© Muhammad Firdaus bin Ariff Ekso-sut Beta dan Gamma yang tinggal panik seketika. Sudahlah mereka kini ‘buta’kerana kemusnahan pesawat peninjau, ekso-sut Alfa pula telah dihapuskan. Buntu,mereka menghubungi kapal selam pengiring.Arahan diterima. “Misi dibatalkan, kembali ke kapal selam.”Kedua-dua ekso-sut itu segera berundur. Azmeer memerhatikannya penuh minat, diamasih menunggu kapal selam musuh timbul ke permukaan.“Azmeer, buruan kamu sudah muncul,” Yap melaporkan dari pesawat.Sistem Samaran Elektronik segera dimatikan, ekso-sut Azmeer terbang meluru ke arah bot kecil itu. Pedang laser di kedua-dua belah tangan ekso-sut merah menyala, bersediauntuk menyerang.Sekali libasan, ekso-sut Gamma terbelah dua. Ekso-sut Azmeer kemudiannya melompatke atas dek kapal. Dia sudah nampak buruannya, Yap pula telah menandakan sasaranstrategik pada skrinnya.Dalam masa yang sama, Mahmud pula kembali menghujani ekso-sut Beta dengan peluru berpandu Taji Helang. Pakeer pula menetapkan sasarannya kepada kokpit ekso-suttersebut. Sebaik sahaja ekso-sut Beta hendak melompat ke dalam laut untuk melarikandiri, Pakeer melancarkan serangan mautnya.Ekso-sut Azmeer melompat tinggi sebelum menjunam ke arah layar USS Bush.Sasarannya adalah antena komunikasi tempur, yang mudah sahaja dicantas dengan pedang laser. Kemudian Ekso-sut Azmeer beralih ke USS Cheney pula.USS Cheney turut mengalami nasib yang sama, antena komunikasinya musnah samasekali. Kapal selam selam ternyata tidak mampu menangani serangan ekso-sut yang bergerak di bawah lingkungan minimum senjata-senjata jarak jauhnya.“Skuad, berkumpul di atas dek MV Sorgut.”Ketiga-tiga ekso-sut itu berkumpul di atas dek MV Sorgut. Keseluruhan kapal kargo itumasih gelap gelita, tanda mereka belum pulih daripada serangan EMP. Merekakemudiannya menerima arahan agar berkawal di MV Sorgut sehingga datang helikopter untuk membawa kargo X-CS1 keluar.“Yap, kau tahu tak apa kandungan kargo rahsia yang kita lindungi ini?”“Tidak Azmeer, kita sebagai anggota MIST harus ikut sahaja arahan.”Tiba-tiba, ternampak kelibat satu benda bergerak dengan pantas di belakang ekso-sutPakeer. Azmeer segera menoleh, radarny tidak mengesan apa.3
Leave a Comment