You are on page 1of 17

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

1.0 PENGENALAN Menurut Ab. Razak Ab. Karim (2008) laras didefinisikan sebagai kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan sehari-harian mereka. Seorang penutur itu akan mengubah larasnya bergantung pada keadaan ataupun situasi sesuatu peristiwa bahasa itu berlangsung. Misalnya, laras ekonomi, laras undang-undang, laras perubatan dan sebagainya. Menurut Nik Safiah karim (1982) pula menyatakan bahawa laras ialah satu gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Beliau mengaitkan laras dengan pemilihan bahasa berdasarkan konteks, bidang yang diperkatakan dan juga peringkat sosial. Menurut Rajiee Hadi (1994), laras bahasa adalah satu wahana yang membuktikan kemampuan sesuatu bahasa untuk mengungkapkan makna dan maksud dalam pelbagai bidang. Laras bahasa menentukan makna leksikal sesuatu kata dan pengertian mengkhusus kepada bidang tertentu iaitu merangkumi pemilihan diksi, istilah, frasa dan ayat yang digunakan. Ciri-ciri khusus yang dapat membezakan antara sesuatu laras bahasa ialah dengan adanya penggunaan istilah yang berbeza mengikut bidang masing-masing. Jenis dan struktur ayat yang mudah atau kompleks, pendek atau panjang, ayat aktif atau ayat pasif, bergantung kepada jenis bidang ilmu yang tertentu. Selain itu, pemerengganan yang bergantung kepada jenis format penulisan, penghuraian, penomboran, simbol, carta dan lain-lain.
1

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

Terdapat banyak laras dalam bahasa Melayu. Antaranya laras bahasa sains dan teknologi, bahasa undang-undang, bahasa ekonomi atau perniagaan dan banyak lagi. Kajian ini adalah memberi tumpuan kepada bagaimana bahasa yang digunakan dalam laras ekonomi. Laras ekonomi merupakan salah satu daripada laras-laras ilmiah yang ada. Laras ini merangkumi banyak jenis dan salah satu daripada laras ekonomi yang dimaksudkan ialah laras bursa saham. Laras ini banyak terdapat dalam akhbar-akhbar harian dan jarang ditatapi oleh pembaca kecuali seseorang itu terlibat secara langsung atau tidak dengan urusan jual beli saham. Biasanya ia digunakan dalam dunia korporat, khususnya dalam bidang perniagaan, perusahaan, perindustrian, perakaunan,

perbankan dan perdagangan.

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

2.0 ANALISIS 2.1 Aspek Istilah Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), istilah ialah satu perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Istilah boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu istilah khusus dan istilah umum. 2.1.1 Istilah Umum Istilah umum ialah istilah yang terdiri daripada perkataan yang menunjukkan jenis atau kumpulan. Contoh istilah umum yang terdapat dalam laras ekonomi adalah seperti berikut: Istilah Umum Indeks Wang Saham Sen Juta Harga Dagangan Deposit Huraian Indeks merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu index. Wang merupakan bahasa sumber. Saham merupakan bahasa sumber. Sen merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu cent. Juta merupakan bahasa sumber. Harga merupakan bahasa sumber. Dagangan merupakan bahasa sumber. Deposit merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu deposit. Labur Labur merupakan bahasa sumber.

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

Ekonomi

Ekonomi merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu economy.

Jadual 1: Istilah umum dalam laras ekonomi. 2.1.2 Istilah Khusus Istilah khusus ialah istilah yang terdiri daripada perkataan yang merujuk kepada perkara, benda atau alat-alat tertentu. Contoh istilah khusus yang terdapat dalam laras ekonomi adalah seperti berikut: Istilah Khusus Indeks Huraian

Komposit Indeks merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu index manakala komposit juga merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu composit. Kuala Lumpur pula merupakan kata nama khas.

