© Muhammad Firdaus bin Ariff Sinis Salam menjawab, “Menghalang kemajuan pangkat mungkin.”Tertawa Ma Yu mendengarnya. “Benar kata kau. Kita dapat meneruskan eksperimen ini pun kerana ada jutawan Muslim yang menaja. Jika tidak, kita berdua harus pulang kekampung halaman.”“Mari kita pulang ke bilik dan berehat. Esok pagi-pagi selepas subuh kita akanmemulakan eksperimen.”
Makmal Vetra, CERN
Setelah imbasan retina dan cap jari, Salam dan Ma Yu melangkah masuk ke dalammakmal itu. Dalam masa yang sama, tag RFID mereka diimbas melalui gelombang radio.Setiap seorang menatang kanister
anti-matter
dengan berhati-hati. Setiap satu kanister mempunyai kuasa setanding dengan bom nuklear B83. Bom terkuat dalam perkhidmatantentera Amerika Syarikat itu menghasilkan kuasa 1.2Mt.Mereka melanngkah ke dalam ruang terkawal di mana gerbang dimensi itu diletakkan.Kedua-dua kanister itu diletakkan dengan cermat pada kebuk khas yang setentangkedudukannya pada gerbang dimensi itu. Sepanjang perimeter gerbang itu memuatkanmagnet superkonduktor yang disejukkan dengan gas helium.Ruang terkawal itu ditinggalkan dan ditutup rapi, mereka mengambil tempat di konsolkawalan. Salam memberi isyarat agar Ma Yu bersedia untuk menekan punat perlepasan.Tangan Salam juga diletakkan di atas punat yang serupa.“Boom!”
Anti-matter
yang dilepaskan daripada kedua-dua kanister itu bertembung ditengah gerbang. Medan magnet yang kuat memandu pertembungan terkawal itu,seterusnya mengawal tindak balas yang berlaku. Kuasa yang terhasil menerobos fabrik dimensi.Satu vorteks mula terbentuk di dalam gerbang itu, lalu berkembang sehingga mencecahkerangka gerbang. Cahaya pelbagai warna keluar daripada vorteks tersebut. Ma Yu danSalam terpegun seketika.“Maha suci Tuhan. Eksperimen ini betul-betul menjadi!”Tenang Salam menjawab. “Jangan terlalu gembira, kita hantar kuar peninjau untuk memeriksa terlebih dahulu.”Melalui pintu khas di sisi konsol itu Salam memasukkan sebuah kuar peninjau. Kuar peninjau itu terus terbang memasuki vorteks itu. Penerbangannya dikawal cermat olehMa Yu menggunakan kawalan jauh.2
Leave a Comment