You are on page 1of 1

PERATURAN : 4.

(2) Seseorang pegawai tidak boleh- (d) Berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan/mencemar nama baik perkhidmatan awam PENERANGAN Seorang pegawai awam tidak dibenarkan untuk menunjukkan tingkah laku yang melanggar etika keguruan. Contoh-contoh pelanggaran peraturan ini ialah terlibat dalam

penyalahgunaan dadah, berjudi di pejabat/ waktu bertugas, disabitkan kesalahan jenayah/ mahkamah syariah, kesusahan berat kerana hutang, menerima keraian dari orang yang ada hubungan rasmi, melakukan gangguan seksual KES : SABAK BERNAM- Perubahan sikap seorang guru wanita yang menjadi pasif dan pendiam membongkar rahsia dia dirogol rakan sekerjanya. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian jam 5 pagi, 14 April lalu, mangsa yang baru bangun dari tidur diterkam suspek berusia 37 tahun di ruang tamu rumahnya sebaik sahaja dia membuka pintu. "Suspek seorang guru sekolah rendah bertindak menerkam dan merogol mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah. "Bagaimanapun tiada ugutan yang dibuat dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam. Menurut Noor Mushar, disebabkan kejadian itu, mangsa berusia 33 tahun itu trauma dan berubah sikap menjadi pasif serta pendiam yang kemudiaannya perubahan itu disedari oleh suami mangsa. "Mangsa yang pada mulanya takut menceritakan tragedi itu akhir terpaksa mengakui menjadi mangsa rogol selepas didesak berkali-kali oleh suaminya. "Mangsa ditemani suami kemudiaannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu," katanya, Berdasarkan laporan yang diterima, polis bertindak menahan suspek yang sudah berkahwin namun masih belum mempunyai cahaya mata itu di kediamannya di sekitar Sungai Besar kira-kira jam 10 malam, pada hari sama laporan dibuat. "Suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol. Sementara itu, katanya, orang ramai diminta segera membuat laporan dan tidak mendiamkan diri sekiranya menjadi mangsa jenayah. "Laporan itu penting bagi memudahkan siasatan dijalankan dan membolehkan tindakan segera diambil ke atas penjenayah," katanya. sumber : Sinar Harian Online, 25 Julai 2012

Nur Aidilla Hassan, Adibatul Husni Abdul Rahim PISMP PK 5 JAN 2009

You might also like