Kuala Lumpur

Pasaran Saham Hong Pasaran Kong Saham Talam

dan

saham

merupakan

bahasa

sumber

manakala Hong Kong merupakan kata nama khas. Saham merupakan bahasa sumber manakala Talam merupakan kata nama khas.

Saham Kbunai

Saham merupakan bahasa sumber manakala Kbunai merupakan kata nama khas.

Saham global

Saham merupakan bahasa sumber manakala global merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu global.

Bursa Malaysia

Bursa merupakan bahasa sumber manakala Malaysia merupakan kata nama khas.
4

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

Indeks Jepun

Nikkei

225 Indeks merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu index manakala Nikkei 225 khas. Jepun merupakan kata nama

Saham Ramunia

Saham merupakan bahasa sumber manakala Ramunia merupakan kata nama khas.

Saham Saag

Saham merupakan bahasa sumber manakala Saag merupakan kata nama khas.

Indeks FTSE London

Indeks merupakan pinjaman bahasa Inggeris iaitu index manakala FTSE London merupakan kata nama khas.

Jadual 2: Istilah khusus dalam laras ekonomi.

2.2 Aspek Sintaksis Aspek sintaksis ini membincangkan tentang beberapa perkara seperti binaan ayat, pola ayat, susunan ayat, ragam ayat, jenis-jenis ayat dan bentuk ayat.

2.2.1 Binaan Ayat Dalam binaan ayat, analisis teks dibuat dengan melihat binaan subjek dan predikat ayat. Contoh binaan ayat boleh dilihat dalam jadual dibawah.

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

Subjek 1. Para pelabur 2. Pasaran saham global 3. Indeks Nikkei 225 Jepun

Predikat lebih ceria. meningkat. ditutup.

Jadual 3: Contoh binaan ayat dengan melihat subjek dan predikat Dalam contoh satu dalam Jadual 3 di atas, iaitu Para pelabur lebih ceria, kita dapati unsur frasa subjeknya ialah para pelabur dan unsur predikat lebih ceria. Subjek dalam ayat tersebut merupakan frasa nama dan predikatnya pula ialah frasa adjektif. Contoh kedua pula iaitu Pasaran saham global meningkat, kita dapati unsur frasa subjeknya ialah pasaran saham global iaitu frasa nama dan unsur predikatnya ialah meningkat iaitu frasa kerja. Contoh yang ketiga pula iaitu Indeks Nikkei 225 Jepun meningkat, kita dapati unsur frasa subjeknya ialah Indeks Nikkei 225 Jepun iaitu frasa nama dan unsur predikatnya ialah ditutup iaitu frasa kerja.

2.2.2 Pola Ayat Pola ayat terdiri daripada empat unsur iaitu: I. II. III. IV. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) Frasa Nama + Frasa kerja (FN + FK) Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FSN)
6

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

Namun begitu, pola 1 iaitu FN + FN tidak terdapat dalam analisis ini. Pola ayat yang hanya terdapat pada teks adalah: Pola 2: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) FN (subjek) 1. Indeks Komposit Kuala Lumpur 2. Unit dagangan 3. Pasaran saham Amerika Syarikat FK (predikat) mencecah paras 1533. meningkat hampir dua kali ganda. menunjukkan perubahan positif.

Jadual 4: Pola ayat Frasa Nama + Frasa Nama. Pola 3: Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) FN (subjek) 1. Para pelabur FA (predikat) lebih ceria.

Jadual 5: Pola Ayat Frasa Nama + Frasa Adjektif. Pola 4: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FSN) FN (subjek) 1. Pasaran saham Hong Kong 2. Pasaran saham negara 3. Indeks kini FSN (predikat) pada bulan Januari 2011. pada awal tahun 2011. dengan hanya 30 kaunter.

Jadual 6: Pola Ayat Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

2.2.3 Susunan Ayat Susunan ayat dilihat kepada dua bahagian iaitu susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang.

I.

