/  5
 
Surat Terbuka Kepada Y.A.B. Perdana Menteri
Kepada Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,Perdana Menteri Malaysia,Jabatan Perdana Menteri,PUTRAJAYA.YAB Datuk Seri,
Komitmen Untuk Bersama PM Mencegah Amalan Merokok 
Y.A.B. Perdana Menteri, sebagai rakyat Malaysia yang
kerdil 
tetapi prihatin, saya berasaamat kesal dengan tindakan segelintir masyarakat yang masih lagi mengamalkan tabiatmerokok dalam kehidupan harian mereka. Lebih malang lagi, tabiat merokok telah pundiamalkan oleh kebanyakan kanak-kanak yang masih berada di bawah umur, iaitu bawah18 tahun. Saya percaya semua orang pasti tahu dan tidak menafikan betapa bahayanyamerokok kerana tabiat buruk ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya seperti penyakit kanser paru-paru, penyakit jantung dan “bronchitis”. Malah, terdapat bukti perubatan yang menunjukkan bahawa merokok menjadi punca bagi sekurang-kurangnya25 jenis penyakit yang boleh menyebabkan maut. Perokok-perokok suka menghisaprokok di tempat awam seperti di hospital, stesen bas, pusat beli-belah dan lapanganterbang. Asap rokok mengandungi bahan-bahan kimia yang beracun dan mereka yang berada di sekeliling secara tidak langsung akan terhidu asap rokok yang dihembus oleh perokok. Sebagai contohnya, seorang bapa yang menghisap rokok boleh memberi kesankepada seluruh ahli keluarganya temasuklah isteri dan anak-anaknya.YAB Perdana Menteri, pepatah Melayu pun ada menyatakan bahawa “tidak adalajak yang tidak boleh diundurkan dan tidak ada simpul yang tidak boleh diuraikan”.Justeru, sudah tiba masanya untuk kita sama-sama memikirkan suatu pendekatan yangrealistik agar dapat melahirkan masyarakat yang bebas merokok. Dalam hal ini, saya
 
 beranggapan bahawa kempen bebas merokok haruslah bermula dari rumah. Ibu bapaseharusnya menunjukkan teladan yang boleh dicontohi kepada anak-anak dan bukanhanya bertindak “seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul”. Ibu bapa perlumemikul tanggungjawab mereka dengan menasihati anak-anak agar tidak sesekali untuk cuba merokok. Malah, pergaulan anak-anak dengan rakan-rakan sebaya mereka juga perlu diawasi kerana kebanyakan daripada remaja mudah dipengaruhi oleh tindakan atau perlakuan kawan-kawan mereka, bak kata pepatah “kuning oleh kunyit, hitam oleharang”. Ibu bapa juga perlu memberi kesedaran kepada anak-anak tentang betapa bahayanya merokok ketika mereka masih kecil lagi kerana “melentur buluh biarlah darirebungnya”. Jelaslah di sini bahawa peranan ibu bapa dalam mewujudkan masyarakatyang bebas merokok amat penting.Selain itu, pihak sekolah perlu memantapkan lagi peraturan dan penguatkuasaanundang-undang sekolah. Terdapat sebilangan pelajar yang semakin berani merokok dikawasan sekolah seperti di tandas tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan mereka.Hal sedemikian berlaku kerana mereka tidak takut akan tindakan disiplin yang akandikenakan terhadap mereka. Oleh itu, guru-guru disiplin perlu peka terhadap tindakan pelajar yang merokok dan menjatuhkan hukuman yang sewajarnya kepada mereka. Pihak sekolah juga seharusnya menjalankan operasi pemeriksaan beg sekolah sekurang-kurangnya seminggu sekali. Hal ini adalah kerana masih ada pelajar yang cuba menyorok rokok untuk dihisap selepas waktu persekolahan. Situasi ini memang selalu berlakuapabila kita melihat sekumpulan pelajar yang merokok di belakang lorong bangunan, stor,tangga sekolah atau di kedai kopi.YAB Perdana Menteri, saya berpendapat bahawa kerajaan juga perlu memainkan
 
 peranannya dalam usaha menangani gejala merokok ini. Dalam konteks ini, pihak kerajaan patut mengadakan lebih banyak kempen antirokok. Kebanyakan daripadakempen antirokok seperti Kempen Tak Nak Merokok, Kempen Hari Tanpa Rokok dansebagainya hanya dijalankan buat sementara waktu sahaja dan tidak mencapai objektif kempen tersebut. Oleh hal yang demikian, kerajaan patut mempergiat kempen tersebutdari semasa ke semasa dan bukan seperti “hangat-hangat tahi ayam sahaja”. Kempenyang dijalankan pula perlu menarik perhatian orang yang melihat dan mendengarnya dandijalankan di kawasan tumpuan orang ramai. Untuk melahirkan masyarakat yang bebasmerokok, kerajaan Malaysia perlu mengurangkan eksport dan import tembakau sama adadari dalam atau luar negara.. Pihak-pihak badan bukan kerajaan (NGO) juga perlu berganding bahu dengan kerajaan dengan mengadakan ceramah atau pameran . Untuk melahirkan masyarakat yang bebas merokok, kerajaan Malaysia perlu mengurangkaneksport dan import tembakau sama ada dari dalam atau luar negara. Di samping itu, saya beraggapan bahawa kerajaan sepatutnya mengharamkan penjualan rokok di negara ini.Kenaikan harga rokok sahaja tidak dapat mengurangkan bilangan perokok kerana perokok-perokok tersebut sanggup membazirkan wang untuk membeli rokok.Bukan itu sahaja YAB Perdana Menteri, kawasan larangan merokok patutditambahkan dan dendaan yang lebih tinggi harus dikenakan kepada perokok yangmelanggar arahan tersebut. Hukuman melakukan kerja sosial seperti membasuh tandasawam, menyapu sampah sarap di jalan raya, bekerja di rumah badan kebajikan dansebagainya patut dilaksanakan oleh kerajaan agar perokok takut dan tidak merokok lagi dikawasan-kawasan larangan tersebut. Pihak hospital pula boleh menganjurkan aktiviti-aktiviti yang bertemakan “gaya hidup sihat tanpa rokok” kepada masyarakat umum.Program-program seperti ‘larian merentas desa’, sukaneka dan senaman aerobik mampu

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...

wmdhafizleft a comment

BagOs bagOs 'cOs bgi idea untuk Mid Year Exam PreparatiOn!!