You are on page 1of 13

Kritikan Teori, Aplikasi Aktiviti MOHD ZULHIDA BIN BADARUDIN MPF 1543 SEMESTER 1 Teori Penglibatan Astin Lima

Elemen dalam Teori Astin

Adakah penglibatan manusia dalam sesuatu aktiviti itu melibatkan tenaga fizikal dan psikologikal? Begitulah bunyinya teori yang dikemukakan oleh Alexander Astin. Astin menyatakan bahawa terdapat lima elemen dalam menentukan penglibatan individu dalam sesuatu aktiviti. Elemen pertama ialah penglibatan tenaga fizikal dan psikologikal dalam objek yang bervariasi. Elemen kedua adalah, penglibatan berlaku sepanjang masa. Elemen ketiga pula ialah, penglibatan melibatkan bentuk kualitatif dan kualitatif. Elemen keempat ialah penglibatan individu adalah berkait rapat dengan mana-mana program pendidikan. Manakala, elemen kelima ialah penglibatan individu berkait rapat dengan kapasiti polisi dan amalam dalam sistem pendidikan. Astin juga mengaitkan bahawa penglibatan murid dalam aktiviti akan menentukan peranan individu dalam perkembangan kendiri. Selain itu, Astin mengaitkan bahawa penglibatan dalam aktiviti akan merujuk kepada tingkahlaku individu (Astin, 1999).

Teori Penglibatan Astin menyatakan bahawa apabila murid melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti maka, secara tidak langsung ia akan melibatkan tenaga fizikal dan psikologikal dalam pelbagai dimensi. Dimensi yang dimaksudkan boleh merujuk kepada pelbagai aspek daripada pengalaman secara umum kepada aktiviti yang dispesifikasikan. Dalam elemen ini, Astin menyatakan bahawa tenaga fizikal dan psikologikal adalah agen penggerak kepada penglibatan murid-murid dalam sesuatu aktiviti. Misalnya dalam aktiviti Permainan Bola Sepak di sekolah, murid-murid akan melibatkan fizikal mereka yang dikaitkan dengan pengalaman yang pernah dilalui sebelum ini dalam melaksanakan aktiviti. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan. Psikologikal ini berkait rapat dengan kognitif. Murid akan mengaitkan sebarang aktiviti yang dilakukan dengan beberapa dimensi lain di dalam ruang lingkup hidup mereka yang akan merangsang mereka untuk melaksanakan aktiviti yang sedang dijalankan. Ia akan merangsang penyumbangan tenaga fizikal terhadap aktiviti yang dijalankan. Tenaga fizikal dan tenaga psikologikal akan terlibat secara langsung dalam keterlibatan murid semasa beraktiviti.

Saya melihat, elemen pertama dalam Teori Penglibatan Astin ini berkait rapat dengan strategi pengajaran kontekstual yang diamalkan dalam bilik darjah. Psikologikal merupakan elemen penting dalam memacu perkembangan kanak-kanak. Ia merupakan fitrah semulajadi 1

Kritikan Teori, Aplikasi Aktiviti MOHD ZULHIDA BIN BADARUDIN MPF 1543 SEMESTER 1 Teori Penglibatan Astin individu yang mengaitkan kehidupan seharian dengan psikologikal mereka. Pemusatan psikologikal akan menentukan perkembangan personaliti individu.(MacNamara, Button, & Collins, 2010). Pengalaman psikologikal merupakan elemen penting dalam menjayakan keterlibatan murid semasa beraktiviti. Kontekstual ini merujuk kepada pengalaman lampau murid yang membantu dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang. Murid-murid akan dapat melibatkan diri secara aktif melibatkan fizikal sekiranya psikologikalnya aktif mengaitkan aktiviti yang dilakukan dengan pengalaman lepas yang telah dilalui. Namun, sekiranya murid tidak mempunyai pengalaman yang serupa atau hampir serupa dengan aktiviti yang dijalankan mereka berkemungkinan akan kelihatan lebih pasif. Oleh sebab itulah guru perlu memainkan peranan dalam menyesuaikan strategi pengajaran yang dipilih dengan sesuatu aktiviti pengajaran di bilik darjah.

Elemen pertama ini juga saya kaitkan dengan aktiviti yang telah dijalankan pada sesi kuliah yang bertumpu kepada aktiviti team building yang telah dijalankan. Tenaga fizikal dan psikologikal dipusatkan kepada aktiviti yang dijalankan. Apabila kedua-dua tenaga ini dipusatkan maka akan wujud partisipasi yang menyeronokkan di dalam beraktiviti. Maka, akan wujud hubungan sosialisasi yang sihat di kalangan ahli kumpulan yang turut terlibat semasa aktiviti dijalankan dengan mengenepikan soal gender, mahupun kaum. Pemusatan perhatian ini didorong oleh psikologikal yang merangsang keseronokan dalam melaksanakan aktiviti. Meskipun ada sebahagian peserta tidak pernah menjalankan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan, namun minat untuk melaksanakan aktiviti ini telah mendorong kepada pemusatan tenaga fizikal terhadap aktiviti. Pemusatan tenaga fizikal ini akan menggerakkan individu dalam melaksanakan aktiviti. Pastisipasi sebegini akan menggalakkan penglibatan yang sihat dalam melaksanakan aktiviti ini.