Ayat Biasa

Dalam susunan ayat biasa, kedudukan konstituen subjeknya berada di hadapan konstituen predikat. Contoh ayat yang terdapat dalam teks ialah: subjek a) Indeks b) Indeks c) Pasaran saham global predikat berada di paras melebihi 23 ribu mata. ditutup pada 23 447.3 mata. meningkat hampir dua kali ganda.

Jadual 7: Contoh ayat biasa yang terdapat dalam teks. II. Ayat Songsang

Ayat songsang ialah ayat yang telah melalui proses pendepanan atau penjudulan. Bagi ayat songsang, konstituen predikat yang biasanya selepas subjek dipindahkan kehadapan objek. Unsur dikedepankan itulah yang hendak diberi penegasan iaitu melalui proses pendepanan. Contoh ayat yang terdapat dalam petikan ialah:

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

Predikat 1. Pada minggu kedua

Subjek Indeks Lumpur meningkat. komposit FBM

Ayat biasa Kuala Indeks terus Lumpur meningkat kedua. komposit FBM pada Kuala terus minggu

2. Pada minggu ketiga Indeks bulan Januari 2011 Lumpur menurun

Komposit FBM sedikit,

Kuala Indeks mula Lumpur tetapi menurun

Komposit FBM sedikit,

Kuala mula tetapi

masih di paras 1500 mata.

masih di paras 1500 mata pada minggu ketiga bulan Januari 2011.

Jadual 8: Contoh susunan ayat songsang. 2.2.4 Ragam Ayat Ragam ayat terbahagi kepada dua iaitu: a) Ayat aktif b) Ayat pasif

1. Ayat Aktif Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Terdapat dua jenis ayat aktif iaitu: a) Ayat Aktif Transitif b) Ayat Aktif Tak Transitif

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

Ayat Aktif Transitif Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Contoh ayat aktif transitif yang terdapat dalam teks boleh dilihat dalam jadual di bawah. Subjek Predikat Kata KerjaTransitif Indeks Komposit Kuala menunjukkan Predikat Objek perubahan positif.

Lumpur FBM Indeks Komposit Kuala mencecah paras 1533 mata pada hari pertama. Amerika menunjukkan perubahan positif.

Lumpur FBM Pasaran Syarikat Jadual 9: Ayat Aktif Transitif. saham

Ayat Aktif Tak Transitif Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang megandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Contoh ayat aktif tak transitif yang terdapat dalam teks boleh dilihat dalam jadual di bawah.

10

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

Subjek Unit dagangan Indeks Indeks Dow Jones Jadual 10: Ayat Aktif Tak Transitif

Predikat (Kata Kerja Tak Transtif) meningkat. ditutup. meningkat.

2. Ayat Pasif Subjek Peningkatan ini Kata kerja Pasif disebabkan Oleh + Frasa Nama Keterangan oleh berita positif sektor perumahan Saham Nestle Sentimen positif Jadual 11: Ayat Pasif dibeli didahului oleh pihak luar. oleh kaunter stok. di negara itu.

2.2.5 jenis-jenis Ayat Terdapat empat jenis ayat dalam tatabahasa Melayu iaitu: a) Ayat Penyata b) Ayat Seruan c) Ayat Tanya d) Ayat Perintah

11

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

a) Ayat Penyata Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Contoh ayat penyata yang terdapat dalam teks adalah seperti yang berikut:

i. ii.

Analisis saham ini adalah berkaitan dengan pasaran saham yang lalu. Pasaran saham Negara pada awal tahun 2011, amat memberangsangkan dengan jumlah dagangan melebihi 40 000 juta.

iii.

Saham teraktif dalam minggu itu termasuklah saham Saag, Talam, KUB Malaysia Berhad (KUB), Borneo Oil Berhad (Bornoil) dan Ho Wah Genting Berhad (HWGB).

b) Ayat Seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru ( ! ) yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Walaubagaimanapun tidak terdapat ayat seruan dalam teks yang dikaji ini.

c) Ayat Tanya Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Contoh ayat tanya yang

12

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

terdapat dalam teks adalah seperti yang berikut: i. Apakah faktor peningkatan pasaran saham Hong Kong pada bulan Januari 2011? ii. Adakah pasaran saham negara akan sentiasa meningkat?

d) Ayat Perintah Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan sebagainya yang biasa digugurkan. Walaubagaimanapun tidak terdapat ayat perintah dalam teks yang dikaji ini.

