• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
© Muhammad Firdaus bin Ariff 
Putaran Masa
18 Januari 2008 
Awan hitam mencurahkan hujan tanpa lelah. Seorang lelaki berlari keluar dari teksisambil membawa sebuah beg bimbit. Tanpa payung, dia melangkah kaki selaju mungkinke ruang legar stesen LRT Universiti.Sebaik sahaja dilindungi oleh bumbung stesen, lelaki tersebut memperlahankanlangkahnya. Dia berhenti sejenak, membetulkan rambutnya yang panjang. Pandangannyaserba sedikit tertutup dek rambut hitamnya itu.Baru satu nafas ditarik, telefon bimbitnya berdering. Dia mengeluarkan telefonnya yangsedikit lembab. Lembab, tetapi tidak basah. Tanpa melihat skrin yang berkabut, lelaki itumengangkat telefon tersebut.Suara dari corong telefon menjerkah, “Johan, kau di mana?”“Aku baru mahu naik LRT, sangkut dek hujan dan kesesakan.”“Cepatlah, persembahan kita akan bermula sejam lagi.”Johan menjawab ya dua tiga kali sebelum menamatkan panggilan. Dia mengeluarkanMyKad dari dompetnya lalu berjalan ke arah pintu masuk LRT. Langkahnya dihalakan kelaluan paling kiri, satu-satunya laluan Touch N Go yang tidak terlekat notis rosak.Barisan yang beratur hendak masuk laluan itu panjang, sepanjang barisan di kaunter. Duaorang lelaki yang rancak berborak menarik perhatian Johan. Seorang memakai bajumerah dan seorang lagi memakai baju biru.Si baju biru bertanya, “Kau mahu tambah nilai Touch N Go dalam MyKad?”“Tidak, aku tidak mahu pergerakan aku dijejaki.”“Apa maksud kau?”“Apabila kita menggunakan sistem Touch N Go dalam MyKad, setiap stesen keluar masuk kita akan direkodkan. Jadi, mereka boleh tahu ke mana selalu kita pergi. Tambah pula guna fungsi Bankcard, di mana kita membeli-belah pun akan diketahui.”Rakannya mengangkat bahu, “Apa-apa sahajalah.”Johan melihat MyKad di tangan, dia berhenti sejenak. Kemudian dia mengerling ke arah jamnya, detikan jarum kedengaran bagai berdetik kuat di telinganya. Dia meneruskanlangkah dan menyentuh MyKad kepada panel Touch N Go.1
 
© Muhammad Firdaus bin Ariff Tiba sahaja di platform, sebuah tren menghala ke Terminal Putra tiba. Tanpa berlengah,Johan melangkah masuk ke dalam tren. Terdapat sebuah kerusi kosong dan Johan terussahaja mengambil tempat tersebut.Beberapa ketika kemudian, tren singgah di stesen Kerinchi. Dua orang lelaki masuk,kedua-duanya memakai jaket yang serupa warnanya. Salah seorang kelihatan sudah agak  berusia sedangkan seorang lagi jelas muda beberapa puluh tahun. Nafas si tua agak terburu-buru sedangkan rakannya tenang sahaja melempar pandangan ke luar.Lelaki tua itu berpaut pada pemegang yang bergantungan, kakinya kelihatan agak goyah.Tetapi Johan hanya mengerling seketika sebelum menutup matanya. Kemudian diamenyumbat telinganya dengan fon telinga lalu memeluk tubuhnya.
23 Jun 2048 
“Proto, kejar dia!”Proto berlari mengejar lelaki yang berpakaian serba hitam. Dia melepaskan beberapa dastembakan tetapi ditampan oleh perisai medan kuasa. Butir-butir peluru yang menghentam perisai tersebut terhenti dan musnah.Beberapa langkah di belakang Proto, Johan turut berlari mengekori. Kini dia sudahmenginjak 60-an tetapi masih aktif dalam bidang penguatkuasaan.Peta kawasan pusat bandar itu terpapar di implan retina Johan. Labirin laluan di belakangkedai-kedai dipaparkan bersama pelbagai maklumat. Titik-titik hijau memaparkankedudukan orang-orangnya sedangkan satu titik merah tunggal mewakili buruan mereka.“Semua ahli skuad bersedia, sasaran kita sedang menuju ke lorong buntu. Pastikan diaditumbangkan dan ditangkap.”Dalam sekelip mata, arahan Johan terpapar di implan retina semua ahli skuadnya. Nafasnya semakin kencang, buruan semakin hampir ke tempat perangkap. Proto pulatenang sahaja melangkah laju menjejak buruan.Sampai di hujung lorong, lelaki tersebut melontarkan sebuah bola metalik. Satu letusancahaya terjadi tetapi lelaki tersebut tidak memperlahankan lariannya. Dia melompat kearah letusan cahaya tersebut dan terus ghaib.“Proto, ikut lompat dalam portal masa itu!”Tanpa lengah, Proto melompat masuk ke dalam portal masa tersebut. Johan juga menurut jejak yang sama. Kedua-dua mereka hilang dari aliran ruang masa tahun 2048.2
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...