Tenaga individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Astin menyatakan bahawa penglibatan murid dalam aktiviti akan berlaku sepanjang masa. Namun, terdapat perbezaan dari segi tenaga yang disumbangkan dalam aktiviti yang dirancang oleh guru. Sebahagian murid akan melibatkan diri secara optimum dalam aktiviti namun sebahagian lagi adalah kurang optimum dalam penglibatan mereka. Ini adalah berkait rapat dengan pengalaman lalu mereka yang pernah dilalui dalam melaksanakan aktiviti. Sekiranya murid itu mendapat pendedahan dan pengalaman yang hampir sama atau sama dengan aktiviti yang dijalankan maka, partisipasi mereka dalam aktiviti adalah optimum. Berbeza dengan murid yang tidak 2

Kritikan Teori, Aplikasi Aktiviti MOHD ZULHIDA BIN BADARUDIN MPF 1543 SEMESTER 1 Teori Penglibatan Astin mempunyai pengalaman langsung terhadap aktiviti yang dijalankan. Peluahan tenaga fizikal akan terdorong oleh tenaga psikologikal yang menzahirkan keterlibatan murid dalam aktiviti yang dilaksanakan.

Elemen psikologi akan menggalakkan persepsi positif di kalangan individu dalam melaksanakan aktiviti (Busseri & Rose-Krasnor, 2008). Saya tidak menafikan bahawa faktor psikologikal amat penting dalam memusatkan fokus murid untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Meskipun begitu, perbezaan tenaga ini tidak harus dijadikan titik tolak kepada aktif atau tidak murid untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang dilaksanakan. Walaupun elemen kedua yang dikemukakan oleh Astin ini dilihat benar dan mempunyai logik. Namun, terdapat kelemahan yang dikesan. Astin tidak menekankan soal minat murid dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Pengalaman lalu bukanlah jaminan untuk mendapatkan penglibatan murid secara optimum dalam sesuatu aktiviti. Murid yang tidak memiliki pengalaman sebelum melaksanakan aktiviti juga boleh dimangkinkan dengan murujuk kepada minat mereka. Ini adalah kerana, kanak-kanak memerlukan minat untuk merangsang mereka melakukan sesuatu. Dari minat yang wujud akan membentuk suatu pengalaman yang akan membentuk nilai dalam diri mereka. Misalnya, dikenalpasti bahawa murid-murid di usia kanak-kanak gemar akan aktiviti nyanyian. Maka aktiviti yang dilaksanakan sekiranya memenuhi minat individu seusia mereka akan mampu melibatkan diri individu murid secara optimum meskipun tidak mempunyai pengalaman lampau mengenai aktiviti yang dijalankan. Kata kunci di sini ialah tarikan dan minat yang ditekankan oleh guru. Dimensi ini bukan sahaja berfokus kepada pengalaman lalu murid. Mungkin juga pengalaman pertama yang menyeronokkan bagi murid akan menarik penglibatan mereka secara optimum.

Apabila merujuk kepada aktiviti yang dilaksanakan pada sesi kuliah yang lalu, saya melihat bahawa partisipasi dalam aktiviti bukan sahaja bergantung kepada pengalaman lepas yang pernah dilalui. Namun, ia berkait rapat dengan minat. Meskipun, tidak pernah menjalankan aktiviti yang dijalankan, tumpuan tetap diberikan secara optimum dengan wujudnya elemen minat. Bukan sahaja kanak-kanak gemar bermain, malahan orang dewasa juga kadangkala gemar akan aktiviti permainan sekiranya bersesuaian dengan peringkat dan tahap umur. Ini jelas membuktikan bahawa elemen minat juga adalah amat penting dalam menjalankan aktiviti, bukan sahaja pengalaman lepas yang mendorong kepada partisipasi 3

Kritikan Teori, Aplikasi Aktiviti MOHD ZULHIDA BIN BADARUDIN MPF 1543 SEMESTER 1 Teori Penglibatan Astin dalam beraktiviti. Penglibatan yang diberikan akan mencapai tahap optimum sekiranya aktiviti berfokus kepada minat individu. Minat individu ini pula, tidak seharusnya dilihat dari pandangan pertama individu terhadap aktiviti itu, ia mampu dipupuk semasa aktiviti dijalankan. Keseronokan dalam melaksanakan aktiviti akan menimbulkan minat dalam diri individu secara perlahan-lahan.

