• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Kemboja: Merentas Masa, Mensyukuri RahmatAyah selalu menceritakan jerih-perih kehidupan di kampung beberapa dekad yanglampau. Seperti sukarnya hendak berjumpa dengan doktor, apatah lagi doktor yang beragama Islam. Jika tiada duit, tidak akan ke sekolah. Hendak ke sekolah pula payah, perlu merentas sungai dengan sampan kemudian naik pula bas yang sempit dan uzur.Jalan pula tidak licin bertar, sebaliknya sekadar dilitupi tanah merah.Bagi generasi yang hidup dalam aspirasi mencapai negara maju, itu semua bagai satudongengan. Lebih-lebih lagi ‘
keyboard monkey
’ seperti saya, hampir sepanjang masa dialam siber. Urusan belajar, bersosial, kerja dan transaksi semuanya berlaku pantas sekelipmata.Cerita-cerita kesusahan itu tersemat dalam minda saya hanyalah sebagai maklumatsejarah, tidak lebih daripada itu. Sehinggalah saya mendapati diri saya berada di bumiKemboja selama seminggu bersama pasukan CENSERVE UIAM dalam sebuah misiamal.Disapa DebuLapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap boleh dianggap setanding dengan LapanganTerbang Antarabangsa Langkawi. Agak kecil dari segi saiz, tetapi mewah tentang hiasan. Namun itu hanyalah topeng yang menutup realiti bumi Kemboja.Destinasi misi kami adalah di wilayah Battambang, empat jam perjalanan dari SiemReap. Sebelum bertolak ke sana, kami mengalas perut di restoran D’Wau milik rakyatMalaysia di Siem Reap. Turun dari bas, debu dari jalan sudah menyapa muka.Usai makan tengah hari, bas mula menerjah jalan raya yang secara drastik berubah wajah.Daripada lebuhraya bertar kepada jalan tanah merah dua lorong. Sawah padi yang keringkontang pula terhampar di kiri kanan jalan, sesekali dihiasi oleh rumah tradisionalKemboja.Sungguhpun dalam bas yang berhawa dingin, debu-debu tetap terbang masuk. Debu-debuitu seakan begitu bersungguh mahu mengakrabi kami yang bertandang ke bumi ini. Sayadan rakan-rakan mula terbatuk-batuk. Tetapi apabila kami melihat di sisi, trak-trak yangmembawa penumpang menginsafkan kami.Sekitar sepuluh orang dewas berhimpit di belakang setiap trak pikap tersebut. Antaramereka pula terselit anak-anak kecil mereka, kadang-kadang anjing peliharaan. Wajahmereka tetap tenang menempuh awan debu dan terik mentari tanpa sebarang perlindungan.Ya, kini aku percaya aku sudah kembali ke zaman ayahku membesar. Mungkin lebih ke belakang daripada itu.
 
Air Itu RahmatKami berkampung di desa Dam Sbai, sekitar sepuluh minit dari bandar Battambang. Para peserta wanita menginap di rumah hos kami Hj. Musa sedang kami menginap di MasjidDhiauddin yang terletak di sebelah. Hj. Musa juga merupakan imam di masjid tersebut.Sebatang sungai yang mengalir lesu terletak di belakang masjid.Dengan sekali imbas, kepentingan sungai itu sudah mula terserlah. Sebuah pam kelihatantidak berhenti menyedut air. Mata saya menuruti paip tersebut hingga ke tandas dantempat wuduk yang kami gunakan. Kanak-kanak kelihatan sedang bermandi-manda didalam sungai sedang seorang ibu sedang membasuh kain di tebingnya. Sampan pulamembawa penumpang ke kampung seberang.Saya dan rakan-rakan ke gigi air, mahu melihat sungai dengan lebih dekat. Warnakeruhnya mula menggugat rencana kami untuk mandi di sungai. Apabila melihat sampah berserakan di sepanjang tebing sungai, kami tambah ragu. Sudahnya, bau yang kurangenak dari sungai itu memadamkan terus niat kami.Apabila membuka paip untuk mengambil wuduk, ternyata airnya keruh. Bau yangmengganggu turut mengganggu tetapi sudah sedikit kurang. Kami tawakkal sahajamenggunakan air tersebut, itulah air terbaik yang dapat kami gunakan di sini. Pada masaini baru terasa betapa nikmatnya air paip jernih dan bersih yang sentiasa mengalir diMalaysia.Apabila sudah berkeringat dek bekerja di bawah mentari, baru terasa betapa mewahnyadapat minum terus daripada
