10m di belakang zon pertukaran.

Contoh: Zon menunggu

Zon pertukaran baton

Arah larian

10m

10m

10m

Stagger 4 x 400m

Garis tengah Pelari pertama Pelari kedua Pelari ketiga Pelari keempat Zon pertukaran baton = 11.505m ( 1 stagger ) = 3.835m ( stagger ) = 10m dari di belakang garis penamat = 10m dari belakang garis penamat = 20m ( tambah 10m di belakang dan hadapan garis )

Stagger 4 x 200m

Garis tengah Pelari pertama = 11.505m (1 stagger )


9

Pelari kedua Pelari ketiga Pelari keempat Zon pertukaran bato

= 7.67m ( 1 stagger ) = 3.83 ( stagger ) = 0m ( pelari pertama 200m ) = 20m ( tambah 10m di belakang dan hadapan garis )

Aktiviti 3.1

1. Bincang dan senaraikan perkara-perkara yang perlu sebelum anda hendak

merancang pembinaan sesebuah balapan.

1. Bincang dalam kumpulan dan rancang pembinaan sebuah balapan sepanjang 200 meter. Hasil tugasan perlu dinyatakan bersama grafik dan ditulis dengan ukuran yang tepat.

TAJUK 4 : Sinopsis

ACARA PADANG LONTARAN / BALINGAN

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan, perbincangan tentang gaya lontaran dan teknik lontaran serta peraturan-peraturan dalam acara lontar peluru. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. menjelaskan fasa-fasa dalam acara lontaran. menjelaskan teknik dan cara yang tepat semasa lakukan acara lontaran menjelaskan peraturan am dalam acara lontaran

10

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Sub Tajuk 4.1 : Gaya Lontaran

Di sekolah rendah, acara balingan yang diajar hanyalah acara lontar peluru. Acara ini menggunakan kekuatan tangan. Secara amnya terdapat tiga gaya lontaran iaitu:

Lontaran gaya berdiri Gaya melungsur selangkah dan Gaya Parry O Brien

Sub Tajuk 4.2 : Fasa-Fasa Lontaran

Acara lontar peluru boleh dibahagikan kepada fasa-fasa perlakuan seperti yang berikut:
1. 2. 3. 4. 5. Pegangan peluru Lakuan sedia (Preparation) Lungsuran (Glide) Lontaran (Delevery) Pulihan (Recovery) Pegangan peluru

1. i.

Cara memegang peluru adalah sama bagi ketiga-tiga cara balingan. Peluru boleh dipegang dengan dua cara iaitu dengan menggunakan lima jari atau memegang dengan tiga jari. Peluru dipegang dengan tiga jari tengah dan disokong oleh ibu jari dan jari kelingking.
1. ii. Lakuan sedia

11

Bagi lontaran gaya berdiri, pelontar berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu mengadap arah lontaran. Peluru diletak rapat ke leher di bawah telinga. Lengan diangkat hampir mendatar dan siku mengarah ke luar. Bagi gaya lungsur selangkah dan Parry O Brien, pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan, membelakang sektor lontaran. Peluru diletak hampir leher dan bawah telinga. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku keluar.

1. iii.

Lungsuran

Tiada lungsuran bagi gaya lontar berdiri. Bagi gaya lungsur selangkah,bermula dengan berat badan pada kaki kiri, kaki kanan pula digerakkan ke bahagian tengah bulatan. Gaya Parry O Brien pula kedudukan badan dalam keadaan condong. Kaki kanan dibengkokkan dan kaki kiri dihayun ke hadapan dan ditendang ke belakang. Kaki kanan melungsur ke tengah bulatan.
1. iv. Lontaran

Rendahkan kaki kanan. Kilaskan pinggang dan tangan kanan ditolak ke hadapan menyilang badan. Secara serentak tangan kiri dihayun ke belakang dan luruskan kedua belah kaki. Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan.
1. v. Pulihan

Langkah pulihan dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.

Peraturan 188 : Lontar Peluru Dilontar dari bahu dengan sebelah tangan sahaja. Memulakan lontaran, peluru mesti menyentuh atau rapat dengan leher/pipi dan tangan tidak boleh direndahkan daripada paras bahu. Tidak boleh dibawa ke belakang dari garis bahu.

Rujuk buku undang-undang KOAM 12

Aktiviti 4.1
1. Nyatakan teknik-teknik yang digunakan dalam acara lontar peluru dan nyatakan perbezaan bagi setiap teknik tersebut. 2. Kenalpasti kesalahan-kesalahan yang sering berlaku dalam acara lontar peluru dan nyatakan jenis-jenis aktiviti ansur maju yang boleh meningkatkan prestasi peserta.

13

You might also like