Astin menyatakan bahawa penglibatan murid akan melibatkan kedua-dua bentuk kuantitatif dan kualitatif. Menurut Astin, aspek kuantitatif merujuk kepada masa yang diperuntukkan untuk menjalankan aktiviti. Manakala, aspek kualitatif merujuk kepada perhatian serta tumpuan terhadap aktiviti yang sedang dijalankan. Kedua-dua aspek ini menentukan penglibatan murid-murid dalam melaksanakan aktiviti. Masa dan fokus dalam pelaksanaan aktiviti memperlihatkan betapa murid-murid melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti secara optimum. Partisipasi ini dapat diukur melalui masa yang diperuntukkkan dan perhatian yang ditampilkan oleh murid-murid dalam beraktiviti.

Elemen yang dikemukakan oleh Astin ini adalah bertepatan dan bersesuaian dengan tatacara dalam penglibatan murid-murid dalam melaksanakan aktiviti. Masa yang dirancang untuk melaksanakan aktiviti perlulah bersesuaian dengan murid. Kepuasan dalam melaksanakan aktiviti adalah berpusat kepada peruntukan masa untuk menjalankan aktiviti tersebut. Namun, limitasi atau batasan masa ini akan dapat mempamerkan ia mendapat partisipasi optimum atau tidak. Aktiviti yang mampu melibatkan murid secara optimum dan menyeronokkan selalunya mendapat permintaan dari murid-murid untuk beraktiviti lebih lama. Sekiranya keadaan ini berlaku, ia mempamerkan bahawa murid telah memfokuskan fizikal dan psikologikalnya secara optimum. Maka penglibatan mereka akan berlaku secara aktif dalam melaksanakan aktiviti ini. Masa yang diperuntukkan dengan partisipasi murid terhadap aktiviti menunjukkan aspek kuantitatif dan kualitatif wujud dalam setiap penglibatan yang ditunjukkan. Keseronokan dalam beraktiviti akan mengurangkan kadar masa bosan di kalangan murid (Barkoukis, Ntoumanis, & Thogersen-Ntoumani, 2010). Keseronokan dalam melibatkan diri semasa melaksanakan aktiviti akan menggalakkan partisipasi murid untuk meletakkan fokus secara optimum.

Bersesuaian dengan aktiviti yang telah dilaksanakan semasa sesi kuliah dijalankan. Aspek kuantitatif dan kualitatif hadir secara serentak dalam melaksanakan aktiviti. Masa 4

Kritikan Teori, Aplikasi Aktiviti MOHD ZULHIDA BIN BADARUDIN MPF 1543 SEMESTER 1 Teori Penglibatan Astin yang diperuntukkan terasa begitu singkat sekiranya keterlibatan dalam aktiviti yang dijalankan mendapat partisipasi optimum dari setiap individu yang terlibat. Malah, terdapat individu yang meminta supaya aktiviti yang sama dijalankan dua kali. Ini menunjukkan aktiviti yang dijalankan telah mendapat perhatian serta partisipasi optimum dari individu yang terlibat. Keadaan ini berkesinambungan dengan sebarang aktiviti yang dijalankan di sekolah. Individu akan melaksanakan aktiviti dengan serius sepanjang masa yang diperuntukkan, sekiranya aktiviti itu mampu memusatkan perhatian maka masa yang diperuntukkan akan dimanafaatkan sepenuhnya oleh individu yang terlibat. Keadaan ini telah menyokong teori yang dikemukakan oleh Astin.

Pemaknaan pembelajaran dan perkembangan kendiri adalah berkait rapat dengan program pendidikan yang menjurus kepada kualiti serta kuantiti keterlibatan murid dalam program yang dianjurkan. Ini adalah di antara elemen yang dikemukakan dalam Teori Penglibatan Astin. Astin menyatakan bahawa pembelajaran itu akan menjadi bermakna sekiranya murid melibatkan diri dalam aktiviti secara berkualiti dengan kerap. Selain itu, perkembangan kendiri dalam diri murid juga akan berlaku secara positif serta bermakna sekiranya partisipasi murid dalam beraktiviti adalah berlaku secara optimum. Ini menunjukkan bahawa sistem pendidikan akan menjadi bermanafaat sekiranya mendapat penglibatan murid secara menyeluruh dalam sebarang program atau aktiviti yang dilaksanakan. Astin merujuk kepada program pendidikan yang dirancang menyumbang kepada perkembangan yang baik sekiranya mendapat partisipasi dari segi kualiti dan kuantiti. Semakin banyak murid menempatkan diri mereka dalam aktiviti, maka semakin banyak impak positif yang akan diperolehi. Elemen yang dikemukakan oleh Astin ini, amat bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dikemukakan dalam sistem pendidikan negara kita. Sistem pendidikan negara kita menjurus ke arah pembentukan insaniah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Pembentukan insaniah ini merujuk kepada perkembangan kendiri murid. Oleh itu, dalam memastikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini tercapai, kita memerlukan elemen yang dikemukakan oleh Astin ini. Kualiti dan kuantiti partisipasi murid dalam program pendidikan yang dirangka perlu diberi perhatian. Murid perlu dipastikan melibatkan diri dalam aktiviti pendidikan secara optimum bagi memperolehi objektif pengajaran yang dihasratkan. Kita boleh menjalankan kajian untuk membuktikan betapa partisipasi murid akan menyumbang kepada perkembangan kendiri mereka. Ini akan 5