2.2.6 Bentuk Ayat Terdapat dua bentuk ayat yang dianalisis dalam teks ini, iaitu; a) Ayat Tunggal b) Ayat Majmuk Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, ayat tunggal, seperti ayat-ayat jenis lain juga, terbit daripada ayat dasar. Binaan ayat tunggal menyamai binaan ayat dasar, iaitu terkandung di dalamnya satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Contoh ayat tunggal yang terdapat dalam teks yang dikaji ini adalah seperti yang berikut:

13

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

subjek Pasaran saham negara Saham Jadual 12: Ayat Tunggal. Ayat Majmuk

predikat meningkat tinggi. menurun.

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadi ayat baharu. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis iaitu a) Ayat majmuk gabungan b) Ayat majmuk pancangan c) Ayat majmuk campuran

Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Contoh ayat majmuk gabungan yang terdapat dalam teks yang dikaji adalah seeprti yang berikut: i. Jumlah dagangan harian berada di paras melebihi 2000 juta unit pada hampir setiap hari pada minggu pertama dan minggu kedua tahun 2011. ii. iii. Indeks Komposit Kuala Lumpur FBM menurun, tetapi masih di paras 1500 mata. Unit dagangan masih tinggi dan berjumlah 7450.23 juta unit berbanding dengan 6361.99 juta unit pada minggu ketiga bulan Disember 2010.

14

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat majmuk pancangan terbahagi kepada ayat pancangan relatif, ayat pancangan komplemen dan ayat pancangan keterangan. Contoh ayat majmuk pancangan dalam teks kajian ialah : i. ii. Permulaan yang positif untuk tahun 2011. Saham yang banyak perubahan termasuklah saham British American Tobacco berhas (BAT). iii. Bahawa ekonomi negara kita pada masa itu merosot adalah kurang tepat.

Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Contoh ayat majmuk campuran dalam teks kajian ialah: i. Saham yang banyak perubahan termasuklah saham BAT, saham Nestle, dan saham TWS. ii. Indeks Komposit Kuala Lumpur FBM yang mula turun sedikit, tetapi masih di paras 1500 mata.

15

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

3.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, dalam analisis teks laras ekonomi yang bertajuk sasaran

tahun baharu terdapat penggunaan istilah umum dan juga istilah khusus yang telah disenaraikan.

Dari segi aspek sintaksis pula binaan FN+FK merupakan binaan ayat yang paling banyak dikenal pasti berbanding dengan FN+FA dan FN+FSN.

Walaubagaimanapun, binaan FN+FN didapati tiada di dalam kajian teks yang dilakukan.

Kebanyakan susunan ayat adalah ayat biasa namun ada juga ayat songsang digunakan dalam laras ini. Selain daripada ayat biasa dan ayat songsang, teks ini juga menggunakan ayat aktif dan ayat pasif dan juga beberapa jenis ayat seperti ayat penyata dan ayat tanya . Ayat perintah dan ayat seruan tidak terdapat dalam teks. Bentuk ayat yang digunakan pula ialah ayat tunggal dan juga menggunakan lebih banyak ayat majmuk daripada ayat tunggal.

16

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341

RUJUKAN

Ab. Razak Ab. Karim. 2008. Kepelbagaian Laras Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Asmah Haji Omar. 2008. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laras

bahasa

.Dicapai

pada

Oktober

2011,

daripada

http://yunimaha5-

lestaribestari.blogspot.com/2009/07/laras-bahasa-2.html

Mohd Hanif Mohd Helmi. 2011. Mac. Sasaran Tahun Baharu. Dewan Ekonomi. 59-61.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. 2010. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

17

You might also like