water cooler 
di universti. Di Kemboja ini, kami terpaksa bergantung kepada bekalan air 
reverse-osmosis
yang dibotolkan. Ya, ‘air mineral’ yangdianggap murahan di Malaysia itu menjadi pergantungan kami.Pesta KhatanMisi pertama kami adalah ke Masjid Muhammadi yang terletak di seberang MasjidDhiauddin. Kerana mahu membawa barang yang banyak, kami tidak menaiki sampantetapi menaiki trak pikap untuk ke sana. Merasalah kami menaiki kenderaan seperti penduduk tempatan. Tetapi itupun masih dikira mewah kerana kami tidak menyumbatdiri kami sebegitu ramai dan kenderaan kami itu masih baru. Anehnya, Toyota Hiluxyang kami naiki itu tiada nombor pendaftaran.Pasukan perubatan telah tiba lebih awal untuk menyiapkan tempat untuk mengkhatankankanak-kanak. Tugasku pula adalah untuk memasang tayangan video menggunakankomputer riba dan projektor. Sambil melakukan tugas itu aku teringat karikatur Dato’ Lattentang Jabatan Penerangan datang ke kampung-kampung menayangkan wayang gambar  pada satu masa dahulu.Apa tujuannya? Tayangan video itu adalah untuk menarik perhatian kanak-kanak yangmengerumuni segenap Masjid Muhammadi. Itu adalah perlu bagi mengurangkan
 
gangguan kepada para doktor yang mengkhatankan kanak-kanak. Tempat pembedahanadalah terbuka maka sesiapa sahaja boleh berada di sisi meja bedah.Kecil ataupun besar, tua ataupun muda, lelaki ataupun perempuan semuanya sibuk untuk melihat proses khatan dilakukan. Tirai kain yang diletakkan sudah tersingkap semuanya.Tiada Gentar Hendak BerkhatanPeluang untuk berkhatan secara percuma memang menjadi rebutan komuniti Muslim disana. Siap sahaja seorang kanak-kanak dikhatankan, tiga lagi sudah melompat naik keatas meja bedah. Itu satu fenomena yang mengejutkan tetapi kata Dr. Dinon, “Aku tak  peduli, siapa naik aku potong. Pandai-pandai kamu semualah hendak bagi siapa dulu berkhatan.”Syukur tidak timbul sebarang kekecohan atau pergaduhan. Anak-anak Kemboja memangcekal hatinya, amat sukar sekali untuk mendengar tangisan semasa berkhatan. Siap berkhatan, mereka sudah kembali bermain bersama rakan-rakan dan menaiki sampan.Galau juga rasanya apabila terpaksa menolak permintaan mereka yang lebih dewasauntuk berkhatan. Secara amnya, peralatan yang dibawa hanya sesuai untuk mengkhatankan mereka yang berumur 12 tahun ke bawah sahaja. Operasi pula akanmemakan banyak masa dan berisiko tinggi kalau jika hendak diteruskan juga“Minta maaf banyak-banyak,” hanya ucapan itu yang mampu kami ucapkan. Kami hanyadapat memerhatikan wajah-wajah kecewa itu berlalu pergi. Ada yang 14 tahun, 17 tahun,malah ada yang menginjak 32 tahun!Kami termenung seketika memikirkan perkara ini lantas bertanya kepada Hj. Musa yangsinggah di tempat berkhatan.“Hj. Musa, tidak adakah doktor atau tok mudim yang sanggup datang mengkhatankananak-anak di kampung ini?”“Memanglah ada tetapi perlu bayaran. Paling murah RM30. Sampai RM100 pun ada juga. Tetapi orang kampung ini miskin, anak-anak. RM30 itu sudah boleh buat belanjamakan sekeluarga selama seminggu. Mana mampu untuk digunakan ke arah lain. Jadi, peluang seperti hari ni sangat berharga buat mereka.”Mendengar jawapan itu kami terus terdiam, bagaimana dengan mereka yang kamiterpaksa tolak permintaanya? Usia bukan semakin berkurang dan entah bila misi sebeginiakan tiba lagi di kampung ini. Nilai Sepasang Telekung dan Kain Pelekat
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...