Kritikan Teori, Aplikasi Aktiviti MOHD ZULHIDA BIN BADARUDIN MPF 1543 SEMESTER 1 Teori Penglibatan Astin menyingkap elemen ini secara aplikasi dari teoritikal. Jadi, dalam memenuhi hasrat ini guru perlu melaksanakan aktiviti pengajaran secara kreatif untuk menggalakkan partisipasi murid.

Dikaitkan dengan aktiviti yang dilaksanakan pada sesi kuliah yang lalu, didapati bahawa aktiviti memberi manafaat secara optimum kepada perkembangan diri setiap individu yang terlibat. Aktiviti team building yang dijalankan mewujudkan hubungan setiakawan yang tinggi apabila semua yang terlibat menjalankan aktiviti secara serius dan berfokus. Pemupukan kepada perkembangan kendiri akan berlaku secara konsisten dalam kumpulan. Hubungan sosialisasi yang bermakna akan wujud dengan partisipasi dalam menjalankan aktiviti. Mungkin, individu yang tidak melibatkan diri secara serius dari segi kuantiti dan kualiti tidak dapat menikmati impak yang positif ini. Tenaga fizikal dan psikologikal yang difokuskan dalam penglibatan sewaktu menjalankan aktiviti akan diterjemahkan dalam perlakuan. Perlakuan semasa beraktiviti akan membentuk perkembangan kendiri yang baik. Aktiviti juga akan memupuk peranan yang perlu dimainkan oleh individu dalam sesebuah organisasi komuniti. Sesungguhnya, elemen yang dikemukakan oleh Astin ini menyokong norma semulajadi manusia. Penglibatan secara aktif dari segu kuantiti dan kualiti akan menterjemahkan impak yang positif di kalangan murid-murid.

Peningkatan penglibatan murid-murid berkait rapat dengan kapasiti keberkesanan polisi dan amalan pendidikan. Astin mengemukakan elemen ini sebagai salah satu elemen dalam dimensi Teori Penglibatan yang ditampilkan. Partisipasi individu dalam aktiviti adalah berkaitan dengan amalan dan polisi dalam sistem pendidikan itu sendiri. Jika, pembentukan sistem pendidikan sekadar mahu memenuhi hasrat kerajaan tanpa memikirkan perkembangan individu maka ia akan dijalankan tanpa memikirkan perkembangan yang diharapkan melalui partisipasi murid dalam menjalankan aktiviti. Namun, secara lumrahnya polisi pendidikan adalah bersifat meningkatkan perkembangan diri individu secara menyeluruh. Maka, penglibatan murid dalam aktiviti akan dipertingkatkan dari masa ke semasa dalam pendidikan. Amalan pendidikan yang diamalkan adalah bersifat tertumpu kepada murid. Ini bermakna ia adalah menggalakkan penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Dalam sistem pendidikan negara kita, saya melihat bahawa polisi sistem pendidikan kita tidak mempunyai masalah dan saya pasti teori ini adalah menyokong sistem pendidikan 6

Kritikan Teori, Aplikasi Aktiviti MOHD ZULHIDA BIN BADARUDIN MPF 1543 SEMESTER 1 Teori Penglibatan Astin yang diamalkan. Namun, penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berkemungkinan mempunyai masalah dari segi amalan guru dalam bilik darjah itu sendiri. Sesetengah pendidik tidak langsung menekankan soal keterlibatan murid dalam menjalankan aktiviti dalam bilik darjah. Saya secara peribadi menyokong elemen yang dikemukakan oleh Astin dalam teori ini. Amalan yang menggalakkan partisipasi murid akan meningkatkan keterlibatan murid dalam aktiviti yang dilaksanakan. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan yang pelbagai untuk mengarah tumpuan murid dari segi fizikal dan psikologikal. Ini akan menggalakkan perkembangan yang sihat dalam bilik darjah. Keberkesanan amalan bilik darjah untuk menggalakkan partisipasi murid akan jelas diperlihatkan apabila ia mampu membentuk tingkah laku dan peranan murid seperti yang dianjurkan oleh Astin dalam teori ini. Faktor perkembangan kendiri turut dipengaruhi oleh penglibatan dalam program pendidikan. Ia akan mempengaruhi gaya hidup individu itu (Watt & Vodanovich, 1999). Pernyataan ini menyokong teori yang dikemukakan oleh Astin mengenai Teori Penglibatan. Perkembangan kendiri individu akan dipengaruhi oleh beberapa faktor penting. Ini termasuklah penglibatan dalam program pendidikan. Oleh itu, pemastian murid melibatkan diri dalam program pendidikan adalah menjadi tugas utama guru. Partisipasi ini akan membentuk beberapa elemen lain dalam pembentukan perkembangan kendiri termasuklah sikap, sifat kepimpinan, sosialisasi dan tingkahlaku individu.

Sekiranya mereflek sesi kuliah yang lalu, saya menyokong elemen yang dikemukakan dalam teori ini. Partisipasi dalam melaksanakan aktiviti team building yang dijalankan membentuk tingkahlaku kendiri bersesuaian dengan objektif aktiviti yang dijalankan. Contohnya, keterlibatan dalam aktiviti yang bertumpu kepada aktiviti kepimpinan akan membentuk peranan individu dalam dimensi kuasa memimpin. Ini adalah bertepatan dengan elemen teori yang dikemukakan oleh Astin iaitu pembentukan tingkahlaku dan peranan. Dalam melaksanakan tugasan harian juga memerlukan penglibatan murid secara total. Sistem pendidikan kita sering menghadapi masalah apabila murid gagal menyiapkan tugasan atau kerja rumah yang diberikan. Masalah kerja rumah yang gagal disiapkan ini bukan sahaja wujud dalam sistem pendidikan kita, malah di negara luar (Trautwein & Koller, 2003). Dalam memastikan kerja rumah yang diberikan mendapat perhatian serius di kalangan murid, ia juga memerlukan penglibatan atau partisipasi. Ini adalah penting kerana kerja rumah adalah salah satu indikator penentu kepada kecemerlangan pencapaian murid. Dalam konteks ini, teori Astin ini boleh diaplikasikan. Guru perlu bijak dalam memusatkan perhatian fizikal 7

Kritikan Teori, Aplikasi Aktiviti MOHD ZULHIDA BIN BADARUDIN MPF 1543 SEMESTER 1 Teori Penglibatan Astin dan psikolgikal murid dengan pelbagai pendekatan. Penglibatan secara aktif murid dalam aktiviti bilik darjah akan menggalakkan kesedaran peranan dalam sistem sosialisasi. Murid akan memainkan peranan masing-masing apabila sedar bahawa partisipasi mereka dalam aktiviti akan mendorong suatu impak yang baik bukan sahaja kepada dirinya, malah kepada rakan-rakan mereka. Bagaimana pemusatan ini mampu dilaksanakan? Itu bergantung kepada guru itu sendiri dalam memainkan peranannya sebagai pemandu arah bagi menggalakkan penglibatan murid secara aktif mengikut teori yang dikemukakan oleh Astin.

Dalam teori penglibatan yang dikemukakan oleh Astin ini, guru adalah pemacu utama dalam memastikan murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pendidikan. Guru mampu mempengaruhi murid dengan menggunakan pendekatan serta strategi motivasi. Tiga strategi motivasi yang boleh dilaksanakan ialah sokongan autonomi, sokongan struktur, dan sokongan penglibatan (Taylor & Ntoumanis, 2007). Guru perlu memberi peneguhan terhadap penglibatan murid. Ini akan menyokong lagi teori yang dikemukakan oleh Astin. Peneguhan yang berterusan akan memberikan motivasi kepada murid untuk terus melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan di bilik darjah. Peneguhan yang berterusan ini akan menggalakkan pemusatan partisipasi fizikal dan psikologi secara optimum dalam aktiviti yang dijalankan. Maka, kualiti dan kuantiti yang dilibatkan dalam sebarang aktiviti perlu diberi peneguhan agar penglibatan murid dapat berlaku dengan aktif dan baik.

Penglibatan murid ini bukan sahaja dilihat melalui dimensi tugasan atau kerja rumah yang diberikan. Saya melihat skop penglibatan murid kepada skop yang lebih luas. Dalam menggalakkan penglibatan murid, pendapat mereka dalam disiplin bilik darjah serta membuat sebarang keputusan akan memberikan impak yang lebih baik kepada persepsi terhadap guru (Lewis, Romi, Katz, & Qui, 2008). Penglibatan murid secara langsung dalam melaksanakan disiplin bilik darjah akan membentuk sikap dan sahsiah diri murid itu sendiri. Aktiviti sebegini akan menggalakkan penglibatan atau partisipasi murid secara aktif dalam pendidikan. Secara tidak langsung aktiviti seperti ini menyokong Teori Penglibatan yang dikemukakan oleh Astin. Penglibatan sebegini akan menggalakkan pemusatan fizikal dan psikologikal murid. Ia akan menjadikan sistem pendidikan itu dapat berlangsung dengan lebih berkesan dan bermakna kepada murid-murid. Melalui aspek ini, kesedaran murid terhadap peranan akan dipertingkatkan. Mereka akan mula menyedari bahawa peranan mereka bukan sahaja kepada diri mereka sendiri, tetapi juga peranan kepada individu lain 8

Kritikan Teori, Aplikasi Aktiviti MOHD ZULHIDA BIN BADARUDIN MPF 1543 SEMESTER 1 Teori Penglibatan Astin serta institusi sekolah itu sendiri. Ini secara tidak langsung akan membentuk sikap murid secara total. Pemusatan perhatian murid dalam aktiviti sebegini menguatkan lagi maksud hujahan dalam teori yang dikemukakan.

Disebalik pengukuhan dalam teori yang dikemukakan oleh Astin ini, guru harus bijak dalam mengadaptasi strategi dan pendekatan yang digunakan dalam menggalakkan penglibatan murid sekiranya berhadapan dengan situasi tertentu. Situasi yang dimaksudkan ialah, apabila guru berhadapan dengan murid-murid bekeperluan khas yang menuntut individu guru untuk mengadaptasi kesesuaian pendekatan untuk menggalakkan penglibatan golongan murid seperti ini (Lee et al., 2006). Meskipun berhadapan dengan murid yang kekurangan dari segi fizikal mahupun mental, guru perlulah kreatif dalam memastikan murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Adaptasi ini berkait rapat dengan penggunaan alat dan bahan dalam bilik darjah untuk menggalakkan penglibatan murid-murid bekeperluan khas ini. Pemusatan psikologikal berkemungkinan tidak dapat berlaku sepenuhnya terhadap murid-murid yang menghadapi masalah kecacatan terutamanya kecacatan mental. Namun, pemusatan tenaga fizikal dapat dicapai apabila aktiviti yang dilaksanakan adalah bersesuaian dengan aras serta tahap capaian murid sebegini. Sebab itulah kurikulum pendidikan khas digubal bersesuaian dengan keperluan murid-murid ini. Hal ini adalah menyokong teori yang dikemukakan oleh Astin, di mana Astin menyatakan bahawa polisi dan amalan yang diamalkan akan menentukan keberkesanan dalam menggalakkan penglibatan murid.

Perhubungan antara guru dengan murid menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti ko-akademik. Tambahan pula, ia akan menggalakkan persepsi positif murid terhadap aktiviti yang dijalankan. Perhubungan antara guru dengan murid ini akan memberi kesan terhadap partisipasi murid dalam aktiviti yang dijalankan (Luo, Huang, & Najjar, 2007). Dalam menggalakkan pernglibatan murid secara aktif, guru perlu membina hubungan yang baik di kalangan murid. Dalam Teori Penglibatan yang dikemukakan ini tidak menyentuh soal hubungan baik antara guru dengan murid. Sedangkan ia merupakan salah satu faktor penarik kepada pembentukan serta penumpuan fizikal dan psikologikal kepada aktiviti yang dijalankan di sekolah. Jika perhubungan antara guru dan murid terbina dengan baik, maka ia akan memberi kesan secara psikologikal kepada murid. Kesan psikologikal ini merupakan galakan kepada murid dalam memusatkan tenaga fizikal dan psikologikal mereka 9

Kritikan Teori, Aplikasi Aktiviti MOHD ZULHIDA BIN BADARUDIN MPF 1543 SEMESTER 1 Teori Penglibatan Astin terhadap aktiviti yang dijalankan. Saya merasakan elemen ini perlu ditambah dalam teori yang dikemukakan oleh Astin ini. Aspek perhubungan akan merangsang keterlibatan murid dalam aktiviti yang diajalankan oleh guru di dalam mahupun di luar bilik darjah.

Menyokong Teori Penglibatan yang dikemukakan oleh Astin, bahawa penglibatan murid akan memberi kesan kepada tingkahlaku murid. Penglibatan murid dalam aktiviti yang dirangka secara aktif akan memberi kesan kepada tingkahlaku murid (McKinney, Medvedeva, Vacca, & Malak, 2004). Tingkahlaku yang dimaksudkan termasuklah psikososial dan sebagainya. Murid yang terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan akan memodifikasi tingkahlaku kepada yang lebih baik. Inilah yang dimaksudkan dengan pemaknaan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Sekiranya murid, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan, maka mereka akan menyedari banyak perkara termasuk peranan yang perlu dimainkan dalam komuniti tersedia. Bertepatan dengan apa yang dikemukakan oleh Astin bahawa fokus teori ini adalah melibatkan perubahan tingkahlaku murid itu sendiri.

Perhubungan sosial dalam bilik darjah mampu diwujudkan dengan penglibatan murid secara aktif dalam sesi soaljawab yang akan membentuk iklim bilik darjah yang sihat bersesuaian dengan perkembangan pendidikan murid (McRobbie & Tobin, 1997). Untuk menyokong teori yang dikemukakan oleh Astin ini, saya mengambil indikasi penglibatan murid dalam aktiviti soaljawab dalam bilik darjah. Dalam sesi soal jawab seperti ini, akan dapat diperhatikan terdapatnya murid-murid yang pasif. Maka, guru dikehendaki menggunakan peluang ini untuk menggalakkan penglibatan aktif murid dalam aktiviti soal jawab ini. Tumpuan yang lebih harus diberikan kepada murid-murid yang agak pasif. Seperti pernyataan Astin, yang mengatakan bahawa terdapat sebahagian murid yang memusatkan tenaga fizikal dan psikologikalnya secara aktif manakala sebahagian lagi kurang aktif. Sesi soal jawab seperti ini akan menggalakkan murid mengaitkan pengalaman serta pengetahuan sedia ada mereka untuk dituturkan secara verbal. Ia akan menggalakkan murid untuk terlibat secara psikologikal dengan mengambil kira pengalaman terdahulu mereka (Nuthall & Altonlee, 1995). Murid-murid yang kurang aktif harus diberi rangsangan supaya turut terlibat dalam memainkan peranan. Meskipun jawapan yang dikemukakan tidak mengikut kehendak guru, namun guru harus bijak dalam memberi rangsangan semasa aktiviti seperti ini dijalankan. Secara tidak langsung teori ini akan membentuk suatu sistem sosial yang baik 10

Kritikan Teori, Aplikasi Aktiviti MOHD ZULHIDA BIN BADARUDIN MPF 1543 SEMESTER 1 Teori Penglibatan Astin dalam bilik darjah disamping menerapkan norma-norma baik seperti bersoal jawab secara bertatasusila. Ia juga akan menambah keyakinan murid yang akan membentuk perkembangan yang baik di kalangan murid. Berkemungkinan juga ia akan menyumbang kepada pengalaman yang menyeronokkan bagi murid-murid. Jadi, penglibatan murid dalam sesi aktiviti seperti ini akan menambahkan lagi minat murid untuk meneruskan aktiviti. Meskipun pada mulanya, murid-murid yang agak pasif ini kelihatan janggal namun, lama kelamaan ia akan membentuk satu sistem nilai yang baik di kalangan mereka.

Dalam perkembangan pendidikan semasa ini, saya melihat perkembangan teknologi mampu menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Teknologi dalam pendidikan akan menggalakkan penglibatan komuniti sekolah secara menyeluruh. Ia akan memberi kesan kepada perkembangan kurikulum dengan baik (MuirHerzig, 2004). Dalam menggalakkan penglibatan dalam pendidikan, penggunaan teknologi mampu menjadi pemangkin kepada pemusatan perhatian murid secara fizikal mahupun psikolgikal seperti yang diutarakan oleh Astin. Teknologi dalam pendidikan merupakan salah satu kaedah dalam pengajaran yang mampu menarik minat murid. Murid akan mudah tertarik kerana teknologi akan mengintegrasikan visual dan audio yang mampu merangsang psikologikal murid ke arah yang lebih positif. Ia juga akan menggalakkan aspek kuantitatif dan kualitatif dalam pemusatan perhatian yang diberikan oleh murid terhadap aktiviti yang dijalankan seperti yang diperkatakan oleh Astin.

Dalam menjayakan teori yang dikemukakan ini; guru haruslah berlaku adil serta tidak prejudis terhadap mana-mana muridnya. Kesamarataan dalam memberi peluang kepada murid untuk terlibat dalam aktiviti perlu wujud (Oller, Vila, & Zufiaurre, 2012). Guru perlu memberi peluang partisipasi ini kepada semua murid. Penghapusan sikap prejudis serta berat sebelah mesti dilaksanakan dalam diri individu guru. Jika tidak, ia akan menimbulkan permasalahan dalam melaksanakan Teori Penglibatan ini di sekolah. Murid-murid perlu diberi peluang untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti tanpa mengambil kira latar belakang, jantina, agama, bangsa, mahupun bahasa mereka. Dalam teori ini, Astin menyatakan peranan murid dalam keterlibatan aktiviti yang dijalankan. Namun, saya berpendapat guru juga harus menyedari peranan yang perlu dimainkan dalam memastikan partisipasi murid dapat berlaku dengan baik dalam bilik darjah. Sekiranya guru bersikap berat sebelah, maka keseimbangan dalam partisipasi murid terhadap aktiviti tidak akan wujud. Malah, norma-norma negatif akan 11

Kritikan Teori, Aplikasi Aktiviti MOHD ZULHIDA BIN BADARUDIN MPF 1543 SEMESTER 1 Teori Penglibatan Astin terbina samada persepsi guru terhadap murid, murid terhadap guru, atau murid terhadap murid. Impaknya, iklim bilik darjah yang tidak sihat akan terjelma dan mengganggu perkembangan murid itu sendiri.

Rumusannya, Teori Penglibatan yang dikemukakan oleh Astin ini mampu dilaksanakan dengan baik sekiranya mendapat pemahaman yang mantap dari kalangan golongan pendidik. Namun, beberapa aspek tambahan seperti minat, dan hubungan sosialisasi guru dengan murid yang baik mampu merangsang perkembangan teori ini dengan baik. Tingkahlaku serta perkembangan murid dapat dipastikan berlaku dengan positif sekiranya kita mampu memusatkan perhatian murid secara total terhadap aktiviti yang dijalankan di sekolah. Teori Penglibatan yang dikemukakan oleh Astin ini juga perlu disokong oleh beberapa teori lain seperti Teori Perkembangan oleh Chickering dan Teori Perkembangan Moral oleh Kohlberg. Saya melihat bahawa teori-teori ini saling berkaitan antara satu sama lain. Kesedaran serta kefahaman terhadap teori-teori yang wujud akan menambahkan lagi keupayaan serta ketekalan dalam memacu kepada perkembangan yang lebih baik dalam sistem pendidikan negara kita.

12

Kritikan Teori, Aplikasi Aktiviti MOHD ZULHIDA BIN BADARUDIN MPF 1543 SEMESTER 1 Teori Penglibatan Astin RUJUKAN
Astin, A. W. (1999). Student involvement: A developmental theory for higher education (Reprinted from Journal of College Student Development, July, 1984). Journal of College Student Development, 40(5), 518-529. Barkoukis, V., Ntoumanis, N., & Thogersen-Ntoumani, C. (2010). Developmental changes in achievement motivation and affect in physical education: Growth trajectories and demographic differences. Psychology of Sport and Exercise, 11(2), 83-90. doi: DOI 10.1016/j.psychsport.2009.04.008 Busseri, M. A., & Rose-Krasnor, L. (2008). Subjective experiences in activity involvement and perceptions of growth in a sample of first-year female university students. Journal of College Student Development, 49(5), 425-442. Lee, S. H., Amos, B. A., Gragoudas, S., Lee, Y., Shogren, K. A., Theoharis, R., & Wehmeyer, M. L. (2006). Curriculum augmentation and adaptation strategies to promote access to the general curriculum for students with intellectual and developmental disabilities. Education and Training in Developmental Disabilities, 41(3), 199-212. Lewis, R., Romi, S., Katz, Y. J., & Qui, X. (2008). Students' reaction to classroom discipline in Australia, Israel, and China. Teaching and Teacher Education, 24(3), 715-724. doi: DOI 10.1016/j.tate.2007.05.003 Luo, M. C., Huang, W. M., & Najjar, L. (2007). The relationship between perceptions of a Chinese high school's ethical climate and students' school performance. Journal of Moral Education, 36(1), 93-111. doi: Doi 10.1080/03057240601185489 MacNamara, A., Button, A., & Collins, D. (2010). The Role of Psychological Characteristics in Facilitating the Pathway to Elite Performance Part 1: Identifying Mental Skills and Behaviors. Sport Psychologist, 24(1), 52-73. McKinney, K., Medvedeva, M. A., Vacca, K., & Malak, J. (2004). Beyond the classroom: An exploratory study of out-of-class learning in sociology. Teaching Sociology, 32(1), 43-60. McRobbie, C., & Tobin, K. (1997). A social constructivist perspective on learning environments. International Journal of Science Education, 19(2), 193-208. Muir-Herzig, R. G. (2004). Technology and its impact in the classroom. Computers & Education, 42(2), 111-131. doi: Doi 10.1016/S0360-1315(03)00067-8 Nuthall, G., & Altonlee, A. (1995). Assessing Classroom Learning - How Students Use Their Knowledge and Experience to Answer Classroom Achievement-Test Questions in Science and Social-Studies. American Educational Research Journal, 32(1), 185-223. Oller, J., Vila, I., & Zufiaurre, B. (2012). Student and teacher perceptions of school involvement and their effect on multicultural education: a Catalonian survey. Race Ethnicity and Education, 15(3), 353-378. doi: Doi 10.1080/13613324.2011.618829 Taylor, I. M., & Ntoumanis, N. (2007). Teacher motivational strategies and student selfdetermination in physical education. Journal of Educational Psychology, 99(4), 747-760. doi: Doi 10.1037/0022-0663.99.4.747 Trautwein, U., & Koller, O. (2003). The relationship between homework and achievement - Still much of a mystery. Educational Psychology Review, 15(2), 115-145. Watt, J. D., & Vodanovich, S. J. (1999). Boredom proneness and psychosocial development. Journal of Psychology, 133(3), 303-314.

13

You might also like